Wednesday, 16 March 2011

India Day 3- Ke Jaipur

27.02.2011 (Ahad)

Naik bas ekspress yg akan ambil masa 5jam ke jaipur (pink city).
Bertolak pd 2.35ptg & kami dibekalkan air mineral seorg sebotol.




Masa tu start lapar blk la kan so mkn je la apa yg ada.
Then konduktor bas tu pasang la pulak movie 3IDIOT.. which is kwn2 aku blh explain jln cite tu.. aku dgr je sbb aku jarang lyn cite hindi hehe.





Aku tidur sekejap je & selebihnya tgk pandangan kat luar.  Kalau kat Malaysia, let say perjalanan jauh mcmtu.. dah tak de apa yg nak ditgk kat luar selain hutan kiri kanan.
Tp sebaliknya di India.  Mmg ada je kehidupan samada manusia @ haiwan.
Ada je jumpa rumah2 walau jauh2.
India kan padat ;-)



Dlm 5lbh, bas stop dkt R&R 20min.  Kalau stop lama, ndak je kami mkn sbb dah lapar tp lupakan la, mana sempat 20min!
Almost 7pm sampai area Jaipur & kagum juga sbb agak besar juga bandarnya.  Ada shopping complex yg besar, ada cinema (India salah 1pengeluar filem terbanyak), building2 yg moden.  Mcm bandar besar la, bkn bandar koboi.
Onthe way ke bus station tu ada wedding secara besar2an.. mesti kaya gila.



7.35pm smpai bus stand Jaipur & kami decide nak pergi Krishna Hotel terus sbb dah booking so tanya la direction kat org kedai tu.  Dia tgk alamat pastu dia tunjuk dgn jari mcm jln belakang & ckp "get get" hahahaah get get apa mendenya?  :))
Aku blank~




Lps tanya mamat tu, kami jln kuar & tiba2 sorg pakcik tuktuk tanya nak gi mana & offer harga dia tp kami taknak.  But he keep follow us & paksa kami naik tuktuk dia.  Kami rimas gile sbb bila lintas jln, dia ikut juga & bila nak tanya kat kedai 1lg mana Krishna Hotel, pakcik tuktuk tu ikut jg lps tu bila kami ckp taknak, dia mrh2!  Siap dia ckp kat kwn2 dia supaya jgn hantar kami siap perli2.  Ek eleh kecoh la pakcik ni, dah kitorg taknak naik tutuk dia & dia bengang sgt kenapa?

Kami sakit hati juga & terlalu rimas maka kami jln depan sikit & jumpa hotel JAI-MAHAL HOTEL maka bila kami naik tangga hotel tu, pakcik tuktuk tu ckp "THIS HOTEL NO GOOD, NO ROOM"  & berusaha sedaya upaya supaya kami pergi ke tempat tujuan asal kami tp once kami dah masuk hotel tu, pakcik tuktuk tak blh kacau kami dah & kami rasa selamat dgn pakcik saiko gile tu urgh!


Nasib baik ada bilik kosong.  Double Room 700rupees & Triple Room 800rupees tp to be fair & square 700rupees + 800rupees= 1500rupees deivide by 5 person= 300rupees (RM21) sorg.  Kami tgk bilik dulu & quite ok, nak mandi & tidur je.
Kiranya cancel la kat Krishna Hotel tu lg pun yg tu mahal & jauh sikit dr bandar.



Masa register tu kena tulis nama setiap org dlm buku tu so sempat la aku tgk nama2 tourist yg gi India, ada 1thn, 1bln, 3mggu.. aku je la 5hari kekeke!
Sesambil tu jgk berkenalan dgn Pak Mustar a.k.a Pak Misai (yg jg hotel tp gambar dlm kamera kwn2 aku).

Kali ni aku 1bilik dgn Belina pulak.
Lps siap letak beg, kami decide cari mkn pula.  Mula2 nampak bdk penghantar Dominos Pizza tp masing2 dah lapar so decide cari nasik hehe!

As usual redah je.
Agak jauh menapak (bg aku tak jauh sbb dah biasa jogging jauh2 kan) cuma mereka2 je la ngeluh sbb penat.
So jumpa la 1Restoran ni nama Restoran Rawat.  Ok la tuh, blh la rawat perut kami yg tgh berkeroncong ni.





Masing2 order SPECIAL THALI.       Sedap gile nasiknya tu tp sikit sgt!
Aku tak gemar nasik beriani tp mkn kat sana sedap weh!  Or else mmg aku lapar haha.  Rotinya pulak diberi 4keping.. fuh perut kami space kecik so mkn 1 pun tak habis.

Lps mkn decide blk hotel, sesambil jeling2 kot2 la terjumpa pakcik tuktuk yg saiko, muka samseng tak hingat tu.. nasib baik dah tak jumpa.

Lps tu saza menyinggah beli beg sbb beg dia dah koyak.  Dia letak 250rupees tp dia bg 200rupees tp kami mintak 150rupees sbb beg tu kotor tp saza nak jgk.  Aku ugut dia.. nak duit ke tak nak?  So nak tak nak dia bg jgk 150rupees. 

Balik bilik, iron baju, tulis perbelanjaan harian & terus pengsan!
Bye hari ke-3~


5 comments:

aiDieNa said...

Huhhh.. lotihnyer melancong kan.. hehehe

aiDieNa said...

Ehhh.. ko makan set thali tu halal ker idak kedainya.. nampak sedap..

NedLi Sakurai said...

tgh membayangkan pacik saiko tue marah2 korg sambil ikat kain putih dier ke pinggang.. mcm citer tamil time nak gaduh2 tue (^^')..

actually melancong camnie meletihkan.. tp biler bercerita balik semula dier jadi fun.. bkn sennag nak dpt pengalaman camnie kan?

cik kodok said...

kakpah- halal la.
Kat sana tak susah nak cari mkn halal ni, kena rajin jln la skit.
Ko tatau smpai LCCT 6.20pg.. aku terus dtg ofis keje hahaha

nedli- hehe tu aa smpai skang ingt lg muka pakcik tu, ptt kita tak puas ati dgn dia.. ni dia yg tak puas ati dgn kita.. sengal amat!
Kita lintas dia lintas.. bila lintas balik.. dia ikut jugak.. lps tu lintas blk.. ikut juge.. mmg saiko kekeke.

Letih tp sgt hepi & enjoy ;-)

Mia said...

pengalaman yang sangat mahal .. :)

toilet kat hotel tu, ok ke ??? nampak baldi tergantung ???