Ye rumah saya sudah banjir minggu lepas.
Hari pertama sampai buku lali je,
Hari kedua paras lutut, terpaksa lah parkir BF aku tu di luar pagar.
Mami aku marah, suruh parking dalam pagar (sebelah rumah makcik aku),
Katanya tinggi sikit kat situ.
Hari pertama banjir, kat tengah-tengah tu paras buku lali.
Masa ni keluar segala cacing kerawit & tak kerawit segala.. yek!
Budak bulu tengah skodeng mak aku kunci gate.. takut la tu hihi.
Sudah katanya SAMPAI PARAS LUTUT, nak masuk kereta kat dalam pagar apanya?
Dah tentu-tentu lah air masuk dalam kereta!
Masih skodeng.. entah apa yg dia takut, aku pun tak tahu
Hari ketiga surut sikit paras betis.
Tu pun mak aku suruh parkir kereta dalam pagar.
Dia siap marah aku katanya aku tak sayang kereta.
Bila aku suruh “acu cuba try test” masuk dalam banjir, katanya aku menjawab.
Dia kata aku degil.
Aku kata ok lah, kalau aku balik kerja nanti masih banjir, aku parkir dalam, apa-apa hal kalau kereta rosak, dia bayar.. aku taknak bayar apa-apa huhu.
Masalahnya kat pagar aku tu, bila dah masuk dalam pagar, tanahnya turun ke bawah.. just like macam menjunam.. mahunya tak takut aku kereta tenggelam enjin dulu? Huhu.
Takut memang takut sebab jiran sebelah tu kehilangan kereta kerana parkir di luar pagar.
Hari kedua banjir, sudah mencapai paras lutut (sikit lagi nak kena tempat aku cedera, ades!)
Risau parkir BF kat luar tu!
Saya tidak suka banjir. Nampak segala cacing gemuk, cacing hitam, cacing kerawit.
Aku menjerit-jerit bila nampak.. yek!
Kucing aku pun makan makin banyak lah sebab tiada aktiviti “memburu katak / belalang” keke.
Budak bulu menskodeng pasir popo nya yang sudah lesap hehe
Kat bangsal belakang rumah tu pula ada seekor kucing pendatang.
Hari kedua banjir baru aku tau ada kucing, maka turunlah aku redah banjir bagi makan.
Kita pun lapar kalau tak makan sehari, inikan pula kucing 2hari tak makan.
Pendatang ni penakut, asyik nak marah, mungkin ada pengalaman kena pukul kat orang ke kan tapi aku tapi aku tak kisahlah.. asal bagi budak tu makan.
Belakang rumah lagi dalam banjirnya. Nasib tak luruh segala cili padi tu.
Banjir 3hari sahaja.. alhamdulillah.
Tapi di hulu-hulu tu banjir makin teruk.
Semoga tempat aku tak banjir, malas aaiiii nok nak meredah kotor!
Tapi di hulu-hulu tu banjir makin teruk.
Semoga tempat aku tak banjir, malas aaiiii nok nak meredah kotor!
Belah dapur pulak.. tempayan yang berat tu pun buleh berganjak.
Tapi kereta mami ku masih selamat di situ.
Tanah rumah aku tak stabil.. ada tinggi, ada rendah huhu
nota kaki- opismet aku lagi best... dia cerita banjir rumah dia paras lutut & dia kata patut pejabat bagi cuti sebab banjir padahal dia kata boleh aje redah.
Oh kelakar gila. Rumah aku paras lutut jugak.. parkir kat luar juga, redah je lah.
1 comment:
tu dia dah banjir? hmm..
Post a Comment