Wednesday, 7 November 2007

Kerana Karina

Sinopsis

"Apakah yang anda akan lakukan jika anda diberi peluang kedua untuk mencapai kejayaan?Kerana Karina menceritakan suka duka seorang artis rakaman yang berjaya dan sedang dalam proses merakamkan album kedua. Syarikat rakamannya menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Media meramalkan kejayaan yang lebih besar. Tetapi, seperti yang kita semua ketahui, album kedua seseorang artis boleh membawa kejayaan atau kejatuhan dalam kerjayanya.Pada masa yang sama, Karina terpaksa bekerjasama dengan Imran, penerbit baru yang berbakat dan berkarisma. Masalahnya, mereka adalah bekas pasangan kekasih. Hubungan mereka terputus akibat pertelingkahan. Kakitangan syarikat rakamannya pula tidak mahu memahami situasinya. Semua ini memaksa Karina dan para pengurus, sahabat handai dan penyokongnya cuba melakukan yang terbaik untuk kerjayanya.Beberapa minggu menjelang pelancaran albumnya, Karina merasakan tekanan yang semakin berat untuk memastikan kejayaan album ini. Kemajuan dalam proses rakaman agak lembab tetapi Karina merasakan sesuatu yang pasti. Dia mula menyesuaikan dirinya dengan gaya Imran sebagai penerbit. Malah, dia jatuh hati semula kepadanya. Begitu juga Imran. Tetapi setiap kali mereka mula intim, ada sahaja rintangan yang menghalang.Yang pasti, dalam industri muzik, kemasyhuran memerlukan pengorbanan. Seperti juga cinta. Dan apakah pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mendapat peluang kedua? "
Pelakon:
Karina (Marsha Milan Londoh)
Watak utama siri ini. Dia adalah seorang penyanyi agak baru yang baru menjayakan album sulungnya.

Sherina (
Sazzy Falak)
Seorang pembantu Karina yang bermulut panas.
Imran (
Zizan Nin)

Penerbit album kedua Karina yang pernah berpasangan tetapi berpecah dengan Karina.

Dato Ross (
Roslan Aziz)
Pengurus syarikat rakaman yang menjaga kerjaya Karina.

Boy (
Nasrizal Ngasri)
Seorang pembantu lelaki yang berperangai keperempuanan dan taksub dengan fesyen dan kecantikan.

Jennifer (
Chelsia Ng)

Marcus (
Alan Yun)

Huzir (Zally Hussain)

Aku layan drama online ni tadik. Aku ingt kan 30min.. rupa2nya 3-5min je.. heheh ok la aku lyn kalo xde keje nak buat kan? Laju je pon. Nak kata best sgt tu xde le tp blh la lyn. Episode baru every Mondah, Wednesday & Friday!

Sape2 nak lyn tu blh bukak http://www.gua.com.my/

Aku suke mamat sorg tewww... ahahaha macho beb... wakkaka!


Tuesday, 6 November 2007

Adiah Befday Heidi


Since last week cari adiah befday utk anak buah aku umur 5thn tu. Last2 decide beli baju aje lah. 3baju wakil dari aku, mak & ayah aku. Buku tu sesaje aku beli, sbb aritu gi Kinokuniya.. terjmpa coloring books tu.. tangkap aa 1.. ehehe! Rege baju ngalahkan mahalnya baju aku.. huahuahua! Seb baik kat JJ ada sale utk J Card Holder!



Baju oren ni beli kat JJ [RM29]

Gaun merah ni also beli kat JJ [RM39]




Nih KIKO's brand.. after less RM81 [reg. price RM89.90].. huhu, bought @ Sogo



Kotak beli kat sogo.. cute sbb kartun kelakar... ABU'S FAMILY :D [RM7.90]

Coloring book beli kat Kinokuniya KLCC [RM9.90]




:D



Monday, 5 November 2007

Parking Jaya Jusco

Date: 21st November 2007 [sunday]
venue: Jaya Jusco Wangsa Maju
Aku teruja gile sbb parking kat JJ tu kosong... nak parking tgh2 jln pon bley.
Dlm pict tu.. parking tu sebelah dgn entrance [yg aku suke sgt parking dpn2 sbb mls nak jln jauh.. muehehhe!]
Maybe tak ramai lg yg blk KL kut time tu? alangkah bagus kalo parking JJ W.maju sentiasa senang nak parking kan? Tiap2 ari pon aku nak gi.. mueheheh!

Friday, 2 November 2007

Bungkusan Misteri


Pg td aku tgh syok2 ngadap YM.. tetiba ada sorg staff opis aku ni bg bungkusan makanan ke aku.

Memula tu aku ngadap je aa laptop.. pastu dia tetiba kat meja aku.. mcm cari somebody kat belakang ofis aku.. aku wat dono je la.. tetiba dia ckp "F***.. nah" [sambil letak bungkusan makanan].. then dia terus blah. Terpinga2 aku!

So aku cpt2 la bgn.. tnya "sape bg".. tp dia dah lesap.. aduh misteri btol.. @ least ckp le sape bg, nape bg? Aiyaa!

Then dlm 4 5min pastu.. mamat tu lalu lalang dpn aku tlg angkut pc.. aku nak tnya, dia mcm larik2 je.. haiyaa! Pastu aku mls ah layan.. malu le aku nak tnya.. dia pon mcm ngelat je bg la aku nak tnya.. cits!

So masa aku kuar gi sogo td.. aku bwk lah meehun goreng dia bg tu.. hee!

Smpai ofis ptg ni.. aku tnya ofismet aku lain sape yg bg meehun goreng.. dia kata xde dpt pon. Aku terus alih topic... kang dia tnya bnyak kang.. aku pi ckp plak.. aku ni dah la tak reti menipu.. karang tak psl menimbulkan gusip.. huhu! Dah la mamat tu laki org.. hohoooo!

Whuteva lah yo.. rezeki.. hee!

Accidentally BDN's Gath

Date : 1st November 2007 -Thursday
Venue: Flamingo
Time : 8.30pm - 1am
Kehadiran: AKU, EMY, FATIN, IORI YAGAMI, MYO & JAABIL.


Ahahaha tetiba je kan jd small gath BDN [ala forum yg aku kena banned tu... & aku masih menganggap 2ekor mod betina xsedar diri tu masih gile kose.. wakakakak! Walaupun aku masih di banned.. aku ttp join gath.. tak mcm sekor tu.. jd mod tp nak jmpa cukup susah.. mcm cantik sgt.. wakakakka!]

@ 1st nak training boling je, maklumle 10/11 ni aku ada big tourney. Last2 bebudak tu nak dtg.. kira ok la tu kan.. lg pon depa tu otai2 kat BDN [termasuk aku otai yg dah tak dikenali gare2 2ekor betina garik & sekor mamat toncet yg muncit tu.. wakakak!]. But it's ok la as long as mereka2 yg dtg smlm masih sudi boling & lepak2 dgn aku.. hehe! Ajak gak si ayoi tp mamat tu keje laks.. si dreamlord lak penat.. penat buat apantah.. mueheheh!

So main la 3games. Seb baik haku kenal zack Flamingo tu, bley la usha2 lane.. xyah tulis dlm waiting list.. ckp je.. ahehehe! Zack tnya mana bespren aku.. aku ketuk dahi baru tawwww!

Punye la teruk score aku. Xsmpai 100 pon.. aku risau aa.. cemana ek? :-(

Then 11.50pm blah.. lepak2 kat RISDA [ikut heran aku.. port aku kat KADIR TOMYAM tu.. but whut to do.. haku ikut dorg je!] :P

Mcm2 ah dorg borak.. sedih tul aku.. ketinggalan komuter.. xleh tau dah cite BDN.. ehehehe!

1pg baru chowz... haku takot gelap.. korang ni ja'at le.. sengaja blk lambat! :(

Next week jumpa agik.. heheh!

