Wednesday, 29 June 2011

Nak Lego Majalah

Kalau ada sesiapa berminat nak beli majalah IN-TREND, EH, COSMOPOLITAN, RAPI, MIDI, MINGGUAN WANITA
Blh la beli dgn saya.
Masih dlm good condition spt baru (sy syg kan majalah2, tak suka rosak) &
ada juga yg masih belum di baca.

Ada dari tahun 2009 sehingga terkini.

  • Hard cover-  IN-TREND, EH, COSMOPOLITAN:  RM4 seunit
  • Soft cover- RAPI, MIDI, MINGGUAN WANITA:  RM3 seunit & 2unit ke atas jadi RM2.50seunit.
Kalau beli banyak, blh la kurang lagik.
If takde yang nak beli, as usual la akan dijual ke kedai buku terpakai eheh.

Monday, 27 June 2011

Penin Ah!

Dah start packin.
Tapi makin banyak packing, 
makin banyak yg tak sumbat lg dlm kotak!

Novel, trofi / plak / medals, bags, baju 3boxes, blanket / cadar semua dah masuk kotak.
Kotak tu kidnapped ofis punya jah, berlambak yg baru :D


Brg2 dapur tu tunggu lah mak aku dtg hehe.
Dlm bilik tu masih banyak lg &
agak pening sbb tak tau nak packing apa lg dah.. 
karang packing2 kang.. aku nak guna lg.. erm!

Susah betul spesis banyak brg ni haha.

Friday, 24 June 2011

Beijing- Muslim Food Market lah sangat!


Ni lawatan terakhir kami di China.
Bkn lah di beijing tp di Tianjin.
Kami overnite di Hotel Golder Horses kot (bkn yg mewah mcm KL ni tp yg cikai la aku rasa hehe)


Bilik hotel di tianjin

Sebenarnya mmg tak ada dlm itinerary pun kena overnight di Tianjin...si May tu lah pandai2 buat keputusan snd which is kami semua tak suka!
Tp nak buat cemana, kami di negara org.. terpaksa lah ikut.
Blk tu mmg kompim lah kami akan mengadu pada Wan.

Ni baru 1/4beg kami.. banyak lg kat belakang2 tu hehe
Perjalanan Beijing - Tianjin 1 1/2jam.
Oleh sbb smpai 8.45mlm maka restoran yg dibooking tu dah tutup.
Si May tak habis menyalahkan kami sbb lambat.
Dia pun bkn faham terms "restoran tu halal.. ramai je org Malaysia mkn kat situ"
Padahal restoran tu tak ada tanda HALAL!

Tunggu si May tak turun2
Kebetulan ada kedai mini di lobi hotel tu so May kata tak apa amik lah, dia akan byr.
Tp kena lah hati2 jugak.. terpaksa amik yg agak2 rasa halal segala eheh.

Dpn restoran Cina

Mlm tu kami mkn megi je.
Sudahlah penat mengangkut beg naik ke bilik segala.
Mkn pun tak lalu (mak aku lah.. aku bg la apa2 je, sekalipun aku komen TAK SEDAP.. tp habis jgk aku mkn haha).

Kaunter hotel kat tianjin

Besoknya 7.30pg si May suruh berkumpul di lobi hotel.
Punya lah seksa nak bawa turun segala beg2 semula.
Nasib lah beg aku & mak tak beranak banyak sgt.
Tp 2x naik turun jugak lah.

Culture Street
Alah janji 7.30pg tp si May lambat lah jugak.
8lbh baru dia turun.. dia lambat takpe, kami lambat tak blh,
tu pun turun dgn muka obvious bangun tidur.
Entah mandi ke tidak minah tu haha.

Culture Street
Pagi tu mmg tak disediakan brekpes.
Ye lah sbb dah tukar hotel... tak provide lah.
Maka terpaksa lah kami tahan perut dr lapar.
Mkn je lah biskut2 ke apa ke yg mana ada tu.

Bunga plastik pun jadi lah hehe
Kami di bawa ke Culture Street.
Sini mcm tempat nak kenal culture2 dorg lah (ye kut, pandai2 aku je haha).
Mcm biasa May explain tp aku mls nak dgr.
Walaupun dah 9pg lebih tp org dah ramai.
Mcm biasa guide mereka guna microfon which is sgt lah bingit bg aku.


 Batu bersurat apa ntah
Mcm2 jualan lah ada kat sini tp kat sini mmg tak blh bargain.
Mahal lagipun tp aku beli lah jugak jade tiruan.. 30yuan hehe.
Jade tiruan mudah pecah.. sekian terima kasih!

Ingat nak beli doll yg besar tu tp takut mak aku mrh hehe.
Just jln2 je.. nak beli mmg tak ada mood sbb sejuk kan!
Kat situ ada patung singa which is semua org2 cina berebut2 nak sentuh patung singa tu sbb bg mereka, sesiapa yg sentuh patung tu.. wish dorg akan makbul.
Aku sentuh jugak.. tp rasa sejuk la hahahahaha!

Singa yg bg tuah pada org cina kalu wish kat sini

Then kami decide tggu dlm bas lah.
Tiba2 si May lambat gila oke!
Dgn tanpa rasa bersalah, dia naik bas & dgn rasa excited nya tunjuk "beg dinner" dia specially kat en. osman & kak aini.  
Dgn bangganya jgk dia kata dia blh bargain "beg dinner dia tu kpd 160yuan" tak silap.
Kami masing2 mcm  "haaaaa?" tp sbb nak jg hati dia.. biarkan lah.
Kami ngumpat dpn2 dia.. "beg dinner ke ape mcm tu.. mcm beg2 kami pergi bawak ke pasar je"  Ye betul.. mcm purse biasa je, cuma besar sikit.
Kita nak gi dinner kan bwk beg2 glamer a.k.a clutch gitu.
Alahai sian aku kat May ni, kena bg lah perunding imej kat dia sorg kekeke.

Culture street terletak di jln ni

Then terus gerak ke MUSLIM FOOD MARKET.
Mula2 aku ingatkan semua halal la kan.
Sekali.. errrr mcm2 yg tak halal ada.

Timbunan beg org2 yg lupa diri masa shopping

Kedai 1st di bawa tu mcm2 makanan la, biskut, coklat, kuih, kacang2, kudapa2an.
Masa dia ckp mulut tu ok la harga,
tiba2 masa bayar.. mahal gila!  Penipu betul!
Seratus yuan lbh jgk lah habis.

Muslim food market

Mak aku beli udang kering.
Minta tlg en. aziz tu ckp kan.
Berapa yuan ntah.. yg kecik2 tu mahal so beli yg besar2 lah.

Apa ke namanya nih?

Ronda2 lg dlm tu.. jumpa mcm2 lah yg pelik.
Aku tak ingat lah apa nama benda kat atas ni.. aritu kwn aku ada bgtau.
Geli gila aku nengok.. yek!

Nak cuba x?
Pastu jumpa pulak benda kat atas ni dpn restoran.
Erm maybe terms 'halal' dorg lain dgn mazhab kita kot... entah lah.

Sila2

Ada jugak katak tp aku tak nampak, kwn aku sempat la snap gambar.
Bkn setakat katak.. buaya pun ada koooo haha.

Jln2 lg dlm tu, mak aku beli purse & handbag.. en. aziz tlg bargain kan.
So masing2 pakat beli lah.  Aku tak beli la.. mak aku je beli.

Lunch terakhir kami

Then si May kerah kami gi lunch pulak.
Pergi lah lunch.. ok lunch terakhir so mkn lah puas2 walau tak sedap.

Paip

Lps tu aku, mak aku, fishah & mak dia decide kuar dulu, nak ronda2 dlm tu.
Banyak benda menarik nak beli tp asyik terkejar2 masa, nak shopping pun tak puas ati.
Mak aku sempat beli troli kecik.. kiut je 15yuan heheh.

The kasuts
Mak nak beli kasut (bkn kasut mcm kat atas ni) tp xde size kecik lah pulak.
Comey.. mmg nampak kasut chinese style.
Lps tu cpt2 aku ke bas takut kena tinggal.
Sekali fishah pulak yg lambat hihi.

Si may ckp "fishah.. u killing my time!"  kecioh la minah neh ah!
Lps tu terus gerak ke Tianjin Airport.. sedih rasa :-(

Tuesday, 21 June 2011

Tak Tahu Nak Cakap.....

Sorg officemate perempuan cerita pd aku bahawasanya sorg pegawai kami tanya dia-  
"nape fida tu tak ckp & tegur2 dgn aku aaa?"
So officemate aku tu nak ckp apa?  Sbb dia pun mcm baru tahu hal ni hehe.

