Friday, 21 October 2011

Meng'neuter'kan Koket

Sudah sampai masanya untuk neuter si Koket.
Umurnya belum sampai 1tahun tapi kucing boleh heat bermula pada umur 7bulan.
Aku tak mahu dia kencing merata & tak mahu membuntingkan kucing lain tapi tidak memberi tanggungjawab kepada anak-anaknya.
Jadilah tuan yang bertanggungjawab hehe.

 Usha dulu nak masuk ke taknak masuk

Tapi punyalah susah nak cari vet kat Kelantan ni.
Tak banyak pilihan seperti di Kuala Lumpur.
Penat aku cari kat google tp hasilnya tak banyak sangat.

Hospital Veterinar di Tunjung, Kota Bharu.. sape suruh tutup awal2 walau aku dah booking?  Hurm!
Maka terpaksalah try & error cari.
Ada berdekatan dgn pejabat tapi mahal!
Nasib lah kat google ada cakapa ada vet di Tunjung maka cari lah.

Koket penakut buekkk!
Kat sini banyak jugak kucing yang sakit untuk dirawat

Tuan punya hospital tu ialah Dr. Che Azila.. sangatlah baik hati.
Dr. ni terkejut sebab kucing aku "badan besar" tapi belum neuter.. ala biasala kuat makan,
aku nak angkat pun tak larat huhu.
Lps tu siap suruh aku masuk cat competition lg tapi aku tak yakinla.. kucing kampung je tu (tipikal nya pikiran aku!)

Aku boarding dulu 1malam sbb aku tak boleh hantar siang sebab kerja.
Besoknya baru ambil.
Neuter RM60 je.. pg neuter, petangnya dah boleh lompat sbb jantan.
Kalau betina kena bawak bertenang dulu kalau nak lompat hehe.

Kitten ni patah kaki sebab kena langgar.. kesian sangat aku tengok :(

Kat Hospital Veterinar tu boleh boarding.
RM12 kot sehari.

Ok lah saya tak perlu risau lagi kalau Koket ada masalah kesihatan lps ni,
sebab Hospital Veterinar tu dekat je dgn rumah aku hee!

4 comments:

IxoR@ said...

aku mmg tak de talent bela kucing...

huhuhu...

tapi suka tengOk kucing yg kengkawan bela... gebus gebus....

cik kodok said...

kenapa takde talent plak?
bela kucing tak perlu talent.

Aku tak perlu kucing gebu.. banyak masalah.. selalu sakit hehe.

ikan mas said...

Salam Sejahtera. Puji-pujian hanya untuk Allah. Syukur, terima kasih kita sebab ada jugak vet di Kelantan yang sudi bertugas walaupun tak makan gaji.

Anonymous said...

Klinik tu ttup pkul brapa??