Monday, 28 November 2011

Banjir Oh Oh

Rumah anda sudah banjir kah?
Ye rumah saya sudah banjir minggu lepas.
Hari pertama sampai buku lali je,
Hari kedua paras lutut, terpaksa lah parkir BF aku tu di luar pagar.
Mami aku marah, suruh parking dalam pagar (sebelah rumah makcik aku),
Katanya tinggi sikit kat situ.
 Hari pertama banjir, kat tengah-tengah tu paras buku lali.
Masa ni keluar segala cacing kerawit & tak kerawit segala.. yek!
Budak bulu tengah skodeng mak aku kunci gate.. takut la tu hihi.


Sudah katanya SAMPAI PARAS LUTUT, nak masuk kereta kat dalam pagar apanya?
Dah tentu-tentu lah air masuk dalam kereta!

 Masih skodeng.. entah apa yg dia takut, aku pun tak tahu

Hari ketiga surut sikit paras betis.
Tu pun mak aku suruh parkir kereta dalam pagar.
Dia siap marah aku katanya aku tak sayang kereta.
Bila aku suruh “acu cuba try test” masuk dalam banjir, katanya aku menjawab.
Dia kata aku degil.

Aku kata ok lah, kalau aku balik kerja nanti masih banjir, aku parkir dalam, apa-apa hal kalau kereta rosak, dia bayar.. aku taknak bayar apa-apa huhu.
Masalahnya kat pagar aku tu, bila dah masuk dalam pagar, tanahnya turun ke bawah.. just like macam menjunam.. mahunya tak takut aku kereta tenggelam enjin dulu?  Huhu.
Takut memang takut sebab jiran sebelah tu kehilangan kereta kerana parkir di luar pagar.
Hari kedua banjir, sudah mencapai paras lutut (sikit lagi nak kena tempat aku cedera, ades!)
Risau parkir BF kat luar tu!


Saya tidak suka banjir.  Nampak segala cacing gemuk, cacing hitam, cacing kerawit.
Aku menjerit-jerit bila nampak.. yek!
Kucing aku pun makan makin banyak lah sebab tiada aktiviti “memburu katak / belalang” keke.
 Budak bulu menskodeng pasir popo nya yang sudah lesap hehe

Kat bangsal belakang rumah tu pula ada seekor kucing pendatang.
Hari kedua banjir baru aku tau ada kucing, maka turunlah aku redah banjir bagi makan.
Kita pun lapar kalau tak makan sehari, inikan pula kucing 2hari tak makan.
Pendatang ni penakut, asyik nak marah, mungkin ada pengalaman kena pukul kat orang ke kan tapi aku tapi aku tak kisahlah.. asal bagi budak tu makan.
 Belakang rumah lagi dalam banjirnya.  Nasib tak luruh segala cili padi tu.

Banjir 3hari sahaja.. alhamdulillah.
Tapi di hulu-hulu tu banjir makin teruk.
Semoga tempat aku tak banjir, malas aaiiii nok nak meredah kotor!

Belah dapur pulak.. tempayan yang berat tu pun buleh berganjak.
Tapi kereta mami ku masih selamat di situ.
Tanah rumah aku tak stabil.. ada tinggi, ada rendah huhu

nota kaki- opismet aku lagi best... dia cerita banjir rumah dia paras lutut & dia kata patut pejabat bagi cuti sebab banjir padahal dia kata boleh aje redah.
Oh kelakar gila.  Rumah aku paras lutut jugak.. parkir kat luar juga, redah je lah.
(mungkin aku sayang cuti untuk pergi bercuti kot ++ kumpul utk GCR... sape taknak beratus2 ribu masa pencen nanti hoi hahaha).  Belum masuk reward yang berpuluh ribu lagi tu ngeh ngeh & dengan bangganya aku cakap cuti aku banyak lagi.. nasib tak kerja kat KL dah ahaks nota kaki tak berkait dengan banjir pulak.

Thursday, 24 November 2011

Tahun Ini Buat Qurban

Aidiladha 2011
6 November 2011


Tahun ni kali ke-2 aku mengerjakan ibadah korban.

Kali pertama dulu semasa arwah abah aku masih ada (tak ingat tahun berapa).