Thursday, 1 November 2007

Panggung Wayang Era... Again


Aku dpt lg 4keping tix BEE MOVIE free dari radio Era [alah, radio yg korang nyampah & anti sesangat tu.. huahuahua!]... sapo2 nyampah.. jgn teruskan bacaan! :-))

Alkesahnya mlm smlm aku dgr radio Era time tgh packing2 brg [maklumle dah nak pindah umah].
Pehtu jimmy ckp nak bg 4tix BEE MOVIE free utk tayangan 6/11 [selasa] @ TGV KLCC.. kena tggu kejap lg utk bg kata laluan. So aku get ready awl2 taip "PE".
Bila jimmy bg kata laluan, aku taip le cpt2.
Aku tggu gak & aku dpt rasa aku yg dpt [miahahahah ja'at].
2 3min pastu, dpt call dr PRIVATE NUMBER.. ahahah yea aku taw tu dr RADIO ERA.

  • jimmy : hello NOR A***A BINTI M***. N***
  • aku : ye sy?
  • jimmy : jimmy ni dr radio ERA
  • aku : oh haiiii jimmy [kekunun buat2 excited.. pdhal dah taw sore dia.. mueheheh]
  • jimmy : tahniah, awk menang 4tiket BEE MOVIE. Laju betul hantar.. cemana blh taip laju ni?
  • aku : eheheh biasala, dah get ready awl2 taip.
  • jimmy : oh ye ke? umur berapa ni?
  • aku : 27tahun
  • jimmy : eh.. sama umur la kita... ok bg alamat & phone ofis
  • aku : bla bla bla
  • jimmy : ok, tahniah sekali lg ye? terima kasih
  • aku : sama-sama & thanks.. bye!

Heee lps lagu tu.. jimmy siap umum fullname aku lagi.. ahahaha seb baik jgk le sbb ramai yg xtau fullname aku.. ahaks! Suke gile la aku sbb aku mmg ske lyn anime kat wyg.

So aku ada 4tix BEE MOVIE... 1utk aku, 1 utk x-osmet aku... 2 lg.. aku lelong.. sape nak.. sila la jgn segan silu bitau aku!

TIX YG AKU DPT DR RADIO ERA:

  • THE VILLAGE [tahun 2004.. kena jd 5th caller.. time tu fara fauzana]
  • REMP-IT [tahun 2006.. dgn reza.. sms tu pon tgh mamai2 tedo.. laju jgk aku menaip!] :-))
  • BEE MOVIE [tahun 2007]

Novel KALUNG

Kalung
Nama Penulis : Zahida Zarkasi
Penerbit : Karna Dya

Sinopsis
"Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia? Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia? Kenapai aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia? Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti? Sehingga saat maut menjemputnyakah? Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya... Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila. Gilakah aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia? Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti? Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini? Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun? Sedangkan dia makin menjauh... Tanpa sebarang berita... Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung... Hadiah pemberiannya....Kalung bukan merupakan novel cinta, tetapi sebuah cerita yang berunsur thriller.

Penuh dengan detik-detik saspens. Pelbagai peristiwa trajis misteri dan menyedihkan sentiasa menimpa watak utama, Nia. Novel ini akan membuat anda mahu menyelak setiap muka surat dari mula hingga akhir. Memang mendebarkan! " - Aina Emir, novelis "bestseller"

_____sekarang aku tgh layan novel kalung ni. Mmg bkn novel cinta la. Sesekali nak jg aku lari dr cite cinte je. Kalung ni novel thriller [xde la thrill sgt tp kisah cerita ceriti kat dlm utan]. Mmg btol pon, aku rasa mcm xsabar nak abiskan. Heheh.. skang ni baru smpai chater 15. Time aku jg bdk2 intebiu la aku bley baca.

Aku agak la kan.. kalo novel ni dibuat drama.. baru real skit.

Sape2 yg suke baca cite mencabar kepala otak.. blh la novel ni.. ahehehhe! Ada 2 3org kat ofis ni pon ckp best. Sile la baca.. yg tak suke bkn cite cinte.. xpyh la kutuk2 ok?