Monday 19 December 2011

Menjejaki Mundok, Thailand

16 Disember 2011 (Jumaat)

Haaa aku pergi Thailand dalam masa beberapa jam je kauuuu.. lepas tu pulang ke Malaysia semula.  Hebat tak?  Haha.

 Naik boat RM1 je sehala... tak sampai 1minit dah sampai hihi

Sebenarnya aku malu nak beritahu bahawasanya tahun ini baru aku tahu tentang kewujudan MUNDOK, THAILAND walaupun aku anak jati Kelate.

Itu pun setelah kawan-kawan aku bukan orang Kelate cerita tentang ke”best”an Mundok sedangkan aku tidak tahu Mundok tu di mana haha.


 Ni dari Malaysia, depan tu je Mundoknya!


Maka pada minggu lepas kebetulan ibu dan bapa saudara aku pulang dari Seremban, maka aku ajaklah mereka.  Mereka memang kaki jalan maka semua on termasuk mami aku walau pada awalnya dia takut-takut nak pergi.

Sehari sebelum kami pergi tu, hujang selebat-lebatnya dan kami dah risau, bagaimana nak pergi sebab kemungkinan air naik, sudahlah kena naik boat untuk menyeberang sempadan tu.  Sehari sebelum tu juga aku gigih cari di blog-blog di manakah jeti untuk ke Mundok ni sebab aku memang tak tahu langsung di mana Mundok.

 Macam-macam adaaa!

Tanya kawan yang pernah pergi pun dia kata orang bawa dia dan tak tahu jalan, aduh tidak membantu!  Baca di 1blog ni, macam membantu (ikut Pasir Mas) tapi tahu je lah aku ni memang buta jalan haha.  Malam sebelum pergi, mami tanya saudara ikut jalan mana, katanya ikut Rantau Panjang.  Aduh sekali lagi aku kompiuh.



Ubi sedap di makan ketika musim hujan
Kalau nak pergi Mundok, pergilah hari Jumaat & Isnin sebab hari itu digelarkan HARI NAT (di mana semua peniaga buka kedai masing-masing dan macam pesta lah).  Kalau pergi selain 2hari tu, tidak lah meriah mana & tidak semua kedai yang buka.


Tembikar ni dijual sekali dengan air.
Pilih je rupa apa korang nak.  Ultraman?  Doraemon?  Hello Kity?  Ada penutup?  Yg ada tangkai?  Harga bergantung kepada size tembikar dari RM2.50- RM3.50.
Ada air milo, coklat, oren, nescafe, teh

Hari Jumaat tu kami pergi kea rah Rantau Panjang & bertanya arah di Petronas Rantau Panjang.

Katanya pergi kea rah Jln Pasir Mas lama & berdekatan dengan Kg. Jeram Perdah.

Memang kawasan kampong betul, kiri kanan sunyi, tak perlu risau, akan Nampak la board MUNDOK tepi jalan tu & kereta banyak hehe.


Inilh hasil rembatan tembikar aku.
Hasil shopping aku lupa nak ambil gambar, dah masuk mesin basuh pun heheh
(topi tu beli kat Pengkalan Kubor RM20 ekekeke)


Tapi sebenarnya kalau nak senang- IKUT PASIR MAS.  DARI KOTA BHARU AKAN LALU JAMBATAN PASIR MAS TU NAMPAK ROUNDABOUT (PUKUL 9 KE TANAH MERAH, PUKUL 12 KE RANTAU PANJANG & PUKUL 3 KE PASIR MAS.  AMBIL YANG PUKUL 3… TERUS JE NAMPAK LAH STESEN KERETAPI SEBELAH KIRI.  TERUS LAGI, AKAN NAMPAK SIMPANG & SIMPANG TU HANYA BOLEH KE KANAN JE.  JADI PERGI KE KANAN… TERUSSSSSSSS JE, AGAK-AGAK DALAM 10-15MINIT KALAU TAK MEREMPIT, LEPAS TU AKAN NAMPAK LA KERETA BANYAK PARKIR DI KIRI KANAN JALAN.. ITU LAH IA MUNDOK.  MUNDOK TU SEBELAH KANAN YE!)



 Ikan hiasan pun ada jual

Kalau nak pergi, sila pastikan sampai sebelum 9pagi kerana masa tu orang tak ramai sangat lagi (tapi aku rasa macam ramai jugak hehe).  Kebanyakan kedai buka 8.30pagi.



