Thursday, 26 May 2011

Beijing- "tayik" & emas

Lps lunch ada org jual music instrument kat luar restoran.
Tak sure samada serunai, seruling @ kat china dipanggil apa.
Ahli group lelaki berminat dgn instrument tu so dorg beli.
Mula2 jual mahal tp bargain hard la.
Yg besar dpt 50yuan & yg kecil 20yuan kalau tak silap lah!










Kat luar restoran tu juga ada baby yg tersangatlah tembam.
Kat sana sgt susah ok nak jumpa baby,
sbb polisi dorg.. 1family 1anak je.. kesian kan?




Lps lunch kami di bawa ke kilang silk di mana para2 wanita sesungguhnya tidak sabar utk shopping kain pasang.
Sehinggakan mereka minta penerangan tu dipendekkan kekeke.
Bkn setakat dorg, aku pun tak sabar!
Perempuan tu tunjuk la cemana cara silk tu dihasilkan.
Dia blh la ckp melayu sikit.. ye la dah ramai benor org Malaysia gi sana kan? :D












Ianya dihasilkan dari ulat sutera & dia tunjuklah cara buatnya cemana.
Ada 1bekas tu pastu dia ckp "inilah dia TAYIK.. buat sutera ini adalah dari TAYIK!" hahaha sedap je dia tarik TAYIKKK tu which is T@!K huhu.


Lps tu bawa pulak ke tempat cuci2 tayik & cemana dorg gulung2 ke apa aku tak tahu lah which aku rasa mcm geli jah nak pegang!




















Then dia bawa terus ke tempat bedsheet which mmg lah cantik tp harganya pun cantik!
Tp worth it la psl aku garu kuat gila dgn jari pun, tak tertarik benangnya @ tak rosak pun permukaan bedseheet tu.


Korang tgk lah snd harga bedsheet tu berapa & devide lah 2 utk dapatkan harga RM :D
Katanya org Malaysia boleh guna seberat 1 @ 1.5kg ikut kesusaian cuaca!  Ah tak kuasa lah aku beli walau pun cantik!
Then di bawa ke section yg lbh mahal which is tak blh snap gambar tp aku sempat lah snap 1gambar pastu kena sound hihi kecoh lah!


Time kami di bawa ke section kain pasang, semua laju je!
Promoter2 bedsheet tu ckp "tak payah beli kayen (kain) sbb mahal.. beli lah cadar kami!"  ceh padahal cadar lg mahal gila!
Naik atas tu.. kecewa weh.. semua design hodoh2 & mcm zaman dolu2 jah.  Aku tak beli tp mak aku beli 1pasang & utk makcik 1 pasang.
140yuan (RM70) 1pasang.  Dpt la free scarf yg tak cantik langsung kalau beli lebih dr 250yuan.
Baik aku beli china silk tiruan kat malaysia ni lg cantik huhu.
Mostly nya mmg tak beli lah.. mcm2 je ada kat sini tp mahal la mcm baju bajan, souvenir, teddy panda!

Then kami di bawa pulak ke kedai pisau.
Aku tak tahu lah apa motifnya di bawa ke kedai pisau nih.
Aku tak berminat langsung nak dgr.
Ada la yg beli apa menda ntah... blh kupas kulit buah lah apa lah.










Lps tu kami di bawa pulak Bird Nest Stadium which is kami diberi masa 15minit  jah.  Adoi mmg kejam la May nih.
So amik gambar dr jauh jah sbb tiba2 aku ternampak street seller jual toys kat situ haha.  Aku beli askar 15yuan utk anak buah aku.




Masa kami naik bas tu May ckp dia baru duk kupas buah epal, dah kitorg dah naik.  Cessss.. kalu lambat2 karang tarik muka pulak!
Then dia kata turun bas blk sbb nak pergi ke Kilang Emas milik org Malaysia punya.
Masuk 1bilik tu, pempuan tu tanya kami dari mana semua then ckp ah dr Malaysia & dia kata bos oustation so tak dpt lah jumpa kami tp dan2 pulak nya ada sorg lg masuk dia kata ANDA SEMUA BERTUAH SBB BOS KAMI DAH ADA DI SINI.  Whuttt?  Nampak sgt lah mengelentong cisss!


Mmg dia org Malaysia pun.. org utara, mmg blh ckp melayu at all.
Dia promo beli brg kemas dgn dia.. aku suka SAPPYRE (entah eja cemana) tp no point aku beli!
Katanya dia jual mahal sbb dia nak byr gaji pekerja2 dia & yg sebenarnya kos emas tu takde la mahal gila.
Contohnya kos 1cincin tu 120yuan tp dia akan jual 980yuan.. gila kentang berganda untung dia.
Dia kata pekerja dia 1senyuman akan diberi 1komisen.. erk complicated gila!  Sdh nya aku keluar senyap2 dgn mak aku hihi.



Aku keluar jamu2 mata kat kedai souvenir tepi tu.
Tokey emas cina tu kata, if kami dah beli Fridge Magnet kat situ, minta pulangkan & dia akan byr semua sbb katanya kalu FM tu naik atas flight.. flight tu blh terhempas... erkkk?  Ok ok tp kami tak pulangkan.. kami lg beli ada lah!
Mula2 salesgirl tu jual 5yuan seketui lps bargain, dpt lah 3yuan seketui.
Aku borong sampai 16ketui = 48yuan (ptt minta 1lg biar jd 50yuan).. tak terpikir pulak sb si May suruh cpt..huh!


Ikut hati nak beli panda tu tp tak tau kenapa aku tak beli.
Doll yg blh menari tu pun aku tergoda.. aku tak beli sbb mak aku mrh haha.  Mak aku beli keychain & plak utk bg org, sudahnya mak aku amik je plak Beijing tu kekeke.
Lps tu kami request singgah ke masjid.. nasib lah ada masjid.
Sptt nya kami di bawa ke nandouya masjid tp si May jwb "that mosque is not famous so u don't need to go there"  Hah?  bkn sbb famour or tak.. tp kami pergi sbb nak solat.
Ada 2 3tempat kami tanya bila nak pergi sbb mmg ada dlm itinerary yg Wan bg tp dia kata tak pyh pergi.
Kerja dia sampai ptg je.. kalau nak mlm, kami kena byr extra utk tips dia & minyak bas.. ces!
Kami betul2 tak puas hati maka kami decide nak jln2 snd mlm nya iaitu SHOPPING hehe.

To be continue!

No comments: