Insiden CARELESS berlaku pada 15/11/2011 (Selasa) di parking pejabat aku.
Gara-gara tali handbag terlekat pada gear.
Masa tu kaki kanan ku dah jejak keluar & tiba-tiba tali handbag terlekat,
dan dan aku nak selamatkan diri, dan dan tu jugak la tali handbag tu terlepas,
maka lutut aku mencium lah jalan tar tu.
Sakit tu toksahlah cerita!
Tapi aku cepat-cepat bangun takut orang nampak tapi nasib baik tak sebab 7.15pagi tak lah ramai lagi orang.
Maintain lagi aku, masa nak masuk entrance wisma persekutuan tu, aku siap lambai & sengih lagi kat kawan aku padahal tuhan je tahu betapa "nikmat" nya lutut time tu.
Dalam lif pun aku maintain je sebab ada orang. Tapi keluar je lif... terus berdengkut-dengkut. Lps thumb print, tengok kat kain aku "oh maiiiiii... banyak nya darah, terkena habis kain!"
Bila tengok "mak oiiiii dalam nya luka" terus pergi basuh & rasa nak muntah sebab aku memang tak boleh tengok darah luka-luka ni.
Mula-mula kawan aku nak tolong cuci dengan 1st Aid Kit tu tapi dorg kata pergi lah klnik terus & aku minta PAR tolong bawak. 8.15pagi pergi Klinik Kesihatan Kota Bharu.
Nasib lah aku kakitangan jabatan kesihatan kannnn. Still ambil nombor tapi sebagai syarat je la.
Tunggu tak sampai 1jam, terus masuk jumpa Doktor (ni bilik khas untuk kakitangan la.. bukan potong line orang awam!)
Doktor kata ni kali pertama lah dapat kes CARELESS INSIDEN- terlekat tali handbag kakakak.
Aku duk gelak-gelak dalam tu sebab doktor tu kelakar gila.
Dia tanya aku nak MC berapa hari.
Jujur aku cakap 1hari je.
Lepas tu doktor kata "alahai, mana sempat sembuh 1 hari.. saya bagi 2hari la".
Ades alang-alang tu biarlah sampai Khamis terus haha.
Lepas tu gi dressing.
Aku siap tanya nurse tu "sakit tak?"
Dia kata ubat yang dia bagi tu pedih sikit la tapi dalam masa 2 @ 3hari luka dah boleh kering.
Dia suruh tukar 16/11/2011 (rabu)
Pedih sikit apa, pedih banyak.. gila nak nangis aku haha.
Mulut aku duk uu aww uuu aww sakit!
Nurse bilik sebelah tanya "sakit apa tu yang bising sangat?"
hahahaha padahal jatuh kereta je!
Inject kat bahu kanan.. bising jugak mulut aku.
Nurse tu bebel cakap "awak ni tak biasa ke? Kalau bersalin nanti lagi sakit"
Hahahah aku tak kahwin lagi kaedahnya maka tak tahu lah & tak nak pikir dulu hee~!
Kawan aku tanya nak wheelchair ke tak?
Alah toksah tanya buleh, bagi je tapi aku segan la nak cakap nak maka aku jalan dengan perasaan nak muntah huu!
Jadi sampai pejabat, terus packing-packing barang, terus balik.
Kawan aku siap hantar ke kereta huhu malu aku.
Tapi kaedahnya petang tu aku keluar jalan-jalan dengan mak aku.
Aku mana boleh duduk diam kaedahnya? :P
Masa taip entry ni pun aku kat CC (seharian berjalan harini kooo... kalau ada tongkat laju la sikit jalan tapi sape nak bagi huu).