Kali ni buat di Kok Lanas, Kelantan, rumah saudara (dia yang mengasuh aku sejak dari kecil).

Ambil 1bahagian sahaja RM330.


Pagi tu pergi solat raya dulu di Masjid Telipot.

Wah… sesungguhnya sangat senang parking & dalam masjid pun tak ramai.

Ye lah, raya haji tak seperti hari raya Aidilfitri.

Selepas solat raya, terus menuju ke Kok Lanas.

Tunggu dalam 20minit, dah sedia untuk korban.. jauh pulak kena menapak.

Rasanya ada 4port untuk korban sampai aku pun konfius dan tertukar dengan lembu org lain hehe.

Tengok lembu tu dah menggelupur, lepas tengok terus gigil tapi aku tengok juga.



Mula-mula tengok lembu ni rasa kelakar sebab nak menyorok bawah lori tu.. macamlah muat haha tapi kesian pun ya jugak
Tak pasal-pasalnya kena marah kat org yg melapah tu sebab lambat sampai.

Mak aku cakap nak buat cemana, bukannya selalu pun pergi ke situ & tak kenal pun orang-orang situ.

Lambat 2minit aje pun.. kecoh la pakcik tu hehe.



Saudara aku tanya berani ke aku tengok?

Oh aku spesis berani mati punya (walaupun dalam hati sebenarnya aku takut tengok darah).

Proses korban bermula dari 10.15pagi sehingg 12.10tenghari.

Aku tak lepas tengok setiap proses (kecuali masa pergi ambil baldi dalam kereta, jauh menapak weh!).


 Inilah lembu yang cuba menyorok tu.. yang ini kecil je


Mula-mula aku suruh mak aku ambil kepala lembu sebab ada otak lembu which is memang kegemaran aku untuk buat otak goreng @ otak gulai tapi apakan daya, tak ada sesiapa yang nak memisahkannya.



Pembahagian pun adil.

Daging elok 5kg.

Daging tak comel sikit 3kg.

Lps tu tulang temulang tu tak timbang lah.. total semua ada lah dalam 11-13kg kot?!



 Saya, pengasuh saya yang saya sangat manja gila dgn dia masa kecil & ibu saya di tempat kejadian

Lepas tu buat makan-makan di rumah saudara aku tu lah.

Tiada gambar sebab memang tiada mood untuk bergambar lagipula ramai makcik-makcik huhu.



Sedap sungguh daging-daging itu.. rasanya hari raya tu berat aku naik 1.8kg haha.


 Nampak tak apa dalam perut lembu tu?  Rumput semata-mata heheh

Oh ye, siapa kata Aidiladha di Kelantan lagi meriah ye?

Sangat mitos!

Tolong lah jangan percayakan mitos-mitos sekiranya anda sendiri tidak merasainya!

Selama 9tahun aku berhijrah di KL dulu, hari raya korban tu aku siap tidur di rumah bagai.

Lain tahun lg tu siap lepak-lepak bermalasan di rumah tak balik kampong.


Pakcik ni pakai baju arwah abah saya (yang belang belang tu).  Buat makan-makan di rumah dia lah lepas ibadat korban tu.  Bagi lah sikit kat famili dia, dia orang susah.

Tapi 2007, sehari sebelum hari raya Korban.. arwah abah telah meninggalkan kami semua L

Tuesday, 22 November 2011

Bloghopping

Kawan-kawan, aku sebenarnya memang baca entry korang,
cuma susah lah untuk komen sebab kat pejabat kan kena blok!
Baca boleh lah cuma masa klik komen tu tiba-tiba keluar "ayat merapu merepek kata personal site apa entah" & memang tak boleh komen.
Bengang gila aku.

Kat galaxy tab aku laju time FB je, tang menaip panjang-panjang aku failed la (padanlah muka aku,
siapa suruh jual netbook tu kan?)  hehe.
Yang aku follow-follow blog korang tu, aku baca ya.. bukan tak baca!

Monday, 21 November 2011

Beijing? Ada Lg Rupanya!

Hahhhh rupa-rupanya aku tak habis lagi cerita pasal travelog ke Beijing haha.
8bulan sudah berlalu, baru aku perasan.. kenapalah dengan aku ni ye?
(errr macam lah ada orang nak baca pun kalau aku beriya buat entry sampai habis hehehhh!).
Tapi sila mual sebab entry ni panjang (sekali harung).


Ok, lepas pergi Muslim Food Market di Tianjin tu, terus gerak ke Tianjin Airport.

Flight pukul 3.50petang tapi kami sampai awal, dalam 1.15tengahari.

Lepas angkut bagasi yang entah ada berapa puluh beg semua tu, ingatkan nak peluk-peluk dgn May yang tak mandi tu tapi dia terus lesap mcm tu je.  Adoi apa pesen guide pun aku tak tahu.

Nak say goodbye & say thanks but no thanks pun tak sempat.

Erm tak apa lah, terus pergi check in, nasib baik masa tu tak ramai lagi orang jadi tak perlu queue panjang.

Aku risau juga takut terlebih luggage.

Tapi nasib baik lah aku beli 30kg untuk aku & 25kg untuk mak aku.

Tapi kira campur la dua-dua berat jadi lah 45Kg.. tu pun dah banyak kali aku beli tapi tak masuk system.. rugi duit aku.. demsss AA!

Lepas selesai check in, ahli-ahli lain pergi solat.

Nasib baik lah aku bawa lagi cebok (bekas aiskrim), senang sikit aku nak mengucilkan diri kat airport tu.

Mereka semua solat di salah 1sudut di airport tu hehe selamba!



 Tak lama kemudia ramai juga jumpa orang Malaysia tapi sesungguhnya aku boleh cakap.. “mereka sangat sombong”.  Aku tak tahu kenapa ek kalau orang Malaysia sesama org Malaysia yang jadi tourist adalah sangat SOMBONG?  Motif?  Kau boleh jalan-jalan ke luar Negara, aku pun boleh.. jadi apa masalahnya?  Keluar duit ke kalau senyum?  Aku pandang juga untuk senyum-senyum tapi mereka tak mahu.  Yang senyum ialah tourist dari Negara lain.  Erm “terima kasihlah”  org Malaysia yg bodoh sombong!


Masa nak scan hand luggage tu punyala strict!

Beg aku ada netbook.  Dorg tunjuk2 beg aku?

Aku angguk sebab aku ingat dia Tanya itu beg aku ke tak!

Dia geleng2 kepala lepas tu tunjuk2 lagi kat beg aku.

Aku dah confuse… aku masih tak lepas2 lagi sedangkan kawan2 lain yg queue lagi panjang kat gate sebelah pun dah lepas.  Aku cakap “English please!”  dia sengih2 & tunjuk lagi beg aku lps tu dia angkat beg aku & hempas.. hoihhhhh apa masalah nih?  Aku dah geram dah nih.

Pastu dia cakap COMPUTER?  COMPUTER? 

Aku “haaa?  You mean laptop?”

Dia cakap “computer?  Bag?”  Oh sangat ayam itik.

Lps tu aku Tanya “open my bag?” sambil isyarat tangan mcm bukak beg.. baru dia angguk!

Aku jerit “just said OPEN YOUR BAG.. WHATS YOUR PROBLEM?  IT’S JUST A SIMPLE ENGLISH!”  hah kena marah kat aku pulak.. padan muka dia kekeke.

Ingatkan kena scan sekali je dah lepas, sekaliiiii… beg aku kena scan 2x.. sgt suck lah aku rasa!



Bila lepas, kawan2 lain dah siap lepak2 & masuk shopping dah.

Aku apa lagi, duit banyak lagi lebih.. aku ajak mak masuk dalam.

Beli teddy bear panda, padahal aku tahu kalau beli kat airport tu mahal tapi aku tak kesah sebab duit banyak lebih lagi hahaha sungguh membazir!




Kalau beli panda 80yuan above, dapat hadia teddy bear kecil.

So lepas bayar aku minta la kat kaunter tu mana hadiah aku.

Amoi tu geleng kepala je.  Aku cakap FREE, dia cakap ENGLISH NO & terus dia tak layan aku.

Bengang ah.. lepas bayar, aku masuk balik & minta panda free tu, baru lah dapat.

Nasib baik dapat!