Setelah penat, kami rehat makan mee celup seketika
Haritu kami parkir di tepi jalan sahaja walaupun parkir di dalam tu masih banyak kosong (supaya senang ketika nak pulang nanti).

Dari jauh Nampak arus sungai tu laju, rasa cuak tapi mak cakap TAK PERLU KATA APA-APA, DIAM JE!  Huhu!


 Tudung sarung pun ada murah-murah dari Malaysia tapi aku tak beli lah :P

 Emas pun ada nokkk!

Dari tebing tu memang boleh lambai-lambai je orang kat Mundok tu.

Boat kami naik tu penuh walaupun masa tu baru 8.35pagi.  Tambang RM1 je 1hala.

Tak sampai 1minit boat gerak… sampai dah hahah tak sempat muntut aku nak mengeluarkan haba :D



 Burung pun ada.. sangkar burung yang cantik-cantik pun ada. 
Kelihatan makcik & makcik ku di depan itu

 Handbag macam-macam pesen yg tiada di Malaysia pun ada

Kami semua dah eksaited… kami jalan-jalan.  Macam-macam lah ada, cakap je nak apa?

Dari pakaian, aksesori, beg, footwear, jeans, makanan minuman, sayur, ikan, seafood, buah cd dangdut, jam tangan, emas, kain batik basahan, tudung bawal, tudung sarung, cadar, selimut,kelambu, peralatan masakan, toys, teddybear, ayam, burung… eh semua ada lah!

Tapi ada juga barang MADE IN CHINA :P



 Beg Deuter pun ada nyahhh!

 Handbag batu batan ni RM100++  makcik aku beli seketui

 Kelamu ke kelambu?  kekekeke.  RM20 saja!

Memang rambang mata dibuatnya.  Tapi aku tidaklah shopping sangat sebab bawa RM80 je hehe.

Tak perlu susah-susah nak guna matawang Thailand sebab mereka guna RM.. cakap pun memang melayu & pengunjung kebanyakkan nya Melayu he he!

Juga tak perlu bawa Pasport!

Askar ada di merata-rata tempat tapi tidaklah mereka tembak sebarangan!


 Baju bajan,  standard rupa made in thailand la kaedahnya!

 Tshirt RM8 sajo

Aku hanya beli seluar polka dot RM22, blouse RM20 & sling bag RM30.

Mak nak beli buah mangga 3kg RM10 tapi aku malas lah nak bawak berat-berat.

Kalau sesekali pergi tu menariklah sebab boleh borong, tapi kalau selalu pergi boring juga.

Mak aku pun siap ajak pergi Mundok sebulan sekali untuk beli sayur.. adoii jauhnya kekekek.


 Ramai gila dah orang ketika ni aku dah nak balik dalam pukul 12lebih

 Tengok di seberang sungai tu ialah Malaysia, masih ramai yang menuju ke Mundok.
Juga kelihatan parkir kereta yang sudah penuh.


Penat ronda, pergi makan mee celup kat jeti tapi tak sedap sangat (dorg kata ada 1kedai mee celup ni sedap tapi aku tak pasti kedai yang mana 1).

Pukul 12lebih kami pulang… masa tu pengunjung memang dah sesak, dengan jalan berselut yek!

Masa atas boat tu hujan rintik-rintik, nasib baiklah perjalanan tak sampai 1minit je hehe.


 Snap gambar sendiri.. bukti naik boat

 Kelihatan adik-adik askar berjaga di mana-mana sahaja.



Mundok.. aku akan pergi lagi.
Buat bisnes online pun ok juga ni hehe!

7 comments:

amirah said...

syoknya..dekat sgt2 ni

shuweet said...

sumpah baru harini ku tau kewujudan mundok nih

amar said...

Best nyoping tempat ni....

Anonymous said...

uish, dekat jugak nih. nak gi lah..jom weh, bebila aku balik..hahahhaha!

chomelista homestay said...

amirah- hehehe tu lah tak sampai 1minit :P

mimie- hahaha aku pun baru tau.. org kelantan apakah aku ini :P

chomelista homestay said...

amar- memang besh.. RM pun kena banyak utk nyoping kekeke.

huzi- hahaha ari jumaat la ye.. senin kelate keja pulok!
Bgtau je bila2.. zassss aku gi.. buleh ko snap gambar aku hahahaha.
Tp dorg masuk dlm2 kampung tu.. siap bergambar lg.. jom jom!

hana said...

dok survey mundok..kena pi nih.hihihi