Sunday, 14 September 2008

Berbuka puasa/ Shopping & Tonamen Boling

Date: 13/9/2008 [saturday]
Time: 6.30-???
Venue: Kadir Tomyam, Ampang
Gangs: Aku, Juddin, Ain, Abe Jaabil, Mayang,
Bender & Ajax.


Aku decide nak join last menit sbb aku rasa mcm xwell planned pon nak berbuka dgn siapa & di mana [ala biasa kat umah je pon sorg2.. ngee].

Mula2 ain ajak berbuka kat karok tp aku keberatan la skit sbb aku kan mana suke sgt tempat samar2 @ gelap [aku ngeri], karang ada yg meraba aku ke apa ke.. awww tak rela i taw?! :p

Last2 abe decide berbuka kat Tanjung.. oh xde hal, mmg port aku pon situ :D

Aku lah jgk org 1st smpai.. 6.30pm kunun.. aiyo!
Melanguk kat situ seb baik aku bwk novel.
Kalo tau aku pi cari kuih dulu ke mende kan?
Aku xmkn kurma makanya kena la isi dgn makanan manis dulu.
Pi cari kuih dgn juddin kat area2 tu.. xde la pulek kan? Sate ada la.. kekeke~

Antara menu yg abe order ialah:
  • teh o ais
  • sirap
  • kurma
  • nasik putih
  • kailan ikan masin
  • telur bistik
  • sayur goreng kicap?
  • tomyam campur [abe kasi udang seketui je.. adoi] :p
  • ikan bawal masak xtau la masak mende aku xmkn ikan pon
Semua menikmati makanan dgn jayanya.
7.45pm start ManU vs. Liverpool.
Memasing lyn bola.. mata aku dah steam dah!
So aku decide blk ah solat kat umah.
Bebudak lain stay, tatau la smpai kul bape nya.

Shopping

Lps solat aku terus fetch fini, katanya nak shopping raya.
Terus terbukak luas mata aku.. wakakaka!
Ekceli kitorg ada tonamen kat EP maka cari baju kat kafor aje la.
Kemain lama memilih,
aku xtau la apa masalah aku smpai jd seorg yg sgt cerewet.. isk3!
Last2 aku plh selai blouse brown color fesyen2 [fesyen la sgt.. wkakaka].
Err brown lg? Gile bnyak baju aku kaler brown.. hehehe!

Tonamen boling
Ampes je.. kata start kul 10.. ni 10.30pm baru start.
Tonamen novis slalu la camni.. hangen btol aku.. huh!
1 lane dgn zairy & sape ntah sorg lg xingt nama.. huhu!
Cam cipan jgk la score aku 94, 167, 114 & 106.
Antara geng2 B****s yg join ialah:
  • deale [juara]
  • top 10: zairy, ayoi, naga, finyz
  • no. 15: nemo
  • no. 18: bender
  • no. 28: aku la tu
  • no. 34: judd [ko blk awl blah camtu je ek.. aku ingt ko simpan beg dlm keta.. iskkk]
Placing out of 35.
Aku xmau emo sbb nya slh snd buat apa nak emo kannn?!
Bak kata deale.. bola tu bulat!
Kejap kita naik, kejap kita turun :-)

Then cam biasa aa lepak2 kat MAJU.
Sahur terus mkn megi goreng + telur mata [2pg].
Aku org 1st blah, xde mood la pulak aku,
smpai si ayumiishida tegur & tanya aku awat muka aku sedih!
Aaa sungguh eh nampak muka sedih?
Ayu wat lawak pon aku dok buleh nak gelak.. huhu!

Oh blah blah.. jiwa kacau jap smlm.. sekian wassalam!

Tiada gamba kerana tiada mood utk bergambar!

[At the same time B****s anjurkan mejlis bukak pose kat sentini klcc,
sori i'm interested nak join.. lalalaa]

Thursday, 11 September 2008

Al Fatihah adik Khadijah Hanim

Meninggal di Pangkuan Ibu
Keratan akhbar 31 Januari 2006

Gambar adik hanim 30min sebelum meninggal

Aku baca paper arini.. mula2 aku mcm pernah kenal adik ni, sekali bila baca full news, aku sgt terkejut!
Aku pernah calling2 & sms dgn adik hanim ni sbb dia bdk za8fc!
Ekceli before dia jd za8fc.. dia penah masuk astro [tak ingat program apa tp astro ada bg bantuan kat adik hanim & za8 ada pergi umah adik hanim ni sbb dia sgt minat za8].

