Wednesday 30 March 2011

India Day 4- Kwn Baru Kat Jaipur

India Day 4- JAIPUR
28.02.2011 (Isnin).


Gerak cari brekpes dulu 8.15pg sbb bas seight seing tu 9.30pg.
As usual la redah jln kaki cari restoran yg agak2 blh mkn & halal.
Decide brekpes kat THALI HOUSE.  Aku order roti bawang tp kuah nya masam gile.
Also order chai yg rasa halia.  Tak sure air nya dari mana tp alhamdulillah aku tak sakit perut.

Then singgah CC jap sbb Nenek nak transfer gambar.  Yg kelakarnya penjaga CC tu berdiri je sepanjang Nenek guna pc, takut kami buka yg merepek2 agaknya  :))
9.20am gerak blk hotel, takut kena tinggal bas, ye lah dah beli tiket 200rupees.. rugi kalau kena tinggal.


Bilik aku tu masalah sikit, tak boleh buka kunci last2 aku turun balik bgtau org kaunter lock tak blh buka, aku panik jgk sbb semua brg2 dlm tu huhu.  Rupa2nya org kaunter tu pun mengalami masalah nak buka, ye lah hotel dah season kekeke.

Masa mula2 naik bas tu ada kami 5org, sorg mat salleh & 3org Indian jgk (tp depa 3 ni mcm org2 kaya, sbb dressing pun lain dr kebiasaan.
Kami duk tingkat atas, best sikit tgk view Jaipur.
Mat salleh tu tanya kami ni dari Malaysia ke?  So kitorg jwb ye maka dia dgn ramahnya ckp "I love Malaysia & Thailand compare India.  No one of Indian is honest.. one said this, one said that, one said go there, one said go here!  I promise myself i wont come to India again"   haha kesian pulak rasa kat dia.  Dia travel sorg2, umur dlm 40++.

Tak lama kendian bas stop amik org.  Alaaaa ramai pulak geng2 bangsa negara sanun naik.  Baru nak bersenang lenang duk 2seat 1org huh!
Oh ye, naik bas tu dr 9.30pg-4.30ptg.

Mula2 stop kat Kuil tak ingt apa nama.
Bangsa2 dorg masuk lah tp kami kat luar je kecuali nenek masuk nak tgk apa dlm tu.  Masa ni tak saing lg dgn mat salleh tu.  Mana kami pergi dia follow dr jauh ekekeek.

Kat luar kuil tu ada jual aksesories, aku pun apa lagik beli la tp rasa menyesal amat tak beli banyak sbb kat Sarojini Market bangle tu tak ada.
Imagine la sepasang bangle tu 15rupees (RM1).  Aku beli 2pasang je sbb bajet nak beli kat sarojini.  Ingat nak buat souvenir bg la seketui sorg, baru 50sen haha kedekut kan?  Ye la, aku ni bajet backpacker woiii.. bkn tourist huhu.

Masa naik bas tu kitorg lambat naik sbb duk membeli belah aksesori tu.
Maka seat kitorg dah di ambil bangsa2 dorg... nenek dgn berani nya ckp tu seat dia tp pempuan india tu suruh duk lain.. kami 5bengang la jgk sbb duduk je la ikut yg asal td.  So kita bisik2 kalau turun lg lps ni.. make sure naik cpt utk duduk kat seat asal ahahah mcm kanak2 ria plaks.. padahal blh je duk tempat lain kan?  :))

Destinasi seterusnya ke muzium tp kami decide tak masuk termasuk mat salleh tu sbb byr mahal utk foreigner tp murah gila utk local.
Dari situ baru kwn dgn mat salleh tu yg bernama Gregor dari Germany.
Dia mmg travel sorg2 smpai duit savings dia pun dah nak habis.  Tak sure pulak dia kerja apa.
Dia kata dia ciriti birit sbb beli makanan tepi jln huhu.
Lps abis travel kat India, dia akan terus shoot ke Thailand, Malaysia & masuk Indonesia dgn sampan haha mat salleh mmg gile dgn cabaran kan?
I tought dia slh ckp kut2 la dia tertukar sampan/boat/ferry.. rupa2nya mmg betul2 sampan! 
Dia siap cakap dia nak saing dgn kami masa kat jaipur tu.. ok je, sian jgk tgk dia sorg2 huhu.

Lps tu singgah ke monumen apa ntah tak ingt nama, kami juga tak masuk sbb fees mahal.  Dah la bg masa 20minit je maka kami decide singgah kedai2 tepi jln tu.  Biasala nama lg perempuan kan haha.
Arwien je beli kurta 150rupees.  Aku nak beli jgk tp aku tahan nafsu je la.

Masa ontheway ke dlm bas, ada beggar tepi jln, sian la aku tgk.. dah la tgh2 sejuk kan.. hulur2 je tgn sambil nyusukan baby dia.. dia duduk je la.  Aku takut bila hulur, ramai yg serbu.
Masa dlm bas nak tggu driver jln tu plak, ada la 2budak yg jerit "moneyyyy, moneyyy" pastu dia tunjuk perut & kat mulut- dia nak mkn.
Siyes aku nanges tgk dorg.

Saza tnya boleh tak nak bg apa2 makanan.  Kwn2 lain kata tak pyh, nnti dorg naik bas.  Bdk2 tu tak blh naik bas sbb driver jaga.  Tp aku kata bg je coklat seketul sorg yg aku bwk tu.  Lps tu dorg senyum & still minta apa2 la kan, ye lah.. coklat aku bg tu kecik amat utk mengenyangkan.  Aku pikir kalau lah aku begger, ada ke yg nak tlg?  Gi India, buatkan aku raas bersyukur gila hidup kat Malaysia ni.
Or else aku yg super duper sensitive?

Masa kami turun tiap2 "pit stop" (mcm amazing race pula hehe), ada la 2mamat India ni tak turun2..  mcm "sesuatuhhh" je sbb duduk pun rapat2, mesra2 gitu.
Tp saza ckp tu mmg budaya dorg.  Ekk erm tp btul jugak kot sbb aku pun pernah tgk kat Malaysia ni dorg jln pegang2 tgn.
Ala sama mcm aku la, aku jln suka pegang tgn org sebelah hehe.

Lps tu stop kat tepi jln pulak.
Yg payahnya ialah guide tu ckp bahasa dia.. mana lah nak faham kan?
Kami pun nganga2 je, anggap je la faham & tahu apa nama tempatnya itu.

Kitorg agak blur2 bangunan apa yg tengah2 air tu?
Bangunan "karam" ke, bangunan "tenggelam" ke.. nak tanya guide, dia dlm bas.
So just snap gamba je la.
Balik Malaysia ni baru tau building tu namanya JAIPUR LAKE PALACE- google.

And kebetulan masa tu ada org jual papad (mcm gambar di atas), aku sebenarnya nak tp dorg mcm tanak beli tp tiba2 sape ntah ckp 'kita try nak?'.. aku apa lg, ok je.
1keping 10rupees, dia buh white pepper.
Oleh sbb aku excited nak bergambar, aku siap lompat pastu tiba2.. prapppp papad tu jatuh adoiii sedih!
Tp aku beli la 1lg ganti.. 10rupees je pun hehe.
Alhamdulillah, tak sakit perut sbb kwn2 kata jgn mkn beli tepi jln takut cirit birit.

Lps tu kami di bawa ke kedai kerajaan which is aku rasa sgt lah menyampah kan?
Aku tak suka di bawa ke tempat2 mcm itu sbb aku lbh suka tgk hasil2 peninggalan sejarah @ apa2 yg blh dijadikan kenangan masa blk Malaysia nnti.
Sorg mamat kedai kerajaan tu siap posing lps perasan kitorg halakan kamera kat dia.  Si gregor tu cuit aku, dia tggu kat luar.  Start dgn Nenek kata nak gi toilet pastu kami beramai2 kuar, mesti dorg bengang sbb time tu dorg tgh syok tanya kami berkenan saree yg mana keke.

Kat luar tu pulak terjumpa lah pulak dgn ANIL KAPOOR.. 80% muka sebijik anil kapoor.. dia wat lawak akakak kelakar la dorg2 ni sebenarnya.  No hal pasal mereka ni blh speaking, siap promo diri dia mmg anil kapoor.. ah sudah la ko hahaa.  Dia suruh masuk kedai emas dia, tp mls lah!

Aku buat demo duk chop kain saree.. berlakon je bkn betul2 hehe.

Masa dlm bas tu mcm dah baik lah konon2nya dgn Indian2 tu.. siap blh nyanyi2 & lawak2 sekali hahaa.
Lps tu kami ke Amber Fort.
Mula2 aku ingatkan Great Wall sbb tangga nya looks like great wall, also atas bukit.
Sgt cantik la pemandangannya & tak terkata cemana kagumnya aku.

Tp nak ke Amber Fort tu kena naik jeep maka kami ber-6 all together ke atas, lbh kurang 10minit perjalanan.  Si gregor ajak menapak je.. huih mana sempat, 45minit je bg masa!  1jeep tu 300rupees tp driver tu mintak lebih & gregor kata dia tak akan byr.. senyap terus driver tu hehe.

Masuk amber fort ni 300rupees.
Pusing2 dlm tu.. as usual la ukiran & senibina yg cantik, yg tak dpt kat mana2.
Rasa mcm nak berlama2 je kat situ utk tgk view bukit yg cantik tu tp tak blh lah kan.  Sampai sekarang aku masih tertanya2, adakah itu "koloborasi" great wall?
Sbb great wall kan beribu2 kilometer?  Lg pula china & india kan berjiran.
Entahla misteri (aku tak google pun lagi great wall tu sampai mana selain tibet hehe).

Turun kat parking bas balik, beli eskrem.. gregor tu boleh thn strict.
Dia mrh org meniaga eskrem tu sbb dia suruh aku share duit balance dgn gregor.. gile apa.. susah lah!  Skali kena sound, terus pakcik eskrem tu bg balance kat gregor haha.

Okeh dah abis round pink city yg tak berapa pink.. ala2 oren je aku rasa.
Alangkah bestnya kalau boleh terjah ke dlm setiap sudut pink city yg sgt besar tu.
Tak ada dlm gambar aku sbb mcm pyh nak snap or else tak reti amik gamba haha.

Driver drop kan kami pukul 4.15pm kat jln nearest Jaipur Railway Station, menapak dlm 6-7minit.  Bg lah tips kat dia sbb jaga beg kami.

Abis sudah meronda JAIPUR THE PINK CITY.
Sambung lg dgn pengalaman mengerikan di JAIPUR RAILWAY STATION hahahaha!
(ngeri tp aku gelak.. kenapa?  TUNGGUUUUU!)

Sunday 27 March 2011

Adiah befday- 'anak' Ikan

Untuk harijadi thn ni, aku dapat anak ikan laga 2ekor.
Acceli aku sj bgtau dia bln 1 aritu kata nak ikan.. pastu dia kata ok2, dia belikan.

LUKER kecik tp kuat mkn
Mula2 dia suruh aku belikan balang, dia beli ikan je,
sekali dia ckp takyah.. dia belikan semuanya.. wah, good good.. tq so much haha.

MUCHER besar tp xkuat mkn + penakut
Memandangkan 24/3 tu aku bercoti lg (baru blk dr beijing), maka dia kata akan letak je dlm bilik kat ofis aku tu.
Sekali besoknya aku pergi kerja, tadaaaa... ada 2 ekor anak ikan laga atas rak buku bersekali dgn makanannya sekali.
Aku happy gile, dah la 1st time aku bela ikan ni hehe.

Mula2 nak bela sekor kat rumah,
sekor kat ofis tp decide bela both kat rumah.

Tak susah sebenarnya nak jg ikan laga ni.
Jgn kena cahaya matahari sgt, nnti perot dia kembong.
Tak perlu hias apa2.. tp boleh la kalau nak letak batu2 kecik tu,
utk menyejukkan ikan ni + ikan jantan buat buih2.

Sekor aku namakan LUKER & sekor lg MUCHER.
Asal LUKER ialah=  LOOK tp di tambah "ER" di belakang.
& MUCHER ialah=  MUCH tp ditambah "ER" di belakangnya.
Words2 ni selalu disebut oleh peniaga2 di beijing & aku selalu ejek dorg dgn sebut 2words tu haha.

Yg kecik LUKER, yg besar MUCHER.
Apa2pun, tak tahu la sepanjang mana hayat 2ekor ikan laga ni dgn aku hehe.


Friday 25 March 2011

Winner Beijing Giveaway

Okeh dah 'cabut' nama2 nya.. sesambil wat keje.. sorok2 buat kat bwh meja, takut org dtg tgk.. ape mende la bdk ni buat haha.