Sepatutnya airport staff pun patut tahu simple English isk~

Aku nak beli perfume pun terbantut walau perfume kat sana kira murah la jugak.





Mak aku beli biskut, lepas dia bayar tu aku cakap tak yakin pun dengan biskut tu.

Tak tahu apa ramuannya, semua tulisan cina.. karang ada ramuan-ramuan yg harommm hahah.

Lps tu mak aku cakap dia letak je lah biskut tu haha.



Sambil-sambil nak naik plane tu, aku beli lah air.

Makkkkk aiiii air kopi dalam botol tu 20yuan koooo!

En. Othman group aku tu cakap aku ni fefeeling duk starbuck je hahahah tak apa lah, hari terakhir di Beijing, kenalah fefeeling kaya haha.

Lepas tu naik lah plane.

Oh menyesalnya beli seat no. 14 sebab tak ada tingkap.

Lain kali aku tak mahu dah beli seat no. 14.. lemas!



Uncle cina duduk sebelah mak aku.

Banyak lah ceritanya, macam dah lama kenal je haha.

Dia ada business lain kat Tianjin tu & selalu pergi Hong Kong juga.

Dia pun pernah ada kilang kat Kelantan.

Dressing macam biasa lah, kelihatan cikai saje.. tak menunjuk.

Dia ajar mak aku macamana nak jaga kesihatan lutut sebab mak aku selalu sakit lutut heheh.

Tua dah rasanya 70++ umur pakcik tu.



Tak lama kemudian, dapatlah makanan.

Alamak tak sedap pula tapi sebab lapar, makan lah juga.

Aku tak berapa boleh tidur jadi dengan sibuknya,

Aku & mak sibuk buat lists apa yang dah dibeli kat sana.

Gigih senaraikan satu persatu.
 

9.50malam sampai lah LCCT.
Lama gila beg kami sampai.
Lepas tu sempat beli perfume kat airport hehe!

Lepas imigresen tu, pegawai imigresen tu Tanya aku ada beli kain untuk jual ke?
Aku cakap tak ada pun.. terus dia bagi lepas tak payah scan semua.
Ooooo senang nya kerja pegawai imigresen ek?
Tak ketat langsung kawalan.. erm!
Lepas tu terus ambil prepaid taxi bali ke setiawangsa RM80++.

Selamat tinggal Beijing!
Tak pasti lah aku akan pergi lagi atau tidak!

Wednesday, 16 November 2011

Careless Insident!

Insiden CARELESS berlaku pada 15/11/2011 (Selasa) di parking pejabat aku.
Gara-gara tali handbag terlekat pada gear.
Masa tu kaki kanan ku dah jejak keluar & tiba-tiba tali handbag terlekat,
dan dan aku nak selamatkan diri, dan dan tu jugak la tali handbag tu terlepas,
maka lutut aku mencium lah jalan tar tu.
Sakit tu toksahlah cerita!
Tapi aku cepat-cepat bangun takut orang nampak tapi nasib baik tak sebab 7.15pagi tak lah ramai lagi orang.



Maintain lagi aku, masa nak masuk entrance wisma persekutuan tu, aku siap lambai & sengih lagi kat kawan aku padahal tuhan je tahu betapa "nikmat" nya lutut time tu.
Dalam lif pun aku maintain je sebab ada orang. Tapi keluar je lif... terus berdengkut-dengkut. Lps thumb print, tengok kat kain aku "oh maiiiiii... banyak nya darah, terkena habis kain!"
Bila tengok "mak oiiiii dalam nya luka" terus pergi basuh & rasa nak muntah sebab aku memang tak boleh tengok darah luka-luka ni.


Mula-mula kawan aku nak tolong cuci dengan 1st Aid Kit tu tapi dorg kata pergi lah klnik terus & aku minta PAR tolong bawak. 8.15pagi pergi Klinik Kesihatan Kota Bharu.
Nasib lah aku kakitangan jabatan kesihatan kannnn. Still ambil nombor tapi sebagai syarat je la.
Tunggu tak sampai 1jam, terus masuk jumpa Doktor (ni bilik khas untuk kakitangan la.. bukan potong line orang awam!)



