India Day 4- JAIPUR
28.02.2011 (Isnin).
Gerak cari brekpes dulu 8.15pg sbb bas seight seing tu 9.30pg.
As usual la redah jln kaki cari restoran yg agak2 blh mkn & halal.
Decide brekpes kat THALI HOUSE. Aku order roti bawang tp kuah nya masam gile.
Also order chai yg rasa halia. Tak sure air nya dari mana tp alhamdulillah aku tak sakit perut.
Then singgah CC jap sbb Nenek nak transfer gambar. Yg kelakarnya penjaga CC tu berdiri je sepanjang Nenek guna pc, takut kami buka yg merepek2 agaknya :))
9.20am gerak blk hotel, takut kena tinggal bas, ye lah dah beli tiket 200rupees.. rugi kalau kena tinggal.
Bilik aku tu masalah sikit, tak boleh buka kunci last2 aku turun balik bgtau org kaunter lock tak blh buka, aku panik jgk sbb semua brg2 dlm tu huhu. Rupa2nya org kaunter tu pun mengalami masalah nak buka, ye lah hotel dah season kekeke.
Masa mula2 naik bas tu ada kami 5org, sorg mat salleh & 3org Indian jgk (tp depa 3 ni mcm org2 kaya, sbb dressing pun lain dr kebiasaan.
Kami duk tingkat atas, best sikit tgk view Jaipur.
Mat salleh tu tanya kami ni dari Malaysia ke? So kitorg jwb ye maka dia dgn ramahnya ckp "I love Malaysia & Thailand compare India. No one of Indian is honest.. one said this, one said that, one said go there, one said go here! I promise myself i wont come to India again" haha kesian pulak rasa kat dia. Dia travel sorg2, umur dlm 40++.
Tak lama kendian bas stop amik org. Alaaaa ramai pulak geng2 bangsa negara sanun naik. Baru nak bersenang lenang duk 2seat 1org huh!
Oh ye, naik bas tu dr 9.30pg-4.30ptg.
Mula2 stop kat Kuil tak ingt apa nama.
Bangsa2 dorg masuk lah tp kami kat luar je kecuali nenek masuk nak tgk apa dlm tu. Masa ni tak saing lg dgn mat salleh tu. Mana kami pergi dia follow dr jauh ekekeek.
Kat luar kuil tu ada jual aksesories, aku pun apa lagik beli la tp rasa menyesal amat tak beli banyak sbb kat Sarojini Market bangle tu tak ada.
Imagine la sepasang bangle tu 15rupees (RM1). Aku beli 2pasang je sbb bajet nak beli kat sarojini. Ingat nak buat souvenir bg la seketui sorg, baru 50sen haha kedekut kan? Ye la, aku ni bajet backpacker woiii.. bkn tourist huhu.
Masa naik bas tu kitorg lambat naik sbb duk membeli belah aksesori tu.
Maka seat kitorg dah di ambil bangsa2 dorg... nenek dgn berani nya ckp tu seat dia tp pempuan india tu suruh duk lain.. kami 5bengang la jgk sbb duduk je la ikut yg asal td. So kita bisik2 kalau turun lg lps ni.. make sure naik cpt utk duduk kat seat asal ahahah mcm kanak2 ria plaks.. padahal blh je duk tempat lain kan? :))
Destinasi seterusnya ke muzium tp kami decide tak masuk termasuk mat salleh tu sbb byr mahal utk foreigner tp murah gila utk local.
Dari situ baru kwn dgn mat salleh tu yg bernama Gregor dari Germany.
Dia mmg travel sorg2 smpai duit savings dia pun dah nak habis. Tak sure pulak dia kerja apa.
Dia kata dia ciriti birit sbb beli makanan tepi jln huhu.
Lps abis travel kat India, dia akan terus shoot ke Thailand, Malaysia & masuk Indonesia dgn sampan haha mat salleh mmg gile dgn cabaran kan?
I tought dia slh ckp kut2 la dia tertukar sampan/boat/ferry.. rupa2nya mmg betul2 sampan!
Dia siap cakap dia nak saing dgn kami masa kat jaipur tu.. ok je, sian jgk tgk dia sorg2 huhu.
Lps tu singgah ke monumen apa ntah tak ingt nama, kami juga tak masuk sbb fees mahal. Dah la bg masa 20minit je maka kami decide singgah kedai2 tepi jln tu. Biasala nama lg perempuan kan haha.
Arwien je beli kurta 150rupees. Aku nak beli jgk tp aku tahan nafsu je la.
Masa ontheway ke dlm bas, ada beggar tepi jln, sian la aku tgk.. dah la tgh2 sejuk kan.. hulur2 je tgn sambil nyusukan baby dia.. dia duduk je la. Aku takut bila hulur, ramai yg serbu.
Masa dlm bas nak tggu driver jln tu plak, ada la 2budak yg jerit "moneyyyy, moneyyy" pastu dia tunjuk perut & kat mulut- dia nak mkn.
Siyes aku nanges tgk dorg.
Saza tnya boleh tak nak bg apa2 makanan. Kwn2 lain kata tak pyh, nnti dorg naik bas. Bdk2 tu tak blh naik bas sbb driver jaga. Tp aku kata bg je coklat seketul sorg yg aku bwk tu. Lps tu dorg senyum & still minta apa2 la kan, ye lah.. coklat aku bg tu kecik amat utk mengenyangkan. Aku pikir kalau lah aku begger, ada ke yg nak tlg? Gi India, buatkan aku raas bersyukur gila hidup kat Malaysia ni.
