Wednesday, 28 September 2011

Superstar Cruise Libra Time Part 2

Bilik yg aku tumpang, kecik je tp ok lah kan.  Kami 4org.. yg 1bilik lg 5org haha aku takleh imagine cemana dorg tido!
Bila kami dilepaskan naik ke cruise, yg Standing Pax ni mcm blur sbb tak tau ke mana arah tujuan.

Org yg jaga tu bg salam & Tanya which cabin tp sbb dia tgk kami STANDING PAX so dia kata pergi je duk mana2.  Kebetulan pulak yg amik cabin tunjuk kad so aku follow la.. org yg jaga tu kata boleh kalau nak tumpang.  Means mmg tak strict la.. nak tumpang buleh, tak jd masalah.

Cabin kami Deck 3 iaitu di tingkat 3 la.



Oleh sbb kami semua 9org (4amik kabin, 5 standing pax) maka semua menumpang.  Bilik aku 4org.

Bilik sgt kecik (hrp 2org tu tak bengang la aku tumpang dorg hehe).



Usha sikit2 apa yg patut.

Oh ye, sesiapa nak naik cruise, sila lah bawak world adapter ye sbb plug dorg mmg international punya,

Mmg tak boleh sumbat dgn kepala plug kita nih.

So aku suh azra minta.. tu pun blh guna 5jam je.. kalau tak.. kena denda RM25.

Kami tak lepak lama sgt sbb nak kejar gi mkn pulak.

Ye lah, ramai org karang tak ada meja pulak.


 Posing wajib dlm cruise


Ada 2 pilihan samada Chinese cuisine @ International Cuisine so kami decide amik International Cuisine punya.  Rupa2nya ada lah nasik.  Aku piker kalau international mcm mkn steak ke, fries ke, pizza ke, burger ke @ yg seangkatan dgn nya.

Mmg ada lauk pauk semua, kek, buah, udang, ayam, sayur.. mmg makanan melayu la :D

Aku suka gila sbb aku kan mmg suka nasi putih haha.


 Nak berenang tak pandai so amik di tepian je lah!

Kami semua layan mkn.

Nasib baik la perut aku ni bkn boleh isi banyak sgt.

Maka menunggu lah yg lain mkn sampai habis.


 Gym pun ada


Then tak ada buat apa lah, just pusing2 amik angin mlm dlm cruise.

Ada gym, swimming pool segala.  Pastu blk bilik utk mandi!




 Ada lauk yg disorok bawah nasik kekeke kaberline punyee dari korang haha!

Lps mandi & iron baju (depa ckp aku ni gigih sggh la siap bwk iron & bwk baju yg kena iron.. haha sori lah aku mmg tabiat lah.. benda yg akan ku bwk masa travel ialah travel iron & baju2 yg kena iron.  Bkn setakat iron.. segala mak neka aksesori mcm gelang / cincin besar aku tu pun aku bawak tahuuu!)



9.50pm kami turun utk tgk Silap Mata.

Mula2 decide nak gi kedai souvenir tp takut terlanjur masa maka kami decide nak masuk je hall tu.

Ada pulak org offer kami main Bingo.. sori lah aku tak tau langsung apakah itu Bingo.



 Masa masuk tu dah ramai org pulak.. kami dah ke belakang.

Tak syok la sbb kalau blh nak tgk silap mata dpn2 mata baru puas tp nak buat cemana, kalau tahu tak ada lah kami masuk lambat.


Magic show, Ernest from italy.. kelakar okeh!

Slot Silap Mata tu sgt kelakar ok!

Mmg tak puas 45minit tu.. rasa mcm nak suruh sambung lg je.

Audience yg di panggil ke stage pun semua sporting & kelakar.. mostly mmg Chinese la.

Ahli silap mata tu nama Ernest.. dari Italy kauuuu!




Kalau mereka tak bg kami tumpang bilik, maka di sinilah kami akan "merempat" sob sob

Lps slot silap mata habis, kami nak ronda2 cruise je nak tgk apa ada?

Ye la kalau naik cruise tp lepak je dlm bilik.. mcm tak ada maknanya!

Hampir semua Deck kami usha.. Cuma ada beberapa Deck je tak pergi iaitu Cabin Deck.

Masa nak snap gambar dpn kasino tu, aku kena sound.  Dia kata “u’re not allowed to take picture” sbb masa tu aku usha2 kat entrance (bkn nak masuk pun) so aku ckp aa “I’m not going inside.. just from entrance!”  so dia kata ok tu pun dia jaga kat belakang (ada dlm gambo.. nyebok je lah!).


 
Background kasino.. mamat belakang tu la yg sound aku!
Lps tu mcm nak pergi Disco nak tgk la suasana dlm tu kan.

Tp aku tgk memasing swipe kad je so mls la nak masuk, kot la kena byr hehe.



"petunjuk"
Pastu ronda2 je lah, tgk org announce ada karaoke contest, aku suruh kashaz masuk tp dia tak nak.

Aku lg la mmg tak minat langsung hehe.

Pastu takde apa la kot.. tgk jam 11.55pm.. so masing2 mcm dah tak tahu nak buat aktiviti apa.




 Awek2 dlm lif

 Masa nak masuk bilik, baru teringat tak snap lagi gambar bilik2 kat cruise so tangkap la sbg bukti hehe.
Pastu blk tido.  Aku tido kat bwh la kan, nama lg menumpang hihi.

Nasib baik aku bawak selimut (buah nasib baik aku tu sentiasa ada la.. dats why beg aku je yg berat sokmo2nya haha).  Mintak blanket dgn room service, dia kata dah ada extra blanket.. takpe lah kashaz guna tu.. aku guna aku punya.. aku lapik shawl je (nasib baik bwk hahaha buah NASIB BAIK lg) :P



Saje nak tunjuk bilik2 yg banyak nya kat belakang tu.
Maka tido la kroh2 dgn jayanya.. ekon sejuk gilas!

Selamat mlm semua!

4 comments:

amirah said...

eee....syoknyaa..teringin jugak nak naik

Kehelan said...

berapa harga eh?

IxoR@ said...

syokkk...

dulu masa aku gi, tak sempat tgk silap mata... ntah ke mana aku merayap atas kapal tu....

cik kodok said...

amirah- perlu try sekali seumur hidup ;)

Kay- nnti baca entry CRUISE- HARI TERAKHIR publish 3/10/2012 utk tgk price ye hehe.

nana- biasa la kalau dah naik cruise.. kita musti curious nak tgk apa yg ada dlm tu kan ekkeek.