Friday, 30 December 2011

Pindah Blog

Diisytiharkan aku akan menutup blog ini dan akan berpindah ke blog baru di http://gi-maghi.blogspot.com kerana dah tak boleh adjust kapasiti yang telah membuak-buak banyak nya ini.

Makanya boleh lah delete terus link blog ni di lists blog anda & sila add http://gi-maghi.blogspot.com ya?  Sila jadi FOLLOWERS.  Tak ada paksaan tapi akan ada juga yang akan ku paksa nanti (kita lihat siapa yang kenaaaa!) :D

Denga ini secara rasminya aku telah menutup rumah lama ni sempena berakhirnya 2011.
2007-2011 dalam kenangan.

Thursday, 29 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Lupakan segala kisah sedih / menyakitkan hati / kisah buruk (tanam dalam tanah dalam-dalam).
Kenangkan kisah gembira / kesenangan dalam hati & memori.


Semoga tahun yang akan berlalu ini berlalu tanpa sesalan & terimalah dengan hati yang terbuka.
Saat itu bergerak.. ayuh mara lagi ;-)

Wednesday, 28 December 2011

Unread

Unread apa?
Sms?  bukan... tapi unread ini.............

Ada yang beli sejak 4tahun lepas tapi tidak lah ku baca, plastik pun tak buka lagi.
Ni kerja syaitan @ aku yang syaitan suka membazir ni =))

(dulu-dulu aku memang ulat buku, tak boleh tak ada bekalan buku.. tapi sekarang susah lah nak membaca sebab ada internet.. internet tu lagi nikmat dari membaca haha)

Tuesday, 27 December 2011

Takdok!


Kejadian ini berlaku di sebuah gerai makan yang baru dibuka di Kota Bharu.
Aku saja nak mencuba sebab tengok ramai juga yang makan kat situ.


Aku        :               Mee goreng ado?
Mokcik   :               ????? (muka blur habisss!)
Aku        :               Mee goreng ado?
Mokcik   :               Takdok
Aku        :               Mee goreng abih ko?
Mokcik   :               Takdok
Aku        :               Goreng-goreng ado?
Mokcik   :               Takdok
Aku        :               Doh gapo ado?
Mokcik   :               Takdok, panah-panah (panas-panas) takdok
Aku        :               Kedai ni jual gapo?
Mokcik   :               Takdok

Aku        :               hahhhh (aku super confuse fikir samada makcik ni pekak @ tengah  
                             blur?)… dok eh, Kedai ni jual makane gapo?

Mokcik   :               ??? (muka blur)… nasik nge lauk
Aku        :               OOooooOOoo ok!

Terus aku pergi.
Nak marah pun ya, nak gelak pun ya.
Aku cerita pada mak.  Mak aku kata “dia penat tu, telinga pun tak berapa dengar”

Hahahahahahah tak nak dah aku pergi situ lain kali, semua tak ada.
Karang aku minta teh ais dia kata tak ada juga :P

Monday, 26 December 2011

India- kau ada?


Aku memang dari dulu tulis detail.. Cuma di Dubai aku tak tulis sebab aku sakit hati tengok apa yang aku shopping haha. Hari pertama & kedua aje lah dulu, nanti sambung kat entry lain :D

Sunday, 25 December 2011

haaa

pening pening lalat erkkkk!

Wednesday, 21 December 2011

Genaplah 4 Tahun~

Hari ini 21 Disember 2011 genaplah 4tahun pemergian arwah abah ke Rahmatullah.
Pada tarikh ini 4tahun lepas ialah sehari sebelum AidilAdhal maka tidak lah kami beraya pada tahun itu.

Aku sempat jaga arwah abah di wad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu tetapi masa aku pulang dari Kuala Lumpur tu, abah sudah tidak sedar tapi aku berdoa supaya abah sedar & sihat seperti biasa.

Memang aku & mami berkampung sahaja di luar wad (bawa bantal / tikar / selimut) sebab takut apa-apa jadi pada abah.



Setelah doctor kata peluang abah tipis, maka aku sms abang aku yang ketika itu berada di Dubai supaya pulang & pulanglah abang.  Mami pesan kat doctor supaya bagi ubat untuk bertahan untuk abang aku sempat sampai jumpa.

Beberapa jam lepas abang sampai, abah menghembuskan nafas terakhir.
Rasa macam tak percaya, sedih & segala macam perasaan.

Abah dikebumikan esoknya.
Semoga arwah abah tenang di sana.

*tak sempat arwah abah nak jejakkan kaki di Dubai & arwah abah tak habis lagi khatam belajar bahasa arab & seingat aku, arwah abah baru je beli kamus bahasa arab di jalan TAR*…. Abah..... :-(

Monday, 19 December 2011

Menjejaki Mundok, Thailand

16 Disember 2011 (Jumaat)

Haaa aku pergi Thailand dalam masa beberapa jam je kauuuu.. lepas tu pulang ke Malaysia semula.  Hebat tak?  Haha.

 Naik boat RM1 je sehala... tak sampai 1minit dah sampai hihi

Sebenarnya aku malu nak beritahu bahawasanya tahun ini baru aku tahu tentang kewujudan MUNDOK, THAILAND walaupun aku anak jati Kelate.

Itu pun setelah kawan-kawan aku bukan orang Kelate cerita tentang ke”best”an Mundok sedangkan aku tidak tahu Mundok tu di mana haha.


 Ni dari Malaysia, depan tu je Mundoknya!


Maka pada minggu lepas kebetulan ibu dan bapa saudara aku pulang dari Seremban, maka aku ajaklah mereka.  Mereka memang kaki jalan maka semua on termasuk mami aku walau pada awalnya dia takut-takut nak pergi.

Sehari sebelum kami pergi tu, hujang selebat-lebatnya dan kami dah risau, bagaimana nak pergi sebab kemungkinan air naik, sudahlah kena naik boat untuk menyeberang sempadan tu.  Sehari sebelum tu juga aku gigih cari di blog-blog di manakah jeti untuk ke Mundok ni sebab aku memang tak tahu langsung di mana Mundok.

 Macam-macam adaaa!

Tanya kawan yang pernah pergi pun dia kata orang bawa dia dan tak tahu jalan, aduh tidak membantu!  Baca di 1blog ni, macam membantu (ikut Pasir Mas) tapi tahu je lah aku ni memang buta jalan haha.  Malam sebelum pergi, mami tanya saudara ikut jalan mana, katanya ikut Rantau Panjang.  Aduh sekali lagi aku kompiuh.



Ubi sedap di makan ketika musim hujan
Kalau nak pergi Mundok, pergilah hari Jumaat & Isnin sebab hari itu digelarkan HARI NAT (di mana semua peniaga buka kedai masing-masing dan macam pesta lah).  Kalau pergi selain 2hari tu, tidak lah meriah mana & tidak semua kedai yang buka.


Tembikar ni dijual sekali dengan air.
Pilih je rupa apa korang nak.  Ultraman?  Doraemon?  Hello Kity?  Ada penutup?  Yg ada tangkai?  Harga bergantung kepada size tembikar dari RM2.50- RM3.50.
Ada air milo, coklat, oren, nescafe, teh

Hari Jumaat tu kami pergi kea rah Rantau Panjang & bertanya arah di Petronas Rantau Panjang.

Katanya pergi kea rah Jln Pasir Mas lama & berdekatan dengan Kg. Jeram Perdah.

Memang kawasan kampong betul, kiri kanan sunyi, tak perlu risau, akan Nampak la board MUNDOK tepi jalan tu & kereta banyak hehe.


Inilh hasil rembatan tembikar aku.
Hasil shopping aku lupa nak ambil gambar, dah masuk mesin basuh pun heheh
(topi tu beli kat Pengkalan Kubor RM20 ekekeke)


Tapi sebenarnya kalau nak senang- IKUT PASIR MAS.  DARI KOTA BHARU AKAN LALU JAMBATAN PASIR MAS TU NAMPAK ROUNDABOUT (PUKUL 9 KE TANAH MERAH, PUKUL 12 KE RANTAU PANJANG & PUKUL 3 KE PASIR MAS.  AMBIL YANG PUKUL 3… TERUS JE NAMPAK LAH STESEN KERETAPI SEBELAH KIRI.  TERUS LAGI, AKAN NAMPAK SIMPANG & SIMPANG TU HANYA BOLEH KE KANAN JE.  JADI PERGI KE KANAN… TERUSSSSSSSS JE, AGAK-AGAK DALAM 10-15MINIT KALAU TAK MEREMPIT, LEPAS TU AKAN NAMPAK LA KERETA BANYAK PARKIR DI KIRI KANAN JALAN.. ITU LAH IA MUNDOK.  MUNDOK TU SEBELAH KANAN YE!)



