Thursday, 16 June 2011

Beijing- Bergaduh di Yashow Market

Tiba lah masa tempat yg ditunggu2 sangat iaitu shopping di Yashow Market.
Kalau pergi beijing tp tak gi yashow ni mmg tak sah lah bak kata org.
Aku pun nak merasa pengalaman shopping situ la gak kan? :D

 Yashow Market

Ada ke ptt si May bg masa 1 1/2jam  je utk shopping, iaitu 5.40ptg kena berkumpul semula di entrance.
Aku tak tahu la sempat shopping apa je dlm masa tu.
Tp kami dah pakat dgn yg lelain supaya 6ptg @ 6.15ptg baru berkumpul balik haha good2 la dorg ni.

Cloth department
As usual tak jln dgn ahli grup.. jln snd2 je.
Aku suruh mak aku beli brg2 dia dulu sbb asyik aku je membeli haha.
So pergi lah beli table cloth.. berapa ratus yuan ntah dia letak.. last2 mak aku mintak 80yuan utk beberapa lai table cloth hihi.

250yuan selai.. menyesal tak beli banyak helai sbb dpt 40yuan (RM20) selai,
Sedap pakai.

Then cari baju utk kazen aku, decide beli tshirt je sbb mcm takde masa yg bnyak utk plh benda lain.
Mmg dia jual mahal gila tp kali ni bargain tak sampai 5minit then amoi tu ckp "ok ok.. u aaa, bargain so hard.. haiyo".. hah tau pun.. ko tak bg harga yg kitorg nak pun, kitorg akan dpt kan jgk smpai dpt haha.
Ok dpt 2lai baju.
Mak aku pun rambang mata tgk design comel2 ni
Lps tu cari pyjama plaks utk anak buah aku.
Mmg kain cotton dia sedap la.
Tak ingat la dia letak 350yuan tak silap lps tu mak aku mintak 60yuan hehe.  
Kitorg siap gaduh2 main tarik2 baju lg pastu duk ckp "this is high quality cotton".. ah aku tak kesah.. dia kata kalu nak 60yuan.. dia bg size lg kecik.. ciskek btul :))
Mmg kat sini kelakar gila rasa.  Gaduh2 sambil gelak.  Dia sengaja.. aku mintak cartoon lain, dia bg cartoon lain utk 60yuan.. ngeks.  Ni peniaga laki.

Dia ingat tgk mak aku yg veteran ni, tak berani nak bargain hard?
Mak aku jerit kat dia.. (mcm la apek tu paham.. mak aku ckp melayu pulak tu).
Dia mintak 100yuan.. mak aku tak mau & berkeras lama kat situ.. so lama2 dia ckp "ok... money money.. money.. 60yuan is money.. brilliant you!" kahkahkah.. jgn main2 dgn mak akuuuu!  :))
Then aku ckp "yes, we're brilliant in bargaining"  ngahahah.
Lps tu ckp "come again next time"  ek eleh poyo lu apek, tp mmg besh lah haahah.


Footwear & bags department

Lps settle beli, aku ingat si apek tu tepuk beg aku, rupa2nya May hahaha.
Mesti dia confuse apesal la time shopping pun boleh happy gila camtu =))

Then pusing2 lg mcm tak tahu nak beli apa utk anak buah pempuan aku laks.
Last2 decide beli tshirt comey2 kat dia lah.
Aku pun amik seketui.  Aku mmg takut sgt bila dia nak start harga tu, takut aku pengsan je tp dorg pun takut bila kita letak harga berapa.. win win situation la kan?

Mula2 dia letak 250yuan selai (gila tak masuk akal).. then aku tolak 85% kat hp= 37.50yuan tp aku ckp lah nak 40yuan.  Dia kata jgn la buat mcm tu kat dia, kain tu good quality.. ah pembohong lah!

Aku kata tak nak lah kalau gitu, lps puas dia pujuk.. dia bg jgk 40yuan selai.
Then kebetulan ada sorg singaporean chineese dtg pulak tanya how much tshirt yg aku dpt tu.. dgn slumber dpn2 amoi tu aku ckp 40yuan for 1piece.  Jeling je amoi tu kat aku kehkeh!

Amoi ni tak berapa komunis sgt, dia tak paksa beli if tak jd beli, tp dia suruh dtg blk kalau kat kedai lain tak ada :D  Kedai dia betul2 dpn lif.

