Friday 26 August 2011

Mai KL jenjalan TAR

Tujuan utama aku mai KL ialah nak shopping kat JLN TAR.
Hari 1st sampai aku pergi dgn Intan.. hari 2nd aku gi snd sbb mcm banyak je aku nak beli kekeke.

 Org ramai mmg toksah ckp la.. nak nak lg aku pergi hari kelepasan am (nuzul quran)... bapakkk punya ramai.

Aku nak berbuka kat secret receipi 5.50pm kat bwh sogo tu pun full dah org booking ok~
Sudahnya decide naik food court.. nasib baik ada secret receipi gak tp aku belasah la mkn apa2 je.. yg penting aku dahaga haha.

 Minah rempit sejati muahahah!

Aku naik lrt setiawangsa jah turun kat masjid jamik.
Nasib aku reti lg naik lrt haha.
Aku jelajah jln TAR & sogo dr 5.10pm-10.30pm huhu.
Tp aku beli brooch & handbag je.. bulehhh?  Hahahah acceli ni lebih kpd neman si intan la.

Thn dpn aku gi jln TAR lg kalu masih ada nyawa!


Wednesday 24 August 2011

Opis saya kat Putrajaya!

Oh berhenti bermimpi lah deidaa!
Kamu tidak bekerja di Wilayah Persekutuan lagi tp di Kota Bharu, Kelantan.

Geng2 kerani
Tp sempena Nuzul Quran yg mmg cuti di Kelantan maka aku amik la kesempatan ni utk pergi lawat kwn2 lama ku di ofis baru di Putrajaya.
Rindu beb.. seriously!  Walaupun bos aku bkn la aku syg sgt kkekek (makkkk.. ampunkan aiii nokkks!)


Inilah bilik aku.. luas & selesa.. tak sempat aku merasa :-(

Ofis baru terletak di Presint 5, tingkat 28.. jenuh menunggu lif.
Acceli tak siap sepenuhnya lg ofis tu tp BIG2 BOS nak sgt pindah sbb ada yg dah nak bersara maka mereka nak la merasa kerja sana huhu. 

Bilik bos saye.. tp takleh masuk sbb dia kunci maka snap dari luar je lah... besar gila ok!
Cantik bilik aku.. ngadap tasik tp silau la pulak dlm gambar.
Bos aku pun strict.. sape2 nak masuk bilik dia tak buleh pakai kasut.. fuh~
Tp jln2 kat luar tu mmg aku berkaki ayam je.

Gelap pulak sbb tutup lampu.. bdk2 laki takde sbb gi smayang jemaat.. rindu dorg jugak... hihih ehhh?! :P

Punya lah besar tp yg tak bestnya pantry kena share.. dah la tak buleh sumbat meja.
Ok dah ilang rindu sikit walaupun rindu lg hih hih.


Best nya kalau aku tak pindah ofis lagi :-(

Monday 22 August 2011

Takasima

Dengan jayanya aku telah membeli treadmill brand takasima setelah sekian lama aku duk mengidamkannya.
Kat kl aku tak beli la sbb aku kan selalu jogging kat tmn tasik titiwangsa tu.
 Elastic rope tak nampak + massage

Jadi bila dah balik kelantan, 
dah tak ada tempat utk beriadah.
Kalau ada pun jauh dari rumah maka beli lah.


Treadmill.. gelap lak
Mak aku tanya betul ke nak beli & blh byr tiap2 bulan?
Kalau ikutkan mmg senak jgk tp sbb dah nak sgt.. terima la padahnya haha.


Urut kaki
So far baru 3x guna lps tu aku dah datang kl shopping plak.
Berpeluh jugak aku tp tak pe la penat kejap je lps dpt kepuasan bila dah berpeluh hehe.

Bantal urut
 Antara magnetic bicycle & treadmill sebenarnya beskal lebih banyak membakar kalori dari treadmill.
Aku pernah try 15minit beskal, 15min treadmil dgn kelajuan 6.5.  Beskal la lg bnyak bakar hehe.
magnetik beskal (yg basic punya je nih tp tak kesah la)

Order kat takasima Tesco Kota Bharu.
Mula2 dah tak ada promo yg free beskal / urut kaki tu tp mak aku pujuk2 la salesman tu maka dapat lah,
dapat extra lg iaitu bantal urut kekekek.

Treadmill tu best sbb ada MASSAGE, SIT UP BENCH, TWISTER, DUMBEL 3LBS & ELASTIC ROPE.

Terima kasih takasima huhu.

Friday 19 August 2011

I-mobile

Setelah sekian lama hp lama (nokia) aku tu rosak,
maka aku beli lah hp baru.




Keypad QWERTY.
I-mobile.  RM220 jah.
Yang penting basic blh call, sms & alarm.


Tp masalahnya aku terkial2 pulak guna keypad QWERTY.
Aku putus asa, mcm nak trade in dgn keypad biasa2 jah.
Aku tak kesah brand malaysia ke, thailand ke apa ke sekalipun sbb aku tak obses dgn hp huhu.

Sape nak beli?
Tarikh beli 13.08.2011 (sabtu) aheheh.
Tp serious sound i-mobile ni best.. mcm sony gitu!  (aku tak tipu.. bln pose ni weh heheh).

Friday 12 August 2011

Pindah Rumah Lagik!

Setelah 5tahun (2005-2011) aku tinggal di Menara Sri Jati, SEtiawangsa.. akhirnya aku berpindah jua.  (tp tahun 2008 aku berpindah ke rumah lain kerana kes2 terpencil tp aku kembali semula pada 2009)  heee.

 Separuh je masuk gambo... ada lg tepi2 tu.

Brg aku punya lah banyak.
Nasib baik lah ada banyak kotak yg masih belum dipakai di ofis.


 Bilik ku

Aku riki2 harga lori 1tan di MUDAH.MY.
Mcm2 harga.  Ada yg ambil RM1000, RM900, RM850, RM800 & yg paling murah aku dpt ialah RM750.  So aku decide amik yg paling murah la kan?
Tu pun sebenarnya aku tak berapa pasti muat ke tak lori 1tan tu sbb brg banyak huhu.
Tp nasib baik lah aku dpt lori 3tan sbb  kebetulan driver tu nak hantar sofa baru kat umah mertua dia di kelate hehe.


Hari last tu jugak si yana dtg amik mesin basuh aku & puan sikin amik peti dia.
Si mimie amik gas.
Sofa je takde org nak maka aku amik la balik sbb tak kuasa aku baik hati tinggalkan kat osmet aku tu.


 Apartment kesayanganku (walaupun buruk di luar)

Stove pun aku buang ke tong sampah jg sbb aku sakit hati dgn x-osmet aku, walaupun stove tu masih boleh digunakan sebelah.
Dulu2 janji dgn aku nak beli gas aku tp mlm sebelum aku pindah, dia kata “takpe lah kak, sy beli lain”.. padahal aku nak jual kat dia RM30 je.. poyo tak poyo nye x-osmet aku tu.
Kalau beli lain, mahal la sikitkan.. biar, lantok dia lah.


 Selamat tinggal JJ AU2 (JJ AF)

Mak aku pun sakit hati jgk la dgr nya.. ckp mcm keling!
Kalau tak nak.. ckp lah awl2, takde la pening2 aku nak cari org beli.
Maka dgn rasa tak bersalahnya, segala cabinet tempat masak, rak tempat pinggan mangkuk semua.. kami packing2 utk buang. 
Pada asalnya kami nak bg je set pinggan mangkuk / cawan semua.. tp kami kata kalu gitu la peel ex-osmet aku.. baik tak pyh bg apa2 lah senang.  Aku bg x-officemate aku je.
Cuma aku suruh x-osmet yg sorg lg (masalah nak byr sewa) tu amik 2 3bijik pinggan, 1mug & cerek utk dia… kalau dia pindah, aku suruh dia bawak sekali.
Dlm rumah tu aku tinggal 1rak buku besar je sbb kalau bawak balik pun, nak sumbat kat mana?




 Masa tunggu pekerja angkut brg, borak2 dulu dgn Pakcik Jamil (jiran sebelah umah aku) which is masa mula2 duduk situ, aku menyampah kat dia but the end aku tau mmg peel dia gitu hahaha

 Lori gerak dlm 11pg gitu, so aku decide nak blk la terus, tp terlupa yg aku lupa amik teddy bear kat dobi huhu lps tu singgah pulak kat pasar tani setiawangsa, lps tu singgah lunch pulak.. lambat la jd nya.  Lori gerak dulu hhehe.



Tak sangka pulak aku jln jem.. pelik sggh la!
Jem ngalahkan raya.. nasib lah sekejap je.



Aku sampai kampong halaman dkt 8mlm.
Kebtulan ada sedara blk maka dia pun tolong angkat.
Selamat tinggal kuala lumpur, selamat datang kampong huhu.

Wednesday 10 August 2011

Jamuan Perpisahan sobsss!

Lama gila aku perap entry ni, maklumla kat ofis baru blog kena blok.. maka kena la cari alternatif lain utk update blog.
Biarlah blog aku takde berlemon2 pembaca pun, aku nak update gak hihi.


 Tanggal 28/6/2011 (Selasa) yg lalu, diadakan Jamuan Perpisahan + Jamuan befday sekali.
Actually aku mmg tak tahun langsung psl jamuan ni.
Pg tu aku siap gi tapau mee goreng + megi goreng + telur mata + teh ais lg.
Mmg aku kenyang gila la.


 Sekali dlm 11pg tu ada katering datang.. dengsssss... kalau aku tau, aku mkn roti @ kuih jah!
Kena mkn nasik la kaedahnya, takkan tanak mkn.. tak menghormati la pulak namanya!
Kalau ikutkan aku akan lapor diri di pejabat baru pada 4/7/2011 tp mintak tangguh la 2mggu.
Masakkkk nak kemas semua brg!  Dah la barang banyak mcm org dah kawen!
Bos aku ok je aku tangguh beberapa lama.. lg lama lg bagus kot.. ye lah, tak ada P.A yg akan ganti hee!

