Monday, 7 March 2011

India Day 2- Ronda Agra

26/2/2011 (Sabtu).

Bila sampai agra, ganishan (driver cab) tanya nak "NAK TGK TAYANGAN SEJARAH TAJ MAHAL TAK, DLM 15-20MIN JE"
So we'll decide tgk lah (walau hati aku ckp mcm mls.. badan dah penat.. dr jumaat lg tak mandi haha).
Aku expect tgk tayangan video la kan.. sekali..... tgk lah gambar2 ini!



Dibawa ke kedai kerajaan rupa2nya.
So takde lah sejarah apa2 cuma dia kata marble tu banyak la kelebihan.

Org tu demo ketuk & hentak2 marble tp kukuhla sbb tak pecah.


Bila disuluh dgn cahaya lampu, sgt cantik kelihatan spt dlm gamba (gamba dah cacamarba.. ke bawah atas semua ada kekee).
Begitulah juga di taj mahal, berkemilau la.

Dia kata blh la beli kalau berminat tp kami dah tak minat ye lah awl2 lg dah kena paw kan?
Paling murah marble tu 4000++ rupees & katanya kalau mls bwk, dia akan pos.. oh takpe, terima kasih.

Oleh sbb kami tak beli (walau lukisan yg taj mahal tu sgt cantik), maka kami di bawak pula ke souvenir department.  Also tak beli sbb mahal- standard la nama lg kedai kerajaan.


Tak perlu bargain kalau tak nak beli, nnti kena mrh maka dorg bawa pula ke department kain pula (saree, kurta, table cloth, sarung bantal, shawl bla bla) tp aku beli silk shawl je selai utk mak, tu pun mcm dah rambang mata.
Kami kata nak beli 5helai baru dpt 200rupees selai (harga asal 450rupees) tp sekali 3org je beli, bengang je dia haha sesekali kelentong dorg plak kan? :P
Then dibawa lg ke department souvenir kecik2 tp kami surrender la sbb dah penat.
So kami keluar dr kedai tu & suruh ganishan hantar ke hotel sheela.  Dia ckp blh hantar ke luar kawasan je sbb kenderaan besar tak blh masuk maka dia tanya nak jln kaki @ naik beca.  Kalau jln kaki kena menapak dlm 15min.
Kami decide naik beca sbb penat gile wei dgn beg berat tu!


So ganishan tanya 3beca utk hantar.
Dia bargain 1beca 30rupees.
Sebelum hantar tu ganishan minta tips la sbb dah bawak kami kan (byr mahal2 kat Travel Agent, mintak tips juga.. menyampah aku!).
Mula2 nak bg dlm 10rupees je pastu dia ckp "even a begger not accept 10rupees" pastu buat muka merajuk.
Aku rasa double menyampah!  So kami decide bg 100rupees.. baru la berseri2 muka dia huhu!

Maka aku naik beca dgn saza (mek kelate nih tp tiba2 kami tak ckp kelate.. bkn apa sbb mula2 kenal tak tahu masing2 org kelate maka ckp luar so bila dah tau mcm kekok nak ckp kelate kekeke maap, tak poyo ok hahaha- iklan ni.. ignore je) :D

Tiba2 pakcik beca kata 30rupees sorg.
Aku ckp "what?  2other rickshaw take 30rupees only per 1rickshaw!"  Lps tu dia mcm berkeras nak 30rupees sorg.  Sekali lg aku bengang!

Tp bila kayuh punya kayuh dgn gigih, maka timbul la rasa simpati kat pakcik beca tu nama KARIMA (ingt karisma kapoor dah kekeke).  Berat tu bawa beban almost 140kg.. dgn gigihnya dia kayuh.. rasa mcm selow amat beca kami so aku ckp kat saza, ok tak pe lah byr 30rupees sorg, bawa kita bersusah payah mcm ni sekali   (dtg dah penyakit aku yg cpt kesihan ni).


Sampai hotel sheela, aku bg tips 10 rupees.
Apa lah sgt 40 rupees tu.. baru RM2.80.  Dalam 15min jgk la perjalanan.
Lps turun tiba2 pakcik beca tanya nak tak kalau dia bawa kami ronda agra dgn bayaran 100rupees/beca?
Lps diskas kami setuju lah tp jgn lps hantar kena kelentong mintak 100rupees sorg sudah.  India kat sana kalau berurusan dgn kita, mereka sgt kuat kelentong!

