Wednesday, 14 December 2011

Episod Di India Yang Serious Akhir Cerita!

Airport Delhi Akhir Part Akhir
(Semua gambar ni ihsan dari kamera Nenektua)


Pagi di ticketing office lapangan terbang New Delhi.  Kami berkampung di sinilah lepas sampai di New Delhi Train Station (tempat di mana aku kena pukul hehe) lepas tu meredah kesejukan yang teramat dengan naik van yang sempit, adus!~
Pusing-pusing jumpa lah.. aku ajak mereka makan kat food court di tingkat 3.

Aku tak makan pun tak apa, yang penting charge hp.

Bila naik, aduh.. 1port pun tak boleh guna dari hampir 10port yang aku cuba.  Bengang gila aku.

Sudahlah beli roti burger apa aku tak tahu.. tak sedap (susah hati fikir hp kekeke).


 Ramai yang beli tiket, rasa nak je ikut Nenektua & Arwien pergi Kashmir

Aku kalau boleh nak pergi charge hp.

Aku makan cepat-cepat & turun bawah cari port untuk charge.

Nasib boleh charge, betul-betul depan tv.

Si saza pula pergi cari rokok yang buleh beli dgn matawang rupees sebab mostly nak dengan USD.

Aku tak dapat lah tolong.. nak bagi pinjam 2dolar aku ada la haha.

Dalam 10minit charge tu tiba-tiba staff airport tanya aku naik flight Air Asia ke?

Aku cakap ye, dia suruh cepat sikit sebab flight dah ready.  Aku cakap bagi masa sekejap sebab tengah tunggu kawan.  Biar betul staff airport ni, flight 10.10malam tapi masa tu baru pukul 9.15malam huhu.

Tunggu dalam 15minit lepas tu, staff airport tu datang lagi cakap “miss, faster please!  Go find your friend because flight is ready”  Aku cakap ok! 


Ok tak ok, aku tak boleh call Saza.  Tapi aku suruh Bell pergi naik flight dulu.  Bila Saza sampai, aku suruh snap gambar for last hahah lepas tu bila tengok kami kena naik kat Gate 10 (gate paling akhir).. mak oiiiiii board tu tulis 10minutes walking distance.
Patutlah staff airport tu suruh cepat.  Kami apa lagi gunakan kuasa kuda.. lari mamcam lipas kudung la haha.


Kedai-kedai dalam Delhi Airport


Ingatkan boleh terus naik plane, rupa-rupanya ada lagi staff airport pakai uniform macam polis cek beg pulak.  Wuddahollabackgirl?  Sesiapa yang tiada sticker hand luggage, kena tahan dulu.. rasa macam nak carut ya jugak.. dah sah-sah la dah lepas kat imigresen & scanner bag.. apekehei nya nak cek lagi kan?

Nasib baik aku berkeras minta sticker hand luggage awal-awal.

Bila naik tu, aku dapat seat belakang-belakang lah pulak.

Tapi ok lah, selesa sebab seat 2 (biasa 3seat kan), jadi luas la sikit hehe.

Memang tak ada orang kat sebelah jadi aku tidur dengan nyenyak nya.

Bell & Saza dapat kat depan & masa isyarat tali pinggan dipadamkan, saza ajak aku pergi seat dorang sebab kosong tapi aku cakap tak apa lah, nak duk sorang-sorang, berlagak kan? :P



 Tak tahu plane apa

Aku sambung tidur tapi bila sedar, aku bau sesuatu menusuk hidung.. pandang kanan.. yakkkkkk, ada uncle India duduk di seat sebelah aku bau “best gilak”… rasa nak nangis.
1jam lebih menangungg derita deria bau.  Memang tak boleh tidur langsung.
Aku pandang kat mana-mana FA kot-kot ada yang perasan dengan situasi tu.
Setelah beberapa minit meminta simpati dengan ekor mata yang sedih (berlakon sedih jaaa)… ada seorang FA perempuan ni Tanya “cik tak boleh tidur ya?”  Aku angguk je.  Terus FA tu suruh uncle tu balik ke seat asal dia.. terima kasih FA yang aku tak tahu nama!

Bau tu lekat sampai lah flight landing di LCCT.. haduh busyuk!
Turun plane panas le pulak (maklumla kat Delhi sejuk berbelas-belas degrees je).
Lepas ambil backpack, aku sepantas kilat cari Aero Bus nak balik KL Sentral.
Nak tahu sebab apa?
Sebab aku harus meneruskan hari-hariku bekerja seperti biasa haha gigih kan aku?

Kawan aku 2orang lagi tu cuti la kaedahnya.
Aku mana boleh cuti, sebab 5 6orang je yang tahu aku pergi India hehe.

Ok lah walaupun dah macam-macam pengalaman di India, aku akan tetap sukakan India.
Incredible India.. aku akan pergi lagi suatu hari nanti.. muah :D

10 comments:

amirah said...

bestnya cik kodok dah merasa pergi india..

Jom Travel said...

syok la tu dah pi india!

nenektua said...

makcik, gambar 1 dan 2 tu bukan kat ticketing kaunter la. itu kat jaipur. tpt aku carik sim card utk blackberry. heheheh

cik kodok said...

Amirah- ha ah best. Icredible sggh hahaaaaaa

cik kodok said...

jom travel- ya.. silalah merasa bedt itu juga!

Nek- alamakkkkkkk.. Ye ke aiseh malunya aku.
Ye tiba2 teringat.. Duk tawaf 1jaipur.. Alih2 pusing tempat sama.. Kompiuh aku :))

kasihredha said...

akak tengah berangan jugak nih nak gi India :)

IxoR@ said...

Mencabar betul.....

Anonymous said...

Salam...blh tanya tak....Klu i nak bawak blk kain sari dari delhi 4 dozen agak2 kena tahan/ bayar tax ke apa? Bila sampai klia mcm mana pulak? Immigresen check thorough tak?
Thanks

Anonymous said...

Salam...blh tanya tak....Klu i nak bawak blk kain sari dari delhi 4 dozen agak2 kena tahan/ bayar tax ke apa? Bila sampai klia mcm mana pulak? Immigresen check thorough tak?
Thanks

Anonymous said...

Salam...blh tanya tak....Klu i nak bawak blk kain sari dari delhi 4 dozen agak2 kena tahan/ bayar tax ke apa? Bila sampai klia mcm mana pulak? Immigresen check thorough tak?
Thanks