Sunday 24 April 2011

"keluar stesen"

Kat Tanjung Tuan Beach Resort, PD je!
Yg paling best bila tgk list yg pergi.. OH DENG!  Aku sorg je dr bahagian aku? 
Tp aku pergi lah juga sbb mmg aku apply pun KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI  nih.


 2hari sebelum kursus siap call slh sorg peserta kursus kata "SAYA NAK JD GENG AWK, KITA 1 BILIK EK?"
Padahal tak pernah kenal @ jumpa pun hihi!
Nasib baik dia kata ok, dia pun tak de geng.
Mula2 nak naik bas ofis tp hari bertolak decide nak pergi dgn keta jabatan aku sbb sorg bdk bahagian aku dpt kat tempat sama tp kursus lain2.  Kurang2 ada la kwn!
Singgah lunch kat Sepang.
Org kedai tu dtg mengadu psl rumah dia lah pulak.
Aku tak tahu la psl rumah walau aku kerja kat kementerian rumah sbb nya aku jaga bahagian projek2 yg buat TANDAS AWAM / PASAR AWAM di seluruh PBT so mmg takde kaitan langsung dgn rumah.
So mintak tlg ofismet laki yg 3org tu.. nasib baik dorg membantu sikit makcik tu.
Makcik tu tanya sbb nampak cop KEM. PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN kat kereta tu.
Katanya siap masuk tv 2x tp takde respons.
Ok sesiapa ada masalah perumahan, sila menuju ke TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA di Pusat Bandar Damansara ek heheh.
Masa nak register kat lobi hotel tu... tadaaaa ada geng rupanya.. tu pun sbb dorg ganti yg tak dpt pergi.. kebetulan dpt 1apartment lah pulak!

Ptt 1rumah 6org (3bilik) tp ada lah pulak yg setinggan maka jd 7org so nak ckp apa?  Terima je le.
Ptg dah start kelas terus.. yg tak best nya ialah semua meja bulat maka susah la nak kena teleng2 pale segala kat konsultan.
Ada ke ptt pihak hotel tak provide meja panjang tu.. funny!
Meja yg aku duduk pd asalnya tak berapa kenal.. jd lah geng smpai balik... dorg best!
Konsultan bg syrarat.. KALAU MASUK LAMBAT & HP BERBUNYI.. kena denda!
Kalau kat meja tu berbunyi hp.. maka 1 meja tu la kena denda RM1 sorg!
Hari ke-2 semua org kena denda termasuk KONSULTAN snd sbb sesi bergambar amik masa lambat urgh!
Dan hari last baru tahu sebenarnya duit ni akan di dermakan kpd tabung surau kementerian kami.
Almost RM70 lah jgk.
Tp bg aku kursus ni sgt bagus & aku sgt suka.
Banyak benda yg aku dpt belajar.
Aku nak explain pun tak pandai sgt.
Ada hal2 psl pelaburan, insurans, takaful, ASB, wasiat, faraid, hutang, simpanan, pengiraan & segala bagai lah.

Lps aku pulang dr kursus ni, aku decide nak terminate ASB.. simpan kat Tabung Haji @ Public Mutual lg bagus daaaa!  NO ASB FOREVER!
Also dgr pengalaman2 mereka.
Ustaz yg jd urusetia tu aim aku suruh cerita pengalaman.
Oh no, ramai yg aku tak kenal.. so no need to share KEWANGAN aku to them.
Kalau nak dgr pengalaman aku gi travel boleh la hahaha.

So konsultan tu suruh bdk grup aku cite pengalaman dia & masa cerita tu dia tiba2 menangis. 
& Rupa2nya hubby dia pun 1kelas dgn kami.. laaaaa!
So ada la sessi peluk2 di situ haha, semua org tak tahu mereka laki bini b4 ni.

Rasa cpt je kursus tu.. rasa mcm banyak lg yg kena aku belajar.
Lg pula kursus tu mmg bagus.. so aku recommended la utk semua org.. tak kisah taraf kewangan mereka cemana.
Rasa sedih lah pulak nak berpisah.
Bagus dtg kursus sbb 1 dpt ilmu & 1 lg dpt kwn baru.
Sebelum balik, lunch le dulu.
Oh ya, makanan kat sini sedap2 lah jgk hehe.
Bas gerak 1tghari & driver jabatan aku 2pm baru dtg.. kena la lepak sorg2 dpn kolam, takkan aku nak lepak kat bilik Nuar & Sidi pulak kan.. kolam pun tak cukup basah utk kami nnti haha.