Or else aku yg super duper sensitive?
Masa kami turun tiap2 "pit stop" (mcm amazing race pula hehe), ada la 2mamat India ni tak turun2.. mcm "sesuatuhhh" je sbb duduk pun rapat2, mesra2 gitu.
Tp saza ckp tu mmg budaya dorg. Ekk erm tp btul jugak kot sbb aku pun pernah tgk kat Malaysia ni dorg jln pegang2 tgn.
Ala sama mcm aku la, aku jln suka pegang tgn org sebelah hehe.
Lps tu stop kat tepi jln pulak.
Yg payahnya ialah guide tu ckp bahasa dia.. mana lah nak faham kan?
Kami pun nganga2 je, anggap je la faham & tahu apa nama tempatnya itu.
Kitorg agak blur2 bangunan apa yg tengah2 air tu?
Bangunan "karam" ke, bangunan "tenggelam" ke.. nak tanya guide, dia dlm bas.
So just snap gamba je la.
Balik Malaysia ni baru tau building tu namanya JAIPUR LAKE PALACE- google.
And kebetulan masa tu ada org jual papad (mcm gambar di atas), aku sebenarnya nak tp dorg mcm tanak beli tp tiba2 sape ntah ckp 'kita try nak?'.. aku apa lg, ok je.
1keping 10rupees, dia buh white pepper.
Oleh sbb aku excited nak bergambar, aku siap lompat pastu tiba2.. prapppp papad tu jatuh adoiii sedih!
Tp aku beli la 1lg ganti.. 10rupees je pun hehe.
Alhamdulillah, tak sakit perut sbb kwn2 kata jgn mkn beli tepi jln takut cirit birit.
Lps tu kami di bawa ke kedai kerajaan which is aku rasa sgt lah menyampah kan?
Aku tak suka di bawa ke tempat2 mcm itu sbb aku lbh suka tgk hasil2 peninggalan sejarah @ apa2 yg blh dijadikan kenangan masa blk Malaysia nnti.
Sorg mamat kedai kerajaan tu siap posing lps perasan kitorg halakan kamera kat dia. Si gregor tu cuit aku, dia tggu kat luar. Start dgn Nenek kata nak gi toilet pastu kami beramai2 kuar, mesti dorg bengang sbb time tu dorg tgh syok tanya kami berkenan saree yg mana keke.
Kat luar tu pulak terjumpa lah pulak dgn ANIL KAPOOR.. 80% muka sebijik anil kapoor.. dia wat lawak akakak kelakar la dorg2 ni sebenarnya. No hal pasal mereka ni blh speaking, siap promo diri dia mmg anil kapoor.. ah sudah la ko hahaa. Dia suruh masuk kedai emas dia, tp mls lah!
Aku buat demo duk chop kain saree.. berlakon je bkn betul2 hehe.
Masa dlm bas tu mcm dah baik lah konon2nya dgn Indian2 tu.. siap blh nyanyi2 & lawak2 sekali hahaa.
Lps tu kami ke Amber Fort.
Mula2 aku ingatkan Great Wall sbb tangga nya looks like great wall, also atas bukit.
Sgt cantik la pemandangannya & tak terkata cemana kagumnya aku.
Tp nak ke Amber Fort tu kena naik jeep maka kami ber-6 all together ke atas, lbh kurang 10minit perjalanan. Si gregor ajak menapak je.. huih mana sempat, 45minit je bg masa! 1jeep tu 300rupees tp driver tu mintak lebih & gregor kata dia tak akan byr.. senyap terus driver tu hehe.
Masuk amber fort ni 300rupees.
Pusing2 dlm tu.. as usual la ukiran & senibina yg cantik, yg tak dpt kat mana2.
Rasa mcm nak berlama2 je kat situ utk tgk view bukit yg cantik tu tp tak blh lah kan. Sampai sekarang aku masih tertanya2, adakah itu "koloborasi" great wall?
Sbb great wall kan beribu2 kilometer? Lg pula china & india kan berjiran.
Entahla misteri (aku tak google pun lagi great wall tu sampai mana selain tibet hehe).
Turun kat parking bas balik, beli eskrem.. gregor tu boleh thn strict.
Dia mrh org meniaga eskrem tu sbb dia suruh aku share duit balance dgn gregor.. gile apa.. susah lah! Skali kena sound, terus pakcik eskrem tu bg balance kat gregor haha.
Okeh dah abis round pink city yg tak berapa pink.. ala2 oren je aku rasa.
Alangkah bestnya kalau boleh terjah ke dlm setiap sudut pink city yg sgt besar tu.
Tak ada dlm gambar aku sbb mcm pyh nak snap or else tak reti amik gamba haha.
Driver drop kan kami pukul 4.15pm kat jln nearest Jaipur Railway Station, menapak dlm 6-7minit. Bg lah tips kat dia sbb jaga beg kami.
Abis sudah meronda JAIPUR THE PINK CITY.
Sambung lg dgn pengalaman mengerikan di JAIPUR RAILWAY STATION hahahaha!
(ngeri tp aku gelak.. kenapa? TUNGGUUUUU!)