Oleh sebab aku ni kakitangan kesihatan maka aku kena la isi borang buat report insident.
Doktor kata ni kali pertama lah dapat kes CARELESS INSIDEN- terlekat tali handbag kakakak.
Aku duk gelak-gelak dalam tu sebab doktor tu kelakar gila.
Dia tanya aku nak MC berapa hari.
Jujur aku cakap 1hari je.
Lepas tu doktor kata "alahai, mana sempat sembuh 1 hari.. saya bagi 2hari la".
Ades alang-alang tu biarlah sampai Khamis terus haha.

Lepas tu gi dressing.
Aku siap tanya nurse tu "sakit tak?"
Dia kata ubat yang dia bagi tu pedih sikit la tapi dalam masa 2 @ 3hari luka dah boleh kering.
Dia suruh tukar 16/11/2011 (rabu)
Pedih sikit apa, pedih banyak.. gila nak nangis aku haha.
Mulut aku duk uu aww uuu aww sakit!

Nurse bilik sebelah tanya "sakit apa tu yang bising sangat?"  
hahahaha padahal jatuh kereta je!
Inject kat bahu kanan.. bising jugak mulut aku.
Nurse tu bebel cakap "awak ni tak biasa ke?  Kalau bersalin nanti lagi sakit"
Hahahah aku tak kahwin lagi kaedahnya maka tak tahu lah & tak nak pikir dulu hee~!

Kawan aku tanya nak wheelchair ke tak?
Alah toksah tanya buleh, bagi je tapi aku segan la nak cakap nak maka aku jalan dengan perasaan nak muntah huu!

Jadi sampai pejabat, terus packing-packing barang, terus balik.
Kawan aku siap hantar ke kereta huhu malu aku.
Tapi kaedahnya petang tu aku keluar jalan-jalan dengan mak aku.

Aku mana boleh duduk diam kaedahnya? :P
Masa taip entry ni pun aku kat CC (seharian berjalan harini kooo... kalau ada tongkat laju la sikit jalan tapi sape nak bagi huu).

Monday, 14 November 2011

RM200

Apa yang RM200 nya ni?
Sebenarnya ini lah perbelanjaan yang aku dapat dari mami & arwah abah aku
untuk sebulan sepanjang pengajian ku di UiTM Jurassic Park (Jengka) Pahang.
Tahun pengajian semester Mei 1998- Jun 2002.

Aku tak ada buat aprepa-apa pinjaman @ biasiswa.
Juga tidak ada buat apa-apa bisnes (eh ada la jual tudung tu pun 2kali je
haha).
Aku rasa sekarang budak-budak zaman sekarang ni RM200 tu paling lama pun
untuk 2minggu je rasa.

Percaya tak? Sebenarnya aku pun rasa macam tak percaya.. apa boleh buat
dengan RM200?
Kalau nak tahu, tunggu entry seterusnya (kalau ada yang suruh sambung la,
tak suruh tak ada lah aku nak sambung hehe).

Wednesday, 9 November 2011

Sekeleng!

Tau apa itu SEKELENG?
Sekeleng ialah bahasa kelate & kalau bahasa kebangsaan nya ialah SYILING kekekek.


Sudah hujung-hujung tahun maka sudah tiba masanya untuk sumbat dalam Tabung Haji.
(aku tak ada ASB, harap maklum!)
Nak kata banyak sangat tu tak lah,
tapi ada lah sikit-sikit.

Tabung pun bukannya besar sangat.
Biasala hujung tahun, nak mengejar bonus haha.

Monday, 7 November 2011

Derma

Untuk kali ke-4, saya menderma darah di Pusat Perubatan An-Nisa' Kota Bharu.
Rasa macam marah pada diri sendiri sebab tak berjaya untuk derma setiap 3bulan.
Ye la asyik sibuk je memanjang huhu alasan betul!

Tak ada alasan lah nak derma darah.
Alasan "aku takut / aku sendiri tak cukup darah / belum masanya lagi" tu aku tak boleh terima.
Unless doktor sendiri yang sah kan korang tak cukup darah untuk derma.
Bagi yang tak cukup berat (sekurang-kurangnya 45kg), tengah period & alasan-alasan yang tercatit tu,
aku buleh terima!

Doktor dari HRPZII cek kat final stage.
Katanya ramai juga dari Jabatan Kesihatan datang derma.
Aik, time aku ajak tak ramai (padahal aku ajak 3 4org je haha).