Ada 9 nama yg participate.  
Nama-nama yg participate spt di atas (ikut turutan kat ruang COMMENT).

Hasilnya dilipat spt ini & utk lbh fair & square.. kita staples kan ia,
supaya tak nampak nama hehe.

Ok ni pemenang utama:  CRISDA-  crisda79@yahoo.com
Saguhati:  SYAHNAS80 @ NANA-  anasz_80@yahoo.com / syahnas80@gmail.com
Saguhati:  AIDA SALLEH-  noraida.mohdsalleh@gmail.com
(dtg amik kat rumah je lah ek, kata jiran tetangga kekeke).
Saguhati:  PURPLEYELLOW-  girls_green@yahoo.com.sg

Tahniah kpd semua pemenang,
yg tak menang.. sila cuba lg yeah? :D

Anda akan dihubungi melalui emel.
Urusan pos akan dibuat bila2 (tgk tahap kerajinan gi pos office kekeke tp don't wori.. kompim dpt punye) :P


CHIE' CHIE' (TERIMA KASIH).

Thursday 17 March 2011

Holiday Lagik!

Waaaaaaa entry2 gi India pun aku tak habis cerita lagi,
dah pulaknya aku nak ke Beijing.

Ingat nak settle cerita semua tp semakin nak pergi Beijing,
semakin berlambak2 kerja aku.. tensi jgk aku ++ next week AUDIT Sirim nak dtg
lg la kelam kabut semua org!



Tp tak pe lah, hrp2 lps aku blk nnti, settle semua cerita hehe.
And contest BEIJING GIVEAWAY tu aku lanjutkan ke 20.03.2011 sbb aritu aku buat 3hari je kekeke. (eleh mcm la ramai yg nak join kalo aku lanjutkan kannnn?)
Perasan aje lebih hihi.

Doakan aku & mami selamat pergi & pulang walaupun aku sedikit risau dgn radiation Jepun nun.. hrp2 tiada apa2 lah ye?

Wassalam!

Wednesday 16 March 2011

India Day 3- Ke Jaipur

27.02.2011 (Ahad)

Naik bas ekspress yg akan ambil masa 5jam ke jaipur (pink city).
Bertolak pd 2.35ptg & kami dibekalkan air mineral seorg sebotol.




Masa tu start lapar blk la kan so mkn je la apa yg ada.
Then konduktor bas tu pasang la pulak movie 3IDIOT.. which is kwn2 aku blh explain jln cite tu.. aku dgr je sbb aku jarang lyn cite hindi hehe.





Aku tidur sekejap je & selebihnya tgk pandangan kat luar.  Kalau kat Malaysia, let say perjalanan jauh mcmtu.. dah tak de apa yg nak ditgk kat luar selain hutan kiri kanan.
Tp sebaliknya di India.  Mmg ada je kehidupan samada manusia @ haiwan.
Ada je jumpa rumah2 walau jauh2.
India kan padat ;-)



Dlm 5lbh, bas stop dkt R&R 20min.  Kalau stop lama, ndak je kami mkn sbb dah lapar tp lupakan la, mana sempat 20min!
Almost 7pm sampai area Jaipur & kagum juga sbb agak besar juga bandarnya.  Ada shopping complex yg besar, ada cinema (India salah 1pengeluar filem terbanyak), building2 yg moden.  Mcm bandar besar la, bkn bandar koboi.
Onthe way ke bus station tu ada wedding secara besar2an.. mesti kaya gila.



7.35pm smpai bus stand Jaipur & kami decide nak pergi Krishna Hotel terus sbb dah booking so tanya la direction kat org kedai tu.  Dia tgk alamat pastu dia tunjuk dgn jari mcm jln belakang & ckp "get get" hahahaah get get apa mendenya?  :))
Aku blank~




Lps tanya mamat tu, kami jln kuar & tiba2 sorg pakcik tuktuk tanya nak gi mana & offer harga dia tp kami taknak.  But he keep follow us & paksa kami naik tuktuk dia.  Kami rimas gile sbb bila lintas jln, dia ikut juga & bila nak tanya kat kedai 1lg mana Krishna Hotel, pakcik tuktuk tu ikut jg lps tu bila kami ckp taknak, dia mrh2!  Siap dia ckp kat kwn2 dia supaya jgn hantar kami siap perli2.  Ek eleh kecoh la pakcik ni, dah kitorg taknak naik tutuk dia & dia bengang sgt kenapa?

