Lps lunch, kami terus menuju ke tempat urut kaki.
Aku disogokkan dr awl bahawa tempat urut2 ni adalah TIPU SEMATA2 / DIPAKSA BELI / EXTREEM / MINTA TIPS.
So aku takut la jgk sikit2 + aku mmg tak suka diurut2 kaki nih + aku geli & tak tahan sakit!
Bila sampai, setiap grup diberi 1bilik mengurut. Aku cari akal utk tidak diurut tp nampak pesennya, nak taknak mmg kena urut lah.. tak boleh lari at all!
Sebelum diurut tu, ada sorg doktor dr Tibet nih duk explain bla bla bla.. dia ckp Indonesia la.. 1pun aku tak percaya kekekek (tp kalau org lain nak percaya silakan la).
Masa dgr penerangan doktor tibet tu, tiba2 masuk la 'segerombolan' mamat2 & minah2 cina ni dgn besen. Siap usha2 tuh nak urut sape hahah ptt kami le pilih nak yg mana 1.
Ada sorg je tukang urut perempuan.
Laki yg urut aku, tp taklah sakit pun.. ala dia bukan urut pun.. but more into KEMPEN MINYAK URUT DIA TU. Dia pegang2 je kaki aku sebenornya.
Aku mmg dah nekad dr awl mmg tak mau beli sbb xguna pun. Sekali dia duk kempen mak aku. Tiba2 je pujuk "ibuuu.. beli la... bagusss ini.. beli la.. ibuuuu... elok inii.. ibu.. murah je... ibuuu!" Ceh ceh ceh sejak bila mak aku jd ibu dorg nih? =))
Lama jgk sesi pujuk memujuk mak aku nih.
Last2 beli la jgk even 1botol tu 100yuan (RM50). Mahal gila kan? Kat sini blh dpt below RM10. Tp mmg panas la minyak tu.. dia letak kat kaki aku dlm 5 6saat tu panassss!
Aku tau nape dia kempen mak aku.
Ye lah, duk kempen aku.. aku mmg keras hati lah tak mahu beli.. mmg target market dia utk org2 veteran mcm mak aku yg mudah terpedaya dgn ke'ajaib'an ubat2 tu hehe.
Then yg tak boleh blah nya ialah dia kata UR HORMON IS NOT STABIL!
Aku ye kan je lah.. hahahah kuat betul mengelentong!
Takkan la blh tau penyakit apa2 dlm 5 6saat? Kalau camtuh, tak wujud la dokter di donia nih.. tak wujud la SCAN, CT SCAN, MRI segala bagai tu ngeh ngeh!
Kwn2 aku tak beli pun, ada yg siap minta tips.. hehe ada gak mcmtu.
Lps gi kedai urut kaki, menuju pula ke Nujie Mosque utk solat.
Peh rasa2nya blh sesat nak menuju ke masjid tu sbb jln berliku2.
Tp senibina masjid tu tetap terpelihara & cantik.
Dlm nya pun cantik juga.
Telekungnya mcm jubah (spt mak aku pakai dlm gambo tu).
Masa tggu grup2 yg solat, borak2 lah dgn May (guide kitorg tu). Bangga gila dia dpt bf mat salleh (org Tanese, US). Dia nak having a baby dlm masa terdekat (without marriage la). Dia nak pindah US kalau boleh sbb dia snd tak tahan cuaca sejuk kat beijing tu.
Excited wooo dia cite psl bf dia!
Lps ke masjid nujie, May bawak kami menapak ke Muslim Market dkt dgn masjid.. 2 3minit walking distance jah.
Market ni mcm ala2 Giant gitu. Aku tak ada lah nak beli apa2 pun.. mak aku beli pisau je utk mkn buah.
Org lain beli buah, gula2, mainan, minuman & mcm2 lah.
Lps tu masa onthe way nak naik bas tu, ada pakcik jual kacang mcm bepang gitu & baca kat forum, dorg kata kacang2 ni sedap + lembut so try lah. 1kati 16yuan. Sudahnya mkn sikit je.
Sedap mmg la sedap tp sbb belengas tu yg jd mls mkn kekeke.
May dah kata, tempat lain lg murah tp nak wat cemana.. dah tercakap!
Masa naik bas tu jumpa pulak org Malaysia yg keje kat embassy. Kiut gila anak dia 2org tu tanya kitorg "Malaysia?" hihih.
Lps tu kami dibawa pula ke Jin Sha Theater utk menonton akrobatik. Aku bkn la minat sgt pun tp pergi le jugak!
Sampai punya la awal, tepaksa la tggu almost 1hour sbb start 6.30ptg.
Tp ok le jgk gi awl sbb kalau lambat sikit.. seat mmg full!
(typo error ke nih.. THIHIN / THIATRE) hahaha.
Ingatkan bila masuk hall tu blh ilangkan sejuk.. ekali sejuk jugak.. ya ampun tak tahan weh! Make sure gi toilet awl2 la haha.
Start la akrobatik tu.. aku tumpukan sepenuh perhatian. Mls pulak nak cerita tp kagum la kaedahnya.
Aku tau semua org kagum yg dlm bola besi tu masuk 5bijik motor. 4lelaki 1perempuan.
Akrobatik show tu 1jam jah so lps tu terus balik, tak tunggu2 dah la.
By 7.30pm tu dinner.
Tp strawberry tu manis la, bkn masam eheh.
Pastu balik bilik utk aktiviti tidur :D
3 comments:
jauh berjalan macam2 ade kanns.. ehehe, chantek & unik masjid cina nih
ha ah.. kebersihan terjaga jgk.
Ada 1 lg masjid yg guide taknkak gi.. geram sggh!
bestnye..teringin nk g sane..
Post a Comment