 Ikan hiasan pun ada jual

Kalau nak pergi, sila pastikan sampai sebelum 9pagi kerana masa tu orang tak ramai sangat lagi (tapi aku rasa macam ramai jugak hehe).  Kebanyakan kedai buka 8.30pagi.



Setelah penat, kami rehat makan mee celup seketika
Haritu kami parkir di tepi jalan sahaja walaupun parkir di dalam tu masih banyak kosong (supaya senang ketika nak pulang nanti).

Dari jauh Nampak arus sungai tu laju, rasa cuak tapi mak cakap TAK PERLU KATA APA-APA, DIAM JE!  Huhu!


 Tudung sarung pun ada murah-murah dari Malaysia tapi aku tak beli lah :P

 Emas pun ada nokkk!

Dari tebing tu memang boleh lambai-lambai je orang kat Mundok tu.

Boat kami naik tu penuh walaupun masa tu baru 8.35pagi.  Tambang RM1 je 1hala.

Tak sampai 1minit boat gerak… sampai dah hahah tak sempat muntut aku nak mengeluarkan haba :D



 Burung pun ada.. sangkar burung yang cantik-cantik pun ada. 
Kelihatan makcik & makcik ku di depan itu

 Handbag macam-macam pesen yg tiada di Malaysia pun ada

Kami semua dah eksaited… kami jalan-jalan.  Macam-macam lah ada, cakap je nak apa?

Dari pakaian, aksesori, beg, footwear, jeans, makanan minuman, sayur, ikan, seafood, buah cd dangdut, jam tangan, emas, kain batik basahan, tudung bawal, tudung sarung, cadar, selimut,kelambu, peralatan masakan, toys, teddybear, ayam, burung… eh semua ada lah!

Tapi ada juga barang MADE IN CHINA :P



 Beg Deuter pun ada nyahhh!

 Handbag batu batan ni RM100++  makcik aku beli seketui

 Kelamu ke kelambu?  kekekeke.  RM20 saja!

Memang rambang mata dibuatnya.  Tapi aku tidaklah shopping sangat sebab bawa RM80 je hehe.

Tak perlu susah-susah nak guna matawang Thailand sebab mereka guna RM.. cakap pun memang melayu & pengunjung kebanyakkan nya Melayu he he!

Juga tak perlu bawa Pasport!

Askar ada di merata-rata tempat tapi tidaklah mereka tembak sebarangan!


 Baju bajan,  standard rupa made in thailand la kaedahnya!

 Tshirt RM8 sajo

Aku hanya beli seluar polka dot RM22, blouse RM20 & sling bag RM30.

Mak nak beli buah mangga 3kg RM10 tapi aku malas lah nak bawak berat-berat.

Kalau sesekali pergi tu menariklah sebab boleh borong, tapi kalau selalu pergi boring juga.

Mak aku pun siap ajak pergi Mundok sebulan sekali untuk beli sayur.. adoii jauhnya kekekek.


 Ramai gila dah orang ketika ni aku dah nak balik dalam pukul 12lebih

 Tengok di seberang sungai tu ialah Malaysia, masih ramai yang menuju ke Mundok.
Juga kelihatan parkir kereta yang sudah penuh.


Penat ronda, pergi makan mee celup kat jeti tapi tak sedap sangat (dorg kata ada 1kedai mee celup ni sedap tapi aku tak pasti kedai yang mana 1).

Pukul 12lebih kami pulang… masa tu pengunjung memang dah sesak, dengan jalan berselut yek!

Masa atas boat tu hujan rintik-rintik, nasib baiklah perjalanan tak sampai 1minit je hehe.


 Snap gambar sendiri.. bukti naik boat

 Kelihatan adik-adik askar berjaga di mana-mana sahaja.



Mundok.. aku akan pergi lagi.
Buat bisnes online pun ok juga ni hehe!

Friday, 16 December 2011

Musim Bingit

Cuti sekolah sudah bermula maka bermulalah musim bingit.
Apa itu musim bingit?
Apa lagi.. KENDURI KAHWIN la.

Kenapa aku gelarkan Musim Bingit?
Sebabnya kebanyakan kenduri yang aku pergi pasang lagu dengan bunyi  yang sangat kuat.


Aku rasa sakit telinga, bingit sangat!
Sudahlah kalau pergi kenduri kendara macam tu jumpa saudara mara / kawan-kawan,
Mestilah nak borak kan?
Tak pasal-pasal masa berborak kena jerit-jerit / kena cakap kuat @ rapatkan telinga kat mulut orang yang sedang bercakap tu.


Aduh seriyus aku tak suka bising-bising ni.
Boleh spoil mood!
Aku suka je pergi kenduri Cuma tak suka bising.


Kalau nak pasang boleh tapi just nice, tak bising sangat la.
Dulu-dulu kat Kelate tak ada pasang lagu segala, sekarang baru ada.
Tak payah ada pun tak apa lah, lagi aman telinga aku!
Or else pasang je lagu nasyid.. wahhh sejak bila aku berjiwa suci ni haha.

Wednesday, 14 December 2011

Episod Di India Yang Serious Akhir Cerita!

Airport Delhi Akhir Part Akhir
(Semua gambar ni ihsan dari kamera Nenektua)


Pagi di ticketing office lapangan terbang New Delhi.  Kami berkampung di sinilah lepas sampai di New Delhi Train Station (tempat di mana aku kena pukul hehe) lepas tu meredah kesejukan yang teramat dengan naik van yang sempit, adus!~
Pusing-pusing jumpa lah.. aku ajak mereka makan kat food court di tingkat 3.

Aku tak makan pun tak apa, yang penting charge hp.

Bila naik, aduh.. 1port pun tak boleh guna dari hampir 10port yang aku cuba.  Bengang gila aku.

Sudahlah beli roti burger apa aku tak tahu.. tak sedap (susah hati fikir hp kekeke).


 Ramai yang beli tiket, rasa nak je ikut Nenektua & Arwien pergi Kashmir

Aku kalau boleh nak pergi charge hp.

Aku makan cepat-cepat & turun bawah cari port untuk charge.

Nasib boleh charge, betul-betul depan tv.

Si saza pula pergi cari rokok yang buleh beli dgn matawang rupees sebab mostly nak dengan USD.

Aku tak dapat lah tolong.. nak bagi pinjam 2dolar aku ada la haha.

Dalam 10minit charge tu tiba-tiba staff airport tanya aku naik flight Air Asia ke?

Aku cakap ye, dia suruh cepat sikit sebab flight dah ready.  Aku cakap bagi masa sekejap sebab tengah tunggu kawan.  Biar betul staff airport ni, flight 10.10malam tapi masa tu baru pukul 9.15malam huhu.

Tunggu dalam 15minit lepas tu, staff airport tu datang lagi cakap “miss, faster please!  Go find your friend because flight is ready”  Aku cakap ok! 


Ok tak ok, aku tak boleh call Saza.  Tapi aku suruh Bell pergi naik flight dulu.  Bila Saza sampai, aku suruh snap gambar for last hahah lepas tu bila tengok kami kena naik kat Gate 10 (gate paling akhir).. mak oiiiiii board tu tulis 10minutes walking distance.
Patutlah staff airport tu suruh cepat.  Kami apa lagi gunakan kuasa kuda.. lari mamcam lipas kudung la haha.


Kedai-kedai dalam Delhi Airport


Ingatkan boleh terus naik plane, rupa-rupanya ada lagi staff airport pakai uniform macam polis cek beg pulak.  Wuddahollabackgirl?  Sesiapa yang tiada sticker hand luggage, kena tahan dulu.. rasa macam nak carut ya jugak.. dah sah-sah la dah lepas kat imigresen & scanner bag.. apekehei nya nak cek lagi kan?

Nasib baik aku berkeras minta sticker hand luggage awal-awal.

Bila naik tu, aku dapat seat belakang-belakang lah pulak.

Tapi ok lah, selesa sebab seat 2 (biasa 3seat kan), jadi luas la sikit hehe.

Memang tak ada orang kat sebelah jadi aku tidur dengan nyenyak nya.

