Wednesday, 11 May 2011

Selow~ 1jam 6minit!

NIGHT KL TOWERTHON 2011
07.05.2011 (SATURDAY)
9.30PM (KATEGORI E)

Ni kali kedua aku join setelah kali pertama aku join, mmg tak sampai atas.
Ye lah duk lyn penat + kemalasan nak memanjat kekeke.
Kecewa jg time tu sbb ada perasaan MALAS!


Thn ni aku nekad by hook or by crook.. penat ke nak pengsan ke.. harus smpai puncak menara kl!


Actually register ni pun mcm nak tak nak sbb aku lupa langsung nak register.
Ye la time tu aku baru blk dr India lps tu sibuk pula nak gi Beijing... kiranya mcm terlepas pandang la.
Sudahnya aku register lambat so fees pun mahal la sikit.


Try ajak officemate aku yg aktif gi gym & join lumba lari so dia setuju.
(Setakat 5km tak main lah ye.. biasanya dia join 10km ke atas!).
Ni pempuan ok.. umur 48.. laki bini mmg aktif!



Kali ni 9kategori dipertandingkan & aku dlm kategori E iaitu Wanita Terbuka (13-34tahun).
Dlm 3000org ++ jugak yg join.
The best time from kenya.  Lelaki 13minit, perempuan 14minit.. gila kan?


Oleh sbb kategori E ramai so buat 2batch pelepasan la mlm tu.
Aku sorg jah reg. lambat so kwn2 aku lari dulu le.  Aku panjat tangga sorg2 so tp ok la kot sbb NAIK TANGGA NI BKN MAKANAN AKU.


Dr awl aku mmg super selow la.
Kat 1st water station tu pun aku rasa mcm nak give up je tp aku pk, 'ada org cacat buleh, takkan aku yg sihat ni tak boleh" so aku rilek2 lamaaaa pastu bila dah ok, aku sambung panjat balik.


Tp kat setiap water station + tepi2 tangga tu aku stop la haha.
Btul2 ilang penat baru aku panjat.. mana tak lambatnya aku?  kekeke!
Org yg kategori selepas aku pun dah take over aku heh!


Paling tak blh blah ialah ada kategori2 lps aku tu, ingat aku ni besi tangga ke apa?
Siap berpegang kat aku masa naik tangga.. aiyo!  Yg merangkak pun ada haha!


Masa kat last water station tu, mamat tu ckp "ok boleh tu bolehhh.. 8tingkat je lg".  Eleh kalu KL Tower tu 8tingkat.. ko try la gandakan ye.. bkn la btul2 8tingkat tp kena lebih!


Nak dkt sampai tu, ada org jerit dr atas suruh cpt, sikit lg nak sampai.. aku pun laju time tu je lah walau dah berpuluh2 kali aku nak tersadung.
Bangga pulak bila mamat tu sarugnkan medal haha.


Walaupun 1jam 6minit.. aku sampai jua!
Masa sampai tu ramai yg lepak so aku lepak2 jap amik gambo dgn kwn baru,
pastu tgk view menara kl, duk jamu mata kat kedai2 tu.
Tp nyesal pulak sbb berebut masa naik lif.


Siap kena tolak2 bagai.  Lif ada 3 tp blh guna 2 jah.
Nasib aku tak kena lenyek.. gila lemas!


Ok turun tu terus balik tak lepak2 lah sbb kwn2 aku dah lama sampai.
Depa semua tak sampai 1jam hahaha mmg malang aku ni segala selow :))


Balik lyn benjo pulok, tambah balik segala kalori yg buang masa panjat tu haha.
InsyaAllah thn dpn join lg kalu panjang umur.

5 comments:

Anonymous said...

tak acinye, apsal mu dapat naik observation deck tu ?

Kay said...

Deidaa, kalau sy join, mesti sy lg lmbt dr Deidaa... naik tangga ke tingkat 7 pun (105 anak tangga), makan masa 10 minit... sampai setingkat, berenti baca buku... sampai setingkat berenti baca buku... heheheh

chomelista homestay said...

huzi- org lambat mmg spesial sket (hahaha ayat2 org dengki naik tangga sorg2) :P

kay- huih gi mana tingkat 7 tu?
Siap blh lepak2 baca buku tu :P
Takpe takpe.. thn dpn kita join ek?
Isk tapi bkn blh kira jgk kay nih.. kata selow, skali 2058 tangga tu sama dgn kwn2 lain huwaaa!

amirah said...

huhu..dah terbayang dah keletihan melampau tu..

chomelista homestay said...

amirah- letih kejap je.
Bila dah sampai tu adalah 1kepuasan :D