Ku akui, blh dikatakan tak borak dgn pegawai ni.
Kalau ada pun, aku just ckp "En. *******************, bos nak jumpa".. itu je lah.  
Kalau hantar surat kat bilik dia pun, aku cpt2 keluar.
Aku pernah lawat dia di wad masa dia eksiden, cuma mmg tak bercakap la.. apekepesen nya tak tahu lah.. lawat tp tak bercakap.... tgk je zzzztttzzzz!



Kdg2 aku jeles jgk sbb dgn staff2 lain dia beramah mesra, sbb dia spesis kelakar selumber & sporting.
dgn aku je tak even i'll try to talk tp "apa pun tak blehhhh"  ekekeke.
But dr dulu i'm adore him... cantik gila melukis & dia lukis after me request him to draw.
(bgtau kat FB je lah.. bgtau dpn2 mmg jgn hrp la haha).

Takpe lah, aku tegur dia kat FB je la ye bos wangi huhu.
Maaf En. ************, ai tak sengaja & sengaja hehsss!
ENTAHLAAAA!


(fefeeling poyo pagi2 ni- aku tgh stress ni.. tak pelah aku cerita merepek2 kan ek?)

Thursday, 16 June 2011

Beijing- Bergaduh di Yashow Market

Tiba lah masa tempat yg ditunggu2 sangat iaitu shopping di Yashow Market.
Kalau pergi beijing tp tak gi yashow ni mmg tak sah lah bak kata org.
Aku pun nak merasa pengalaman shopping situ la gak kan? :D

 Yashow Market

Ada ke ptt si May bg masa 1 1/2jam  je utk shopping, iaitu 5.40ptg kena berkumpul semula di entrance.
Aku tak tahu la sempat shopping apa je dlm masa tu.
Tp kami dah pakat dgn yg lelain supaya 6ptg @ 6.15ptg baru berkumpul balik haha good2 la dorg ni.

Cloth department
As usual tak jln dgn ahli grup.. jln snd2 je.
Aku suruh mak aku beli brg2 dia dulu sbb asyik aku je membeli haha.
So pergi lah beli table cloth.. berapa ratus yuan ntah dia letak.. last2 mak aku mintak 80yuan utk beberapa lai table cloth hihi.

250yuan selai.. menyesal tak beli banyak helai sbb dpt 40yuan (RM20) selai,
Sedap pakai.

Then cari baju utk kazen aku, decide beli tshirt je sbb mcm takde masa yg bnyak utk plh benda lain.
Mmg dia jual mahal gila tp kali ni bargain tak sampai 5minit then amoi tu ckp "ok ok.. u aaa, bargain so hard.. haiyo".. hah tau pun.. ko tak bg harga yg kitorg nak pun, kitorg akan dpt kan jgk smpai dpt haha.
Ok dpt 2lai baju.
Mak aku pun rambang mata tgk design comel2 ni
Lps tu cari pyjama plaks utk anak buah aku.
Mmg kain cotton dia sedap la.
Tak ingat la dia letak 350yuan tak silap lps tu mak aku mintak 60yuan hehe.  
Kitorg siap gaduh2 main tarik2 baju lg pastu duk ckp "this is high quality cotton".. ah aku tak kesah.. dia kata kalu nak 60yuan.. dia bg size lg kecik.. ciskek btul :))
Mmg kat sini kelakar gila rasa.  Gaduh2 sambil gelak.  Dia sengaja.. aku mintak cartoon lain, dia bg cartoon lain utk 60yuan.. ngeks.  Ni peniaga laki.

Dia ingat tgk mak aku yg veteran ni, tak berani nak bargain hard?
Mak aku jerit kat dia.. (mcm la apek tu paham.. mak aku ckp melayu pulak tu).
Dia mintak 100yuan.. mak aku tak mau & berkeras lama kat situ.. so lama2 dia ckp "ok... money money.. money.. 60yuan is money.. brilliant you!" kahkahkah.. jgn main2 dgn mak akuuuu!  :))
Then aku ckp "yes, we're brilliant in bargaining"  ngahahah.
Lps tu ckp "come again next time"  ek eleh poyo lu apek, tp mmg besh lah haahah.


