Akhirnya dpt juga jejak ke Sarojini Market, tempat yg aku idam2kan sbb baca review... Sarojini ni mcm best sgt. Imagine la, minah2 saleh pun suka weh haha!
Mana taknya.. murah gila.
Tp sorry ye.. NO BARGAINING! (blh jah sebenarnya kat certain2 kedai tp mostly tak boleh lah).
SAROJINI MAP
Lps driver HOHO BUS drop kami, mmg main redah je la pun.
Tgk map Sarojini tu.. fuhh sebesar2nya ok?
Tp harus diingat, Sarojini Market tutup setiap Isnin ye?
Karang takut sesiapa pergi Isnin lps tu tgk takde kedai bukak, lg la hampa!
Sarojini- ramai sebenarnya time ni, tak nampak mcm ramai pulak
Perkara utama yg kami nak buat ialah mencari MONEY CHANGER.
Tanya org kat kedai tu, dia kata nak tlg tukarkan sbb jauh sikit tp DON'T TRUST THEM lorrr!
Kita tak tahu org tu jujur ke tak. Kami decide cari snd dgn direction yg dia bg tu.
Tailor kat sana ialah lelaki & jahit open spt dlm gambar.
Ketika aku menghalakan kamera kat dia:
lelaki: NO NO NO (konon tak bg aku snap gambar dia)
aku: YES YES YES ... lps tu cpt2 aku lari kekekek!
Eleh NO konon, tp sengih! :P
Cari sendiri & terjumpa la board "money changer" tp dpn kedai office wear.. konfius jugak kami tp nasib baik laki tu ckp "money changer at the back".. oh dlm tu je kaedahnya!
Aku tukar RM50 je= 700 rupees.
So hati dah senang sbb dah tukar duit... banyak benda blh dpt dgn 700rupees tu.
Motif utama aku nak beli kain cotton tp tak jumpa lah pulak so aku decide 'tangkap' yg mana ada je lah.
Aku dah rambang mata sebenarnya, segala benda nak beli sbb mmg murah kaw2.
Tp memikirkan aku hanya menggalas backpack + 1beg beranak yg kecik je so aku bajet beli brg muat2 utk beg beranak tu je lah.
Si bellina stuck kat kedai saree bernama GOYAL TEXTILE & yg aku sakit hatinya ialah, terjumpa saree sebijik yg aku beli di Jaipur. Harga kat Jaipur ialah 400rupees & di GOYAL TEXTILE ialah 250rupees (RM17). Beza 150rupees which is 150rupees tu dah boleh dpt 5keping cushion cover @ 8seater table cloth.
Tp aku beli lah 1pasang utk hadiahkan sempena birthday ofismet aku.
Si bellina dah rambang mata.. agak lama juga kat GOYAL FABRIC tu & dia beli berapa belas saree aku tak ingat.
Shawl & mafla bercampur plaks
Oleh sbb lama sangat so aku decide jln sorg2 kat luar tp tak pergi jauh lah,
takut sesat.. haha.
Aku pergi dpn tu sikit jumpa cushion cover yg sgt menawan + mcm2 design so aku tak tahu nak plh yg mana 1. Sudahnya aku pilih yg kat atas2 je sebelum mata aku semakin rambang kekeke. Mostly 150rupees-250rupees. Aku berkenan yg 200 rupees tuh, bila bargain, dia tak bg so beli yg 150rupees jah.. cantik lah jgk.
Bila balik ke GOYAL FABRIC, si bellina tak siap lg membeli gara2 dah rambang sgt haha. Tokey tu pun ada ckp ada sorg Malaysia ni mmg beli saree kat kedai dia & jual kat FB. Tp aku tak ingat lah apa nama bdk tu kat FB. Untung lah sgt jual kat Malaysia sbb kat India yg murah2 boleh dpt yg cantik.. tp kalau kat Malaysia yg murah2.. ala2 cikai je (pandai je aku.. padahal tak pernah beli saree pun seumur hidup haha). Ada jugak saree harga RIBU RIBU RUPEES.. yg maraharaja lawak pakai or artis2 pakai.
Aksesori yg besar semuanya tp tak sesuai lah dgn tgn aku
Lps settle, ronda2 & aku stuck pula kat kedai skirt.
Bertimbun2 skirtnya. Rambang mata sekali lg. Dah tak tahu nak pilih yg mana 1.
Skirt pendek & panjang harga 50rupees jah (RM3.50).. kalau kat Malaysia kompim2 la RM20++ hehe. Aku ingat nak meniaga skirt tp pyh la pulak aku nak bawak balik bertan2 skirt, aku dah la sakit hati bwk beg berat2 ni so lupakan je hasrat aku nak jual skirt haha.
Maka beli 6helai jah.. dia suruh beli lg.. eleh pandai je nak perabis pitih aku :P
Lps tu aku beli mafla 2helai utk dipakai masa gi Beijing pulak nanti.
50rupees je 1helai.. sgt murah & cantik2 semuanya.
Then aku beli seluar ala2 aladdin..
ada 3size= pendek (100rupees), 3/4 (125rupees) & panjang (150rupees).
Aku ambil yg 3/4 so bg 150rupees.. dia tak ada balance & dia suruh tanya kwn2.. ceh mana ada? (ada je sebenarnya tp mls le nak pinjam2 bagai), last2 tokey tu kata ok lah 100rupees hihi.
Saree mahal nih
Pusing2 lagi nak beli kurta pulak.
Also comel2 & 100rupees jugak.. penat aku cari, semua size besar lps tu bdk tu mcm perli2 kitorg (bahasa dorg la tp memek muka tu mcm sinis) so last2 bell ajak blah je.. tu la, moralnya CUSTOMERS HAVE THEIR RIGHTS TO CHOOSE!
Goyal Textile
Cari bangle.
Memang semua murah2 tp tak sesuai lah dgn tgn aku yg kecik kiut ni.
Semua besar2 gabak. Yg sama mcm aku beli kat jaipur tu tak ada.. nyesal tak beli banyak! :-(
Ramai gila kan?
Then gi cari tshirt utk anak buah aku pulak.
Mostly kidswear utk girl je.. utk boys tak ada banyak choice tp beli lah jgk 1 helai,
gambar kriket. Negara2 gitu kan terkenal dgn kriket.. Malaysia tak ada lah.
Lps tu tgk harga2 kemeja blh dpt 100rupees (RM7).. gila murah kan?
Kalau lah aku ada laki ke, bopren ke, mau nya aku beli hehe.
Or else kalau arwah abah aku masih ada, aku selalu belikan kemeja utk dia.
Aku jah reti utk dia, kdg2 mak aku beli pun tak kena hihi aku kan anak abah :-)
Handbag pun banyak tp aku tak interested sgt.
Then beli table cloth utk 8seater 150rupees RM(10).
Mcm2 lg lah ada... bedsheet, karpet, beg, salwar khameez,sport shoes & segala mcm lg lah yg susah sgt nak aku lists hehe.
Asalnya kami plan nak pakai henna 20rupees (RM1.40) je tp oleh sbb kesuntukan masa, terpaksa la lupakan nak ber'henna'.. frust sgt!
Oh ye, lelaki ye yg draw henna tu, bkn lelaki :D
Jam dah pukul 6lbh sikit so decide pergi Indira Ghandi International Airport (IGI) Delhi dengan menaiki tuk tuk.
Sekali lagi kami dikelentong, oh apekah nasib kami?
Tp oleh sbb dah terubat dgn hasil shopping, maka ok lah.. sakit hati sikit2 je la hee!
TO BE CONTINUE kes2 sakit hati di IGI Airport pulak!
No comments:
Post a Comment