 Tp aku mmg dah get ready nak bg speech la,
sbb sesiapa yg nak berpisah tu, mmg kena berucap.. aku udah la mmg tak gemor berucap ni segala huhu.

 1.05pm majlis pun bermula.
Aku dah gigil2 dah nak bg speech ni.
Tp sebelum tu, bos aku la berucap dulu.
Dia cite la salah silah aku masuk situ... oh prihatin jugek bos aku nih, even kena mrh tu perkara biasa dah hihih.
 Lps doa, baru aku buat ucapan (bkn kena berucap dulu ke baru doa makan?) :P
Aku bg speech jap jah.. dlm 2 3minit gitu.
Ucap time kasih bnyok2... mintok maap banyak2.
Just selit lawok2 sket aaa.. nasib ada org gelak.. kalu tak.. setahun aku malu haha.
Rasanya sape2 yg nak bertukar opeh, tak ada lg yg ckp camtuh.
Biarlah rahsia apa mende yg aku cakap sesambil perli2 lah jugak kan huhu.



Majlis bg adiah tu, dapatlah 2hadiah.
1dr bos (pasu) & 1 lg dari bahagian aku (handbag merah u.. ailoike!).




Lps tu.. tu lah aktiviti mkn2.. tgk gambo je lah ye? :P

Monday 8 August 2011

Hari Terakhir ku di Pejabat

Sedar tak sedar.. rupa2nya jumaat 8/7/2011 adalah hari terakhir aku di Jabatan Kerajaan Tempatan, Kuala Lumpur.
Aku lapor diri di sana Julai 2007 & hari terakhir aku juga pada julai tp 2011.
Means 4tahun la aku berkhidmat di situ.

Lepak kali terakhir di ALI MAJU
Rasa mcm tak nak tinggalkan dorg pun ada jugak.. ye lah, aku ni bkn la spesis yg senang nak get along dgn org baru.
Kiranya mmg aku dah closed sgt dgn dorg tu even aku antara org terlama kat bahagian tu.
 Cik Fizatot

Mula dgn pagi dulu.
Mula2 nak bergambar dgn akak donut & makcik rambut tu (kami panggil makcik rambut sbb bnyak kali jumpa rambut dlm makanannya huhu).
Tp geng2 lain ajak mara ke Ali Maju maka aku menuju ke situ lah.
 
@ KL Sentral.. nak suap semua kaaa?
Order tosei je sbb ada sorg akak p.a tu dah siap masak utk aku.
Rela tak rela, kena lah mkn sbb dia sanggup masak (aku tau dah bertahun2 dia tak masak).
Bertambah lg lemak aku haha.

 Gadis / ibu pingitan muehehe

So dlm 10.20pg aku mkn nasi lemak + ayam goreng + telur rebus plak.
Sedap tak sedap, mmg aku mkn tp perut still kena simpan sbb sorg lg kwn nak blanja lunch.

By 12.30pm, keluarlah pulak aku ke KL Sentral sbb kwn tu nak blanja mkn plaks segerombolan 5org.
Aku order mee goreng (heavy meal lg argh)... tgk steamboat nya mcm tak menarik je.
Lepak2 jap pastu ronda2 KL Sentral. 

Rombongan cik naja ke kl sentral
Ok lps tu blk ofis.
Dlm 3.45pm tu officemate aku sms tanya aku blk pukul berapa (padahal meja kat dpn tu jah, siap sms bagai) hihi.
Aku ckp mcm biasa la 4.45pm dah nak balik, dia tanya blh tak blk lambat sikit dia nak blanja mkn?
erkkk mkn lagik?  Oleh sbb tak mau lah menghampakan, maka aku setuju
https://mail.google.com/mail/e/gtalk/347
Tergoda dgn selipar2 kiut plak.
Sebelum kuar dgn kwn2 tu, kemas2 la dulu then jumpa bos say goodbye.
Dia ingat next weeknya tu aku last.. mak oii takkan lama gila aku nak tangguh hehe.
So dia bg la 2 3mandat.. ok saye terima
https://mail.google.com/mail/e/gtalk/35C
Punch kad terakhir.. sedihnya!

Melilau punya melilau 5.25pm baru turun.. member tu dah turun awl2 supaya kwn2 lain tak tgk kami turun sama. hahaha kaberline la ye, takot kena gosip :P
(dah mmg slalu keno gosip... apekah apekahhhh?!) https://mail.google.com/mail/e/361
Dia tanya nak mkn KFC @ MCD.. err both aku tak gemar tp aku plh KFC lah huhu.
Dia blanja kat situ.. tq anyway!
Borak punya borak smpai la 6.15pm baru chow.
Pesanan terakhir bla bla bla.. ok berita terima https://mail.google.com/mail/e/B68

Dgn encik skima @ kfc hihih, tq belanja
Maka itulah hari terakhir aku di Pusat Bandar Damansara, nasib aku tak nange