Monday, 31 October 2011

Catit Perbelanjaan~

Siapa-siapa pernah catit perbelanjaan harian masing-masing?
Aku memang nekad untuk tahun 2011 ni aku tak akan missed sekalipun dari mencatit apa jua perbelanjaan harianku.

Contoh perbelanjaan ku semasa di Penang

Dulu-dulu memang dah buat tapi kadang-kadang kalau malas.. tak catit hehe.
Catit bukan sebab aku kedekut,
tapi aku catit sebab nak tahu ke mana duit tu mengalir.
Walau 10sen, memang aku akan catit!

Bukan setakat 10sen... gi oversea pun aku catit dalam currency negara itu.
Contohi lah aku (wekkk muntah colorful!)

Friday, 21 October 2011

Meng'neuter'kan Koket

Sudah sampai masanya untuk neuter si Koket.
Umurnya belum sampai 1tahun tapi kucing boleh heat bermula pada umur 7bulan.
Aku tak mahu dia kencing merata & tak mahu membuntingkan kucing lain tapi tidak memberi tanggungjawab kepada anak-anaknya.
Jadilah tuan yang bertanggungjawab hehe.

 Usha dulu nak masuk ke taknak masuk

Tapi punyalah susah nak cari vet kat Kelantan ni.
Tak banyak pilihan seperti di Kuala Lumpur.
Penat aku cari kat google tp hasilnya tak banyak sangat.

Hospital Veterinar di Tunjung, Kota Bharu.. sape suruh tutup awal2 walau aku dah booking?  Hurm!
Maka terpaksalah try & error cari.
Ada berdekatan dgn pejabat tapi mahal!
Nasib lah kat google ada cakapa ada vet di Tunjung maka cari lah.

Koket penakut buekkk!
Kat sini banyak jugak kucing yang sakit untuk dirawat

Tuan punya hospital tu ialah Dr. Che Azila.. sangatlah baik hati.
Dr. ni terkejut sebab kucing aku "badan besar" tapi belum neuter.. ala biasala kuat makan,
aku nak angkat pun tak larat huhu.
Lps tu siap suruh aku masuk cat competition lg tapi aku tak yakinla.. kucing kampung je tu (tipikal nya pikiran aku!)

Aku boarding dulu 1malam sbb aku tak boleh hantar siang sebab kerja.
Besoknya baru ambil.
Neuter RM60 je.. pg neuter, petangnya dah boleh lompat sbb jantan.
Kalau betina kena bawak bertenang dulu kalau nak lompat hehe.

Kitten ni patah kaki sebab kena langgar.. kesian sangat aku tengok :(

Kat Hospital Veterinar tu boleh boarding.
RM12 kot sehari.

Ok lah saya tak perlu risau lagi kalau Koket ada masalah kesihatan lps ni,
sebab Hospital Veterinar tu dekat je dgn rumah aku hee!

Wednesday, 19 October 2011

Stok

Kalau diberi coklat (tak kisah mahal, murah, berjenama atau tidak, aku tidak suka).
Stok ni boleh habis dalam masa 2 3hari sahaja.

Tetapi kalau beri aiskrim.. saya sangat suka.
Tak kisah murah atau mahal.
Jadi kalau sesiapa nak pujuk, bagi lah aiskrim.. jangan bagi coklat.
Hahah edisi perasan, entah siapa nak pujuk aku.. buekkk!

Tuesday, 18 October 2011

Katak Puru

Siapa pernah makan buah katak puru|
Aku tidak pasti di luar Kelantan buah ini di panggil apa.
Kalau makan macam tu saja memang rasa kelat,
tp buah ini sgt molek kalau dibuat jeruk.

Ini dari pokok di rumah saya.
Buah ni berbuah ikut musim.
Saya tak makan buah ni sbb tak sedap, kecuali seperti aku katakan tadi.. buat jeruk sedap.
Rupanya hodoh.. hehe.

Monday, 17 October 2011

Penang- Toy Museum

17.09.2011 (Sabtu)

Selepas keluar dari cruise, budak budak bilik kami decide nak check in kat Broadway Hotel yg terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling.  Kalau jalan kaki 20minit tp kami tak kuasa sebab bawa beban berat (beg aku 9kg) hahaha padahal kat India haritu boleh je angkut berbelas2 kg jln kaki (tp tu musim sejuk.. yg aku cerita sekarang ni tgh terik matahari, panas lah!).

Maka naik BAS CAT (bas percuma), punya lah jauh pusing.
Sudahlah aku tak ada idea kat mana hotel tu haha, mujur  nampak dari tepi jalan.
Ok lah hotel ni.  RM70/nite utk double.  Maka RM35 lah seorang.


Sampai dalam pukul 12tghari lebih & kami decide keluar selepas zuhur lah.
Sesambil tunggu zuhur, maka aku tidur la apa lagi :P



Selepas zuhur masing masing dah lapar & nak cari kedai tapi kedai makan tak ada la pulak di kawasan berdekatan maka decide pergi ke jetty terus.
Makan je kat satu-satunya café yg ada kat situ (kafe yg kami simpan beg rm2/hari tu).
Tak sedap tapi sbb lapar, bedal aje lah.



Sambil sambil tu aku beli terus jeruk yang dijual di kaki lima tu.
Beli terus sebab esoknya aku tak sempat nak pergi Chowrasta sebab bas aku pukul 10pagi di Butterworth.  Tak boleh nak jangka feri datang pukul berapa.
Beli RM15 je sebab aku malas nak angkut sepanjang hari, berat la!



2.30ptg Mijot & Nani sampai dari Hope Cruise tu (cruise yg ada jual buku2 english tp aku tak pergi sebab tak minat).
Cukup 6org maka kami menuju ke Toy Museum.
Kami dah pesan awal-awal kat driver tu supaya stop kalau sampai.
Dia cakap kalau nampak Hotel apa ntah, tekan lah loceng… kot2 dia lupa.



Bila sampai kat Toy Museum, org ramai.. ye lah public holiday kan?
Tiket masuk utk Malaysian RM10 sahaja, siap kena tunjuk I/C  tp untuk foreigner berapa puluh ringgit aku tak ingat.
Maka masuklah kami.



 Kelucahan pulak toys ni... kecil je sebenarnya & terperuk kat tepi cermin tp aku ternampak maka aku snap la gambar, tp ye lah takde lah nampak sgt apa yg toys ni buat haha parah!


Walaupun aku ala-ala kasar, tp aku suka segala toys / plushies ni.
Aku cam “waaaa kagumnya, kalau lah aku boleh kumpul semua-semua ni ok jugak tp harus kena libas kat mak aku ni”  hihi.
Kalau boleh nak tangkap semua toys tu tp tak larat lah, ingat dalam memori otak je sudah lah.

Inilah bilik Broadway Hotel.  RM70/bilik.
Share 2org ok lah.. nak tidur je kan?


Lama jugak aku dalam tu, siap boleh berpecah2 pulak dgn kwn2 lain.
Maka banyak lah gambar sorg2 (mcm gi bercuti sorg2 pulak) keke.
Si mijot awal-awal lg sudah keluar.  Tak pasti lah samada dia tak minat @ kurang sihat.
Cuma sebelum percutian lg katanya tak ada apa kat Toy Museum.


Dalam tu kalau kanak-kanak tu mmg teruja la, rasa mcm duk dalam tadika pun ye jgk, terjerit terlolong, rasa mcm nak terajang je.. tau lah teruja, tak payah la jerit-jerit serupa org pekak.. geram aku.
Hehe aku bkn tak suka budak Cuma aku rasa hilang konsentrasi.




Pukul 5lebih tu kami naik bas menuju ke Batu Feringghi.
Mmg awal lagi sbb Pasar Malam Batu Ferengghi tu pukul 7baru buka.
Tak ada tempat utk lepak (kedai2 banyak yg tutup), jadi pergi farmasi kejap & singgah masjid & mcm biasa, kedeboommmm aku tidur (heiii.. bkn aku sorg je tidur ye.. yg lain  lain pun tidur jugak huhu).



7.05mlm kami semua keluar pergi ke pantai sebelah tu, lepak2 situ sekejap.
7.35mlm baru lah jalan-jalan ke pasar malam batu ferengghi.
Aku tak ada apa sgt nak beli Cuma target nak beli Fridge Magnet.
Dorg pun beli Fridge Magnet je jugak dapat 3ketul RM10.
Mintak 4ketul dorg tak kasi.. kedekut la!





Ada 2 3org dah lapar maka kena lah menuju ke gerai makan.
Gerai mkn yg banyak2 tu sudah tutup pulak.
Tahun lps aku pergi.. pergh meriah gila, serious!
Jadi terpaksa la singgah makan kat kedai Sea Food.
Aku tak lapar lg sebenarnya jadi lps order aku jalan2 lagi, tp Cuma beli Handbag Holder je.
Bila sampai ke kedai makan semula, dorg dah siap makan hahaha.
Mak aku terpaksa lah bungkus makanan ku itu.


Punya lah jauh aku jalan tu dari hujung ke hujung tp depa kata tak larat.
Errr aku kalau disuruh round 3 4kali lg pun aku boleh jalan (sbb dah biasa la kot, aku kan jogging sokmo…
Setakat 12km tu apa lah sangat huhu).


Semua kecut perut.
Gila punya drift even kat selekoh.
Driver tak takut punya walau motor tu sikit lg nak gesel dgn bas (bas la slh, kesian motor tu).
Kenderaan lain pun kena mengalah dgn bas ni.
Tp mmg pengalaman bes la.. tak pernah lagi aku naik bas drift semacam tu kakaak.


Sampai bilik, aku terus mandi sbb memang tak bajet nak keluar dah.
Tp 4yang lain nak keluar makan lagi kat NASI KANDAR BERATUR & SUP HAMEED.
Errr MAKAN BANYAK?  Terima kasih saja lah.
Aku pi bercuti aku tak focus sgt psl makan tempat2 yg terkenal.
Aku asal isi perut sudah.


