Tuesday, 19 April 2011

India Day 5- Delhi Seight-Seing

2502.2011 (Selasa)- Pening juga nak cari bas utk pergi ke town Delhi dr airport, ye la aku & Bell terlupa bawak Map.  Nak beli tiket bas seight seight pun tak ingat langsung kat mana.  Padahal dah siap print buh dlm folder!
Nak cari CC.. also tak jumpa.. gila kan?

So main redah je.. as usual cab driver tu sgt sibuk suh naik cab dorg.
Dah nampak 1bas merah tp terlepas lah pulak maka kami redah ke jln besar & masuk kampung apa tak tahu la maka keluar balik & tanya seorg lelaki yg mcm foreigner yg nak hantar anak ke sekolah.
-(dalam bas)-


Muka macam Asian (maybe Philipinoe or Thailand or Indonesian or else aku tak tahu).
Siap teka "u must be Indonesian or Malaysian?"
Tanya dia nak gi kaunter HOHO BUS so dia suruh stop kat Jantar Mantar & dia sgt helpful & pesan be careful dgn driver cab yg banyak menipu.. oh thanks to him!
-saza mkn megi pagi2, mengepaw megi bell-
Berkejar balik ke aiport tp tggu lama sgt, maka sempat la si Saza buat megi- mintak hot water dgn kiosk air hehe.  Sejuk gila time tu, aku siap lompat bintang utk hilangkan sejuk.
Tggu dlm 15minit then bas sampai, kami minta turunkan kat Jantar Mantar.  Tiket bas sorg 50rupees (RM3.60).  Aku saje berdiri dlm bas utk tgk view dpn tu.  Dlm 20minit jgk la nak sampai ke Jantar Mantar tu ++ peak hour org nak gi kerja.

Driver bus drop kan kitorg di Jantar Mantar, rupa-rupanya bukan di situ tp kena menapak ke jln belakang, nasib baik jumpa lelaki yg bg direction kat kami & at the same time kami ikut je dia (padahal dia tak suruh ikut pun haha) & bila sampai di bangunan nama Scindia tu.. org tu kata kaunter tu buka lambat sikit so say thanks to him.  Cari punya cari, tak jumpa pulak ciri2 kaunter HOHO BUS.
-Kaunter tiket HOHO BUS-

And ada 1pakcik ni tanya nak beli tiket HOHO BUS ke?
Kami kata ye & dia suruh tunggu sbb biasanya dlm 8.30pg baru kaunter buka.  Dia kata dia pun nak beli tiket HOHO juga tp aku ada ragu sikit dlm hati.. ye lah asyik kena paw je kat India ni tp kami tunggu.
-di tengah2 bandar Delhi-




Dlm 10minit then keluarla 1pakcik ni bawak meja kapuk (spt dlm gambar).. rupa2nya dia lah yg jual tiket.. ahaha aduh mcm koman gila.  200rupees je sorg (dlm website 300rupees).  Dia explain direction tggu bas kat mana dlm bahasa dia pastu aku ckp "english?!"  Dia mcm blank2 then nasib baik pakcik yg tanya kami nak beli tiket tu bantu kami.  Dia lah yg explain segala so kami say thanks la.  Dia tak minta tips pun.  At last jumpa jgk org yg tak mintak tips ehe.
-inilah kedai mkn yg dikatakan.. ianya adalah kantin utk driver bas- :-)

Lps beli tiket cari kedai mkn... jalan punya jalan.. mcm tak ada ciri2 ada kedai mkn @ restoran je.  Kecewa juga sbb HOHO bus tu start seawal pagi sampai lewat ptg, takkan nak berlapar pula kot?


Jln punya jln, terserempak dgn sorg pakcik ni (pakai elok, smart gitu, ensem la jgk haha- bkn pakcik la.. mcm umur 40-an gitu), dia pandang kami & tanya kami nak pergi mana?  So kami ckp nak cari kedai mkn.  Dia kata ada kedai mkn kat Scindia House tu tp kami ckp dtg dari sana, tak ada pun kedai mkn so dia kata tak apa.. ikut dia.. dia akan tunjukkan sbb kedai tu kat belakang.
-tgh beramah mesra dgn pakcik cab-


Kami mcm ragu2 so kami kata tak apa lah, akan cari kedai mkn snd.  Pakcik tu mcm frust kami tak nak ikut dia.  Ye la kami kena hati2, mereka ni sikit2 nak tips or paw org.. aku tak kuasa lah nak lyn.  Maka kami jln dpn lagi then mmg tak ada langsung kedai mkn, menapak dah jauh ni so decide ke Scindia House semual.
-HOHO BUS.. acceli HOHO BUS yg betul2 adalah yg lain.. tp ok lah byr 100 rupees je nih-

Kami tanya pakcik jual tiket tu kedai mkn (mcm org bisu la guna isyarat tangan) & dia tunjuk kat belakang.. kena lalu lorong dlm bangunan tu which is mcm pelik lah kan ada kedai mkn belakang tu heh.
Bila sampai belakang... tadaaaa!  Nak tahu apa?
Terjumpa dgn uncle smart yg nak tunjuk kedai mkn kat kami tu.  Time tu dia tgh lap2 cab dia.
Siap perli kami lagi "do u remember me?"  pastu kami sama2 gelak.. malu woiiii.. ye la sbb kami ingat dia penipu!
Dia kata 'kan betul ada kedai mkn kat sini?  Sy bgtau td kamu tak percaya, saya bkn tipu" (in english la, sj translate ekekek). Malu kami bila dia ckp mcm tu so kami explain la why kami takut & tak percaya org India so dia kata tak apa, dia paham.. dia sdh biasa dgn keadaan mcm tu.  Dia sendiri frust sbb buat pelancong mcm tu.  Sikit2 nak tipu, nak tips.. korupsi merata.
-di red fort.. cuaca di delhi extra sejuk compare dgn agra & jaipur-

Sambil2 tu kami order lah parantha (roti canai) + chai.
1 je lah pesan aku.. nak makan tu jangan lah tengok dapur mereka hahahaah!
Mereka layan kami dgn baik gila.  Bdk2 yg meniaga tu pun mcm happy gila.  Siap tanya uncle tu.. bdk2 tu tak sekolah ke?  So dia kata kat India ni tak ada sistem.. sape2 nak sekolah blh sekolah.. sapa2 yg tak nak sekolah.. tak pyh pergi sekolah.. BOLEHHHH MCM TU?

Aku siap ckp kat bdk2 tu.. "pergi lah sekolah, besar esok2 blk jd KAYA mcm kami, blh tgk negara org".. ayat tak boleh belahhh langsung :))  (aku tak kaya pun, just nak bg perangsang kat bdk2 tu pergi sekolah).
Lps tu bell snap gambar bdk tu & tunjuk kat dia.
Bdk tu sengih2 malu sbb mesti dia tak pernah tgk gambar dia dlm kamera. 
-aku tak tahu apa kegunaan buah kelapa ni & pakcik ni meniaga kelapa... eh org panggil kelapa ke apa nih?  haha-




Sebelum kami pergi tu, uncle tu (sanjeev kumar) promote la cab dia kan dari DELHI-AGRA-JAIPUR tu 8000rupees je 1cab (RM570) which is buat kami sangat terkedu sbb murah.  So siapa2 nak pergi golden triangle, blh la contact pakcik ni.  Dia kata kami kena 2500rupees utk 1trip tu sgt lah tipu!
Betapa sangat ruginya hari last baru jumpa pakcik ni.. masih ada yg jujur :-)
-pasar yg sangat sibuk, besar lg kat belakang nun-


Sebelum berpisah, bergambar dulu dgn sanjeev kumar.. sedih pulak rasa kekeek!
Pastu pergi ke bas.. lambat lah pulak gerak sbb objektif aku kat Delhi adalah nak pergi Sarojini Market utk shopping.. lambat gerak, lambat lah sampai Sarojini.

-driver bus yg nak interact tp dia NO ENGLISH.. so ckp mcm ayam itik je lah.. dia siap snap gambar saza curi2 lg.. wawww.. jatuh hati ke pakcik hahahaha-


Almost 10am baru gerak (sepatutnya 9.30pg).
So meronda2 lah kami menaiki HOHO bus (HOPE ON-HOPE OFF) & kalau dah bosan.. blh la off bila2 masa :D

Dan yg paling best nya ialah guide tu cerita segala sejarah dlm bahasa dia, ye la sbb bangsa mereka snd yg naik bas tu.. foreigner hanya kami 3je.. nak buat macamana.. pasrah je la haha.

Banyak tempat lah kami pergi.. asalnya nak berhenti di India Gate tp ada perhimpunan apa ntah aku tak tahu.. baru bajet nak pakai henna kat situ.. kecewanya.

