Monday, 7 March 2011

India Day 2- Ronda Agra

26/2/2011 (Sabtu).

Bila sampai agra, ganishan (driver cab) tanya nak "NAK TGK TAYANGAN SEJARAH TAJ MAHAL TAK, DLM 15-20MIN JE"
So we'll decide tgk lah (walau hati aku ckp mcm mls.. badan dah penat.. dr jumaat lg tak mandi haha).
Aku expect tgk tayangan video la kan.. sekali..... tgk lah gambar2 ini!



Dibawa ke kedai kerajaan rupa2nya.
So takde lah sejarah apa2 cuma dia kata marble tu banyak la kelebihan.

Org tu demo ketuk & hentak2 marble tp kukuhla sbb tak pecah.


Bila disuluh dgn cahaya lampu, sgt cantik kelihatan spt dlm gamba (gamba dah cacamarba.. ke bawah atas semua ada kekee).
Begitulah juga di taj mahal, berkemilau la.

Dia kata blh la beli kalau berminat tp kami dah tak minat ye lah awl2 lg dah kena paw kan?
Paling murah marble tu 4000++ rupees & katanya kalau mls bwk, dia akan pos.. oh takpe, terima kasih.

Oleh sbb kami tak beli (walau lukisan yg taj mahal tu sgt cantik), maka kami di bawak pula ke souvenir department.  Also tak beli sbb mahal- standard la nama lg kedai kerajaan.


Tak perlu bargain kalau tak nak beli, nnti kena mrh maka dorg bawa pula ke department kain pula (saree, kurta, table cloth, sarung bantal, shawl bla bla) tp aku beli silk shawl je selai utk mak, tu pun mcm dah rambang mata.
Kami kata nak beli 5helai baru dpt 200rupees selai (harga asal 450rupees) tp sekali 3org je beli, bengang je dia haha sesekali kelentong dorg plak kan? :P
Then dibawa lg ke department souvenir kecik2 tp kami surrender la sbb dah penat.
So kami keluar dr kedai tu & suruh ganishan hantar ke hotel sheela.  Dia ckp blh hantar ke luar kawasan je sbb kenderaan besar tak blh masuk maka dia tanya nak jln kaki @ naik beca.  Kalau jln kaki kena menapak dlm 15min.
Kami decide naik beca sbb penat gile wei dgn beg berat tu!


So ganishan tanya 3beca utk hantar.
Dia bargain 1beca 30rupees.
Sebelum hantar tu ganishan minta tips la sbb dah bawak kami kan (byr mahal2 kat Travel Agent, mintak tips juga.. menyampah aku!).
Mula2 nak bg dlm 10rupees je pastu dia ckp "even a begger not accept 10rupees" pastu buat muka merajuk.
Aku rasa double menyampah!  So kami decide bg 100rupees.. baru la berseri2 muka dia huhu!

Maka aku naik beca dgn saza (mek kelate nih tp tiba2 kami tak ckp kelate.. bkn apa sbb mula2 kenal tak tahu masing2 org kelate maka ckp luar so bila dah tau mcm kekok nak ckp kelate kekeke maap, tak poyo ok hahaha- iklan ni.. ignore je) :D

Tiba2 pakcik beca kata 30rupees sorg.
Aku ckp "what?  2other rickshaw take 30rupees only per 1rickshaw!"  Lps tu dia mcm berkeras nak 30rupees sorg.  Sekali lg aku bengang!

Tp bila kayuh punya kayuh dgn gigih, maka timbul la rasa simpati kat pakcik beca tu nama KARIMA (ingt karisma kapoor dah kekeke).  Berat tu bawa beban almost 140kg.. dgn gigihnya dia kayuh.. rasa mcm selow amat beca kami so aku ckp kat saza, ok tak pe lah byr 30rupees sorg, bawa kita bersusah payah mcm ni sekali   (dtg dah penyakit aku yg cpt kesihan ni).


Sampai hotel sheela, aku bg tips 10 rupees.
Apa lah sgt 40 rupees tu.. baru RM2.80.  Dalam 15min jgk la perjalanan.
Lps turun tiba2 pakcik beca tanya nak tak kalau dia bawa kami ronda agra dgn bayaran 100rupees/beca?
Lps diskas kami setuju lah tp jgn lps hantar kena kelentong mintak 100rupees sorg sudah.  India kat sana kalau berurusan dgn kita, mereka sgt kuat kelentong!

Kami minta tunggu 2.30ptg sbb masih belum check in.  Masa tu dlm 2.10ptg.
Bila nak check in, kena byr late charges 100rupees pula sbb janji nak check in 8pg.  Ek eleh apa masalahnya?  Biasanya org check in 2ptg apa?  All about money la dorg ni!
Lps tu bilik kami booking tu dah ada org ambil maka terpaksa amik bilik lain.
Aku 1bilik dgn arwien & nenek, manaka saza dgn belina.  Tp still kena byr 400rupees (RM28) la sorg.

