Monday, 5 December 2011

India- Ada Lagi Ceritanya! Bahagian Awal Airport

Lagi-lagi di India Akhir:  Di Lapangan Terbang Part Awal

Wah gituuuu ada lagi kauuuuu pasal India!
Tak sangka pulak aku jadi nyanyuk lupa nak cerita pasal hari-hari terakhir di sana haha.
Entry ni panjang gila jugak, sila jangan muntah papadom!

Last aku cerita ialah shopping di Sarojini Market:  http://sengih.blogspot.com/2011/04/india-day-5-sarojini-market.html

Dalam tuk tuk pakcik penipu.. aiseh nampak mcm tepung gomak pula aku padahal tak buh sebarang bedak dari pagi huhu

Dari Sarojini Market tu naiklah tuktuk ke Airport.
Mula-mula pakcik tu janji kenakan bayaran 200rupees je sekali bila dia dah mencilok-cilok sebab masa tu peak hour orang balik kerja.  Dia siap menyempit atas devider lagi.. huiyooo rasa macam mini F1 buruk je kakaka.
Kami siap jerit kat pakcik tu CHEATER & LIAR tapi pakcik tu buat sini dengan angkat bahu & senyum sini just like macam "wellllll!"  
Kurang ajar kan?  Aku dah rasa benci 1 Delhi dah kat pakcik tuk tuk tu.
Tapi seriyus best masa dia cilok mencilok, rasa macam naik motor jugak haha.

Bila sampai kami bagi juga 250rupees & aku siap lambai-lambai say bye bye lagi,
gembira sebab dah tak kena tipu dah lepas ni (ye ke) ahaks.

Walaupun kami backpack, beg beranak juga hahaha aku siap bawak beg lain siap2 ye!
Ni beg untuk 3orang lah, bukan aku sorang je!

Naik lah kami feeder bus, Indian tak ramai, semua traveler mcm kami dengan begpack yang besar.
Dekat je dalam 10minit dah sampai Indhira Ghandi Airport (IGI) tapi super keliru sebab airport tu besar ye.. berganda-ganda besar dari LCCT tu.

Kena gigih ambil troli sebab kena naik tingkat 2.  Beg sudah beranak ye kawan-kawan walaupun pergi backpack haha.
Nasib lah aku print siap-siap tiket tu, kalau tak boleh masuk airport.
Bila masuk, cari flight Air Asia tapi tak ada dalam lists pula, aku dah nervous sebab flight lain yang lagi lambat dari  AA pun dah masuk lists.

Gajoh dalam lapangan terbang New Delhi

Tapi kami masuk lah juga, nak pergi tandas nak tukar skirt kembang (ada lah kenangan dari India hahahahah).
Aku suruh Saza & Bell masuk dulu, sekali bila aku nak masuk, aci tu tak kasi sebab ada orang tengah repair.. aku bengang gile.. aku cakap kawan aku ada kat dalam.. sampai sudah tak bagi.. huh!

Ok kemudian pergi ambil gambar depan gajah.  Ada aunty tu sukarela nak snap gambar kami bertiga.
Dia cakap bahasa dia dengan kami so kami minta cakap English.. langsung dia senyum.. kalau lah aku pandai bahasa dorg :P
Aunty tu volunteer snap gambar kami bertiga

Lepas tu pergi beratur sebab skrin utk Air Asia dah open.
Punyaaaalah lama gila beratur, orang Malaysia yang beratur selepas kami pun dah siap check in.
Ada perempuan Indian yang kaya aku agak (dari pemakaiannya), pergi sepak troli kami.. sangat rude!  Sudahlah potong queue kami!  Geram betul aku!  Kalau kaya tak payah naik Air Asia boleh?
Birokrasi betul, kami penat beratur panjang, tak pula diberi laluan.
Lepas tu pakcik depan kami tu pula masalah tiket.

Baru queue- masa ni belum bengang lagi sebab baru queue kan huhu

Bila turn aku, tiba-tiba mamat Indian ni sama-sama bagi passport atas kaunter.
Staff airport pun keliru siapa dulu yang beratur.. aku jerit la aku dulu, mamat India tu tengok je kat aku.
Aku cakap tak kira.. aku penat beratur, suka-suka hati nak potong queue?
So bila aku check in, masing-masing diberi sticker HAND LUGAGGAGE.. tak boleh tak ada!
So bila turn aku, tak dapat pula jadi aku minta lah, staff sebelah cakap “your turn don’t have hand luggage sticker”  Aku dah hangin 1Delhi.  Aku jerit WHY?  EVEN MY FREN GOT THE STICKER!  UNFAIR!  I WANT MY STICKER!  (Punya lah aku marah, padahal kes sticker je haha).
Tahu staff tu takut, terus dia ckp “I’m joking”  sambil sengih-sengih kerang bau apa tak tahu.
Indhira Ghandi International Airport (dari kamera nenektua)

Lepas check in, kena lalu imigresen la macam biasa.  Aku tak tahu apa lah malang nasib, line kami asyik lambat je.  Terjumpa pula uncle singh org Malaysia baik gila.  Borak-borak dengan dia tapi sangat tak selesa sebab orang belakang aku asyik duk tolak-tolak je.  Tak ada otak ke?  Ko tolak sampai aku pengsan pun, tak adanya line tu boleh gerak cepat!  Tapi aku tengok line sebelah laju gila walaupun panjang, terus kami dengan muka tak malu, lalu bawah besi penghadang tu pergi line sebelah.. say goodbye kat uncle singh tu hehe.
Ingatkan tak ada masalah dah, rupa-rupanya aku lupa nak isi borang kecil tu untuk keluar Delhi.. adus, nasib baik ada borang tersedia kat kaunter belakang tu.. apalah nasib! 
Lepas tu nasib aku lepas tanpa soal hehe.


Part paling sakit hati pula ialah masa nak lepas tempat scan beg tu.  Tuhan aje lah tahu betapa aku hangin seluruh India bahawasanya line kami sekali lagi selow seperti siput vavi!  Padahal line sebelah yang queue lepas aku, sudah lepas!  Terjumpa sekali lagi minah India yang sepak troli kami tu.
Dia Tanya aku semua orang dapat sticker hand luggage ke & nak ambil dari mana… aku cakap memang dapat masa kat kaunter check in.
Dia dah risau & dia kata nak keluar ambil, aku kata tak perlu kot sebab kena keluar dari imigresen (baik tak aku?   Biarlah orang nak buat jahat!)
Beg aku sekali lagi kena scan 2 kali.. tak tahu lah apa masalahnya. 
Lepas scan bag, badan pula di check.. ok lepas!  (nasib tak suruh buka baju kan haha).

Lepas masuk tu, aku pergi cari tandas.  Kena tukar juga pakai skirt sebab seluar aku dah koyak (kantoi!).
Punya lah jauh tandas (or else aku tak Nampak the nearest toilet sebab aku jalan laju). 
Lepas tukar, cari 2kawan lagi tak jumpa pula, hp aku memang tak boleh call out.. aduh sudahlah airport tu besar nak cari.  Aku cemas takut tak sempat nak charge hp lagi.

Sambung lah, muak le aku nak menaip & korang sure tak baca punya hehe.