Kami sakit hati juga & terlalu rimas maka kami jln depan sikit & jumpa hotel JAI-MAHAL HOTEL maka bila kami naik tangga hotel tu, pakcik tuktuk tu ckp "THIS HOTEL NO GOOD, NO ROOM"  & berusaha sedaya upaya supaya kami pergi ke tempat tujuan asal kami tp once kami dah masuk hotel tu, pakcik tuktuk tak blh kacau kami dah & kami rasa selamat dgn pakcik saiko gile tu urgh!


Nasib baik ada bilik kosong.  Double Room 700rupees & Triple Room 800rupees tp to be fair & square 700rupees + 800rupees= 1500rupees deivide by 5 person= 300rupees (RM21) sorg.  Kami tgk bilik dulu & quite ok, nak mandi & tidur je.
Kiranya cancel la kat Krishna Hotel tu lg pun yg tu mahal & jauh sikit dr bandar.



Masa register tu kena tulis nama setiap org dlm buku tu so sempat la aku tgk nama2 tourist yg gi India, ada 1thn, 1bln, 3mggu.. aku je la 5hari kekeke!
Sesambil tu jgk berkenalan dgn Pak Mustar a.k.a Pak Misai (yg jg hotel tp gambar dlm kamera kwn2 aku).

Kali ni aku 1bilik dgn Belina pulak.
Lps siap letak beg, kami decide cari mkn pula.  Mula2 nampak bdk penghantar Dominos Pizza tp masing2 dah lapar so decide cari nasik hehe!

As usual redah je.
Agak jauh menapak (bg aku tak jauh sbb dah biasa jogging jauh2 kan) cuma mereka2 je la ngeluh sbb penat.
So jumpa la 1Restoran ni nama Restoran Rawat.  Ok la tuh, blh la rawat perut kami yg tgh berkeroncong ni.





Masing2 order SPECIAL THALI.       Sedap gile nasiknya tu tp sikit sgt!
Aku tak gemar nasik beriani tp mkn kat sana sedap weh!  Or else mmg aku lapar haha.  Rotinya pulak diberi 4keping.. fuh perut kami space kecik so mkn 1 pun tak habis.

Lps mkn decide blk hotel, sesambil jeling2 kot2 la terjumpa pakcik tuktuk yg saiko, muka samseng tak hingat tu.. nasib baik dah tak jumpa.

Lps tu saza menyinggah beli beg sbb beg dia dah koyak.  Dia letak 250rupees tp dia bg 200rupees tp kami mintak 150rupees sbb beg tu kotor tp saza nak jgk.  Aku ugut dia.. nak duit ke tak nak?  So nak tak nak dia bg jgk 150rupees. 

Balik bilik, iron baju, tulis perbelanjaan harian & terus pengsan!
Bye hari ke-3~


Monday 14 March 2011

Beijing Giveaway~

Haa setelah 1 tahun tak buat apa-apa contest,
aku kembali buat contest.. tp as usual la tidak lah segempak mana pun.
At least better than nothing kan? :D


Tp BEIJING GIVEAWAY ni akan start dari entry di publish & sehingga 17.03.2011 (Khamis) 4pm!~
Hanya ada 4hadiah.  Tp sekiranya aku berubah fikiran, akan ada pertambahan hadiah tp don't worry, tidak akan kurang dari 4 hehe.
    • 1hadiah utama
    • 3hadiah saguhati
Rupa bentuk hadiah tu aku pun tak sure lg, kat beijing nanti la baru difikirkan kekeke.
Syarat:
    • give your valid email address kat ruang 'comment' sahaja.  Sape2 yang bg email address kat my email @ ruang chat msjbox di sebelah kanan ni- tidak akan dikira & tidak dilayan
    • hanya untuk followers sahaja (if takde followers yang join, maka tiada GIVEAWAY akan diberikan)- means aku guna utk kegunaan snd la haha
    • Bukan followers tidak layak join, kalau nak join.. sila klik FOLLOW hehe
    • Sesiapa yang bg email address selepas 10mlm, 20.03.2011 (Ahad) juga tidak akan dilayan
    • Sebarang rayuan utk dpt hadiah dgn cara membodek, TIDAK AKAN DILAYAN SAMA SEKALI!
Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya 27.03.2011 (Ahad) psl aku balik dr
Beijing 23.03.2011 (Rabu) malam.

