Thursday 24 November 2011

Tahun Ini Buat Qurban

Aidiladha 2011
6 November 2011


Tahun ni kali ke-2 aku mengerjakan ibadah korban.

Kali pertama dulu semasa arwah abah aku masih ada (tak ingat tahun berapa).



Kali ni buat di Kok Lanas, Kelantan, rumah saudara (dia yang mengasuh aku sejak dari kecil).

Ambil 1bahagian sahaja RM330.


Pagi tu pergi solat raya dulu di Masjid Telipot.

Wah… sesungguhnya sangat senang parking & dalam masjid pun tak ramai.

Ye lah, raya haji tak seperti hari raya Aidilfitri.

Selepas solat raya, terus menuju ke Kok Lanas.

Tunggu dalam 20minit, dah sedia untuk korban.. jauh pulak kena menapak.

Rasanya ada 4port untuk korban sampai aku pun konfius dan tertukar dengan lembu org lain hehe.

Tengok lembu tu dah menggelupur, lepas tengok terus gigil tapi aku tengok juga.



Mula-mula tengok lembu ni rasa kelakar sebab nak menyorok bawah lori tu.. macamlah muat haha tapi kesian pun ya jugak
Tak pasal-pasalnya kena marah kat org yg melapah tu sebab lambat sampai.

Mak aku cakap nak buat cemana, bukannya selalu pun pergi ke situ & tak kenal pun orang-orang situ.

Lambat 2minit aje pun.. kecoh la pakcik tu hehe.



Saudara aku tanya berani ke aku tengok?

Oh aku spesis berani mati punya (walaupun dalam hati sebenarnya aku takut tengok darah).

Proses korban bermula dari 10.15pagi sehingg 12.10tenghari.

Aku tak lepas tengok setiap proses (kecuali masa pergi ambil baldi dalam kereta, jauh menapak weh!).


 Inilah lembu yang cuba menyorok tu.. yang ini kecil je


Mula-mula aku suruh mak aku ambil kepala lembu sebab ada otak lembu which is memang kegemaran aku untuk buat otak goreng @ otak gulai tapi apakan daya, tak ada sesiapa yang nak memisahkannya.



Pembahagian pun adil.

Daging elok 5kg.

Daging tak comel sikit 3kg.

Lps tu tulang temulang tu tak timbang lah.. total semua ada lah dalam 11-13kg kot?!



 Saya, pengasuh saya yang saya sangat manja gila dgn dia masa kecil & ibu saya di tempat kejadian

Lepas tu buat makan-makan di rumah saudara aku tu lah.

Tiada gambar sebab memang tiada mood untuk bergambar lagipula ramai makcik-makcik huhu.



Sedap sungguh daging-daging itu.. rasanya hari raya tu berat aku naik 1.8kg haha.


 Nampak tak apa dalam perut lembu tu?  Rumput semata-mata heheh

Oh ye, siapa kata Aidiladha di Kelantan lagi meriah ye?

Sangat mitos!

Tolong lah jangan percayakan mitos-mitos sekiranya anda sendiri tidak merasainya!

Selama 9tahun aku berhijrah di KL dulu, hari raya korban tu aku siap tidur di rumah bagai.

Lain tahun lg tu siap lepak-lepak bermalasan di rumah tak balik kampong.


Pakcik ni pakai baju arwah abah saya (yang belang belang tu).  Buat makan-makan di rumah dia lah lepas ibadat korban tu.  Bagi lah sikit kat famili dia, dia orang susah.

Tapi 2007, sehari sebelum hari raya Korban.. arwah abah telah meninggalkan kami semua L

No comments: