Wednesday 16 November 2011

Careless Insident!

Insiden CARELESS berlaku pada 15/11/2011 (Selasa) di parking pejabat aku.
Gara-gara tali handbag terlekat pada gear.
Masa tu kaki kanan ku dah jejak keluar & tiba-tiba tali handbag terlekat,
dan dan aku nak selamatkan diri, dan dan tu jugak la tali handbag tu terlepas,
maka lutut aku mencium lah jalan tar tu.
Sakit tu toksahlah cerita!
Tapi aku cepat-cepat bangun takut orang nampak tapi nasib baik tak sebab 7.15pagi tak lah ramai lagi orang.



Maintain lagi aku, masa nak masuk entrance wisma persekutuan tu, aku siap lambai & sengih lagi kat kawan aku padahal tuhan je tahu betapa "nikmat" nya lutut time tu.
Dalam lif pun aku maintain je sebab ada orang. Tapi keluar je lif... terus berdengkut-dengkut. Lps thumb print, tengok kat kain aku "oh maiiiiii... banyak nya darah, terkena habis kain!"
Bila tengok "mak oiiiii dalam nya luka" terus pergi basuh & rasa nak muntah sebab aku memang tak boleh tengok darah luka-luka ni.


Mula-mula kawan aku nak tolong cuci dengan 1st Aid Kit tu tapi dorg kata pergi lah klnik terus & aku minta PAR tolong bawak. 8.15pagi pergi Klinik Kesihatan Kota Bharu.
Nasib lah aku kakitangan jabatan kesihatan kannnn. Still ambil nombor tapi sebagai syarat je la.
Tunggu tak sampai 1jam, terus masuk jumpa Doktor (ni bilik khas untuk kakitangan la.. bukan potong line orang awam!)



Oleh sebab aku ni kakitangan kesihatan maka aku kena la isi borang buat report insident.
Doktor kata ni kali pertama lah dapat kes CARELESS INSIDEN- terlekat tali handbag kakakak.
Aku duk gelak-gelak dalam tu sebab doktor tu kelakar gila.
Dia tanya aku nak MC berapa hari.
Jujur aku cakap 1hari je.
Lepas tu doktor kata "alahai, mana sempat sembuh 1 hari.. saya bagi 2hari la".
Ades alang-alang tu biarlah sampai Khamis terus haha.

Lepas tu gi dressing.
Aku siap tanya nurse tu "sakit tak?"
Dia kata ubat yang dia bagi tu pedih sikit la tapi dalam masa 2 @ 3hari luka dah boleh kering.
Dia suruh tukar 16/11/2011 (rabu)
Pedih sikit apa, pedih banyak.. gila nak nangis aku haha.
Mulut aku duk uu aww uuu aww sakit!

Nurse bilik sebelah tanya "sakit apa tu yang bising sangat?"  
hahahaha padahal jatuh kereta je!
Inject kat bahu kanan.. bising jugak mulut aku.
Nurse tu bebel cakap "awak ni tak biasa ke?  Kalau bersalin nanti lagi sakit"
Hahahah aku tak kahwin lagi kaedahnya maka tak tahu lah & tak nak pikir dulu hee~!

Kawan aku tanya nak wheelchair ke tak?
Alah toksah tanya buleh, bagi je tapi aku segan la nak cakap nak maka aku jalan dengan perasaan nak muntah huu!

Jadi sampai pejabat, terus packing-packing barang, terus balik.
Kawan aku siap hantar ke kereta huhu malu aku.
Tapi kaedahnya petang tu aku keluar jalan-jalan dengan mak aku.

Aku mana boleh duduk diam kaedahnya? :P
Masa taip entry ni pun aku kat CC (seharian berjalan harini kooo... kalau ada tongkat laju la sikit jalan tapi sape nak bagi huu).

5 comments:

Y@ZeD@ said...

aku musykil camne ko tali henbeg tu leh sangkut time ko nak kuar? bukan ke kalu kita nak kuar keta, kita amik henbeg dlu bawak kuar sekali? ke ko kuar dulu, betul2kan baju then baru tarik henbeg? ke cane??

ishh pening..pening pk kecarelessan ko ni! x berubah2, kalott!!

*btw, aku yg dah 5x operate ni pun still nak muntah tgk darah even amik darah sekali pun x pandang! *fitemsss*

Aida Salleh said...

ish ish ish...kesiannya awak. tapi dah sendiri yg careless kan nak buat camner, tahan je lah kan? :-)

bila awak sebut kain kene darah tu akak teringat zaman study dulu. dok kelam kabut nak pi dewan peperiksaan, terjatuh kat atas jalan, sukan setakat darah tapi kain siap koyak lagi...huhuhuuu...sakit bleh tahan tapi malu yg takleh tahan...huhuhuuuu...

chomelista homestay said...

Mekde- Sila lah Imagine.. maleh aku nak explain hahah.

Abistu kalu lps ko operate, ko tak tgk aa tempat kena operate tu?
Kalu nak cuci2 luka tu, ko suh yazed buat la eh? Huhuh.
Kalau darah kaler putih sekalipun, aku rasa ngeri nak nengok.. gulp!

chomelista homestay said...

K.aida- tu aa, sy ni mmg careless orangnya. Jalan tu tak pernahnya selow. Sakit2 ni pun sy jln laju2.. kalu ada tongkat tu lagi laju hahahahaha.
Errkkkk?
Adoiii sakitnya kak aida oit.
Mesti tinggal parut kan? Nikmat gila huhuu.

IxoR@ said...

la itu cerita nye..

puas aku imagine... canne la ko boleh jatuh...

cepat sembuh yea.. eh bukan ke dah jalan sakan kan... hehhee