Friday, 30 December 2011

Pindah Blog

Diisytiharkan aku akan menutup blog ini dan akan berpindah ke blog baru di http://gi-maghi.blogspot.com kerana dah tak boleh adjust kapasiti yang telah membuak-buak banyak nya ini.

Makanya boleh lah delete terus link blog ni di lists blog anda & sila add http://gi-maghi.blogspot.com ya?  Sila jadi FOLLOWERS.  Tak ada paksaan tapi akan ada juga yang akan ku paksa nanti (kita lihat siapa yang kenaaaa!) :D

Denga ini secara rasminya aku telah menutup rumah lama ni sempena berakhirnya 2011.
2007-2011 dalam kenangan.

Thursday, 29 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Lupakan segala kisah sedih / menyakitkan hati / kisah buruk (tanam dalam tanah dalam-dalam).
Kenangkan kisah gembira / kesenangan dalam hati & memori.


Semoga tahun yang akan berlalu ini berlalu tanpa sesalan & terimalah dengan hati yang terbuka.
Saat itu bergerak.. ayuh mara lagi ;-)

Wednesday, 28 December 2011

Unread

Unread apa?
Sms?  bukan... tapi unread ini.............

Ada yang beli sejak 4tahun lepas tapi tidak lah ku baca, plastik pun tak buka lagi.
Ni kerja syaitan @ aku yang syaitan suka membazir ni =))

(dulu-dulu aku memang ulat buku, tak boleh tak ada bekalan buku.. tapi sekarang susah lah nak membaca sebab ada internet.. internet tu lagi nikmat dari membaca haha)

Tuesday, 27 December 2011

Takdok!


Kejadian ini berlaku di sebuah gerai makan yang baru dibuka di Kota Bharu.
Aku saja nak mencuba sebab tengok ramai juga yang makan kat situ.


Aku        :               Mee goreng ado?
Mokcik   :               ????? (muka blur habisss!)
Aku        :               Mee goreng ado?
Mokcik   :               Takdok
Aku        :               Mee goreng abih ko?
Mokcik   :               Takdok
Aku        :               Goreng-goreng ado?
Mokcik   :               Takdok
Aku        :               Doh gapo ado?
Mokcik   :               Takdok, panah-panah (panas-panas) takdok
Aku        :               Kedai ni jual gapo?
Mokcik   :               Takdok

Aku        :               hahhhh (aku super confuse fikir samada makcik ni pekak @ tengah  
                             blur?)… dok eh, Kedai ni jual makane gapo?

Mokcik   :               ??? (muka blur)… nasik nge lauk
Aku        :               OOooooOOoo ok!

Terus aku pergi.
Nak marah pun ya, nak gelak pun ya.
Aku cerita pada mak.  Mak aku kata “dia penat tu, telinga pun tak berapa dengar”

Hahahahahahah tak nak dah aku pergi situ lain kali, semua tak ada.
Karang aku minta teh ais dia kata tak ada juga :P

Monday, 26 December 2011

India- kau ada?


Aku memang dari dulu tulis detail.. Cuma di Dubai aku tak tulis sebab aku sakit hati tengok apa yang aku shopping haha. Hari pertama & kedua aje lah dulu, nanti sambung kat entry lain :D

Sunday, 25 December 2011

haaa

pening pening lalat erkkkk!

Wednesday, 21 December 2011

Genaplah 4 Tahun~

Hari ini 21 Disember 2011 genaplah 4tahun pemergian arwah abah ke Rahmatullah.
Pada tarikh ini 4tahun lepas ialah sehari sebelum AidilAdhal maka tidak lah kami beraya pada tahun itu.

Aku sempat jaga arwah abah di wad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu tetapi masa aku pulang dari Kuala Lumpur tu, abah sudah tidak sedar tapi aku berdoa supaya abah sedar & sihat seperti biasa.

Memang aku & mami berkampung sahaja di luar wad (bawa bantal / tikar / selimut) sebab takut apa-apa jadi pada abah.



Setelah doctor kata peluang abah tipis, maka aku sms abang aku yang ketika itu berada di Dubai supaya pulang & pulanglah abang.  Mami pesan kat doctor supaya bagi ubat untuk bertahan untuk abang aku sempat sampai jumpa.

Beberapa jam lepas abang sampai, abah menghembuskan nafas terakhir.
Rasa macam tak percaya, sedih & segala macam perasaan.

Abah dikebumikan esoknya.
Semoga arwah abah tenang di sana.

*tak sempat arwah abah nak jejakkan kaki di Dubai & arwah abah tak habis lagi khatam belajar bahasa arab & seingat aku, arwah abah baru je beli kamus bahasa arab di jalan TAR*…. Abah..... :-(