Footwear & bags department

Lps settle beli, aku ingat si apek tu tepuk beg aku, rupa2nya May hahaha.
Mesti dia confuse apesal la time shopping pun boleh happy gila camtu =))

Then pusing2 lg mcm tak tahu nak beli apa utk anak buah pempuan aku laks.
Last2 decide beli tshirt comey2 kat dia lah.
Aku pun amik seketui.  Aku mmg takut sgt bila dia nak start harga tu, takut aku pengsan je tp dorg pun takut bila kita letak harga berapa.. win win situation la kan?

Mula2 dia letak 250yuan selai (gila tak masuk akal).. then aku tolak 85% kat hp= 37.50yuan tp aku ckp lah nak 40yuan.  Dia kata jgn la buat mcm tu kat dia, kain tu good quality.. ah pembohong lah!

Aku kata tak nak lah kalau gitu, lps puas dia pujuk.. dia bg jgk 40yuan selai.
Then kebetulan ada sorg singaporean chineese dtg pulak tanya how much tshirt yg aku dpt tu.. dgn slumber dpn2 amoi tu aku ckp 40yuan for 1piece.  Jeling je amoi tu kat aku kehkeh!

Amoi ni tak berapa komunis sgt, dia tak paksa beli if tak jd beli, tp dia suruh dtg blk kalau kat kedai lain tak ada :D  Kedai dia betul2 dpn lif.

Dia pun cerita dia dpt sport shoes tu dgn harga 100yuan yg pd asalnya 900++ hahahahahaha... kitorg share cerita, peniaga tu memang mencekik darah segala.
And kebetulan ada sorg mat salleh yg dtg sebelum dr dia dpt sport shoes sebijik mcm tu dgn harga 150yuan, so dia untung 50yuan lah.
It's all about ur bargaining skills :-)

Sbb masa tu dah 5.45pm so aku naik semula kat entrance tp jumpa en. aziz, dia kata tak ada org naik lg so aku decide dgn mak aku pergi cari kasut pulak.

Kasut yg membuatkan aku rambang mata
Then pusing2 lg kat ground floor pulak (bags & footwear).
Mak aku berkenan 1 kasut ni.. siap bakar segala, nak tunjuk bukti bahawa mmg leather punya lah.. ah!

Mak aku kata tak apa lah nak survey dulu, dia tak bg pergi.
Aku ckp tak apa le, kalau gi survey kedai lain tak ada kasut mcm tu, kami dtg blk.. nasib lah yg naik tak komunis sgt.. kalau kedai lain.. mmg tak lps!

Puas pusing tak ada plak, cuma tersinggah kat 1 kedai kasut ni.. lawa la aku berkenan.. 220yuan, mintak kurang sampai 30yuan.. terus dia kata tak pyh beli lah... dia simpan terus kasut dia.. so aku blah.. erk tak panggil blk.. kakaka mmg tak dpt lah harga tu so surbey kedai lain.. alamak mmg tak ada!  Mak aku ckp tak apa lah pergi balik kedai tu.. aku majuks.. tak nak haha.
Ni shopping complex sebelah yashow.. mmg original brand punya lah (kot), 
tak masuk pum

Pusing semula ke kedai kasut yg mak aku berkenan.
650yuan dia letak.. cesss!
So kami mintak 70yuan.. dia kata jgn, sedih dia.. so dia kata tak apa lah 500yuan.
Oh tidak... nak jgk 70yuan.. penat dia tutup kat angka 7 di calculator tu.. dia kata plis up sikit la.. mak aku kata tak nak.
So mak aku melangkah pergi.. terus dia kata ok la 70yuan hahaha.

Aku pergi semula kat kedai kasut yg aku bekenan tu... 
then apek tu hulur blk kat aku... miss.. shoes... 90yuan for you.
Pastu aku kata no... 70yuan.. terus dia kata ok & baling kasut tu kat aku.
bongok!  Aku kata HOI.. RUDE LA YOU!  & amoi sebelah dia tu ckp apa ntah kat dia supaya bg elok2 kat aku.  Pastu dia amik balik kasut tu & bg elok2 kat aku then gelak kekekeke komunis!

Sebelah Yashow
Last piece kat kedai last, berkenan kat kasut adidas nih... also dpt 70yuan.
Ugut blah la, mmg dia bg harga tu.  Harga asal 500yuan.  Aku ckp takyah lah, mengejar masa.. dia kata nak harga 70yuan, dia nak bg kasut lain.. ahhhh larikkkk!  Terus dia bg 70yuan!

