Wednesday 7 November 2007

Kerana Karina

Sinopsis

"Apakah yang anda akan lakukan jika anda diberi peluang kedua untuk mencapai kejayaan?Kerana Karina menceritakan suka duka seorang artis rakaman yang berjaya dan sedang dalam proses merakamkan album kedua. Syarikat rakamannya menaruh harapan yang begitu tinggi terhadapnya. Media meramalkan kejayaan yang lebih besar. Tetapi, seperti yang kita semua ketahui, album kedua seseorang artis boleh membawa kejayaan atau kejatuhan dalam kerjayanya.Pada masa yang sama, Karina terpaksa bekerjasama dengan Imran, penerbit baru yang berbakat dan berkarisma. Masalahnya, mereka adalah bekas pasangan kekasih. Hubungan mereka terputus akibat pertelingkahan. Kakitangan syarikat rakamannya pula tidak mahu memahami situasinya. Semua ini memaksa Karina dan para pengurus, sahabat handai dan penyokongnya cuba melakukan yang terbaik untuk kerjayanya.Beberapa minggu menjelang pelancaran albumnya, Karina merasakan tekanan yang semakin berat untuk memastikan kejayaan album ini. Kemajuan dalam proses rakaman agak lembab tetapi Karina merasakan sesuatu yang pasti. Dia mula menyesuaikan dirinya dengan gaya Imran sebagai penerbit. Malah, dia jatuh hati semula kepadanya. Begitu juga Imran. Tetapi setiap kali mereka mula intim, ada sahaja rintangan yang menghalang.Yang pasti, dalam industri muzik, kemasyhuran memerlukan pengorbanan. Seperti juga cinta. Dan apakah pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk mendapat peluang kedua? "
Pelakon:
Karina (Marsha Milan Londoh)
Watak utama siri ini. Dia adalah seorang penyanyi agak baru yang baru menjayakan album sulungnya.

Sherina (
Sazzy Falak)
Seorang pembantu Karina yang bermulut panas.
Imran (
Zizan Nin)

Penerbit album kedua Karina yang pernah berpasangan tetapi berpecah dengan Karina.

Dato Ross (
Roslan Aziz)
Pengurus syarikat rakaman yang menjaga kerjaya Karina.

Boy (
Nasrizal Ngasri)
Seorang pembantu lelaki yang berperangai keperempuanan dan taksub dengan fesyen dan kecantikan.

Jennifer (
Chelsia Ng)

Marcus (
Alan Yun)

Huzir (Zally Hussain)

Aku layan drama online ni tadik. Aku ingt kan 30min.. rupa2nya 3-5min je.. heheh ok la aku lyn kalo xde keje nak buat kan? Laju je pon. Nak kata best sgt tu xde le tp blh la lyn. Episode baru every Mondah, Wednesday & Friday!

Sape2 nak lyn tu blh bukak http://www.gua.com.my/

Aku suke mamat sorg tewww... ahahaha macho beb... wakkaka!


No comments: