Wednesday 4 May 2011

Beijing Day 1

Entry ter'delay' 1bln ++ hehe.
Aku beli tiket dr bulan November 2010.
Plan asal ialah dr officemate aku yg ajak gi beijing so aku on je.
Mak aku pun on jugak.. tp agak kelam kabut sbb tiket laju je naik harga.
Bajet nak gi time spring bln 5 tp mahal pulak so gi time baru abis winter.

18/3/2011 (Jumaat).
5.15pg pakcik cab yg 1 apartment tu hantar ke LCCT, by 6.25pg sampai tp suasana di LCCT spt siang hari, ramai org.
Grup aku 15org & 11org tu mmg tak dikenali lah.
Aku amik pakej dr Wenkt Vacation Sdn. Bhd. yg diterajui oleh Wan.

Suasana nak check in di waktu pagi (abaikan 4.08am dlm gambar tu, tersalah setting)

Pagi tu Wan pergi juga ke LCCT utk bg banner & kenal dgn grup dr Johor.
Lps hantar luggage segala maka gi berkenalan dgn grup dr Johor tu & terus gi brekpes kat Marry Brown.
Lepak2 situ jap, kenal2 dgn nourie / hana / en. osman + kak aini.

7.20pg tu aku terus masuk ke dlm.. nasib baik imigresen time tu tak banyak songeh.
Rasa mcm berdebar la jgk psl nya nak gi obersi (padahal baru je blk dr india haha).. bkn apa,
sbb bawa mak, kesian kat dia sbb dia yg paling veteren dlm grup kami.

Yg kanan tu adalah tour agent kami
Masa tggu tu, ramai jugak org Melayu snd & "bangsa2 mereka" lah kan.
Then 8pg tu blh naik ke flight.
Dah siap beli seat & mkn siap2.

Mmg full house la flight time tu.
Sesambil tggu FA deliver makanan, aku main games dulu la kat netbook.
Pastu snap gambar awan.
Tak sabar nak mkn actually, sbb lapar haha.

Not bad la makanannya.. sedap la jgk sbb ada nasik.
Aku asal ada nasik.. aku on je ekkeke.

Penerbangan mengambil masa 6jam 20minit.
Tak ada masalah kalau di china sbb waktunya sama di malaysia.

Chicken Kung Poa
Tepat 2.50pm, sampailah kami di Tianjin Airport tp agak kelam kabut sbb dlm flight, FA kata borang utk masuk negara china dah habis.
Maka kelam kabut lah kami isi borang sebelum lps ke imigresen tu.. sggh tak praktikal!
Melambatkan masa sahaja!

Tol di Tianjin.. mcm kepala bas kan?  haha
Nasib baik tiada apa-apa masalah di imigresen nya.
Terus aku di'lepas'kan tanpa bertanya apa-apa soalan.
Benda pertama yg aku nak buat ialah mencari toilet.
Ye lah, sebelum jumpa toilet yg tak best kat luar tu.. lps kan le awl2!
Tp make sure bawa botol air ye, sbb toilet sana tak ada paip!

Tianjin Airport ni lbh kurang dgn LCCT je besarnya.
Lps pergi toilet, sesi mencari tour guide kami.
Agak keliru sbb Wan kata nama lain tp yg bawa banner Wan tu nama lain.
So call punya call agent di Beijing, mmg itulah guide kami yg bernama May which is tak boleh berbahasa melayu.

Padahal Wan dah request yg blh ckp indonesia.
Sian mak aku la sbb tak faham english.. aku la yg kena translate.
Guide tu pun mcm friendly lah juga tp agak tak seronok la sbb english kan.
Aku phm la dia ckp tp nak reply blk tu.. iskkk (faham2 jah la eehe).

Di lobi Cheng Feng Hotel
Then kami diarahkan ikut dia naik bas.
Keluar je dr Tianjin Airport tu.. perghhhh sejuk mencucuk jiwa!
Nasib baik aku pakai jacket awal2.
Bas pulak dapat yg kecik mcm bas mini.
Mmg lah muat tp mcm tak selesa lah kan.

Perjalanan dr Tianjin Airport ke Beijing mengambil masa 1 jam 30minit.
Oleh sbb baru lps winter maka tiada lah bunga2 / daun kelihatan di sepanjang kiri kanan jalan.
Pokok2 je lah yg ada so a bit boring lah.
Gambar pun tak banyak aku snap.