Bila naik tu, en. osman & k. aini tggu kitorg.
Dia kata may dah ngamuk hahaha cuak gila aku.
Bila aku naik bas.. muka bengang la si may tu.. shadap u may!

Sudahnya bila semua naik bas.. yg lelaki nak gi toilet pulak hehe.
Masa gi toilet tu kitorg tunjuk la hasil shopping.. ada akak mana tak ingat,
beli blouse comey aaa.. si may jeles.. dia kata cemana blh dpt harga murah gitu,
dia pun tak dpt harga gitu kakakakaka takkan org snd pun dpt harga mahal kot?

Tetttt!
Abis sudah sessi shopping.. i will miss you Yashow!


Tuesday, 14 June 2011

Hantu Kot? (luahan hati akuuuu!)

Bila tanya.. masing-masing pakat tak nak mengaku!
Aku super bengang dgn housemate2 aku yg 2-3 org terakhir ni.
Asyik2 tak tutup lampu, tak tutup paip air, tak tutup kipas, tak tutup tv/astro.

Bila tanya.. jawapannya MAAF, LUPA! SAYA TERLUPA LAH KAK NAK BUAT CEMANA.
Kalau sekali dua tak apa.. ni dlm seminggu.. ada2 je yg lupa.
Kalau pergi ofis tu.. sepanjang hari lah tak off segala.

Dorg ni mmg tak responsible.. mentang2 lah masuk & duduk je tanpa perlu buat apa2,
so ingat boleh buat sesuka hati?

Sorg yg dah pindah (sbb kawen) tu takut pada denda sbb setiap kali lupa.. mmg akan denda RM1.. lps tu dia dah tak buat.


Yg sorg lg ni mmg lah tak mkn saman!
By the time je aku masuk tido, dia mesti lepak2 dpn tv (masa aku lepak dpn tv, dia mmg tak keluar bilik.. mkn minum pun dlm bilik). 
Kalau dia blk 6ptg, dlm pukul 11pm-12am baru lah dia akan keluar atau bilamana saja aku masuk bilik.
Yg ni la banyak bg masalah nih.
Dia start tak tegur aku since aku tegur dia "next time lps mandi tutup terus lah paip tu.. tak pyh nak penuh2kan air, lps tu lupa tutup.. common sense pun tak kan nak kena ingatkan jg.. mcm pakai seluar la.. tp lupa zip, blh mcm tu?"
Since lps tu dia mcm dah tak nampak kewujudan aku kat rumah nih.
Masa aku blk kg.. air masak / mineral kering kontang, 1titik pun tak ada.
Kalau dah reti minum.. reti lah masak pastu buh blk dlm botol air tu!
Ni semua nak harap org!

Dia ni mcm degil sgt.. bila kita ckp apa2.. dia cpt2 nak masuk bilik or tutup pintu.
Mandi pun seboleh2nya dia nak kunci pintu bilik.. ada emas agaknya.
Aku pun tak kepingin masuk bilik org haih.
Ingat sikit semua benda2 dlm rumah tu aku punya.
Dulu aku menyewa pun tak kunci pintu bilik pun,
tinggal duit merata dlm rumah pun aku rasa selamat...
sekarang ni sbb housemate tak percayakan aku.. aku lg lah tak percayakan dorg!

Yg sorg lg ni pulak tang byr sewa je ada je alasan.
Eksiden lah (pernah dia minta pinjam semula duit sewa dia tp aku bg suku jah),
pastu dia dituduh mencuri lah maka gaji kena potong,
gaji tak dpt lg lah. Whut the coincident?
Smlm dia tak tutup air sampai kering kontang air dlm tangki pg td.
Bila tanya dpn2 tak mengaku!
Tp aku tahu dia sbb aku blh cam bunyi pintu bilik dia dgn pintu bilik yg DEGIL tu.. bkn bdk tu.
Tp sekali aku ugut dlm sms td.. baru la terhegeh2 ckp "mmg saya.. saya mintak maaf".. cesss sekali tipu.. sampai bila2 lah aku tak akan percaya!


