Friday, 16 December 2011

Musim Bingit

Cuti sekolah sudah bermula maka bermulalah musim bingit.
Apa itu musim bingit?
Apa lagi.. KENDURI KAHWIN la.

Kenapa aku gelarkan Musim Bingit?
Sebabnya kebanyakan kenduri yang aku pergi pasang lagu dengan bunyi  yang sangat kuat.


Aku rasa sakit telinga, bingit sangat!
Sudahlah kalau pergi kenduri kendara macam tu jumpa saudara mara / kawan-kawan,
Mestilah nak borak kan?
Tak pasal-pasal masa berborak kena jerit-jerit / kena cakap kuat @ rapatkan telinga kat mulut orang yang sedang bercakap tu.


Aduh seriyus aku tak suka bising-bising ni.
Boleh spoil mood!
Aku suka je pergi kenduri Cuma tak suka bising.


Kalau nak pasang boleh tapi just nice, tak bising sangat la.
Dulu-dulu kat Kelate tak ada pasang lagu segala, sekarang baru ada.
Tak payah ada pun tak apa lah, lagi aman telinga aku!
Or else pasang je lagu nasyid.. wahhh sejak bila aku berjiwa suci ni haha.

4 comments:

amirah said...

setuju!! tak suka kenduri yg pasang lagu sikit punya kuat pastu ada karaoke yang boleh buat putus selera..hehe..sampai nak ckp dgn laki sndiri pun kena pekik2

whooz said...

aku pernah pergi kenduri, yg main muzik tu live band tapi sangat sedap di telinga. macam lepak tepi pantai sambil dengar lagu je rasanya.. best

tak suka yg bingit2.

cik kodok said...

amirah- tu la pasalnya... kalau buleh dorg nak pasang biar dengar 1dunia.. adus tensi!
Nak makan pun takde mood.
Nape dorg pasang kuat sangat ek?
Nak menunjuk dorg happy? kekekeke!

huzi- haa ye ke? kalu gitu baru syok.
esok2 ko kawen.. make sure jgn buat bingit sangat.. kang aku report kat kementerian sumber asli sbb buat pencemaran bunyi haha.

zahra said...

kuak bekwoh deh...
huh, demo patut mari sini, ore sini kalu bekwoh mesti dok karaoke, kalau soro tu sedak iyo jugok, ni macey itik nilo. tune lari ke mano..
dah la sini kalu bekwoh tu, demo wat kat bawah blok jah... bising nyer jah... ambo vencik tau....