Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Friday, 4 November 2011

Jamuan Raya Pejabat - Delay Entry

Haaaa lama gila aku delay entry ni.

Berapa haribulan memang tak ingat dah haha.
Tapi di adakan di Makmal Kesihatan Perol, Peringat.

 Aku sorg je anak dara.. ada aku kesah?  haha
Baju raya itu dijahit oleh ibu whooz fauzi.

 Bos pakai baju hijau di meja VIP nun!

Buat hari Khamis pukul 12.30tghari maka selepas jamuan tu,
aku terus balik la.
Maklumla kat Kelantan, jabatan kerajaan persekutuan pulang pukul 3petang bagi yang masuk 7.30pagi.
(Pejabat Kerajaan Negeri lagilah lagi awal pulang.. aku dengki!  haha)

Akak P.A yg banyak tolong aku hehe
Aku pergi dgn kakak P.A aku ni.. dia tumpang aku sebab kereta dia kena blok.
Oleh sebab aku baru je sebulan kerja di pejabat tu,
maka aku takde lah kawan lagi huhu.

Makan banyak jugak tapi aku tak larat la nak sumbat semua.
Antara menunya:  nasi dagang kelate, nasi dagang teganu, mee sup, kuih raya, ketupat, laksa, puding & sangat banyak aku pun dah lupa haha.

Sekian entry poyo.

Wednesday, 24 August 2011

Opis saya kat Putrajaya!

Oh berhenti bermimpi lah deidaa!
Kamu tidak bekerja di Wilayah Persekutuan lagi tp di Kota Bharu, Kelantan.

Geng2 kerani
Tp sempena Nuzul Quran yg mmg cuti di Kelantan maka aku amik la kesempatan ni utk pergi lawat kwn2 lama ku di ofis baru di Putrajaya.
Rindu beb.. seriously!  Walaupun bos aku bkn la aku syg sgt kkekek (makkkk.. ampunkan aiii nokkks!)


Inilah bilik aku.. luas & selesa.. tak sempat aku merasa :-(

Ofis baru terletak di Presint 5, tingkat 28.. jenuh menunggu lif.
Acceli tak siap sepenuhnya lg ofis tu tp BIG2 BOS nak sgt pindah sbb ada yg dah nak bersara maka mereka nak la merasa kerja sana huhu. 

Bilik bos saye.. tp takleh masuk sbb dia kunci maka snap dari luar je lah... besar gila ok!
Cantik bilik aku.. ngadap tasik tp silau la pulak dlm gambar.
Bos aku pun strict.. sape2 nak masuk bilik dia tak buleh pakai kasut.. fuh~
Tp jln2 kat luar tu mmg aku berkaki ayam je.

Gelap pulak sbb tutup lampu.. bdk2 laki takde sbb gi smayang jemaat.. rindu dorg jugak... hihih ehhh?! :P

Punya lah besar tp yg tak bestnya pantry kena share.. dah la tak buleh sumbat meja.
Ok dah ilang rindu sikit walaupun rindu lg hih hih.


Best nya kalau aku tak pindah ofis lagi :-(

Wednesday, 10 August 2011

Jamuan Perpisahan sobsss!

Lama gila aku perap entry ni, maklumla kat ofis baru blog kena blok.. maka kena la cari alternatif lain utk update blog.
Biarlah blog aku takde berlemon2 pembaca pun, aku nak update gak hihi.


 Tanggal 28/6/2011 (Selasa) yg lalu, diadakan Jamuan Perpisahan + Jamuan befday sekali.
Actually aku mmg tak tahun langsung psl jamuan ni.
Pg tu aku siap gi tapau mee goreng + megi goreng + telur mata + teh ais lg.
Mmg aku kenyang gila la.


 Sekali dlm 11pg tu ada katering datang.. dengsssss... kalau aku tau, aku mkn roti @ kuih jah!
Kena mkn nasik la kaedahnya, takkan tanak mkn.. tak menghormati la pulak namanya!
Kalau ikutkan aku akan lapor diri di pejabat baru pada 4/7/2011 tp mintak tangguh la 2mggu.
Masakkkk nak kemas semua brg!  Dah la barang banyak mcm org dah kawen!
Bos aku ok je aku tangguh beberapa lama.. lg lama lg bagus kot.. ye lah, tak ada P.A yg akan ganti hee!

 Tp aku mmg dah get ready nak bg speech la,
sbb sesiapa yg nak berpisah tu, mmg kena berucap.. aku udah la mmg tak gemor berucap ni segala huhu.