Argh aku rasa tension la mcm nih!
Ikut hati nak duduk sorg2 je tp sewa mahal gila lah pulak kalau kat KL ni.
Famili syor kan aku naikkan sewa lagi.
Takpe.. once dorg pindah, aku naikkan sewa sbb sewa yg dorg byr sekarang termasuk utilities mmg tak cukup.. kdg2 aku cover dgn duit snd.
Sudah la toilet sekali harem pun dorg tak pernah cuci!

Aduhai nasib badan :-(

Sessi luahan!

Thursday, 9 June 2011

Beijing- Makang Itekkkk!

Oleh sbb China mmg terkenal dgn menu itik,
maka kami pun tak mahu lah terlepas peluang mkn itik ni.
Maka jami di bawa ke 1 Restoran Muslim utk menjamu selera mkn itik.
Tp kena byr lah 30yuan sorg & kami byr 1hari sebelum tu.

Chef tgh potong2 itik

Rupa2nya si May ni meng'order' 4ekor itik utk diberi kpd kami 15org mkn,
peh banyak betul tp tak kesah, sbb semuanya kuat mkn haha.

Ada cara mkn itik ni:
  • Ambil kulit popia (sana tak tahu panggil kulit apa)
  • letak isi itik yg dah dipotong tu kat atas kulit popia
  • letak sayur2an (mcm sayur2 utk buat popia tu)
  • letak sos dlm campuran itik + sayur tu
  • lipat 4segi
Maka kami buat lah but the end kami buat lauk je lah.. 
mcm remeh pulak nak kena buat segala tu haha.

Restoran yg sediakan itik
Tp sedaplah itik tu.  
Kami request supaya chef tu potong itik dpn kami then mami bisik kat aku 
"tgk tu.. mcm cucuk je?"  errrr aku "ERM" kan je huhu.
Hanya mereka yg tahu samadada sembelih @ cucuk @ pancung je terus huhu.
Dah bgtau si May "nak itik halal" so dia kata ok tp tak tahu lah apa yg dia faham psl HALAL kan?
Menu hari ke-5 bersama itik panggang

Selepas semua itik habis, kami dihidangkan dgn 4rangka itik tadi.
Mmg style mkn dorg mcm tu.. tak blh tidak, mmg kena letak rangka.
Sedap jgk ratah2 hehe.

Itulah pengalaman mkn itik.
Lauk2 lain pun sedap jugak haritu compare hari2 biasa.

Wednesday, 8 June 2011

Beijing- Morning Shopping

Guide (May) kata hari ke-5 tu kami diberi 1hari suntuk utk shopping.
Tp tidak lah SEHARI pun sebenarnya,
sbb pg 2 1/2jam & ptg 2jam= 4 1/2 jam!

 Bilik hotel kami (tv tuh takde channel english)

Pandai je May ni, bila kami bg idea utk gerak awl which is 8-8.30pg.. dia kata tak apa lah kita gerak 9pg sbb mall buka 9.30pg.  La apa pulak?  Nak brekpes lg dlm 30minit rasanya sedang elok la kalu gerak 8pg lg pun jln jem!  Asal idea kami bg je, mesti dia argue & tak nak ikut.. geram!

Tak nampak pulak beg beranak

Kami akan transfer hotel di Tianjin (1 1/2 dari beijing).
Kami argue la kenapa kena transfer sbb tak ada dlm itinerary yg wan bg.
May kata 'kena transfer sbb sekarang winter time so KITA TAK TAHU APA AKAN JD TGH JLN.. jln mungkin jem"  Oh no.. kami pun WHATTTT?!
It's not winter time la.. baru early spring ok!  Huh~

May kata takyah risau jln tak jem.. but see see.. jem aight?

Maka berpeluh lah kami dlm cuaca 8celcius tu.. ye lah beg masing2 dah beranak pinak.. dr 1beg jd 5 6beg hahaha.
Selamat tinggal Cheng Feng Hotel.
Kami pakat utk mkn secepat mungkin, ye lah nak kejar masa.

Makanan paling sedap di Beijing ngeh ngeh

Sepanjang 5hari kami di sana, makanan paling sedap yg penah aku mkn ialah MEGI!  Nikmat gila sbb kami dah muak dgn menu telur all the time! Nasib lah kakak2 tu bawak megi berpaket2.
Mak aku lg best, konon nak pujuk May & Mr. Lang supaya bwk gi shopping lama dgn bg megi.. ah tak mkn saman nya dorg haha.

