17.09.2011 (Sabtu)
Selepas keluar dari cruise, budak budak bilik kami decide nak check in kat Broadway Hotel yg terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kalau jalan kaki 20minit tp kami tak kuasa sebab bawa beban berat (beg aku 9kg) hahaha padahal kat India haritu boleh je angkut berbelas2 kg jln kaki (tp tu musim sejuk.. yg aku cerita sekarang ni tgh terik matahari, panas lah!).
Maka naik BAS CAT (bas percuma), punya lah jauh pusing.
Sudahlah aku tak ada idea kat mana hotel tu haha, mujur nampak dari tepi jalan.
Ok lah hotel ni. RM70/nite utk double. Maka RM35 lah seorang.
Sampai dalam pukul 12tghari lebih & kami decide keluar selepas zuhur lah.
Sesambil tunggu zuhur, maka aku tidur la apa lagi :P
Selepas zuhur masing masing dah lapar & nak cari kedai tapi kedai makan tak ada la pulak di kawasan berdekatan maka decide pergi ke jetty terus.
Makan je kat satu-satunya café yg ada kat situ (kafe yg kami simpan beg rm2/hari tu).
Tak sedap tapi sbb lapar, bedal aje lah.
Sambil sambil tu aku beli terus jeruk yang dijual di kaki lima tu.
Beli terus sebab esoknya aku tak sempat nak pergi Chowrasta sebab bas aku pukul 10pagi di Butterworth. Tak boleh nak jangka feri datang pukul berapa.
Beli RM15 je sebab aku malas nak angkut sepanjang hari, berat la!
2.30ptg Mijot & Nani sampai dari Hope Cruise tu (cruise yg ada jual buku2 english tp aku tak pergi sebab tak minat).
Cukup 6org maka kami menuju ke Toy Museum.
Kami dah pesan awal-awal kat driver tu supaya stop kalau sampai.
Dia cakap kalau nampak Hotel apa ntah, tekan lah loceng… kot2 dia lupa.
Bila sampai kat Toy Museum, org ramai.. ye lah public holiday kan?
Tiket masuk utk Malaysian RM10 sahaja, siap kena tunjuk I/C tp untuk foreigner berapa puluh ringgit aku tak ingat.
Maka masuklah kami.
Kelucahan pulak toys ni... kecil je sebenarnya & terperuk kat tepi cermin tp aku ternampak maka aku snap la gambar, tp ye lah takde lah nampak sgt apa yg toys ni buat haha parah!
Walaupun aku ala-ala kasar, tp aku suka segala toys / plushies ni.
Aku cam “waaaa kagumnya, kalau lah aku boleh kumpul semua-semua ni ok jugak tp harus kena libas kat mak aku ni” hihi.
Kalau boleh nak tangkap semua toys tu tp tak larat lah, ingat dalam memori otak je sudah lah.
Inilah bilik Broadway Hotel. RM70/bilik.
Share 2org ok lah.. nak tidur je kan?
Lama jugak aku dalam tu, siap boleh berpecah2 pulak dgn kwn2 lain.
Maka banyak lah gambar sorg2 (mcm gi bercuti sorg2 pulak) keke.
Si mijot awal-awal lg sudah keluar. Tak pasti lah samada dia tak minat @ kurang sihat.
Cuma sebelum percutian lg katanya tak ada apa kat Toy Museum.
Dalam tu kalau kanak-kanak tu mmg teruja la, rasa mcm duk dalam tadika pun ye jgk, terjerit terlolong, rasa mcm nak terajang je.. tau lah teruja, tak payah la jerit-jerit serupa org pekak.. geram aku.
Hehe aku bkn tak suka budak Cuma aku rasa hilang konsentrasi.
Pukul 5lebih tu kami naik bas menuju ke Batu Feringghi.
Mmg awal lagi sbb Pasar Malam Batu Ferengghi tu pukul 7baru buka.
Tak ada tempat utk lepak (kedai2 banyak yg tutup), jadi pergi farmasi kejap & singgah masjid & mcm biasa, kedeboommmm aku tidur (heiii.. bkn aku sorg je tidur ye.. yg lain lain pun tidur jugak huhu).
7.05mlm kami semua keluar pergi ke pantai sebelah tu, lepak2 situ sekejap.
7.35mlm baru lah jalan-jalan ke pasar malam batu ferengghi.
Aku tak ada apa sgt nak beli Cuma target nak beli Fridge Magnet.
Dorg pun beli Fridge Magnet je jugak dapat 3ketul RM10.
Mintak 4ketul dorg tak kasi.. kedekut la!
Ada 2 3org dah lapar maka kena lah menuju ke gerai makan.
Gerai mkn yg banyak2 tu sudah tutup pulak.
Tahun lps aku pergi.. pergh meriah gila, serious!
Jadi terpaksa la singgah makan kat kedai Sea Food.
Aku tak lapar lg sebenarnya jadi lps order aku jalan2 lagi, tp Cuma beli Handbag Holder je.
Bila sampai ke kedai makan semula, dorg dah siap makan hahaha.
Mak aku terpaksa lah bungkus makanan ku itu.
Punya lah jauh aku jalan tu dari hujung ke hujung tp depa kata tak larat.
Errr aku kalau disuruh round 3 4kali lg pun aku boleh jalan (sbb dah biasa la kot, aku kan jogging sokmo…
Setakat 12km tu apa lah sangat huhu).
Semua kecut perut.
Gila punya drift even kat selekoh.
Driver tak takut punya walau motor tu sikit lg nak gesel dgn bas (bas la slh, kesian motor tu).
Kenderaan lain pun kena mengalah dgn bas ni.
Tp mmg pengalaman bes la.. tak pernah lagi aku naik bas drift semacam tu kakaak.
Sampai bilik, aku terus mandi sbb memang tak bajet nak keluar dah.
Tp 4yang lain nak keluar makan lagi kat NASI KANDAR BERATUR & SUP HAMEED.
Errr MAKAN BANYAK? Terima kasih saja lah.
Aku pi bercuti aku tak focus sgt psl makan tempat2 yg terkenal.
Aku asal isi perut sudah.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment