Tuesday, 26 July 2011

Update?!!!

Waaa tak dpt nak update entry bergambar ni...
Cemana ek? Mcm2 aku mask tepek gambar ni acceli.
Bengang betul la.. Tak tau la apa motip blok blog kat opis ni... Adoi tensi aku nokkkkk!

Tuesday, 19 July 2011

Test

test... Aku kat opis baru.. Blog blh bua tp bila nak publish..
Kena blok... Tensi aku nokkk!

Ni update kat samsung galaxy tab.. Test test!

Wednesday, 13 July 2011

Old School

"Celup celup... coklat NINI... celup celup!"

Zaman sekolah rendah dulu, glamer NINI ni.
Tak sangka sekarang ada lagi & aku lah slh seorg penggemar tegar masa dulu hehe.

Dulu2 berapa sen je.. sekarang RM1.10.
Beli lah sekali, nak rasa zaman kanak-kanak :P

Friday, 8 July 2011

Apa Kiut ni?

Cuba tgk gambar kat bawah ni... kalau ikutkan, besar sikit dari hp aku.
Apakah ia?
Cover samsung galaxy tab baru aku kah?
Console games kah?

Console game ke?

Tiba2... ada kepala pulak muncul kat atasnya tu.
Erkkk maximum 180kg?

Frame gambar seberat 180kg ke?

Oh mmg scale rupanya.
Kiut kan?  Creative betul dorg buat mcm ni (or else org lain dah lama guna,
aku je ketinggalan hehe).

Scale la sebenarnya!
(abaikan 52.8kg itu- berat tak besh!)

Mula2 tgk kat display rack tu.. aku ingatkan frame gambar so bila belek2 tak mcm frame pun.  Lps baca kat box tu, rupa2nya scale.. gile kiut.
Ada kaler biru, pink, hijau, kuning & hitam.
Ada 3size- kecik (RM39.90), sedan (RM49.90) & besar (RM59.90 ke RM69.90 ntah.. tak ingat).

Dgn nekadnya aku beli sbb digital punya.
Sila jgn jeles ye kwn2? :P

Thursday, 7 July 2011

Ahad itu hari kerja~

Aku dapat surat pertukaran maka secara rasminya aku akan jd warga Kementerian Kesihatan lah pula!
Tidak sangka pula dpt tukar secepat ni & kalau blh tak nak tukar langsung tp DEMI IBU,
KU TUKAR JUA (ku tinggalkan KL SYURGA DUNIA ni buat sementara waktu).


22/6/2011 (selasa) gi amik surat tu di JPA sendiri & kena lapor di Kem. Kesihatan Putrajaya pada 4/7/2011 (Isnin) dulu utk ambil surat penempatan.
Aku ingat dapat lah kat Hospital sbb dari dulu2 lagi aku nak sangat kerja di Hospital tp masih di pejabat rupanya.

Ya2 je blur kan... padahal kat FB aku dah canang2 dpt kat mana :P

Pejabat baru pun dekat dgn rumah.
Dalam 25km pergi balik (kalau ikut pokcik gugel maps la!).
Tapi aku dah minta tangguh sehingga 17/7/2011 (Ahad).
Maka tidak tahu lah lagi di mana pulak di bahagian mana.

Sangat tak seronok nya bekerja pada hari Ahad!

Wednesday, 6 July 2011

60 Minit 'tajam'

Tepat 60 minit larian dlm 7km.
Tak best langsung catatan masa ni.
Aku telah menjoinkan diri utk NTV7 Feel Good Run 7km bertempat di Sri Pentas, Bandar Sri Utama a.k.a TV3 pada 3/7/2011 (Ahad).

1st time dpt tshirt kain jersey.. baru besh!
Lama aku fikir samada nak join samada 3km (run with celebrities) @ 7km.
Bg aku 3km tu pendek sgt sbb biasa aku join 5km (gila berlagak... nak berlagak, join marathon 42km je la kan kakakaka).
Nak join 7km aku rasa mcm takut tak mampu pulak padahal kalu jogging 3round route luar tmn titiwangsa tu pun dah 8.1km.
Sudahnya aku join 7km jg sbb aku taknak lari dgn celebrities haha.

LUMBA LARI BOLEH TAPI LARI DARI RUMAH TAK BOLEH! :p
(AYAT DI KERTAS ITU) 
Aku racun officemate aku which is dorg bkn nya kaki join lumba larik.
So 5org register termasuk aku tp yg pergi hanya 4org (2join 7km & 2join 3km laki bini tu).