Bell & Saza dapat kat depan & masa isyarat tali pinggan dipadamkan, saza ajak aku pergi seat dorang sebab kosong tapi aku cakap tak apa lah, nak duk sorang-sorang, berlagak kan? :P



 Tak tahu plane apa

Aku sambung tidur tapi bila sedar, aku bau sesuatu menusuk hidung.. pandang kanan.. yakkkkkk, ada uncle India duduk di seat sebelah aku bau “best gilak”… rasa nak nangis.
1jam lebih menangungg derita deria bau.  Memang tak boleh tidur langsung.
Aku pandang kat mana-mana FA kot-kot ada yang perasan dengan situasi tu.
Setelah beberapa minit meminta simpati dengan ekor mata yang sedih (berlakon sedih jaaa)… ada seorang FA perempuan ni Tanya “cik tak boleh tidur ya?”  Aku angguk je.  Terus FA tu suruh uncle tu balik ke seat asal dia.. terima kasih FA yang aku tak tahu nama!

Bau tu lekat sampai lah flight landing di LCCT.. haduh busyuk!
Turun plane panas le pulak (maklumla kat Delhi sejuk berbelas-belas degrees je).
Lepas ambil backpack, aku sepantas kilat cari Aero Bus nak balik KL Sentral.
Nak tahu sebab apa?
Sebab aku harus meneruskan hari-hariku bekerja seperti biasa haha gigih kan aku?

Kawan aku 2orang lagi tu cuti la kaedahnya.
Aku mana boleh cuti, sebab 5 6orang je yang tahu aku pergi India hehe.

Ok lah walaupun dah macam-macam pengalaman di India, aku akan tetap sukakan India.
Incredible India.. aku akan pergi lagi suatu hari nanti.. muah :D

Monday, 12 December 2011

Keluar Malaysia dgn Al-Quds Travel

Pada 7/12/2011 (Rabu) yang lepas saya sudah mendaftar di pejabat Al-Quds Travel (Kelantan) untuk ke luar Malaysia.
Tarikh perjalanan:  26/4-9/5/2012 bersama-sama dengan ibu, abang & seorang makcik saya,  setelah mereka berdua memberi persetujuan untuk pergi bersama.

 Goodiebag untuk 4orang, tidak termasuk budak bulu yang tengah tidur tu kehkeh!

Dan dengan ini ibu saya telah sponsor untuk kami semua 
(kecuali duit belanja di sana bawalah sendiri)
Terima kasih mummy:D

Inilah wisma Al-Quds, betul-betul depan KB Mall.
Sebelahnya tu Hotel Al-Quds (gambar bangunan ni kredit to blog SayangIslam.com)
Seronok juga sebab ada ahli keluarga lain yang pergi bersama.
Semoga kami diberi kesihatan yang baik nanti.
InsyaAllah ;-)

Friday, 9 December 2011

Klinik Jega

Penduduk Kelantan, siapa tahu mengenai KLINIK JEGA?
Aku mami pun baru tahu kewujudan KLINIK JEGA ni walaupun sudah beroperasi berbelas-belas tahun.

Al-kisahnya haritu mami aku borak dengan officemate aku dan cerita pasal sakit lututnya maka kakak tu pun suruh pergi KLINIK JEGA tapi kena pergi awal-awal sebab sentiasa ramai orang.
Gelap pulak.. ramai gila tu sebenarnya.. susah nak ambil gambar dari dalam sebab terlalu ramai & bersesak-sesak

Maka pergilah sabtu tengahari… MAKKKKK OIIII!
Beratur sangat panjang & sudah penuh, tak boleh ambil nombor dah.
Mereka bagi siti sifir sifir-sifir untuk datang sebelum orang lain ramai.

Maka ambil keputusan untuk pergi Isnin dan pendaftaran untuk malam bermula jam 6.30petang tapi doctor ada pukul 8mlm.
Bayangkan aku daftar 6.20petang pun, sudah nombor 3 & 4 (aku dan mami masuk sekali).
Kalau daftar betul-betul 6.30petang, mahunya nombor ekor 11 huhu.

Lepas tu pergi Maghrib di Masjid Muhammadi & balik semula ke KLINIK JEGA 7.45malam.
Haaa ambik kauuuu.. seat ada 2 je lagi yang kosong.  Mami Tanya orang sebelah turn ke berapa?
Katanya ke 32 hu hu huuuu gila kan?

