Friday, 24 June 2011

Beijing- Muslim Food Market lah sangat!


Ni lawatan terakhir kami di China.
Bkn lah di beijing tp di Tianjin.
Kami overnite di Hotel Golder Horses kot (bkn yg mewah mcm KL ni tp yg cikai la aku rasa hehe)


Bilik hotel di tianjin

Sebenarnya mmg tak ada dlm itinerary pun kena overnight di Tianjin...si May tu lah pandai2 buat keputusan snd which is kami semua tak suka!
Tp nak buat cemana, kami di negara org.. terpaksa lah ikut.
Blk tu mmg kompim lah kami akan mengadu pada Wan.

Ni baru 1/4beg kami.. banyak lg kat belakang2 tu hehe
Perjalanan Beijing - Tianjin 1 1/2jam.
Oleh sbb smpai 8.45mlm maka restoran yg dibooking tu dah tutup.
Si May tak habis menyalahkan kami sbb lambat.
Dia pun bkn faham terms "restoran tu halal.. ramai je org Malaysia mkn kat situ"
Padahal restoran tu tak ada tanda HALAL!

Tunggu si May tak turun2
Kebetulan ada kedai mini di lobi hotel tu so May kata tak apa amik lah, dia akan byr.
Tp kena lah hati2 jugak.. terpaksa amik yg agak2 rasa halal segala eheh.

Dpn restoran Cina

Mlm tu kami mkn megi je.
Sudahlah penat mengangkut beg naik ke bilik segala.
Mkn pun tak lalu (mak aku lah.. aku bg la apa2 je, sekalipun aku komen TAK SEDAP.. tp habis jgk aku mkn haha).

Kaunter hotel kat tianjin

Besoknya 7.30pg si May suruh berkumpul di lobi hotel.
Punya lah seksa nak bawa turun segala beg2 semula.
Nasib lah beg aku & mak tak beranak banyak sgt.
Tp 2x naik turun jugak lah.

Culture Street
Alah janji 7.30pg tp si May lambat lah jugak.
8lbh baru dia turun.. dia lambat takpe, kami lambat tak blh,
tu pun turun dgn muka obvious bangun tidur.
Entah mandi ke tidak minah tu haha.

Culture Street
Pagi tu mmg tak disediakan brekpes.
Ye lah sbb dah tukar hotel... tak provide lah.
Maka terpaksa lah kami tahan perut dr lapar.
Mkn je lah biskut2 ke apa ke yg mana ada tu.

Bunga plastik pun jadi lah hehe
Kami di bawa ke Culture Street.
Sini mcm tempat nak kenal culture2 dorg lah (ye kut, pandai2 aku je haha).
Mcm biasa May explain tp aku mls nak dgr.
Walaupun dah 9pg lebih tp org dah ramai.
Mcm biasa guide mereka guna microfon which is sgt lah bingit bg aku.


 Batu bersurat apa ntah
Mcm2 jualan lah ada kat sini tp kat sini mmg tak blh bargain.
Mahal lagipun tp aku beli lah jugak jade tiruan.. 30yuan hehe.
Jade tiruan mudah pecah.. sekian terima kasih!

Ingat nak beli doll yg besar tu tp takut mak aku mrh hehe.
Just jln2 je.. nak beli mmg tak ada mood sbb sejuk kan!
Kat situ ada patung singa which is semua org2 cina berebut2 nak sentuh patung singa tu sbb bg mereka, sesiapa yg sentuh patung tu.. wish dorg akan makbul.
Aku sentuh jugak.. tp rasa sejuk la hahahahaha!

Singa yg bg tuah pada org cina kalu wish kat sini

Then kami decide tggu dlm bas lah.
Tiba2 si May lambat gila oke!
Dgn tanpa rasa bersalah, dia naik bas & dgn rasa excited nya tunjuk "beg dinner" dia specially kat en. osman & kak aini.  
Dgn bangganya jgk dia kata dia blh bargain "beg dinner dia tu kpd 160yuan" tak silap.
Kami masing2 mcm  "haaaaa?" tp sbb nak jg hati dia.. biarkan lah.
Kami ngumpat dpn2 dia.. "beg dinner ke ape mcm tu.. mcm beg2 kami pergi bawak ke pasar je"  Ye betul.. mcm purse biasa je, cuma besar sikit.
Kita nak gi dinner kan bwk beg2 glamer a.k.a clutch gitu.
Alahai sian aku kat May ni, kena bg lah perunding imej kat dia sorg kekeke.

Culture street terletak di jln ni

Then terus gerak ke MUSLIM FOOD MARKET.
Mula2 aku ingatkan semua halal la kan.
Sekali.. errrr mcm2 yg tak halal ada.

Timbunan beg org2 yg lupa diri masa shopping

Kedai 1st di bawa tu mcm2 makanan la, biskut, coklat, kuih, kacang2, kudapa2an.
Masa dia ckp mulut tu ok la harga,
tiba2 masa bayar.. mahal gila!  Penipu betul!
Seratus yuan lbh jgk lah habis.

Muslim food market

Mak aku beli udang kering.
Minta tlg en. aziz tu ckp kan.
Berapa yuan ntah.. yg kecik2 tu mahal so beli yg besar2 lah.

Apa ke namanya nih?

Ronda2 lg dlm tu.. jumpa mcm2 lah yg pelik.
Aku tak ingat lah apa nama benda kat atas ni.. aritu kwn aku ada bgtau.
Geli gila aku nengok.. yek!

Nak cuba x?
Pastu jumpa pulak benda kat atas ni dpn restoran.
Erm maybe terms 'halal' dorg lain dgn mazhab kita kot... entah lah.

Sila2

Ada jugak katak tp aku tak nampak, kwn aku sempat la snap gambar.
Bkn setakat katak.. buaya pun ada koooo haha.

Jln2 lg dlm tu, mak aku beli purse & handbag.. en. aziz tlg bargain kan.
So masing2 pakat beli lah.  Aku tak beli la.. mak aku je beli.

Lunch terakhir kami

Then si May kerah kami gi lunch pulak.
Pergi lah lunch.. ok lunch terakhir so mkn lah puas2 walau tak sedap.

Paip

Lps tu aku, mak aku, fishah & mak dia decide kuar dulu, nak ronda2 dlm tu.
Banyak benda menarik nak beli tp asyik terkejar2 masa, nak shopping pun tak puas ati.
Mak aku sempat beli troli kecik.. kiut je 15yuan heheh.

The kasuts
Mak nak beli kasut (bkn kasut mcm kat atas ni) tp xde size kecik lah pulak.
Comey.. mmg nampak kasut chinese style.
Lps tu cpt2 aku ke bas takut kena tinggal.
Sekali fishah pulak yg lambat hihi.

Si may ckp "fishah.. u killing my time!"  kecioh la minah neh ah!
Lps tu terus gerak ke Tianjin Airport.. sedih rasa :-(

3 comments:

Kehelan said...

ooo... dh pecah ek?

amirah said...

alamak...amende yg dorang jual tu..??

cik kodok said...

Kay- tak tp mudah pecah

amirah- ehehe tak tau.. tp mmg pelik lah..yuck!