Kami minta tunggu 2.30ptg sbb masih belum check in.  Masa tu dlm 2.10ptg.
Bila nak check in, kena byr late charges 100rupees pula sbb janji nak check in 8pg.  Ek eleh apa masalahnya?  Biasanya org check in 2ptg apa?  All about money la dorg ni!
Lps tu bilik kami booking tu dah ada org ambil maka terpaksa amik bilik lain.
Aku 1bilik dgn arwien & nenek, manaka saza dgn belina.  Tp still kena byr 400rupees (RM28) la sorg.

Aku yg penting nak charge hp sbb 1mlm dah kiokkk!
Nak mandi tak sempat so nak basahkan muka tiba2.. zzttt.. zztt... tgn aku tak blh kena air, terkaran aku!  Takut la jgk tp terpaksa jgk sbb dah terkucil bagai, takkan taknak basuh?  Sakit la tapi huhu!




2.40pm kami naik beca ronda2 agra.  Aku suka gila sbb tak pernah tgk pemandangan sebegitu kat Malaysia ni.  Kencing merata is usual view.
Haiwan2 merata specially dog is also usual!  Tp aku sgt suka tgk anjing kat sana sbb mereka tak kacau org.. tak mcm anjing di Malaysia, pantang nampak org.. nak menggonggong org je kerjanya.

Then pakcik beca hantar kami ke Agra Fort.
Dia kata pergilah seberapa lama yg nak, dorg akan tunggu.
Maka masuklah kami dgn bayaran 50rupees tp ada 1tiket lagi ke monumen lain 250rupees.  Aku kagum gile dgn Agra Fort.  Senibina cantik.  Imagine la zaman dulu dah ada senibina yg sebegitu indah.

Masuk2 je terus ada 3ekor tupai yg dijaga oleh seorg pakcik ni, aku agak2 kalau pegang kena bayar so saza first yg gi pegang (sbb pakcik tu hulurkan kat dia) maka aku pun teruja lah jgk.. so aku pegang juga sekali bila saza lps kan tupai tu, dia minta byr.. maka saza bg 20rupees utk 2org (RM1.40).  So kiut, rasa nak penyek2 je haha.

Just pusing2 dlm tu, jumpa pulak puppy ni, muka sedih je.. aku gi dkt dgn dia utk snap gamba.. ek eh dia dtg.. mesti nak bermanja2.. nehiiii, tak nak sentuh lah.  Tak haram pegang anjing tp kalau la tgn aku berpeluh bagai, nak kena samak pula!  (Kalau aku artis ni, maunya wartawan chop aku cliche ni kehkeh!  Come on le!)

Lps tu just pusing2 dlm Agra Fort.  Kena naik turun tangga dlm tu.. mmg cantik.. serius.. aku terpikir cemana org dulu2 blh terpikir yg sebegitu cantik?

Just lepak2 dlm tu & mcm biasa aksi2 lompat tp takde dlm kamera aku.. gambar2 gedik semua dlm kamera saza hihi.

Lps pusing dlm 1jam kami nak mkn la lapar wei so suruh pakcik beca (slh sorg nya nama Hero.. wowww) :P bawa kami ke kedai Halal yg murah.
Masa onthe way ke restoran tu pakcik2 tu suruh kami turun sbb naik bukit kan.. dorg penat so jln la kami sambil2 snap gambar & yg paling best pakcik tu snap gambar kami hahaha rawk la pakcik :D

Kami di bawak ke Restoran Only.. lol mahal rupenya.
Aku order Nasi Goreng Ayam (aku lupaaaaa... halal ke tidak ayam tu huhu).
Yg paling rawk lg mkn dgn senduk kahakaka ye la dah tak bg sudu.. mkn la dgn senduk :P

Lps tu terus balik.. siap salam2 dgn pakcik karima- dah la dia baru kencing tepi dinding.. kakkakak mmg kena sanitize la tgn aku tu :P

Then menuju pula ke kedai jual tiket bas/train (Travel Agent aku rasa) so kami beli tiket bas ke Jaipur & train ke Delhi terus.

Kami teruskan ronda2 walaupun dah mlm.
Kami gigih cari CC- aku nak juga sbb sepanjang aku di India, tak blh bls sms.. hanya blh terima sahaja so bila dah jumpa CC.. aku online FB & reply thru PM hahah bolehhhh?

Yg lelain tu nak booking kan bilik kat Jaipur sbb tak booking pun lg.
Guna dlm 15 je pastu onthe way blk singgah 1 kedai ni, aku beli Fridge Magnet (FM) & Tshirt 2helai.  Bdk tu nama johnny.. aku tanya johnny depp ke?  Dia kata "yes i'm johnny depp"  haha gile perasan.  Time tu aku & saza je kat kedai sbb yg lain2 sdh balik bilik.


Mlm tu tido dgn nyenyak nya & aku tumpang mandi kat bilik saza.. terkaran jgk tp ok lah sikit huhu.

Sebelum tidur, aku noted segala perbelanjaan hehe.
Baru blh tidur dgn nyenyak.. babai 2nd day!

Sunday, 6 March 2011

Kena overtime

Sbb Ogos opis akan pindah ke putrajaya.
Sibuk urus file2 dr zaman jakpar tonggek.. thn 1992 lagi..
utk shred, lupus, tagging, packing segala?
Yg OT nya 3 4kerat je dari 27org huhu. 
Aku tak penah overtime pun sepanjang 9thn keje.

No hal sbb blh claim duit @ cuti tp aku plh cuti.
Cukup 9jam OT- dpt 1hari cuti, compare claim duit RM9.++ je 1jam.


7-8/3 (isnin-selasa):  OT
9/3 (rabu):  layan wayang la pulak sehari (ilangkan stress)
10/3 (khamis):  tak OT kot, nak pose
11/3 (jumaat):  mak dtg KL, fetch @ LCCT ptg.
12/3 (sabtu):  mejlis tunang sedara kat sering ukay
13/3 (ahad):  OT lagik, aku sorg je kot psl opismet nak berehat on sunday tp bwk mak pi opis sbb pastu nak beli barang keperluan ke bijing pulok lol.

Bihtu bilakala aku nak jogging?
Aku penah jogging tiap2 ari ape sebelum ni?
Tp ada yg claim aku menipu.. nape ekkk?

Friday, 4 March 2011

India Day 2- Delhi ke Agra

26/2/2011 (Sabtu)

Lps settle dgn mamat Travel Agent tu (Umar) maka kami naik cab utk menuju ke Agra (203) km.
Kalau dgn train ekspress hanya amik masa 2jam sj tp kalau dgn kereta 4-6jam bergantung kpd kesesakan jln raya. 
Driver cab kami bernama Ganishan yg sgt kelakar & perasan dia pelakon bollywood haha.


Sila klik di gambar utk "tumbesaran"


Kali ni banyak nak tunjuk gambar saje sepanjang perjalanan.
Sbb aku suka snap gamba2 kehidupan sejagat (peh sejagat tak tahan btul!)  :P



 
 










So kalau tertidur tu kira sgt rugi lah,
bkn senang nak tgk life dorg cemana.
Kwn2 aku ralit tido tp aku cerah mata sbb eksaited nak tgk sepanjang jln.
Cuma tertidur sekejap dlm 1jam sbb terlalu mengantuk.

 Ni sebenarnya adalah temple yg "looks like" taj mahal.  Aku ingatkan masjid!










Kat sana bunyi hon tu mmg sgt biasa kedengaran.
Kalau tak bunyi lbh dr 5saat tu mmg someting wrong someowhere else la.
Lg pun kat lori siap suruh honk lg.
Kalau kat Malaysia ni dah kena hon sikit mula la mengamuk ke apa ke huhu.





Masa ontheway tu kami singgah brekpes di R&R tak tau apa nama.  Mkn butter nan 30rupees.
Waiter tu suh order thali tp mahal lah, tak kuasa aku!




















Jalanraya kat sana sgt hectic!
Takde side mirror, no signal is sgt biasa.. menyelit kiri kanan jgk adalah biasa.
Tp aku kagum sbb kadar kemalangan adalah tersangat kecil compare dgn Malaysia ada mcm2 rules tp eksiden is still goes on!  :-(


Thursday, 3 March 2011

India Day 2- Kena Kelentong!

26/2/2011 (Sabtu).

Kami decide amik prepaid taxi pukul 3.30pg sbb tgk timetable train tu ada pukul 5lbh & 6lbh ke agra (203km).
1cab mmg muat 5org je tp oleh sbb kami 5org nak jgk sumbat dlm 1keta maka kami kena byr extra 100rupees.
1cab 420rupees + 100rupees ke railway station.
Kami bkn dpt cab yg chantek tu tp yg buruk van tu which is duduk kena rapat2 la.

View kat delhi railway station.. semua tidur bergelimpangan
(ok lah acceli aku dah cerita kat 1forum ni maka aku copy paste kat sini je la cerita nya ek heee).
Subuh2 hari Sabtu masa kitorg smpai delhi railway station tu kena paw.
Turun je prepaid taxi tu, ada org tanya dah ada tiket ke belum & tahu ke nak beli tiket train ke agra kat mana,
so kitorg ckp takde, tak tahu kaunter mana & so dia kata xpe dia tlg tunjukkan arah & bwk kitorg naik tingkat atas.
Bila smpai tingkat atas, ada lg sorg mcm sekat tak bg kami gi kaunter & dia kata kaunter tiket dah tutup ke, masih tutup lg ke camtu la kot.
Dia kata semua tiket gi agra sabtu & ahad dah abis sbb weekend.. org dorg snd pun ramai nak gi sana,
kalau tunggu pun.. mmg dpt waiting lists.

Chai tea- sj je bg nak amik ati kitorg tu ceh!
Dia kata takpe, nnti dia akan tlg kitorg ke tempat yg blh dpt kan cab so semua pergi dgn beg2 berat bagai.
Nenek siap duduk antara gear (3org kat dpn) & 4kat belakang, mcm sardin
Driver cab tu minta 400RS tak silap pastu yg tlg bwk kitorg ke tu minta 200RS je utk ke tempat 'yg blh tlg kitorg dpt kan tiket tu'.
Scarry gile la sbb cab tu bwk masuk lorong2 yg kotor bagai tu.
Kitorg dah curios dah ni & bila sampai, kitorg saspek org tu bwk ke Travel Agent huhhh!  
Ni la ofis si putar alam tu!
Tp si Nenek & Arwien amik jgk pakej gi kashmir sbb murah la pulak!

TA tu (tak ingat nama tp belina sempat snap gambar dia walau pd awalnya kami tak blh amik gamba dlm tu- takut la tu kot!) suruh naik cab je sbb semua train xde tiket @ waiting lists.
Tak berbaloi naik tghari, nnti lambat sampai agra.
Dlm 25min diskas, tiba2 driver cab tu suruh cpt sbb dia blh tggu 15min je tp TA tu kata xpe lah blk dulu so oleh sbb driver cab tu
tggu kami.. kena charge lg RS100.. (rasa mcm cilanat btul... dah kena dah niii, ada waiting charges bagai pulak!)
Lps ujan.. jln licin.  Masih banyak cab gitu di sana
Bila kitorg nak blk ke railway station, dia kata KAT LUAR TU BAHAYA, KORANG TAK TAHU DELHI NI KALAU GELAP/MLM BAHAYA.. MCM2 BLH JADI.. LG PUN JAUH JGK NAK KE RAILWAY (lbh kurang gitu la dia kata.. kwn2 lain tlg la betulkan huhu).
So kami pun kata mmg betulpun, takut jg nak ke railway sbb baru 5lbh... bila kita suruh TA call cab lain, dia mcm ngelat2 gitu.

Sudahnya lps gaduh2 & bargain bagai 2jam lbh sbb no choice.. terpaksa la kami byr duit cab RS2500 sorg utk ke agra
Rasa mcm nak menangis sbb saya tau masing2 bawak sikit je.
Imagine la saya bajet dlm 500RS je paling mahal pun naik train ke agra
Mula2 dia kira dlm USD tp kami suruh convert ke rupees.

Inilah cab 2500rupees sorg.
Selesa tp tu la mahal nak mati huh!

Pastu siap offer pakej agra-jaipur-delhi pulak, masa kita blh plh sendiri nak kat satu2 tempat tu berapa lama.
Katanya harga dia dah murah tu.. ek elleeeeee.. kepal otak berjambul diaaa
Mahal gile.. kalo camtu bkn backpack namanya tp jln dgn TA ceh!
Tiap2 kali kami bargain, tiap2 kali tu la dia tekan calculator- kompim nak kira komisen dia & geng2 tu.. huh!


Maka dgn hati yg sakit, pergi la kami ke agra dgn kehilangan RS2500 sorg!
Kalo 1cab charge bnyak tu, kami consider je lg... ilang duit camtu je.


Slh kami juga sbb tak studi psl cab2 bagai ni


Itulah kisah kena paw.

Wednesday, 2 March 2011

India Day 1 (25.02.2011)

Seperti yg dijanjikan, tiba la hari yg ditunggu setelah beli tiket promo Air Asia (AA) KUL-Delhi-KUL pd November yg lalu berharga RM455.
Hanya 5org iaitu aku, Nenek, Arwien, Saza & Belina... backpack main redah.
Yang paling best ialah masa beli tiket tu, kami mmg tak pernah jumpa each other & just based on trust thru experience2 mereka dari 1forum ni, maka aku berkeyakinan utk join sama tanpa fikir panjang.

With Bell @ KL Sentral
Cuma 1st time jumpa Saza & Bel ialah seminggu sebelum ke India utk studi psl itinerary yg Nenek buat.
 