Lps tu baru adik hanim reg. kat forum za8 guna nama (oxy) hanim.

Arwah adik hanim yg calling2 aku dulu.
memula tu aku blur la jgk... ingt hanim mana!
Bila dia ckp za8 penah gi umah dia, baru ingt.
Lembut orgnya, slow talk & baik hati.
Selalu la jgk arwah sms aku dulu tnya khabar
[aku rasa bersalah jgk sbb aku JARANG2 SEKALI TNYA KHABAR DIA].
Ptt aku la yg tnya sbb dia sakit. Aduh apekah aku ni? :-(

Lama lps tu terus lost contact.. aku pon delete no. arwah,
tatau la nape aku wat camtu.. sbb jarang sms kut.
Kdg2 dia sms aku tak bls pon.. sekali lg aku rasa bersalah :-(

Dolu2 za8fc plan nak lawat arwah tp memasing sibuk so tak jd la.

Erm semoga roh adik hanim dicucuri rahmat & tempatkan di kalangan org yg beriman.. amin!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Petikan dari Utusan Malaysia Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0911&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

KLANG 10 Sept. - Pesakit paru-paru kronik yang mendapat bantuan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) seumur hidup, Khadijah Hanim Mohamad Arif, 21, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas di sini petang semalam.

Allahyarham Khadijah Hanim yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna, meninggal dunia di pangkuan ibunya, Rashidah Zakiah M. Harun Fahmi, 56, kira-kira pukul 2.50 petang.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lipat Kajang di sini pukul 10 malam tadi.

Menurut bapa Allahyarham, Mohamad Arif Samsudin, 61, anak keenamnya itu yang telah hampir sembuh dari penyakitnya hasil rawatan yang diterima, sempat memohon ampun dan maaf kepada ibunya pada sebelah pagi.

Katanya, Khadijah Hanim yang lebih mesra dipanggil 'Adik' juga seperti telah 'bersedia' dengan mengemas dan menyusun semua barang dalam biliknya serta membahagi-bahagikan barang-barang kesayangannya seperti mesin jahit dan televisyen mini kepada adik-beradik yang lain.

''Adik juga meminta katilnya yang bersaiz besar ditukar kepada yang lebih kecil agar biliknya lebih lapang.

''Dia juga kerap mengambil gambarnya sendiri dan mencetak gambar-gambar tersebut serta sempat membuat kuih-kuih raya pelbagai jenis.

''Malah setengah jam sebelum meninggal dunia dia sempat merakamkan beberapa keping gambarnya berpakaian serba putih menggunakan kamera telefon bimbit," cerita Mohamad Arif.

Mohamad Arif yang merupakan pesara Jabatan Imigresen memberitahu, walaupun merasa kehilangan yang amat sangat, beliau reda dengan pemergian Khadijah Hanim yang disifatkannya mempunya pelbagai kelebihan.

''Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan pusat, Kementerian Kesihatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Selangor sebelum ini serta orang-orang perseorangan yang banyak membantu menghulurkan sumbangan serta pertolongan sepanjang Khadijah Hanim mendapatkan rawatan.

''Tidak lupa juga terima kasih kepada Utusan Malaysia serta media lain termasuk media elektronik yang banyak membantu Khadijah Hanim. Hanya Allah yang mampu membalas segala pertolongan yang diberikan," kata beliau.

Pada 31 Januari 2006, Utusan Malaysia menyiarkan kisah Mohamad Arif yang terpaksa menjual harta benda termasuk rumah bagi membiayai kos rawatan anaknya, Khadijah Hanim yang sudah menelan belanja kira-kira RM3.8 juta.

Ketika itu, Mohamad Arif benar-benar buntu kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan TBP telah tiga kali ditolak sedangkan rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi sempurna sejak berumur 7 tahun mencecah RM25,000 sebulan.

Setelah beberapa susulan dibuat oleh Utusan Malaysia dan hasil keprihatinan Kerajaan Pusat akhirnya pada 9 Mac 2006 Kementerian Kesihatan mengumumkan permohonan Mohamad Arif untuk mendapatkan bantuan TBP diluluskan.

Kelulusan itu melayakkan Khadijah Hanim menerima bantuan perubatan sepanjang hayatnya.


Wednesday, 10 September 2008

Ketaku oh ketaku!

Setelah hampir 3minggu kat woksyop keta aku ni,
maka aku dah dpt kaki aku blk!
Tu pon belom la siap sepenuhnya tp oleh sbb aku
dah xsabar2 nak guna keta, maka pomen tu terpaksala tukar enjin dulu.
Rega enjin lak RM1400.
Termurah yg dia blh dpt.
Mula2 aku suh repair enjin, sekali pomen ckp xleh repair.. rosak teruk.. aiyoo!


enjin baru

tayar yg dah bengkak

Ekceli aku kena beli tayar lain sbb tayar kiri tu dah bengkak a.k.a mcm rosak!
Ala tggu la.. aku ketiadaan masa ni.. huhu!
Then dlm keta pon ada problem iaitu air ujan masuk dlm keta,
sbb nya kedudukan keta aku tu kan dah lari.. besi terkeluar segala.. isk3!
Nak kena repair gak.. tggu blk kelate aje la nnti!

Total repair ialah RM2540... huhuuu duitku :-(
& till now aku xleh imagine lg cemana teruknya aku eksiden aritu!
Xmo.. ngeri.. huhu!

Susah woo xde keta ni!
Bnyak duit aku abih naik turun cab everyday ++ lrt!
Then dlm 2weeks aku naik van dr ofis ke kl sentral turun kg bharu then
aku menapak ke umah kwn aku kat sana.. jauh gak.
Spanjang xde keta, aku tumpang umah kwn aku je la.. dkt skit dgn opih!
Gi menboling pon aku tumpang kekawan. Thanks la bg tumpang :D

B4 eksiden.. aku blh bwk sehingga 140km/j [ni aku snap snd time drive ok?!]

Lps dpt keta, aku drive secara amat selow gila & duk lane kiri je ok?
Ye la 3minggu xdrive.. gayat le aku!
Tp xlama kendian, aku drive cam biasa ah.. xmo la phobia2 ni!
[sebenornya masih phobia.. sj taknak tunjuk.. ahaks]

I luv my car.. ngee!

Monday, 8 September 2008

Tuannur ohhh Tuannur [a.k.a Sir]

Guys [my UiTMmates].. again i'm triple shocked wif this news!

Last week [2/9/2008] x-housemate aku call ofis SIR
kekonon naif la tatau yg SIR dah blk keje kelate.
[as i said before.. x-housemate aku yg sorg lg call ofis sir 3months ago ckp
"DIA DAH BLK KEJE KAT KELATE & XDPT DIHUBUNGI".. so k fine.. aku percaya la,
walau mcm aku tak caya pon ada!!

Tp bila arini x-housemate aku call sekali lg
& dgr another version plak which is TUANNUR COTI TANPA GAJI 3MONTHS & SHE SUPPOSED START WORKING 2nd SEPTEMBER 2008 which is again on her birth day!
[walau dia dah lupakan aku sbg beshpren dia,
aku ttp ingt birthday dia tahuuu? every year celebrate okkk!!?]
Tp dia xdtg kerja pon lg till now! Apekahhhh? :o
Officemate SIR just bitau SIR ADA PERSONAL PROBLEMS! & dorg snd pon
xdpt nak detect SIR!
Apa ek problem sir korang rasa?

Dat means SIR start coti tanpa gaji PERTENGAHAN APRIL so kalo 3bln je cotinya,
PERTENGAHAN JULY kena masuk keja la!

Ni dah masuk September beb! Dah terlebih2 cotinya!

Aku makin keliru lah dgn SIR ni.. dah la berahsia bebenor,
no.hp pon dah tak gune.. then xdpt dihubungi langsung di mana2 lak tu!

Korang rasa apa yg jd pd SIR ni?
  • adakah dia kawen senyap2
  • adakah dia lari ikut bopren tak semenggah dia?
  • adakah dia preknen? Sbb dia penah ckp kat aku slalu tedo kat umah kakak bopren dia... tettttttttttttttttt!
  • adakah dia sakit?
  • adakah dia ada masalah keluarga?
  • atau apa2kah yg lain?
Mari kita gossip2!
[ya ampun aku.. bln2 pose pon nak gosip.. huuhuhu!]
Err bkn la gosip tp sekadar aku sgt curious! ish3!

SEKIANg!

Sunday, 7 September 2008

Buka pose & sahur

Berbuka hari ke-7
- air sarsi
- onde2
- nasik putih
- sup sayur [buatan aku sendiri]
- ayam masak pedas

sup sayur buatan ku snd.. puas ati.. beli kat PaRam kompim RM2 tp seciput je! Dah la aku ni antu sayur.. hinfss!

Ayam masak pedas beli kat Paroi Seremban [jauh aku gi nih.. hahaha]


Menu sahur hari ke-8
- nasi goreng cina: Gigihnya aku.. last minit.. dkt2 nak tedo baru terpikir nak buat nasik goreng,
sbb nya aku masak 1pot tp ada lebih 1/2 lg maka dari membazir baik la aku goreng!
Sj goreng awl2 sbb dkt sahur karang harus la mata aku liat nak bukak..
so karang masuk oven je la panaskan :D

- telur mata kebau
- air milo 3 in kut rasanya
nasi goreng cina buatanku sendiri! :p

Bln pose ni je aku tunjuk skill masak. Xlarat aku nak beli kat PaRam tiap2 ari.. tekak aku pyh skit nak terima kalo xsedap.. huhu!
Mkn kat luar tu blh aje tp harus la aku duk order NASI PAPRIK AYAM + TELUR DADAR + TEH AIS / TEH O AIS je.. huhuuu!
Nak berbuffet mcm tak sesuai sgt sbb aku mkn sikit benor.. [tp tetap la gemok.. ajaib kan?]

Ape2pon.. bersyukurlah.. masih ada nikmat utk makan.. just enjoy it :-)


Saturday, 6 September 2008

Buka pose & sahur

Aaa hp aku rosak.. xbuleh transfer gamba!
Ampes betol lah!

Spanjang bln pose ni,
xpenah lg la aku masak.
Lg pon aku tumpang umah k.mi so bilakala nak masaknya?
Lg pon ada PaRam kat kg bharu tu... mmg PaRam fav. aku.. hee!
Sahur aku bgn ok? Kul 4.45pg lg [awl sbb lps tu nak sambung tedo blk..
6.15pg baru bgn gi gheja] :D
Thn lps pon ada 2 3 je failed sahur sbb mls :p

Sahur hari ke-5
- mini bun 5 ketui [kecik amat.. 2kali suap je.. hihi]
- air oren marigold

Buka pose hari ke-5 [beli kat PaRam Jln Raja Alang Kg Bharu]

- air asam boi
- otak2 seketui
- popia basah seketui
- nasik puteh 1/2
- ayam goreng kicap
- kacang goreng

Itu aje la.. xde la mkn bersungguh pon!
Tp sbb aku minum air bnyak so perut jd sebu jgk la!
Time gi PaRam aku seelok2nya gi sorg2
sbb aritu k.mie teman.. penin kut melayan aku,
tgk semua makanan mcm tak masyuk dgn tekak aku.. hahaha!
[err aku mmg sgt memilih makanan org nya.. skian terima kacih] :p

Monday, 1 September 2008

Goodies From Dubai

Memandangkan mak aku baru blk dr Dubai,
maka mcm2 le yg mak aku belikan utk aku ni.
Xsangka plak bnyak gile... so utk ry ni,
xyah la aku shopping mcm2 lg,
kecuali beli baju ry je la.. thehehe!

Aksesori.. haa aku mmg accessories freak.. iloike! :D

Handbag & bag.. kekekee xyah beli bag smpai tahun dpn dah.. hee!

Tshirt & blouse [sj cilok yg kunin tu sbb ada words BOWLING.. ngee.. iloike too!]
Ada 1kemeja mak aku belikan, erk tak muat.. maka bg kazen aku la.. cayang tul, mahal tu! :-(

Food made in Dubai :D

Kasut ahkak ipar aku pilih tp syg nya size 6.. huhu aku pakai size 4, maklumla size sindarela.. ekekek xpe la, blh sumbat tissue :p

Seluar rama rama.

Losyen [kat mesia ada tp sj cilok mak aku nye.. ngaa] & perfume D&G [light blue] bau so sweet! Mak aku beli kat airport 3botol 500Dirham.. ehheh!

Kain tudung [kat mesia ada tp xpe la beli kat dubai lak.. hihih!]

Semuanya akan ku pakai bebila nnti.. ihiks makacih! :D