 1.05pm majlis pun bermula.
Aku dah gigil2 dah nak bg speech ni.
Tp sebelum tu, bos aku la berucap dulu.
Dia cite la salah silah aku masuk situ... oh prihatin jugek bos aku nih, even kena mrh tu perkara biasa dah hihih.
 Lps doa, baru aku buat ucapan (bkn kena berucap dulu ke baru doa makan?) :P
Aku bg speech jap jah.. dlm 2 3minit gitu.
Ucap time kasih bnyok2... mintok maap banyak2.
Just selit lawok2 sket aaa.. nasib ada org gelak.. kalu tak.. setahun aku malu haha.
Rasanya sape2 yg nak bertukar opeh, tak ada lg yg ckp camtuh.
Biarlah rahsia apa mende yg aku cakap sesambil perli2 lah jugak kan huhu.



Majlis bg adiah tu, dapatlah 2hadiah.
1dr bos (pasu) & 1 lg dari bahagian aku (handbag merah u.. ailoike!).




Lps tu.. tu lah aktiviti mkn2.. tgk gambo je lah ye? :P

Monday, 8 August 2011

Hari Terakhir ku di Pejabat

Sedar tak sedar.. rupa2nya jumaat 8/7/2011 adalah hari terakhir aku di Jabatan Kerajaan Tempatan, Kuala Lumpur.
Aku lapor diri di sana Julai 2007 & hari terakhir aku juga pada julai tp 2011.
Means 4tahun la aku berkhidmat di situ.

Lepak kali terakhir di ALI MAJU
Rasa mcm tak nak tinggalkan dorg pun ada jugak.. ye lah, aku ni bkn la spesis yg senang nak get along dgn org baru.
Kiranya mmg aku dah closed sgt dgn dorg tu even aku antara org terlama kat bahagian tu.
 Cik Fizatot

Mula dgn pagi dulu.
Mula2 nak bergambar dgn akak donut & makcik rambut tu (kami panggil makcik rambut sbb bnyak kali jumpa rambut dlm makanannya huhu).
Tp geng2 lain ajak mara ke Ali Maju maka aku menuju ke situ lah.
 
@ KL Sentral.. nak suap semua kaaa?
Order tosei je sbb ada sorg akak p.a tu dah siap masak utk aku.
Rela tak rela, kena lah mkn sbb dia sanggup masak (aku tau dah bertahun2 dia tak masak).
Bertambah lg lemak aku haha.

 Gadis / ibu pingitan muehehe

So dlm 10.20pg aku mkn nasi lemak + ayam goreng + telur rebus plak.
Sedap tak sedap, mmg aku mkn tp perut still kena simpan sbb sorg lg kwn nak blanja lunch.

By 12.30pm, keluarlah pulak aku ke KL Sentral sbb kwn tu nak blanja mkn plaks segerombolan 5org.
Aku order mee goreng (heavy meal lg argh)... tgk steamboat nya mcm tak menarik je.
Lepak2 jap pastu ronda2 KL Sentral. 

Rombongan cik naja ke kl sentral
Ok lps tu blk ofis.
Dlm 3.45pm tu officemate aku sms tanya aku blk pukul berapa (padahal meja kat dpn tu jah, siap sms bagai) hihi.
Aku ckp mcm biasa la 4.45pm dah nak balik, dia tanya blh tak blk lambat sikit dia nak blanja mkn?
erkkk mkn lagik?  Oleh sbb tak mau lah menghampakan, maka aku setuju
https://mail.google.com/mail/e/gtalk/347
Tergoda dgn selipar2 kiut plak.
Sebelum kuar dgn kwn2 tu, kemas2 la dulu then jumpa bos say goodbye.
Dia ingat next weeknya tu aku last.. mak oii takkan lama gila aku nak tangguh hehe.
So dia bg la 2 3mandat.. ok saye terima
https://mail.google.com/mail/e/gtalk/35C
Punch kad terakhir.. sedihnya!

