Wednesday, 21 December, 2011

Genaplah 4 Tahun~

Hari ini 21 Disember 2011 genaplah 4tahun pemergian arwah abah ke Rahmatullah.
Pada tarikh ini 4tahun lepas ialah sehari sebelum AidilAdhal maka tidak lah kami beraya pada tahun itu.

Aku sempat jaga arwah abah di wad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu tetapi masa aku pulang dari Kuala Lumpur tu, abah sudah tidak sedar tapi aku berdoa supaya abah sedar & sihat seperti biasa.

Memang aku & mami berkampung sahaja di luar wad (bawa bantal / tikar / selimut) sebab takut apa-apa jadi pada abah.



Setelah doctor kata peluang abah tipis, maka aku sms abang aku yang ketika itu berada di Dubai supaya pulang & pulanglah abang.  Mami pesan kat doctor supaya bagi ubat untuk bertahan untuk abang aku sempat sampai jumpa.

Beberapa jam lepas abang sampai, abah menghembuskan nafas terakhir.
Rasa macam tak percaya, sedih & segala macam perasaan.

Abah dikebumikan esoknya.
Semoga arwah abah tenang di sana.

*tak sempat arwah abah nak jejakkan kaki di Dubai & arwah abah tak habis lagi khatam belajar bahasa arab & seingat aku, arwah abah baru je beli kamus bahasa arab di jalan TAR*…. Abah..... :-(

5 budak sengal mengomen :D:

amirah said...

semoga rohnya tenang2 di sana..

zahra said...

al-fatihah..
moga arwah ditempatkan bersama org-org beriman.

Kehelan said...

al-fatihah... moga dia tenang di sana

cik kodok said...

amirah- insyaAllah.. amin.

cik kodok said...

kak mama / kay- moga2nya.. aminnn..