Aktiviti tak sehat semasa lomba lari- snap gamba

Ajak kwn2 yg slalu join lumba.. dorg tak nak kaedahnya.. sbb dgn artis kot haha.
Alah aku bkn nya nak jumpa retis.. aku nak larik je sbb tak pernah lg larik di damansara.
(eh ada la juga niat nak jumpa sorg artis ni tp tak nampak sbb aku lambat sob sob).

Sorg amoi ni offer snap gambar kami kekeke sian dia pulak!
Aku pasrah je join 7km ni sbb since dpt tau aku blh tukar keje ke kota bharu, asyik mkn pree je la aku.. takkan nak tolak kan?
Aku bab2 mkn mmg suka haha.
Sudah la mmg tiada exercise langsung + tidur pun tak cukup sbb sibuk duk packing brg.
Tp demi larian, ku sanggup!

Hujan still (gudibeg dlm tu ada losyen, shower gel, gegula, magz, perfume laki.)

Sudahla lambat sampai sbb parking punya lah jauh.. seriyus jauh!
Kalau aku tahu aku parking di Jusco Bandar Utama tu je.
Imagine la aku & fiza adalah peserta 7km paling last memulakan larian.
Aku berlari dr car park lg.. rasanya lebih 10km aku lari pergi balik haritu haha.
Siap kena perli kat polis yg jg tu kata "beribu dah lari.. kamu baru kat sini?"
Kahkahkah whut to do.. join dgn org yg tak selalu join, mmg la camtu!

Cari di mana NATIRI avatar.
Polis & banduan pun ada.. apa2pun dorg mmg kelakar,
siap berlakon tembak menembak lg.. jd perhatian hihi

Tu pun dorg siap suh aku rilek2 lagi.. no way lah,
aku kan slalu join lumba larik.. start mmg sharp la!
Nak taknak kena la jln together sbb dorg tumpang aku.

Batman obes erkkk heheh
Start lari, tak pandang kiri kanan dah.
Tp mcm biasa la awl2 lg dah lari, mmg semput gila la.

Fell Not Good sbb lambat
Mmg banyak jln je sebenarnya.
Sbb aku rasa betis aku rasa mcm nak terbakar so jln banyak, 
lari nya sikit haha.

The sponsors
Nampak seelan paul jah jadi 'pompom man'.. sebelahnya tu aku tak tau,
tak kenal lah selebriti tv7 nih.

Laki bini lomba larik
Mmg ramai gila tp akhirnya aku tidak lah menjadi org terakhir menamatkan larian sbb aku tekad, sakit pun sakit lah.. lari ttp lari.
2km terakhir tu mmg aku lari non stop kaedahnya,
meninggalkan fiza kat belakang.
(beriya lari, mcm la bertanding kan?)
Hantu galah
Dats why lah aku suka lari sorg2 sb kalau lari dgn kwn2,
nak borak lah, gosip lah, bergurau senduk lah, snap gambor lah,
ada2 je la yg melambatkan larian.
2km terakhir tu tak terganggung dgn anasir2 merepek :P
Eskrem perasa cempedak... kwn aku besh "ish tak nak lah eskrem tu tak best langsung".. sudahnya dia yg amik 2batang perasa durian & jagung  kekekeke
By the time smpai finishing line 8.40am (jam aku mmg cpt, hrp maklum) tu.. ujan selebat2nya... nasib baik la kan.
Berteduh kat building apa nama tak tahu, dlm 15minit jugak lps tu main redah jah.

Jusco bandar utama

Semua org dpt medal & aku tak suka lah sgt sbb nothing to challenge!
Semua org pemenang!

Lepak2 jap cari makanan... ada karnival apa tak tahu tp aku tak berminat pun nak tgk.
Sempat tgk sorg bdk autisme tu nyanyi je lps tu chow.
The Medals.. comel kan?
Lps ronda2 semua yg mcm tak berapa best tu,
kami balik je lah.. kena menapak lagi ke parking yg sgt jauh tu,
ajak dorg brekpes.. taknak pulok.. so terus hantar dorg kat office je lah.
Thn dpn insyaAllah join lg walaupun aku sudah menetap di Kelantan time tu.
(ku cintai larian.. kat kelate takde lah larian2 ni.. chesss.. i luv KL more!)