Melilau punya melilau 5.25pm baru turun.. member tu dah turun awl2 supaya kwn2 lain tak tgk kami turun sama. hahaha kaberline la ye, takot kena gosip :P
(dah mmg slalu keno gosip... apekah apekahhhh?!) https://mail.google.com/mail/e/361
Dia tanya nak mkn KFC @ MCD.. err both aku tak gemar tp aku plh KFC lah huhu.
Dia blanja kat situ.. tq anyway!
Borak punya borak smpai la 6.15pm baru chow.
Pesanan terakhir bla bla bla.. ok berita terima https://mail.google.com/mail/e/B68

Dgn encik skima @ kfc hihih, tq belanja
Maka itulah hari terakhir aku di Pusat Bandar Damansara, nasib aku tak nange

Thursday, 7 July 2011

Ahad itu hari kerja~

Aku dapat surat pertukaran maka secara rasminya aku akan jd warga Kementerian Kesihatan lah pula!
Tidak sangka pula dpt tukar secepat ni & kalau blh tak nak tukar langsung tp DEMI IBU,
KU TUKAR JUA (ku tinggalkan KL SYURGA DUNIA ni buat sementara waktu).


22/6/2011 (selasa) gi amik surat tu di JPA sendiri & kena lapor di Kem. Kesihatan Putrajaya pada 4/7/2011 (Isnin) dulu utk ambil surat penempatan.
Aku ingat dapat lah kat Hospital sbb dari dulu2 lagi aku nak sangat kerja di Hospital tp masih di pejabat rupanya.

Ya2 je blur kan... padahal kat FB aku dah canang2 dpt kat mana :P

Pejabat baru pun dekat dgn rumah.
Dalam 25km pergi balik (kalau ikut pokcik gugel maps la!).
Tapi aku dah minta tangguh sehingga 17/7/2011 (Ahad).
Maka tidak tahu lah lagi di mana pulak di bahagian mana.

Sangat tak seronok nya bekerja pada hari Ahad!

Wednesday, 6 July 2011

60 Minit 'tajam'

Tepat 60 minit larian dlm 7km.
Tak best langsung catatan masa ni.
Aku telah menjoinkan diri utk NTV7 Feel Good Run 7km bertempat di Sri Pentas, Bandar Sri Utama a.k.a TV3 pada 3/7/2011 (Ahad).

1st time dpt tshirt kain jersey.. baru besh!
Lama aku fikir samada nak join samada 3km (run with celebrities) @ 7km.
Bg aku 3km tu pendek sgt sbb biasa aku join 5km (gila berlagak... nak berlagak, join marathon 42km je la kan kakakaka).
Nak join 7km aku rasa mcm takut tak mampu pulak padahal kalu jogging 3round route luar tmn titiwangsa tu pun dah 8.1km.
Sudahnya aku join 7km jg sbb aku taknak lari dgn celebrities haha.

LUMBA LARI BOLEH TAPI LARI DARI RUMAH TAK BOLEH! :p
(AYAT DI KERTAS ITU) 
Aku racun officemate aku which is dorg bkn nya kaki join lumba larik.
So 5org register termasuk aku tp yg pergi hanya 4org (2join 7km & 2join 3km laki bini tu).


Aktiviti tak sehat semasa lomba lari- snap gamba

Ajak kwn2 yg slalu join lumba.. dorg tak nak kaedahnya.. sbb dgn artis kot haha.
Alah aku bkn nya nak jumpa retis.. aku nak larik je sbb tak pernah lg larik di damansara.
(eh ada la juga niat nak jumpa sorg artis ni tp tak nampak sbb aku lambat sob sob).

Sorg amoi ni offer snap gambar kami kekeke sian dia pulak!
Aku pasrah je join 7km ni sbb since dpt tau aku blh tukar keje ke kota bharu, asyik mkn pree je la aku.. takkan nak tolak kan?
Aku bab2 mkn mmg suka haha.
Sudah la mmg tiada exercise langsung + tidur pun tak cukup sbb sibuk duk packing brg.
Tp demi larian, ku sanggup!

Hujan still (gudibeg dlm tu ada losyen, shower gel, gegula, magz, perfume laki.)

Sudahla lambat sampai sbb parking punya lah jauh.. seriyus jauh!
Kalau aku tahu aku parking di Jusco Bandar Utama tu je.
Imagine la aku & fiza adalah peserta 7km paling last memulakan larian.
Aku berlari dr car park lg.. rasanya lebih 10km aku lari pergi balik haritu haha.
Siap kena perli kat polis yg jg tu kata "beribu dah lari.. kamu baru kat sini?"
Kahkahkah whut to do.. join dgn org yg tak selalu join, mmg la camtu!

Cari di mana NATIRI avatar.
Polis & banduan pun ada.. apa2pun dorg mmg kelakar,
siap berlakon tembak menembak lg.. jd perhatian hihi

Tu pun dorg siap suh aku rilek2 lagi.. no way lah,
aku kan slalu join lumba larik.. start mmg sharp la!
Nak taknak kena la jln together sbb dorg tumpang aku.