Hadiah sampai ke Beijing
Lebih kurang 5.10pm kami sampai di Cheng Feng Hotel, Beijing.
Asalnya di Long Ding Hua Hotel tp penuh lah pulak.
Masa turun bas tu.. aku dpt hadiah iaitu jatuh dr tangga bas.. smpai luka2 tangan aku.
Dah la seminggu sebelum gi beijing tu aku jatuh tergolek dari tangga ofis haha.

Lauk pauk hari pertama
Ok lah juga cheng feng ni... siap bg sikat, berus gigi, ubat gigi. 
Biasanya hotel2 hanya akan sediakan shower gel / shampoo & shower cap je.
Tp yg tak best nya ialah yg jaga kaunter tu pun tak blh speaking even akak grup aku tu
mintak TOWEL / TISSUE pun dia tak faham apa benda hahaha!


Sup telur yg tasteless
6ptg waktu utk dinner di sebelah hotel nya sahaja.
Sedap lah makanan 1st day (or else mmg lapar) :P
Ada sayur, ayam, kari, telur & entah apa lagi.
Actually semua semua masakan tu bkn lah fav. food aku tp dr tak ada, baik mkn!

Sate tp tak beli pun.
6.56pm tp dah gelap.
Masih agak malu2 pada hari pertama.
Tp mereka tu sporting & gila2 je semua so aku pun terhibur lah jugak.
Lps dinner, guide bawa kami ke market.. mula2 ingat nak ronda2 tp tgk mcm ala2
Giant je so kami decide keluar jln2 kat luar.

Fresh vege
Tp tuhan je tahu betapa sejuknya cuaca waktu mlm.
Mana tak nya.. mencecah negatif degrees.
Aku tgk2 je kiri kanan tu org jual buah / sayur.
Tp tak kuasa nak membeli sbb tak tahan sejuk teramat tu.

Strawberry yg manis & mangga mini
Peniaga2 ni pun pandai tarik perhatian.
Dia kata baik bei sekarang sbb sekejap lg habis haha kelakar gila!
Tp aku tgk pakcik2 dgn selamba je lepak2 menum2 kopi / mkn kat luar tu.
 Dah biasa la tu.. aku mana lah biasa.

 Pakcik2tgh lepak minum2 kopi, mkn sate.


Then decide balik ke hotel lah.
Tak mandi sbb sejuk gila haha.
Dan yg paling best nya ialah 8.15mlm aku & mak aku dah siap tidur hahaha!
Oh ye waktu solat kat sana adalah sgt awal, sbb tgh musim sejuk kan? :-)

To be continue...


7 comments:

en_me said...

sonoknyerr gi china, tengok great wall la tewww.. ehehe

Kay said...

sambung lg!

amirah said...

apa yg best kat beijing ...

chomelista homestay said...

en_me- GREAT WALL is a must hehe.

kay- insyaAllah ;-)

amirah- errr best beijing ialah depa tak reti speaking ahhaha

SomethingAboutFlowers said...

agaknye memang hotel kat china ni bagi sikat sekali sebab hotel tahap murah yang akak duduk tu pun, ada sikat, berus gigi, ubat gigi etc etc .. tu, hotel tahap murah tu, below rm100 .. !!!

kalau kat mesia, rasanye tak dapat kot facilities camtu ..

cuma, hotel akak tu, takde fridge aje .. tapi, tak penting pun .. balik untuk titun je .. :)

SomethingAboutFlowers said...

agaknye memang hotel kat china ni bagi sikat sekali sebab hotel tahap murah yang akak duduk tu pun, ada sikat, berus gigi, ubat gigi etc etc .. tu, hotel tahap murah tu, below rm100 .. !!!

kalau kat mesia, rasanye tak dapat kot facilities camtu ..

cuma, hotel akak tu, takde fridge aje .. tapi, tak penting pun .. balik untuk titun je .. :)

chomelista homestay said...

Ooo ye ke?
Bagus kan kalo hotel camtu.
Alangkah bagus nya kalu hotel di malaysia buat camtu.. so tak perlu la bwk ubat gigi/ berus gigi/ sikat segala.. nak guna puna tak geli sbb mmg baru punya.

Heheh peti pun takde aritu.
Kalu musim sejuk mmg tak perlu peti,
tp kalu musim panas... peti tu penting kekeke.