Tuesday, 14 June 2011

Hantu Kot? (luahan hati akuuuu!)

Bila tanya.. masing-masing pakat tak nak mengaku!
Aku super bengang dgn housemate2 aku yg 2-3 org terakhir ni.
Asyik2 tak tutup lampu, tak tutup paip air, tak tutup kipas, tak tutup tv/astro.

Bila tanya.. jawapannya MAAF, LUPA! SAYA TERLUPA LAH KAK NAK BUAT CEMANA.
Kalau sekali dua tak apa.. ni dlm seminggu.. ada2 je yg lupa.
Kalau pergi ofis tu.. sepanjang hari lah tak off segala.

Dorg ni mmg tak responsible.. mentang2 lah masuk & duduk je tanpa perlu buat apa2,
so ingat boleh buat sesuka hati?

Sorg yg dah pindah (sbb kawen) tu takut pada denda sbb setiap kali lupa.. mmg akan denda RM1.. lps tu dia dah tak buat.


Yg sorg lg ni mmg lah tak mkn saman!
By the time je aku masuk tido, dia mesti lepak2 dpn tv (masa aku lepak dpn tv, dia mmg tak keluar bilik.. mkn minum pun dlm bilik). 
Kalau dia blk 6ptg, dlm pukul 11pm-12am baru lah dia akan keluar atau bilamana saja aku masuk bilik.
Yg ni la banyak bg masalah nih.
Dia start tak tegur aku since aku tegur dia "next time lps mandi tutup terus lah paip tu.. tak pyh nak penuh2kan air, lps tu lupa tutup.. common sense pun tak kan nak kena ingatkan jg.. mcm pakai seluar la.. tp lupa zip, blh mcm tu?"
Since lps tu dia mcm dah tak nampak kewujudan aku kat rumah nih.
Masa aku blk kg.. air masak / mineral kering kontang, 1titik pun tak ada.
Kalau dah reti minum.. reti lah masak pastu buh blk dlm botol air tu!
Ni semua nak harap org!

Dia ni mcm degil sgt.. bila kita ckp apa2.. dia cpt2 nak masuk bilik or tutup pintu.
Mandi pun seboleh2nya dia nak kunci pintu bilik.. ada emas agaknya.
Aku pun tak kepingin masuk bilik org haih.
Ingat sikit semua benda2 dlm rumah tu aku punya.
Dulu aku menyewa pun tak kunci pintu bilik pun,
tinggal duit merata dlm rumah pun aku rasa selamat...
sekarang ni sbb housemate tak percayakan aku.. aku lg lah tak percayakan dorg!

Yg sorg lg ni pulak tang byr sewa je ada je alasan.
Eksiden lah (pernah dia minta pinjam semula duit sewa dia tp aku bg suku jah),
pastu dia dituduh mencuri lah maka gaji kena potong,
gaji tak dpt lg lah. Whut the coincident?
Smlm dia tak tutup air sampai kering kontang air dlm tangki pg td.
Bila tanya dpn2 tak mengaku!
Tp aku tahu dia sbb aku blh cam bunyi pintu bilik dia dgn pintu bilik yg DEGIL tu.. bkn bdk tu.
Tp sekali aku ugut dlm sms td.. baru la terhegeh2 ckp "mmg saya.. saya mintak maaf".. cesss sekali tipu.. sampai bila2 lah aku tak akan percaya!


Argh aku rasa tension la mcm nih!
Ikut hati nak duduk sorg2 je tp sewa mahal gila lah pulak kalau kat KL ni.
Famili syor kan aku naikkan sewa lagi.
Takpe.. once dorg pindah, aku naikkan sewa sbb sewa yg dorg byr sekarang termasuk utilities mmg tak cukup.. kdg2 aku cover dgn duit snd.
Sudah la toilet sekali harem pun dorg tak pernah cuci!

Aduhai nasib badan :-(

Sessi luahan!

10 comments:

intan hairani said...