Sebelum pergi aku tukar beberapa ratus RM kpd rupees sbb dari pembacaan, kat sana semua murah2 & sbg persediaan, aku juga tukar sikit kpd US Dolar.

Rupees & US Dolar

Secara gigihnya hari bertolak ni aku kerja jgk ok, tp 1/2 day je lah.
Takut jgk nak mintak permission dr bos, dia tanya kenapa.. aku just ckp "abg sy suruh balik rumah, urgent!"... aci tak?  Bkn apa, takut la bos aku mrh "bdk ni asyik cuti je" haha tp dah dpt kelulusan la dr KP & HR.

Sementara tggu flight gerak, snap gamba jiran dulu
1.15pm mintak officemate hantarkan ke KL Sentral ++ minta tlg dia tgk2 kan kereta aku sepanjang 5hari aku travel.
2.45pm naik Aerobus (yg kaler kuning tu) ke LCCT.
Senang beli tiket return RM14 je.. valid in 1month.
If 1way RM8 & aku mmg selalu naik bas ni.
Takpe pergi lambat sbb aku dah check in 2hari sebelum fly hehe.

Awan yg chantek, rasa mcm nak pegang je
3.50pm smpai LCCT terus sms Nenek tanya kat mana.
Dia dah siap letak luggage & tu lah 1st time kami bersua muka.
And Arwien awl2 lg sudah boarding huhu dia takpe sbb dah biasa travel sorg2 ke obersi.

Tgh tggu luggage yg tak keluar2 di Indhira Ghandi International (IGI) Airport, Delhi!
B4 smpai kat sini pun, beberapa kali dah jgk kena hon, adoi dlm builing pon kena hon kekeke.

Backpack yg ku pikul tu seberat 9.8kg.
Fuh segala mak neka la aku sumbat termasuk dgn 'beg pregnant'- persiapan utk shopping hihi & beg si Saza & Bell ringan gile.. jeles aku.

Rasanya dorg ni Travel Guide or else siap pegang nama2.
Nasib baik tak susah lps kat imigresen tu cuma kesian kat Saza la segala tuna kena rampas haizzzz!
Kat boarding room tu baru jumpa si Arwien yg awl2 lg dah masuk.
Segan jgk kat arwien ni sbb dah bnyak negara dia jelajah.

Teka apa?
Sebenarnya ni ialah toilet kat epot utk cam kan which one toilet utk ladies or gents.. nice
satu2nya toilet yg bersih kat India :D

Dlm flight nasib baik duk sebelah Nenek (padahal sebelum tu aku gelakkan dia sbb dpt tgh2.. rupa2nya tgh2 dia tu adalah sebelah aku) haha.
Time ni la baru berkenalan.  Rupa2nya dia 1ofis dgn aku daaaa dulu.. cemana blh tak perasan tak tahu la kan adoyaiii.. ntah2 selalu terserempak dulu ekekke.
Tp masing2 dpt dkt2 la psl nya beli tiket selang beberapa jam je masing2.

Boring la jgk 5jam 40min tu.
Lps tidur mkn borak, lps mkn borak tidur.. camtu la 7 8x berulang smpai aku ckp dlm ati 'blh tak flight ni smpai delhi dlm masa 1jam je?'  Nak berangan pun dah tak tau apa yg nak diberangankan hihi.

Masing2 berumah tangga di epot
Sorg tgh berlingkar atas lantai, sorg tgh baca paper, sorg disebalik beg itam & yg berblanket biru tu tido sgt syok, aku bgn tido bgn tido.. dia masih tido kekeke

B4 touch down tu aku tgk luar tingkap.. pergh mlm2 pun jlnraya di Delhi sgt hectic ok..
jem spt siang!  Dasyatttttt! :p

Smpai Delhi 8.40mlm & sejuk gile (belas2 Celcius).
Nasib bawak blanket.
Besar yg amat airport nya & nasib baik imigresen nya tak banyak karenah, lps kan aku tanpa soal.. cuma Bel je la lama skit.. garang gile pakcik imigresen tu huhu.

Then kami decide tidur kat epot je mlm tu sbb membazir la pulak tido hotel.
Train kul 6.15pg kaedahnya.
Ada yg bentang paper tidur kat lantai, peh sejuk gile la ok?
Aku tak lena sgt la so jamu2 mata tgk kat epot tu sentiasa ramai org even 2-3pg.

To be continue (gile tak best kan day 1 aku?)  rilek dulu....
2nd day baru start cabaran yg sgt gile2 ok haha.