Thursday, 11 September 2008

Al Fatihah adik Khadijah Hanim

Meninggal di Pangkuan Ibu
Keratan akhbar 31 Januari 2006

Gambar adik hanim 30min sebelum meninggal

Aku baca paper arini.. mula2 aku mcm pernah kenal adik ni, sekali bila baca full news, aku sgt terkejut!
Aku pernah calling2 & sms dgn adik hanim ni sbb dia bdk za8fc!
Ekceli before dia jd za8fc.. dia penah masuk astro [tak ingat program apa tp astro ada bg bantuan kat adik hanim & za8 ada pergi umah adik hanim ni sbb dia sgt minat za8].

Lps tu baru adik hanim reg. kat forum za8 guna nama (oxy) hanim.

Arwah adik hanim yg calling2 aku dulu.
memula tu aku blur la jgk... ingt hanim mana!
Bila dia ckp za8 penah gi umah dia, baru ingt.
Lembut orgnya, slow talk & baik hati.
Selalu la jgk arwah sms aku dulu tnya khabar
[aku rasa bersalah jgk sbb aku JARANG2 SEKALI TNYA KHABAR DIA].
Ptt aku la yg tnya sbb dia sakit. Aduh apekah aku ni? :-(

Lama lps tu terus lost contact.. aku pon delete no. arwah,
tatau la nape aku wat camtu.. sbb jarang sms kut.
Kdg2 dia sms aku tak bls pon.. sekali lg aku rasa bersalah :-(

Dolu2 za8fc plan nak lawat arwah tp memasing sibuk so tak jd la.

Erm semoga roh adik hanim dicucuri rahmat & tempatkan di kalangan org yg beriman.. amin!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Petikan dari Utusan Malaysia Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0911&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_11.htm&arc=hive

KLANG 10 Sept. - Pesakit paru-paru kronik yang mendapat bantuan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) seumur hidup, Khadijah Hanim Mohamad Arif, 21, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas di sini petang semalam.

Allahyarham Khadijah Hanim yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna, meninggal dunia di pangkuan ibunya, Rashidah Zakiah M. Harun Fahmi, 56, kira-kira pukul 2.50 petang.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lipat Kajang di sini pukul 10 malam tadi.

Menurut bapa Allahyarham, Mohamad Arif Samsudin, 61, anak keenamnya itu yang telah hampir sembuh dari penyakitnya hasil rawatan yang diterima, sempat memohon ampun dan maaf kepada ibunya pada sebelah pagi.

Katanya, Khadijah Hanim yang lebih mesra dipanggil 'Adik' juga seperti telah 'bersedia' dengan mengemas dan menyusun semua barang dalam biliknya serta membahagi-bahagikan barang-barang kesayangannya seperti mesin jahit dan televisyen mini kepada adik-beradik yang lain.

''Adik juga meminta katilnya yang bersaiz besar ditukar kepada yang lebih kecil agar biliknya lebih lapang.

''Dia juga kerap mengambil gambarnya sendiri dan mencetak gambar-gambar tersebut serta sempat membuat kuih-kuih raya pelbagai jenis.

''Malah setengah jam sebelum meninggal dunia dia sempat merakamkan beberapa keping gambarnya berpakaian serba putih menggunakan kamera telefon bimbit," cerita Mohamad Arif.

Mohamad Arif yang merupakan pesara Jabatan Imigresen memberitahu, walaupun merasa kehilangan yang amat sangat, beliau reda dengan pemergian Khadijah Hanim yang disifatkannya mempunya pelbagai kelebihan.

''Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan pusat, Kementerian Kesihatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Selangor sebelum ini serta orang-orang perseorangan yang banyak membantu menghulurkan sumbangan serta pertolongan sepanjang Khadijah Hanim mendapatkan rawatan.

''Tidak lupa juga terima kasih kepada Utusan Malaysia serta media lain termasuk media elektronik yang banyak membantu Khadijah Hanim. Hanya Allah yang mampu membalas segala pertolongan yang diberikan," kata beliau.

Pada 31 Januari 2006, Utusan Malaysia menyiarkan kisah Mohamad Arif yang terpaksa menjual harta benda termasuk rumah bagi membiayai kos rawatan anaknya, Khadijah Hanim yang sudah menelan belanja kira-kira RM3.8 juta.

Ketika itu, Mohamad Arif benar-benar buntu kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan TBP telah tiga kali ditolak sedangkan rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi sempurna sejak berumur 7 tahun mencecah RM25,000 sebulan.

Setelah beberapa susulan dibuat oleh Utusan Malaysia dan hasil keprihatinan Kerajaan Pusat akhirnya pada 9 Mac 2006 Kementerian Kesihatan mengumumkan permohonan Mohamad Arif untuk mendapatkan bantuan TBP diluluskan.

Kelulusan itu melayakkan Khadijah Hanim menerima bantuan perubatan sepanjang hayatnya.


2 comments:

Lady Dyla said...

kite alwez take things 4 granted kan... tnpa kite sedari...

Y@ZeD@ said...

ishhkk, mu nihh pidad meme arr teruk okey.. smpi ati mu dok reply emaik dak tuhh.. stakat bpe sen pun mu nok kira gak!!

tgk skg bile dh tkdok, br mu rase nyesal...

uihhh, klu aku msg mu, mu jawab ha...