Best lah doctor ni, dia kelakar & banyak bagi nasihat-nasihat.
Aku sakit lutut sebab jatuh, dia tanya kenapa terjun & terjun kat mana?  & ada la lagi benda2 yang diborakkan.  Hahaha

Mami pula kena cucuk.  Doktor nak cucuk aku juga tapi macam biasa la aku takut weiiii!
Padahal boleh pula derma darah kan?  :D

Masa nak ambil ubat, ingatkan mahal.
Rupa-rupanya murah je.  Aku punya ubat RM30++ (kalau kat KL sentuh sikit tak tengok apa sakit + 3ubat RM45 dah isk3!).
Mami punya mahal sikit sebab cucuk dalam RM40++

Jadi aku akan pergi lagi ke KLINIK JEGA ni!
Kat depan tu ada KLINIK Chinese & 1 row nya pula ada juga KLINIK tapi memang tak ramai lah.

Sesiapa di Kelantan, boleh la cuba KLINIK JEGA :D

Tuesday, 6 December 2011

Pergi Sale Al-Quds Travel

1-3/12/2011 hari tu ada Year End Sale Al-Quds travel yang di adakan di Ruang Legar KB Mall.
Penat aku pujuk mak pergi, dia tak nak pergi.. kecewa gila aku!
Sekali pagi tu masa aku ambil dia dari ceramah agama di masjid, dia tanya aku nak pergi mana?
Sekali lagi aku gunakan kuasa pujuk rayu, aku cakap jom lah pergi Sale Al-Quds maka dia cakap ok lah tapi kejap aje sebab dia nak pergi pasar dulu.  Ah boleh lah, asal pergi.. walaupun bulan lepas sudah pergi ke pejabat Al-Quds itself he he. 

Sale tu bermula dari 1-8 Disember 2011.
Sesiapa berminat, boleh cek kat sini http://yearendsale.my/2011/

Ramai juga orang walaupun baru 11.10pagi  (booth bermula dari 10.30pg hingga 10malam)

Sampai-sampai je terus masuk, aiseh beberapa saat tiada orang layan maka tengok brochure.
Lepas tu barulah ada staff perempuan layan aku tanya nak pergi mana.
Sebenarnya tak tahu nak pergi mana, saja je survey.. boleh gituuu? :P

 Kat stage ada banyak hamper.  Masa nak balik tu ada yang dapat cabutan bertuah.
Kemungkinan untuk orang yang dah beli pakej. 

Maka duduklah & aku tanya mami nak pergi mana?
Dia cakap tak tahu.  Jadi aku tunjuk lah pakej ke tempat-tempat pergi shopping macam Ghoungzhou tapi aku tak nak pergi pun sebenarnya, saja la nak jalan-jalan jamu mata tengok brochure hehe.

 Wah beli 10percuma 1.
Ada promo gi Beijing RM88 untuk 4hari 3malam.
Tapi nothing you can do there lah.. at least pergi 6hari!

Staff tu promote pergi Korea.
Isk sesungguhnya aku masih belum terbuka hati lagi nak pergi Korea walaupun perempuan-perempuan lain seperti sangat tergila-gila kan negara Korea... tapi aku tidak.. pelik kan?

Tengok ground pakej ke Dubai, wah rindunya nak pergi Dubai!
Dubai seronok shopping je sebenarnya.. sejarah-sejarah segala ni tak ada pun.

Teruja dengan yang ini aje sebenarnya!  Umrah!

Lepas tu aku tunjuk pakej pergi Umrah yang ada diskaun RM1000 tapi turun di Jeddah lah.
Aku tunjuk juga promo-promo Umrah lain & mami kata tak apa lah nanti dia balik fikir.
Aku berharap mami nak pergi Umrah  (macam tak caya aje kan, aku yang sebegini ala-ala sengal nak pergi umrah.. takut juga aku sebenarnya, aku tak cukup Ilmu lagi).
Semalam bila balik pun dia ada cakap kalau dia pergi, dia risau sebabnya lutut dia masih sakit lagi sejak jatuh tangga bulan September yang lepas.  Tak apa lah, Travel Agent mesti ada jalan penyelesaiannya seperti naik wheel chair & upah orang tolak kan? :-)

Tak apa lah, panjang umur sampai lah hajat ku menjejakkan kaki ke Makkah / Madinah lagi.