Aku yg penting nak charge hp sbb 1mlm dah kiokkk!
Nak mandi tak sempat so nak basahkan muka tiba2.. zzttt.. zztt... tgn aku tak blh kena air, terkaran aku!  Takut la jgk tp terpaksa jgk sbb dah terkucil bagai, takkan taknak basuh?  Sakit la tapi huhu!




2.40pm kami naik beca ronda2 agra.  Aku suka gila sbb tak pernah tgk pemandangan sebegitu kat Malaysia ni.  Kencing merata is usual view.
Haiwan2 merata specially dog is also usual!  Tp aku sgt suka tgk anjing kat sana sbb mereka tak kacau org.. tak mcm anjing di Malaysia, pantang nampak org.. nak menggonggong org je kerjanya.

Then pakcik beca hantar kami ke Agra Fort.
Dia kata pergilah seberapa lama yg nak, dorg akan tunggu.
Maka masuklah kami dgn bayaran 50rupees tp ada 1tiket lagi ke monumen lain 250rupees.  Aku kagum gile dgn Agra Fort.  Senibina cantik.  Imagine la zaman dulu dah ada senibina yg sebegitu indah.

Masuk2 je terus ada 3ekor tupai yg dijaga oleh seorg pakcik ni, aku agak2 kalau pegang kena bayar so saza first yg gi pegang (sbb pakcik tu hulurkan kat dia) maka aku pun teruja lah jgk.. so aku pegang juga sekali bila saza lps kan tupai tu, dia minta byr.. maka saza bg 20rupees utk 2org (RM1.40).  So kiut, rasa nak penyek2 je haha.

Just pusing2 dlm tu, jumpa pulak puppy ni, muka sedih je.. aku gi dkt dgn dia utk snap gamba.. ek eh dia dtg.. mesti nak bermanja2.. nehiiii, tak nak sentuh lah.  Tak haram pegang anjing tp kalau la tgn aku berpeluh bagai, nak kena samak pula!  (Kalau aku artis ni, maunya wartawan chop aku cliche ni kehkeh!  Come on le!)

Lps tu just pusing2 dlm Agra Fort.  Kena naik turun tangga dlm tu.. mmg cantik.. serius.. aku terpikir cemana org dulu2 blh terpikir yg sebegitu cantik?

Just lepak2 dlm tu & mcm biasa aksi2 lompat tp takde dlm kamera aku.. gambar2 gedik semua dlm kamera saza hihi.

Lps pusing dlm 1jam kami nak mkn la lapar wei so suruh pakcik beca (slh sorg nya nama Hero.. wowww) :P bawa kami ke kedai Halal yg murah.
Masa onthe way ke restoran tu pakcik2 tu suruh kami turun sbb naik bukit kan.. dorg penat so jln la kami sambil2 snap gambar & yg paling best pakcik tu snap gambar kami hahaha rawk la pakcik :D

Kami di bawak ke Restoran Only.. lol mahal rupenya.
Aku order Nasi Goreng Ayam (aku lupaaaaa... halal ke tidak ayam tu huhu).
Yg paling rawk lg mkn dgn senduk kahakaka ye la dah tak bg sudu.. mkn la dgn senduk :P

Lps tu terus balik.. siap salam2 dgn pakcik karima- dah la dia baru kencing tepi dinding.. kakkakak mmg kena sanitize la tgn aku tu :P

Then menuju pula ke kedai jual tiket bas/train (Travel Agent aku rasa) so kami beli tiket bas ke Jaipur & train ke Delhi terus.

Kami teruskan ronda2 walaupun dah mlm.
Kami gigih cari CC- aku nak juga sbb sepanjang aku di India, tak blh bls sms.. hanya blh terima sahaja so bila dah jumpa CC.. aku online FB & reply thru PM hahah bolehhhh?

Yg lelain tu nak booking kan bilik kat Jaipur sbb tak booking pun lg.
Guna dlm 15 je pastu onthe way blk singgah 1 kedai ni, aku beli Fridge Magnet (FM) & Tshirt 2helai.  Bdk tu nama johnny.. aku tanya johnny depp ke?  Dia kata "yes i'm johnny depp"  haha gile perasan.  Time tu aku & saza je kat kedai sbb yg lain2 sdh balik bilik.


Mlm tu tido dgn nyenyak nya & aku tumpang mandi kat bilik saza.. terkaran jgk tp ok lah sikit huhu.

Sebelum tidur, aku noted segala perbelanjaan hehe.
Baru blh tidur dgn nyenyak.. babai 2nd day!

2 comments:

: Ady :: said...

Weh.. adventure sungguh.. kalau aku bujang sure aku nak join sama.. hehehe

: Ady :: said...

Ady tu aku KakPah aka aiDiena.. :D