Thursday, 3 November 2011

Si putih

Aku terjumpa kitten ni betul-betul depan rumah aku.
Masa tu baru lepas hujan lebat & dgr bunyi kucing.
Ingatkan kucing aku, bila cari.. rupa-rupanya kucing ni.
Cari mak kucing ni tak ada pulak.
Aku tengok menggigil sejuk maka aku lintas jalan & ambil kucing ni bawa balik.


Aku rasa umur nya baru 2bulan kot, sangat kecil.
Aku balut dengan tuala, memang gigil2 & walaupun kecik,
dia tetap makan kibbles untuk adults.
Tak bg makan kesian sebab lapar.

 Kucing ni playful sangat tapi Koket tak welcome mana-mana kucing sekalipun.
Dengan si kitten ni pun dia marah (kecuali dgn si kurus tu dia berani2 gitu jah).
Mcm biasa la mak aku marah bawak balik kucing banyak-banyak ni.
Si Koket pun bukan mak aku suka sangat (katanya lah) tapi kalau Koket meronda-ronda & tak ada dlm rumah, mak aku risau pulak hehe.

Putih ni cantik.
Tapi malangnya kutu banyak gila, aku risau berjangkit dengan Koket je.
Tapi aku still main-main dengan putih.. manja gila & kelakar hehe.

Esoknya aku ambil keputusan yang sukar gila,
aku melepaskan Putih ni... semoga dia ketemu tuan baru yang baik.
Aku nangis berkoyan-koyan tak payah cerita lah, once aku dah sayang.. aku sayang betul.
Sampai sekarang aku rindu kat Putih ni walau hanya sehari aku belanya.
Maafkan dakuuuu :-(

2 comments:

IxoR@ said...

Syahdu aku baca....

sukar nak melepaskan la kan....

cik kodok said...

Ko syahdu... Apatah lg aku!