Pukul 12mlm aku siap siap utk tidur.. takut tak terjaga esoknya.
Bersambung.

Tuesday, 4 October 2011

Nakal!

Aku terjumpa notis ni semasa menunggu bas di Jalan Masjid Kapitan Keling (Penang).
Nakal gile kekkeke!
Sepatutnya:  THIS IS BUS PARKING LOT, PLIS DON'T PARK HERE AGAIN.
Tp ada vandalisma berlaku maka, jadilah:  THIS BUS PARKING LOT, PLIS PARK HERE AGAIN!

Adoi sabar je lah aku :P

Monday, 3 October 2011

Cruise- Hari Terakhir

Aku bangkit seawal 6.40pagi.
Aku kena bersiap awal dari org lain sbb aku mmg tak suka jd org terakhir, padahal tak ada apa pun keke.

 Enterprem plak pakcik belakang tu.
Ni pukul 8pg lebih.. cruise tak sampai2 ke darat lg.

Masa bersiap, ralit pulak tgk Miss World tu haha tak jd kerja maka kerah diri snd utk turun brekpes.
Tak buleh turun lambat nnti ramai org.
Masa aku turun dlm 7.20pg tu pun dah ramai.

 Para para gadizzz

Masa turun tu baru tahun hujan rupanya tp nasiblah tak lebat.
Masa nak ambil makanan tu.. tiba2 rasa mcm pening2 lalat.. rupa2nya cruise tgh gegar sikit & nasib lah aku tak muntah kat situ.  Pening2 tu rasa dlm beberapa saat je.

Starcruise timetable & location.. so tak lah pening pening lalat masa dlm cruise nanti
Si welds sudah la mcm nak mabuk2, duduk pulak tepi tingkap yg menghala bertentangan dgn arah cruise.  Risau aku huhu.
 
 Dgn welds yg dah pening2 lalat:P

Boleh pula budak2 cabin kami tak jumpa budak2 cabin sebelah (mijot as ketua kelas, ayu, bella, lana & nanie).. pelik sungguh aku haha.
Kami makan sepenuh hati (eh mereka ye.. aku tak boleh mkn banyak, nanti rasa mcm nak muntah).
Macam2 menu lah ada—nasi goreng, sosej, udang, roti canai, dorayaki (suka2 hati aku je.. tak sure la apa nama), roti, cornflakes, nasi bubur & mcm2 lagi.. mkn seperti kat hotel la.

 View dari atas.. tp mcm biasa la kamera tak canggih!

 Akhirnya jumpa jugak dgn jiran cabin sebelah haha 

 Membeli belah di souvenir shop

Lps tu kami ambil keputusan nak pergi ke SOUVENIR SHOP.
Aku rasa mcm nak beli sbb kebanyakkan barang2 dlm kedai tu kiut2 je.
Sudahnya aku beli Fridge Magnet, buy 2 discount 30% & buy 2 discount 20%.
Lps tu beli green bag CRUISE RM12 je.
Padahal lambang tu mereka tampal mcm tu je keke.

 Einstein.
Selamba gila aku pakai seluar tidur
Lps tu aku ronda kat gambar2 yg cruise ambil.
Aku tak puas hati sbb gambar aku tak ada padahal masa bergambar dgn mascot tu,
Aku siap peluk & Tanya dia “lelaki ke perempuan ni?”  dia senyap @ dia mmg tak faham.
Ptt aku speaking.. ye la sbb majority cabin crew tu bkn org Malaysia heh heh.

Akan merindui kabin ini
Oh ya.. andaikata korang nak beli gambar korang bergambar dgn mascot tu..
tolonglah beli pada hari nak check-out tu sbb kalau beli pada hari pertama, mahal la.
Tak ingat berapa, dlm RM40++ tp hari nak cek out tu discount 50% so pilih la nak byr mahal ke murah?

Selamat tinggal cabin
Then terus check out lah, nasib aku tak kena byr apa-apa sbb aku kan guna cash.
Ada 2tempat utk check out, 1 yg ramai foreigner (dah ilang queue nya sbb ramai Chinese.. kat china itself dorg potong2 line.. inikan pulak kat Malaysia!)
So decide nak check out kat tempat tgk Magic Show semalam.. pantas je!

Petunjuk dalam lif
Lps tu balik bilik.. rasa mcm nak tidur pun ye jgk, ye lah dah kenyang kan?  Haha.
Kami out pukul 11lbh which is dah tak ramai org dah time tu haha bagus lah,
tak perlu sesak-sesak dgn org.

Semasa nak keluar.. bye bye!
Saya janji dgn diri snd, saya akan pergi naik cruise lagi (mungkin ke Phuket pulak kan|).
Sangat menarik!

Utk Kay... blh cek STARCRUISE LIBRA PRICE ROOM