Monday, 21 November 2011

Beijing? Ada Lg Rupanya!

Hahhhh rupa-rupanya aku tak habis lagi cerita pasal travelog ke Beijing haha.
8bulan sudah berlalu, baru aku perasan.. kenapalah dengan aku ni ye?
(errr macam lah ada orang nak baca pun kalau aku beriya buat entry sampai habis hehehhh!).
Tapi sila mual sebab entry ni panjang (sekali harung).


Ok, lepas pergi Muslim Food Market di Tianjin tu, terus gerak ke Tianjin Airport.

Flight pukul 3.50petang tapi kami sampai awal, dalam 1.15tengahari.

Lepas angkut bagasi yang entah ada berapa puluh beg semua tu, ingatkan nak peluk-peluk dgn May yang tak mandi tu tapi dia terus lesap mcm tu je.  Adoi apa pesen guide pun aku tak tahu.

Nak say goodbye & say thanks but no thanks pun tak sempat.

Erm tak apa lah, terus pergi check in, nasib baik masa tu tak ramai lagi orang jadi tak perlu queue panjang.

Aku risau juga takut terlebih luggage.

Tapi nasib baik lah aku beli 30kg untuk aku & 25kg untuk mak aku.

Tapi kira campur la dua-dua berat jadi lah 45Kg.. tu pun dah banyak kali aku beli tapi tak masuk system.. rugi duit aku.. demsss AA!

Lepas selesai check in, ahli-ahli lain pergi solat.

Nasib baik lah aku bawa lagi cebok (bekas aiskrim), senang sikit aku nak mengucilkan diri kat airport tu.

Mereka semua solat di salah 1sudut di airport tu hehe selamba!



 Tak lama kemudia ramai juga jumpa orang Malaysia tapi sesungguhnya aku boleh cakap.. “mereka sangat sombong”.  Aku tak tahu kenapa ek kalau orang Malaysia sesama org Malaysia yang jadi tourist adalah sangat SOMBONG?  Motif?  Kau boleh jalan-jalan ke luar Negara, aku pun boleh.. jadi apa masalahnya?  Keluar duit ke kalau senyum?  Aku pandang juga untuk senyum-senyum tapi mereka tak mahu.  Yang senyum ialah tourist dari Negara lain.  Erm “terima kasihlah”  org Malaysia yg bodoh sombong!


Masa nak scan hand luggage tu punyala strict!

Beg aku ada netbook.  Dorg tunjuk2 beg aku?

Aku angguk sebab aku ingat dia Tanya itu beg aku ke tak!

Dia geleng2 kepala lepas tu tunjuk2 lagi kat beg aku.

Aku dah confuse… aku masih tak lepas2 lagi sedangkan kawan2 lain yg queue lagi panjang kat gate sebelah pun dah lepas.  Aku cakap “English please!”  dia sengih2 & tunjuk lagi beg aku lps tu dia angkat beg aku & hempas.. hoihhhhh apa masalah nih?  Aku dah geram dah nih.

Pastu dia cakap COMPUTER?  COMPUTER? 

Aku “haaa?  You mean laptop?”

Dia cakap “computer?  Bag?”  Oh sangat ayam itik.

Lps tu aku Tanya “open my bag?” sambil isyarat tangan mcm bukak beg.. baru dia angguk!

Aku jerit “just said OPEN YOUR BAG.. WHATS YOUR PROBLEM?  IT’S JUST A SIMPLE ENGLISH!”  hah kena marah kat aku pulak.. padan muka dia kekeke.

Ingatkan kena scan sekali je dah lepas, sekaliiiii… beg aku kena scan 2x.. sgt suck lah aku rasa!



Bila lepas, kawan2 lain dah siap lepak2 & masuk shopping dah.

Aku apa lagi, duit banyak lagi lebih.. aku ajak mak masuk dalam.

Beli teddy bear panda, padahal aku tahu kalau beli kat airport tu mahal tapi aku tak kesah sebab duit banyak lebih lagi hahaha sungguh membazir!




Kalau beli panda 80yuan above, dapat hadia teddy bear kecil.

So lepas bayar aku minta la kat kaunter tu mana hadiah aku.

Amoi tu geleng kepala je.  Aku cakap FREE, dia cakap ENGLISH NO & terus dia tak layan aku.

Bengang ah.. lepas bayar, aku masuk balik & minta panda free tu, baru lah dapat.

Nasib baik dapat!

Sepatutnya airport staff pun patut tahu simple English isk~

Aku nak beli perfume pun terbantut walau perfume kat sana kira murah la jugak.





Mak aku beli biskut, lepas dia bayar tu aku cakap tak yakin pun dengan biskut tu.

Tak tahu apa ramuannya, semua tulisan cina.. karang ada ramuan-ramuan yg harommm hahah.

Lps tu mak aku cakap dia letak je lah biskut tu haha.



Sambil-sambil nak naik plane tu, aku beli lah air.

Makkkkk aiiii air kopi dalam botol tu 20yuan koooo!

En. Othman group aku tu cakap aku ni fefeeling duk starbuck je hahahah tak apa lah, hari terakhir di Beijing, kenalah fefeeling kaya haha.

Lepas tu naik lah plane.

Oh menyesalnya beli seat no. 14 sebab tak ada tingkap.

Lain kali aku tak mahu dah beli seat no. 14.. lemas!



Uncle cina duduk sebelah mak aku.

Banyak lah ceritanya, macam dah lama kenal je haha.

Dia ada business lain kat Tianjin tu & selalu pergi Hong Kong juga.

Dia pun pernah ada kilang kat Kelantan.

Dressing macam biasa lah, kelihatan cikai saje.. tak menunjuk.

Dia ajar mak aku macamana nak jaga kesihatan lutut sebab mak aku selalu sakit lutut heheh.

Tua dah rasanya 70++ umur pakcik tu.



Tak lama kemudian, dapatlah makanan.

Alamak tak sedap pula tapi sebab lapar, makan lah juga.

Aku tak berapa boleh tidur jadi dengan sibuknya,

Aku & mak sibuk buat lists apa yang dah dibeli kat sana.

Gigih senaraikan satu persatu.
 

9.50malam sampai lah LCCT.
Lama gila beg kami sampai.
Lepas tu sempat beli perfume kat airport hehe!

Lepas imigresen tu, pegawai imigresen tu Tanya aku ada beli kain untuk jual ke?
Aku cakap tak ada pun.. terus dia bagi lepas tak payah scan semua.
Ooooo senang nya kerja pegawai imigresen ek?
Tak ketat langsung kawalan.. erm!
Lepas tu terus ambil prepaid taxi bali ke setiawangsa RM80++.

Selamat tinggal Beijing!
Tak pasti lah aku akan pergi lagi atau tidak!

6 comments:

dayangbest said...

Setuju

I slalu tegur2 org mesian kalau terjumpa
Siap tny "melayu ke?"

Slalu dpt jelingan jek
Sabar je laaa

Kalau x i dah offer mkn free ok

Btw nice blog,

kemang said...

kak, kalo gi late december, sejuk sgt2 x? dap errrrr gi beijing.. nak gi xian tros...huhu

OrgLainYgBuat said...

saye rase yg kerex2 tu kalau tourist dari msia yg gi jln oversea je kot..

kalau student msia kat oversea biasa ok..senyum2 je semua..
mcm kat tempat saye ni, semua baik belaka. hehehe

btw saye mmg ade plan nk gi beijing nih..pas bace entry akk jadik berkobar2 dah ni ha..

Senang Travel said...

selalu teringat nak ke beijing sana. apakan daya, belum masa sesuai. hasan, glasgow

chomelista homestay said...

dayangbest- haha sama nasib kita.
Apala penyebab sombong ye?
1grup kat epot tianjin tu.. Huiii sombong gila.
Kalu muda2 lg takpe gak.

Kemang- disember winter deknoon!
Harusla sejuk. Ski center pun dah buka.
Waaa behnya nak gi xian.

chomelista homestay said...

Orglainygbuat- ala kami pun tourist gak masa gi beijing.. Takde bezanya. Huhuhu.
Kalu student sombong.. Siap korang keke.
Ooo nak gi beijing ek.. Gi spring / autumn cun sikit.

Jomtravel- beijing common sgt dgn org malaysia.
Gi tempat lain dulu lah heheh