Batman obes erkkk heheh
Start lari, tak pandang kiri kanan dah.
Tp mcm biasa la awl2 lg dah lari, mmg semput gila la.

Fell Not Good sbb lambat
Mmg banyak jln je sebenarnya.
Sbb aku rasa betis aku rasa mcm nak terbakar so jln banyak, 
lari nya sikit haha.

The sponsors
Nampak seelan paul jah jadi 'pompom man'.. sebelahnya tu aku tak tau,
tak kenal lah selebriti tv7 nih.

Laki bini lomba larik
Mmg ramai gila tp akhirnya aku tidak lah menjadi org terakhir menamatkan larian sbb aku tekad, sakit pun sakit lah.. lari ttp lari.
2km terakhir tu mmg aku lari non stop kaedahnya,
meninggalkan fiza kat belakang.
(beriya lari, mcm la bertanding kan?)
Hantu galah
Dats why lah aku suka lari sorg2 sb kalau lari dgn kwn2,
nak borak lah, gosip lah, bergurau senduk lah, snap gambor lah,
ada2 je la yg melambatkan larian.
2km terakhir tu tak terganggung dgn anasir2 merepek :P
Eskrem perasa cempedak... kwn aku besh "ish tak nak lah eskrem tu tak best langsung".. sudahnya dia yg amik 2batang perasa durian & jagung  kekekeke
By the time smpai finishing line 8.40am (jam aku mmg cpt, hrp maklum) tu.. ujan selebat2nya... nasib baik la kan.
Berteduh kat building apa nama tak tahu, dlm 15minit jugak lps tu main redah jah.

Jusco bandar utama

Semua org dpt medal & aku tak suka lah sgt sbb nothing to challenge!
Semua org pemenang!

Lepak2 jap cari makanan... ada karnival apa tak tahu tp aku tak berminat pun nak tgk.
Sempat tgk sorg bdk autisme tu nyanyi je lps tu chow.
The Medals.. comel kan?
Lps ronda2 semua yg mcm tak berapa best tu,
kami balik je lah.. kena menapak lagi ke parking yg sgt jauh tu,
ajak dorg brekpes.. taknak pulok.. so terus hantar dorg kat office je lah.
Thn dpn insyaAllah join lg walaupun aku sudah menetap di Kelantan time tu.
(ku cintai larian.. kat kelate takde lah larian2 ni.. chesss.. i luv KL more!)

Wednesday, 27 April 2011

'Saya pakai baju cantik2 je!'

Adalah sorg makhluk ni tgk gambar aku pergi kursus haritu lps tu dia ckp-
"eh awak pakai baju ofis biasa je?  Kalau saya pergi kursus, SAYA PAKAI BAJU CANTIK2 JERRRRR!"

Dia tak ingat ke dia pernah pergi kursus dgn aku?
Baju cantik apenya.. serabai gila!
Aku tak kisah org nak ckp baju aku biasa (mmg le.. aku bkn pakai baju see thru pun.. tu baru blh dikira luar biasa hehe)

Kalau dia kenakan org blh tp org kenakan dia.. BANYAKKKK PUNYA SENTAPAN!
Ckp pun dia je lah nak menang.
Bahagian kami mmg tak tenteram selagi dia masih ada kat sini.

Dpn kita manis, belakang.. pergh.. org yg tak kacau dia pun, dia fitnah & tuduh melulu selamba kodok dia je.. sian kwn aku jd mangsa fitnah dia.. sampai menangis2 (dgn aku2 sekali nangeh!).

Setiap kata yg keluar dari mulut dia & perbuatan dia mmg sgt menyakitkan hati kami semua.  Ckp je apa?  PERFECT la!

Pernah kami keluar beramai2 jauh dari ofis tghari jumaat tu, buat sesi luahan hati (tanpa dia la), sbb dgn semua org dia cari pasal termasuk yg tak kacau dia pun.
Berat sgt bebanan kepala otak / hati kami selagi dia masih di sini.. tolonglah.. kami tak suka! :-(

Seumur hidup aku tak pernah la jumpa manusia mcm nih!
KAMI SENGSARA JIWA! 
Dia tahu kami tak suka dgn perangai dia, tp dia kata tak kesah!


(seorang bekas "ustazah".. tak boleh la mcm ni.. ikut la landasan hidup yg betul & 
dia mmg ada ciri2 MENTAL ILLNESS.. elok lah jumpa psychiatrist ) =(