Ingatkn aku jek yg mengalaminya.huhu.tp parah lg sbb adik ipar aku.:(

Kehelan said...

rumah Deidaa sendiri ke?

cik kodok said...

intan awe- ko stay dgn adik ipar ke?
Nak tegur lbh2 mesti tak sampai ati.

kay- rumah sewa tp sy jd ketua umah.

shuweet said...

hohhh..aku memang pantang orang2 macam tu....skang ko bayar sewa brape? aku since adik aku dah pindah kami kene la byar 500...takpe la..dari sakit ati kan..baik kite dok sendiri2 je...susah nak dpt penyewa yang bagus

intan hairani said...

nk tegur x smpai ati satu hal, pastu kang asben aku lak terasa. kate aku x suke family dia la ape la. actully bukan adik ipar aku yg wat hal. bini dia tu ha. kira biras aku la. da la frying pan aku yang mahal gile dia wat goreng ikan smpai hangus. aku punye la jaga. pastu bsuh baju takat sehelai pn pkai mesin. lampu aku rase kat dapur tu 24 jam x tutup. biras aku tu x keje. ari tu aku merungut la sbb adik ipar aku tu smoking dlm umah. wahhh2 byk cantik!

cik kodok said...

mimie- aku byr RM260 (kira sikit dah tu sbb aku amik bilik tengah tu RM250 heheh.
Bilik kecik RM150.
Next time aku nak buat bilik tgh tu RM300 + bilik kecik RM200.
Sbb penyewa bilik kecik tu duduk apartment sebelah (interior sebijik mcm umah aku) sebelum ni ckp sewa bilik tgh pun RM350 & bilik kecik RM250.. fuhhh kalau aku tau, aku buat sewa tinggi awl2.

Kalau aku tak pakai keta baru... mmg aku bajet nak duk berdua je... nak jg sorg osmet pun dah pening tp dah terlebih bajet... mmg kena amik penyewa jugak.

Aku tak faham la bdk2 sekarang ni.. manja sgt, tak blh ditegur langsung.
Tak de tanggungjawab.
Yg penyewa b4 ni lg la, mak aku ada kat umah.. harammmm nak tegur mak aku.. jeling pun tak.. kurang ajor betul.. kot ye pun tak nak tegur aku.. tak pyh la wat mcm tu jgk kat mak aku.. vongoks huh!
Skang dia dah blahhhh.

cik kodok said...

intan- mmg sekarang ko duk dgn SIL ko ke? Aku ingat ko menyewa sorg2 huhuh.
Kalau melibatkan talian darah.. lg susah tu nak tegur a.k.a tak sampai hati.
Dulu kazen aku kata andaikata dia dpt keje kl, nak sewa umah aku tp aku kata umah dah full hehe.. sbb nya tak nak le ada perkara berbangkit esok2.

Weh apa gila selai 2 pun basuh guna mesin? Aku mmg pantang jgk org mcm nih.. kalau 10 lai.. aku consider lg.. membazir air / api betullah!
Dulu x-osmet aku mcm ni gak... tiap2 hari mesin baju walau 2 3lai.. kdg2 pg dah guna.. tiba2 mlm guna lg.. bodo piang btul!

Cemana plak kuali tu blh hangus?
Biras ko letak dlm unggun api ke apa huhu... mentang2 la bkn brg dia.
Ko takde ngadu dgn laki ko ke?

Ko ke yg bukak topic kat porum eh?
Aku rasa mcm ada terbaca la.. mcm bergantung hidup sgt dgn org lain.
Ke bkn?

nenektua said...

aku dah jumpa mcm2 peel osmet ni. dah sampai tahap letih dah.
so sekarang ni aku dok sorang je la.
malas nak pikir2 dah benda2 yg buat hati kita sakit je nanti.

cuma bajet kena kontrol sket la. uhuks

en_me said...

curahat kanns.. uhuhu

intan hairani said...

kalo aku ngadu ngan asben aku pn, last2 aku jgk yg kene marah weh. dia tu backup gile adik dia. huhu! apakan daya. ni dok umah sewa mcm tu leh ar. bulan depan dpt kunci umah sndri, jgn harap la nk wat cm tu. aku sound jek nati. huhu. da umah aku kan. bil sape nk byr cm tu? aku stress gile pasal frying pan tu. da la kawan aku bg gift mase aku kawin. harga mahal gila! dia selamba jek guna wat goreng ikan. apakah???

forum? aku xpnah lg bukak thread. sbb benda ni baru jek jd. still dlm kesabaran gak la. huhu. aku kene bg adik ipar aku n bini dia dok ngan aku gak sbb laki aku suh n dia pn bukan keje gaji besar sgt nk sewa laki bini. lg la KL weh. umah sewa mcm bayar kete jgk la.