Tuesday, 6 December 2011

Pergi Sale Al-Quds Travel

1-3/12/2011 hari tu ada Year End Sale Al-Quds travel yang di adakan di Ruang Legar KB Mall.
Penat aku pujuk mak pergi, dia tak nak pergi.. kecewa gila aku!
Sekali pagi tu masa aku ambil dia dari ceramah agama di masjid, dia tanya aku nak pergi mana?
Sekali lagi aku gunakan kuasa pujuk rayu, aku cakap jom lah pergi Sale Al-Quds maka dia cakap ok lah tapi kejap aje sebab dia nak pergi pasar dulu.  Ah boleh lah, asal pergi.. walaupun bulan lepas sudah pergi ke pejabat Al-Quds itself he he. 

Sale tu bermula dari 1-8 Disember 2011.
Sesiapa berminat, boleh cek kat sini http://yearendsale.my/2011/

Ramai juga orang walaupun baru 11.10pagi  (booth bermula dari 10.30pg hingga 10malam)

Sampai-sampai je terus masuk, aiseh beberapa saat tiada orang layan maka tengok brochure.
Lepas tu barulah ada staff perempuan layan aku tanya nak pergi mana.
Sebenarnya tak tahu nak pergi mana, saja je survey.. boleh gituuu? :P

 Kat stage ada banyak hamper.  Masa nak balik tu ada yang dapat cabutan bertuah.
Kemungkinan untuk orang yang dah beli pakej. 

Maka duduklah & aku tanya mami nak pergi mana?
Dia cakap tak tahu.  Jadi aku tunjuk lah pakej ke tempat-tempat pergi shopping macam Ghoungzhou tapi aku tak nak pergi pun sebenarnya, saja la nak jalan-jalan jamu mata tengok brochure hehe.

 Wah beli 10percuma 1.
Ada promo gi Beijing RM88 untuk 4hari 3malam.
Tapi nothing you can do there lah.. at least pergi 6hari!

Staff tu promote pergi Korea.
Isk sesungguhnya aku masih belum terbuka hati lagi nak pergi Korea walaupun perempuan-perempuan lain seperti sangat tergila-gila kan negara Korea... tapi aku tidak.. pelik kan?

Tengok ground pakej ke Dubai, wah rindunya nak pergi Dubai!
Dubai seronok shopping je sebenarnya.. sejarah-sejarah segala ni tak ada pun.

Teruja dengan yang ini aje sebenarnya!  Umrah!

Lepas tu aku tunjuk pakej pergi Umrah yang ada diskaun RM1000 tapi turun di Jeddah lah.
Aku tunjuk juga promo-promo Umrah lain & mami kata tak apa lah nanti dia balik fikir.
Aku berharap mami nak pergi Umrah  (macam tak caya aje kan, aku yang sebegini ala-ala sengal nak pergi umrah.. takut juga aku sebenarnya, aku tak cukup Ilmu lagi).
Semalam bila balik pun dia ada cakap kalau dia pergi, dia risau sebabnya lutut dia masih sakit lagi sejak jatuh tangga bulan September yang lepas.  Tak apa lah, Travel Agent mesti ada jalan penyelesaiannya seperti naik wheel chair & upah orang tolak kan? :-)

Tak apa lah, panjang umur sampai lah hajat ku menjejakkan kaki ke Makkah / Madinah lagi.

7 comments:

Senang Travel said...

teringin ke sana.. lambaian kaabah.

JHaZ KiTaRo said...

bile laa dapat gi sana.. my top wish list.. anyway, salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

IxoR@ said...

Insyaallah.... Ada rezeki pasti sampai!

chomelista homestay said...

Jom Travel- panjang umur sampai lah tu :)

chomelista homestay said...

Jhazkitaro- wahhh.. dah lawat 46buah negara? Adus kerdil sungguh kurasakan diri ini.. ok nanti saya singgah ye tp kalau tak tinggal jejak sori sbb kat ofis kena blok tang KLIK COMMENT huhu.
Ni dtg cc utk reply.

chomelista homestay said...

Nana- sama2 lah kita berdoa!

Senang Travel said...

fuh, pegi cc semata-mata nak comment je..