Nikmatnya dpt telan benda alah yg aku paling tak suka di Malaysia haha

Kami tinggal 13org sbb si Nourie & Hana dah blk Malaysia 2hari lbh awl.
Shopping Mall yg May bwk ialah ke Hong Qiao Pearl Market (bkn jual pearl tp mcm2 lah.. pakaian, footwear, souvenir, gifts, toys, electric, kain pasang, aksesori bla bla).

Borong beg lagi

Kat sini tak ramai sgt org maka best lah berjalan2.. sunyi je.
Tp si fishah yg blh ckp mandarin translate kat aku.. chineese2 ni kata "org malaysia dah dtg.. menyusahkan kita je lah dorg ni"  Eii kalau lah aku reti mandarin, aku bls je blk kat cina2 tu.. ceh!

Kedai Abdullah.. ramai2 tu org Kelate, shopping utk jual kot hehe
Mak aku nak beli gak tp aku tak kasi.. bkn dia pakai pun.. 4 5ketui bedsheet beli kat mesia pun dia tak bukak2 lg!

Aktiviti2 shopping2 bermula.  Mak aku beli table cloth, bedsheet, sarung bantal, sarung tissue eheh.  Dorg blh ckp melayu kaedahnya.  Mak aku lg ganas wooo mintak bargain.. lg berani dr aku hah.

Shawl / silk / neck tie

Pusing2, kakak2 grup aku borong handbag lg hahah maka mak aku pun turut serta beli utk mak cik aku.. aku pun beli beg sandang konon nak bg org tiba2 aku berkenan lah pulak kan wahaha.
Kak lina tak dpt 1handbag yg sama dgn kakak2 tu so gi kedai lain, dpt la sebijik.. dia tipu la harga.. maka dpt lah lg murah hahah untung kak lina.

Tgh ralit pilih.. comey2 semua.. mami beli utk ry

Mak aku kata kita berpecah je lah dgn kakak2 tu.. aku ok je sbb kalau ikut jgk,
tak dpt lah beli apa yg kami nak tu.
Mak aku beli 1 lg handbag channel 50yuan kot tak silap aku.
Pastu cina tu suh beli lain lg.. mls lah heheh!

Hiasan dinding

Pusing2 lg, tak tahu pulak nak beli apa,
cuma misi kami nak beli tshirt beijing.
Kedai 1st tu aku mintak la sekian2 harga (tak leh la note kat sini psl utk kwn2 kan hehe).  Mula2 tokey tu bg pastu En. Osman kata mintak la murah lg tp sbb tokey tak setuju, maka kami blah.. dah jauh kami jln, tokey tu mai tarik tgn aku.. hahaha kannnn.. dpt? 

Red shop

Kami pun apa lg, borong lah tshirt.. aku beli 5helai tshirt beijing & 4helai hard rock cafe tiruan (sape suruh tak nak bawak kami ke HRC?).
Mintak maaf lah kat kwn2 yg aku jnji nak bg tshirt tp tak bg sbb nya mahal lah!
Kakak2 tu kemain lg borong tshirt, berpuluh2 helai sorg huhuuu!
Selain tu aku beli sport shoes 1pasang 75yuan (RM37)

Ahak2 tgk sibuk beli tshirt

Aku rasa grup kami beli tshirt Beijing sama design hahaha sehati sejiwa betullah!
Ada lg yg cantik tp mls lah, dah rambang mata!

Tshirt.. comel kan?

En. Aziz Mandarin just duduk lepak2 je sbb dia tak suka shopping.
En. Aziz takleh ckp mandarin tu ikut wife dia (kak manja) pusing2 shopping.
En. Osman tu jln dgn wife dia kak aini shopping.
En. Osman siap beli gajet lg hahaha kagum betullah.
Mak aku kata nak beli jgk lah hp.. ala mana sempat dah kekeke tak pe lah len kali ek?

Ingat nak beli tshirt panda tu tp mls lah sbb gamba hewan, kang kwn2 aku tak suka plak

Janji dgn May 12.30pm kat lobi tp kami mmg sengaja lambat2kan.
aku siap turun ke bawah ronda2 dgn mak aku.. tak ada apa sgt lah mcm potret, lukisan, hiasan, pasu bla bla.

1.30pm baru kami pulang utk mkn itik eheh.
Ngamuk May.. tp PADAN MUKA DIA :P