-guling2 sket-
Masa stop di Red Fort tu.. kami duk luar je sbb tiket masuk mahal lah.  Bangsa2 mereka snd murah lah.. tak tahan gila sbb sejuk!
Nak melintas gi Agra Fort tu sgt lah extreem.. jln sibuk sangat2 ++ dpn tu ada pasar yg besar.
-okkkk owwww-
Lps tu pusing2 lah.
Aku mmg tak ingat lah apa nama tempat stop sbb nya dah 1bln lbh baru nak update cerita haha.
Ada kat 1taman ni cantik sgt, so apa lagik.. harus berguling mcm Bollywood gitu!
Siapa kata India ni kotor?  Ada je tempat bersih!
Open your mind please!
And lalu 1kawasan ni mcm ala2 Putrajaya gitu.
Lalu rumah PM India (eh India PM eh?  huhu) lps tu aku snap gambar tiba2 guide tu ckp "no photo madam!"  langsung aku merajuk tak nak snap gambar dah hahah.  Ala tak jejas apa2 pun kalau aku snap gambar.
Tp mmg serius cantik lah kawasan rumah PM & kawasan2 ofis kerajaan Delhi tu.. mcm Putrajaya juga.. bersih.. polis jaga di mana2.
Tempat last kami stop ialah di Kuil apa ntah namanya.
Cantik jg binaan nya.. lama jgk lepak dlm 20minit.. ye lah tggu bangsa2 mereka pergi sembahyang tp tak boring sbb aku perhatikan gelagat seorg pakcik yg duduk kat tengah2 alam dpn kuil tu.  Mula2 aku ingatkan dia peminta sedekah lps tu tiba2 ada sorg lelaki naik atas penimbang berat & terus bg penny kat pakcik tu.
-anjing ni tak pedulik org lalu lalang.. anjing kat india best sbb tak kacau og langsung!-


Tiba2 aku rasa kagum.. sekurang2nya pakcik tu tidak lah meminta sedekah.. ada lah benda yg dia buat mendatangkan hasil.  Mata pakcik ni cacat sebelah.  Dia ada 2org anak.. yg perempuan baru blk sekolah (10thn aku agak) & yg lelaki kecik lg dlm 6thn kot & suruh anak2 dia berhenti bergurau.  Ala mcm ayah2 kita suh anak dia stop main.. gitu la.. ralit aku tgk.  Dia mkn pun aku tgk.. mcm tak pernah tgk org pulak aku haha.
-pakcik yg duk kat tgh alam, sape2 nak timbang berat.. blh pergi kat sini tp bg lah penny kat pakcik ni ye?  Aku kesian tgk dia-


Lps tu ronda2 lagi & lagi & last sekali driver bawa kami ke kedai mkn apa entah.. nama ala2 kedai Hindu gitu tp kami mkn vege.
Banyak gila kauuuu!  
1portion tu blh mkn 3org!
Aku order nasik goreng sayur (cina lah tu kalau kat Malaysia).  2org lg order nasik goreng beriani.. sdp juga!

Lps tu guide kata kat kami belakang tu sarojini market,  sbb nya kami tanya sarojini tu kat mana, dia kata mmg akan lalu dgn HOHO bus so senang lah kami tak perlu naik cab.

Rasa sedih la pulak.. bila turun tu siap jerit bye2 dgn org lain atas bas tu.. mcm kwn2 pulak.. padahal dlm bas tak beramah mesra pun haha.

Bye2 seight seing!

6 comments:

Mia said...

panjang nye mek, mu tulih malam ning .. buat short2 story, k , next time, senang sikit nak komen & nak khatam .. hehe :)

nampak sangat interesting, tapi, mata dah kuyu n layu ..

cik kodok said...

kak mia- travelog ni utk diri sy snd sbb sy tak tulis kat buku.
Yg gi dubai thn lps pun kalu sy tak ingat, sy akan refer kat blog ni hihih.

Uik 10.57pm dah kuyu? Awalnya tido? :P

Kehelan said...

tabek la kat korg sbb pi India sendiri2 takde tour guide...

bila nak habis citer india ni? beijing tak masuk lg nih

cik kodok said...

kay- 1 entry lg abislah.. muak jgk sebenornya nih tak abis2 lg kekeke.

jln snd2 la best.. jimat blanja hihi

Mia said...

tak jemu2 akak baca citer kap lam ya nga dekda nih .. almaklum, delhi dah memanggil2 ku ..

memang best travel back pack nih .. adventure n pengalaman berbeza .. nampak gaya terpaksa dilupakan sebab TA bagi rate yang sangat murah 600 hinggit je all in, hotel, makan, entrance fee .. chauffeur driven lagi .. itupun sebab dah campur derang nye tax ..

lagi satu, TA tersalah kire hari .. rm600 tu, rate dia kalau 5d/4n, sedangkan akak mintak rate 3d/2n .. ada can nih, dapat murah lagi ..

kemang~ said...

betol2 backpack ye korang ni...huhu