Ok selesai derma, dapat lah 2gudibeg berisi seperti gambar di atas.
Lupa nak letak sijil.
Pergi makan nasik yang dorg sediakan dengan mak  (hahaha aku dan nasik tak dapat dipisahkan, nasib aku tak gemuk) :P
Lps derma rasa dapat 1kepuasan sebab dapat berbakti.
Ye lah nak derma duit pun, banyak mana sangat lah kan?

Friday, 4 November 2011

Jamuan Raya Pejabat - Delay Entry

Haaaa lama gila aku delay entry ni.

Berapa haribulan memang tak ingat dah haha.
Tapi di adakan di Makmal Kesihatan Perol, Peringat.

 Aku sorg je anak dara.. ada aku kesah?  haha
Baju raya itu dijahit oleh ibu whooz fauzi.

 Bos pakai baju hijau di meja VIP nun!

Buat hari Khamis pukul 12.30tghari maka selepas jamuan tu,
aku terus balik la.
Maklumla kat Kelantan, jabatan kerajaan persekutuan pulang pukul 3petang bagi yang masuk 7.30pagi.
(Pejabat Kerajaan Negeri lagilah lagi awal pulang.. aku dengki!  haha)

Akak P.A yg banyak tolong aku hehe
Aku pergi dgn kakak P.A aku ni.. dia tumpang aku sebab kereta dia kena blok.
Oleh sebab aku baru je sebulan kerja di pejabat tu,
maka aku takde lah kawan lagi huhu.

Makan banyak jugak tapi aku tak larat la nak sumbat semua.
Antara menunya:  nasi dagang kelate, nasi dagang teganu, mee sup, kuih raya, ketupat, laksa, puding & sangat banyak aku pun dah lupa haha.

Sekian entry poyo.

Thursday, 3 November 2011

Si putih

Aku terjumpa kitten ni betul-betul depan rumah aku.
Masa tu baru lepas hujan lebat & dgr bunyi kucing.
Ingatkan kucing aku, bila cari.. rupa-rupanya kucing ni.
Cari mak kucing ni tak ada pulak.
Aku tengok menggigil sejuk maka aku lintas jalan & ambil kucing ni bawa balik.


Aku rasa umur nya baru 2bulan kot, sangat kecil.
Aku balut dengan tuala, memang gigil2 & walaupun kecik,
dia tetap makan kibbles untuk adults.
Tak bg makan kesian sebab lapar.

 Kucing ni playful sangat tapi Koket tak welcome mana-mana kucing sekalipun.
Dengan si kitten ni pun dia marah (kecuali dgn si kurus tu dia berani2 gitu jah).
Mcm biasa la mak aku marah bawak balik kucing banyak-banyak ni.
Si Koket pun bukan mak aku suka sangat (katanya lah) tapi kalau Koket meronda-ronda & tak ada dlm rumah, mak aku risau pulak hehe.

Putih ni cantik.
Tapi malangnya kutu banyak gila, aku risau berjangkit dengan Koket je.
Tapi aku still main-main dengan putih.. manja gila & kelakar hehe.

Esoknya aku ambil keputusan yang sukar gila,
aku melepaskan Putih ni... semoga dia ketemu tuan baru yang baik.
Aku nangis berkoyan-koyan tak payah cerita lah, once aku dah sayang.. aku sayang betul.
Sampai sekarang aku rindu kat Putih ni walau hanya sehari aku belanya.
Maafkan dakuuuu :-(

Tuesday, 1 November 2011

Nilai kemanusiaan yang runtuh

Aku membeli mahalah Mastika ni semata2 nak baca kisah mengenai HERO kucing yang potong kakinya akibat mencuri ikan di selangor.
Walaupun aku dah baca & tonton videonya di blog tuan HERO ni tp aku nak beli juga.


Kat mana lah nilai kewarasan seorang manusia?
Kucing bukannya ada otak pun untuk berfikir.
Aku memang tak boleh orang menganiaya apa jenis haiwan sekalipun..
Makhluk itupun layak untuk hidup.

Sedih!
Aku nak sepak kucing akupun tak sanggup beb.. Euwuwu!