Sebelum tu ustaz suruh aku naik bas sbb ada kosong.  Hihih takpe takpe.. saya naik kereta je.
2pm abg atar (driver) dtg amik.
Baru nak lelap, dahhh stop pulak kat R&R menum2 huhu yo lah!
Duk dgr pengalaman si Sidi & Anuar psl kursus dorg.. ada treasure hunt siap naik lori sayur, naik myvi sumbat 7org.. wah aku suka la kalau kursus mcm tuh.. pasti aku apply nnti hehe.

Hantar si Sidi dulu ke Puchong lps tu baru blk opis & hujan selebat2nya + petir.. takut aku!

Selamat sampai ofis 4.30ptg!

Masa kursus terima berita gumbira dari RHB ISLAMIC.. oh aku suka gila!
3minggu jah lagi boleh couple dgn ENCIK V.. yahuuu! :P


8 comments:

Emy said...

errrmm nk menyibok skit.. nape budak tu menangis ms cite pengalaman dia? nape ngn laki dia?? cehhhh... kepoci sggh..

Kay said...

dr dulu lg masa nak masuk ASB tuh mmg dh kira siap2, dan sebenarnya tak untungm ana pun... tp yer laa, tabiat nak menyimpan secara tetap tuh susah, jadinya ramai yg amik pinjaman utk ASB... pernah jumpa dgn pegawai ASNB, dia sendiri pun tak galakkan buat pinjaman, baik potong gaji secara tetap, dan dalam masa 10 tahun pulangannya sama je...


kita nk melabur ni kena paham, dan jgn ikut org...

Anonymous said...

cuba share apa yg kat kursus tu deida

chomelista homestay said...

emy- psl pinjaman / hutang.
Bila konsultan tanya "mak ayah kerja ke?"
Kwn jwb: TAK KERJA..... lps tu dan2 dia nangeh.. ada la apa2 tu.. sbb lg pulak dia kata dia yg banyak bantu keluarga & adik2 dia masih sekolah.. maybe dia keluarga susah, kita tak tahu.
Takda apa la dgn laki dia.. konsultan suruh laki dia gi peluk bini dia.. touching wooo- aku pun hampir2 nangeh haha.


Kay- bkn setakat ASB loan.. saving ASB pun KALAU BOLEH JGN LA.
Tp kalau nak simpan jg.. kita tak blh halang la.
Sy tak buat loan pun.. just saving tolak dari gaji so td dah isi borang nak stop tolak gaji & b4 dpt dividen akhir thn ni mmg nak terminate.. sbb kira mcm riba la pulak. Tak bleh nak share open.. karang kena saman pulak huhu.


huzi- aiseh mcm2 la weh.
Pengiraan pun ada.
Masing2 ternganga lps kira2 semua.. mcm tak sangka BANYAK MANA KITA BOLEH SIMPAN & KITA BLH BERTAHAN BERAPA LAMA DGN GAJI KITA SEKARANG IN CASE BERHENTI KERJA & banyak lg la pengiraan lain.
Ada sorg tu share pengalaman dia.
Dia ni WIDOW (tittle J).. ex-laki dia suruh buat loan 100K sbb laki dia tak kerja 5tahun so selama 5tahun tu la dia duk tanggung laki dia & now dorg dah devide.. ada anak sorg.
Semua org terkejut la 100k tp kerani jah.. sampai bila utang tu nak habis byr?
Pastu ada psl wasiat (faraid).. dan yg paling besh kitorg di beri task utk buat wasiat dlm masa 5menit. Ada yg menangis2 huhu adeiii!

Kay said...

yg pasal riba tuh mmg malas nak komen, nnt kena saman...

:)

chomelista homestay said...

kay- ha ah.. konsultan yg perempuan tu pun hampir di saman sbb dia sebut nama company tu dlm artikel dia dlm majalah.
Tp tak jd kena saman kot psl lawyer dia ada bukti mmg ada dr sumber haram.
Rasanya sbb kita tak dpt pendedahan & tak disebut2 nama company tu la yg jd sedappp je org kita labur / simpan /buat loan tanpa usul peksa.

Anonymous said...

kak fida amik brg stop ASB kt mna?? -Syaa-

SomethingAboutFlowers said...

aikkk, ni gi kursus ke, gi cuti2 mesia ..??? :P ..

kalau tengok posing, macam posing cuti jek .. hehe

pasal investment ASB tu, dulu memang hangat diperkatakan, in fact, kalau tak silap, dah pernah kuar fatwa on dis .. tapi, akak pun dah lupa dah .. ingat nak check balik ngan mr google nanti .. ada kelapangan, akak comment lagi kat sini, bolehhhh ..??? :)