Dia pun cerita dia dpt sport shoes tu dgn harga 100yuan yg pd asalnya 900++ hahahahahaha... kitorg share cerita, peniaga tu memang mencekik darah segala.
And kebetulan ada sorg mat salleh yg dtg sebelum dr dia dpt sport shoes sebijik mcm tu dgn harga 150yuan, so dia untung 50yuan lah.
It's all about ur bargaining skills :-)

Sbb masa tu dah 5.45pm so aku naik semula kat entrance tp jumpa en. aziz, dia kata tak ada org naik lg so aku decide dgn mak aku pergi cari kasut pulak.

Kasut yg membuatkan aku rambang mata
Then pusing2 lg kat ground floor pulak (bags & footwear).
Mak aku berkenan 1 kasut ni.. siap bakar segala, nak tunjuk bukti bahawa mmg leather punya lah.. ah!

Mak aku kata tak apa lah nak survey dulu, dia tak bg pergi.
Aku ckp tak apa le, kalau gi survey kedai lain tak ada kasut mcm tu, kami dtg blk.. nasib lah yg naik tak komunis sgt.. kalau kedai lain.. mmg tak lps!

Puas pusing tak ada plak, cuma tersinggah kat 1 kedai kasut ni.. lawa la aku berkenan.. 220yuan, mintak kurang sampai 30yuan.. terus dia kata tak pyh beli lah... dia simpan terus kasut dia.. so aku blah.. erk tak panggil blk.. kakaka mmg tak dpt lah harga tu so surbey kedai lain.. alamak mmg tak ada!  Mak aku ckp tak apa lah pergi balik kedai tu.. aku majuks.. tak nak haha.
Ni shopping complex sebelah yashow.. mmg original brand punya lah (kot), 
tak masuk pum

Pusing semula ke kedai kasut yg mak aku berkenan.
650yuan dia letak.. cesss!
So kami mintak 70yuan.. dia kata jgn, sedih dia.. so dia kata tak apa lah 500yuan.
Oh tidak... nak jgk 70yuan.. penat dia tutup kat angka 7 di calculator tu.. dia kata plis up sikit la.. mak aku kata tak nak.
So mak aku melangkah pergi.. terus dia kata ok la 70yuan hahaha.

Aku pergi semula kat kedai kasut yg aku bekenan tu... 
then apek tu hulur blk kat aku... miss.. shoes... 90yuan for you.
Pastu aku kata no... 70yuan.. terus dia kata ok & baling kasut tu kat aku.
bongok!  Aku kata HOI.. RUDE LA YOU!  & amoi sebelah dia tu ckp apa ntah kat dia supaya bg elok2 kat aku.  Pastu dia amik balik kasut tu & bg elok2 kat aku then gelak kekekeke komunis!

Sebelah Yashow
Last piece kat kedai last, berkenan kat kasut adidas nih... also dpt 70yuan.
Ugut blah la, mmg dia bg harga tu.  Harga asal 500yuan.  Aku ckp takyah lah, mengejar masa.. dia kata nak harga 70yuan, dia nak bg kasut lain.. ahhhh larikkkk!  Terus dia bg 70yuan!

Bila naik tu, en. osman & k. aini tggu kitorg.
Dia kata may dah ngamuk hahaha cuak gila aku.
Bila aku naik bas.. muka bengang la si may tu.. shadap u may!

Sudahnya bila semua naik bas.. yg lelaki nak gi toilet pulak hehe.
Masa gi toilet tu kitorg tunjuk la hasil shopping.. ada akak mana tak ingat,
beli blouse comey aaa.. si may jeles.. dia kata cemana blh dpt harga murah gitu,
dia pun tak dpt harga gitu kakakakaka takkan org snd pun dpt harga mahal kot?

Tetttt!
Abis sudah sessi shopping.. i will miss you Yashow!


6 comments:

en_me said...

fuyoohh bargain giler tewww.. ai laike

cik kodok said...

aikkk en. me suka bargain gak ke? :D

Anonymous said...

yashow market mmg best...frm 350yuan boleh bargain smpi 30yuan(rm15)...ttp peniaga dia mmg kasar gilerrrrr

Anonymous said...

Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it.

Look advanced to far added agreeable from you! By the way, how could we communicate?


Here is my web blog travel guide china

alialisa said...

serius..sampai macam tu ke kena bargain harga??? kolin nak pergi mac 27 ni. Good info girls..now i nak praktik..hahah

Feeza Fauzi said...

Hahaha...memang kene hati kental nak bargain kat sini...nak kene berlatih bargain kat Petaling Street dulu nih.

Thanks for the sharing.