TQ~

(fuh travellog gi India pun aku tak habis cerita lg, ni dah nak gi beijing.. mesti sampai bln April org muak dgn travelog aku haha).

Friday 11 March 2011

India Day 3- Putar Alam, Life, Stress & Joy

INDIA DAY 3- 26.03.2011 (AHAD).

Smpai je opis travel agent tu, kena mrh sbb lambat + driver cab dah tggu haha sori sengaja!
Masa onthe way ke opis TA tu sempat lg snap gambar kerbau.. dats their life!

Kami menaiki cab ke Fatehpur Sikri, 40km dr Agra.
Dpt cab pulak yg patah side mirror huhu.
& driver nya pun jenis tak banyak ckp spt yg kami dpt sebelum ni.



 
Segala benda yg aku nampak tepi jln aku snap gambar, bkn senang nak tgk life dorg mcm tu di Malaysia ni.  

Then driver cab minta 100rupees utk tol tp kami taknak bg sbb kata dah termasuk dlm bayaran.  Bila lalu tol 40rupees kot, blk pun 40rupees.
Aku rasa dia dibayar 150rupees (RM10.70) je trip 80km return tu.. kesian la jgk.

Then bila sampai fatehpur sikri tu, kami mcm blank tak tahu nak pergi mana. 
Tiba2 ada pula 2bdk laki duk berebut2 nak jd guide kami sampai tolak2 2org tu kami taknak.

Kami kena naik bas tp sebelum naik bas tu ada sorg bdk laki umur lbh kurang 12-13thn gitu, petah gile ++ kaki kelentong sbb bila aku keluarkan tiket yg dah beli masa kat agra fort berharga 250rupees (blh masuk banyak monumen samada di jaipur / delhi), tiba2 dia kata bg lah dia tiket tu as souvenir.  Kepala utak berjambul dia takkan la kan?

Beriya dia tarik tiket tu dgn aku tp aku pegang kuat2, nehi.. aku dah byr mahal2 takkan nak bg org kan?
Bg aku buat kenangan utk simpanan aku snd je.
Masa kami jln tu, dia ikut je sampai kami jd rimas.
Pastu dia ckp kena naik bas yg tgh tggu kat dpn tu but at the same time dia nak sgt tiket aku. 

Pastu aku ckp kat kwn2 lain.. baik kita lari naik bas cpt so aku lari dulu.. blh pulakkk bdk tu kejar aku haha sengal sggh main kejar2 :))
Bila naik bas siap gelak2 + takut bdk laki tu naik bas sekali, nasib baik tak kekeke.
Perjalanan bas ke fatehpur sikri tu kejap je dlm 5 6min gitu & tiket 5rupees sorg (35sen).  Nak masuk ke fatehpur tu tak blh pakai selipar so kami upah org jaga 5rupees sorg.  Masa masuk tu ada la pulak seketul mamat ni beriya nak jd guide kitorg.. siap ikut kami masuk dlm.  Dia kata kami ikut jln salah.. biasanya org start dr kanan & dia suh ikut dia so kami buat tak tahu je sbb kami tak nak byr.  Bila dia cite psl sejarah kami buat bodoh juga last2 dia give up haha.

Dlm tu banyak la makam2 & selamba jgk mereka berniaga dlm tu.  Just snap gambar je lah dlm tu.. ada masjid tp ada org nyanyi dpn masjid huhu.
Then kami nak ke monumen sebelah tu sbb dah ada tiket, NENET tunjuk la tiket tu kat entrance then pakcik tu tanya beli tiket tu kat mana?  So jwb beli kat AGRA FORT & pakcik tu ckp tiket kami tak valid, kena beli kat situ baru blh masuk.  So dgn tak puas hati aku pergi kaunter tunjuk tiket kami.. still got the same answer.  Aku tanya la whuts the different?  Same ticket, same price but must buy new 1!  Dia kata takde2.. nak masuk kena beli tiket baru so kami dgn hati yg rentung tak nak beli!  All about money.. geram la asyik kena kelentong!
Dia kata kena beli baru & aku tgk la tiket dorg tu sebijik sebijan dgn tiket kitorg.. 250rupees jgk so apa bezanya beli kat agra fort & kat fatehpur sikri? Jadi kami decide balik naik bas semula.  Masa nak naik bas tu tiba2 ada ulat tiket jual tiket sebijik mcm kami.  Oh now we understand why bdk laki tu beriya nak tiket aku tu.. utk jual balik rupanya.. so licik!
Bila smpai sebelum naik cab tu, kami beli Fridge Magnet.  Bengang aku sbb kat situ blh dpt 3ketui 100 rupees.  Mmg sebijik yg aku beli kat agra 50rupees sebijik.  Kat sini banyak yg menarik.  Mula2 dia jual 100rupees seketui pastu bargain dpt 50rupees seketui.  Aku ckp kasi kurang lg dia tak nak bg tiba2 belina kat kedai dpn ckp "gep kat sini 3ketui 100rupees" so aku dah 2 langkah ke dpn, dan2 pakcik ni kata "ok2, 3 for 100rupees".. haa tahu takut haha.  & FM bentuk sudu tu 50rupees seketui tp kedai dpn 3ketui 100 rupees cis apesal aku tak tahu ni!  Org kedai siap offer beli FM bentuk patung2 budha tu.. aku jerit lg "NO LA.. I'M MUSLIM"!  Bengang aku.. tak nampak ke aku pakai tudung?

Masa nak amik balance 30rupees, tiba2 org kedai tu kata 20rupees je dia bg aku sbb 10rupees lg tips utk dia.. eh korrok hanggg!  Aku jerit WHY?  U MUST GIVE BACK MY BALANCE.. NO TIPS FOR U! Then pakcik kedai sebelah tu halang "no no.. u give back 10rupees for her.. she's my best pren".. uik dan2 la pula.. aku ckp "alhamdulillah, selamat 10rupees".  Padahal 10rupees tu 70sen je haha.
Tp ada udang sebalik batu pakcik tu suh bg balance sbb dia paksa gi kedai dia & aku dah tak kuasa.  So kami decide gi ke cab & masa tu ada pulak bdk pempuan comot dlm 11thn mintak PEN.  Mula2 aku confused.. pen nak buat apa?  Pastu banyak kali dia kata PENNY PENNY.. oh duit sen huhu!  Bdk laki 2org tu pun extreme jual mcm2 kat kami.  Pastu aku dah start stress.. aku siap jerit AKU STRESS.  Aku berharap aku tak naik darah.  Semua putar alam.. ikut kami smpai ke cab.  Siap ketuk2 tingkap kitorg, sampai takut kami.  Pastu bila kami tak layan.. dia ckp MALAYSIA NO GOOD.. hek eleh kecoh la!

Yg bdk perempuan mintak penny tu pun siap kejar cab kami, takut kami!  So settle kat agra, kami akan dihantar ke bus station utk ke jaipur pula.  Jln jem yg sgt extreme.  Driver cab tanya nak mkn ke?  So sbb dia dah ajak, kami turun la jgk & kami tak order apa2.  Kami sempat gi belakang tu.. cantik gila mcm kat Swiss.  Apa nama entah tanaman tu, haritu arwien ada ckp.. aku lupa.
Teruskan perjalanan, lama stuck, driver cab pun risau sbb bas kami 2.30ptg & time tu dlm 2.05pm.  Pastu ada kereta belakang langgar cab kami pulak.. ah sudah aku ckp, mesti turun nak gaduh2.. tp rupanya tak.. driver cab ckp 4 5patah lps tu terus jln.  Huih penyabar sggh.  Lps tu dkt tol ada van potong line masuk dpn cab kami, blh driver cab kami senyum.  Gila penyabar org kat India ni!  Kalau di Malaysia, sah2 kena maki hamun hehe.

Masa onthe way tu mcm2 life dorg aku snap.
Dorg mmg suka bergambar, siap ada posing & bg senyuman manis lg haha!
Actually dorg sgt ok kecuali org yg berurusan dgn kita.. sgt penipu!
Kami sampai di bus station tu pukul 2.25pm, nasib baik sempat hehe.
Aku rasa NENEK ada bg tips kat dia.. kesian la kan huhu.

Masa letak beg dlm bas.. also kena bg tips.. ler entah apa la dorg ni, sikit2 minta tips.
Sambungan....

(cerita panjang sbb ni travellog aku snd.. 10thn lg aku baca, musti aku senyum.. org lain taknak baca, aku tak kesah hehe).