Tuesday, 31 May 2011

My bowlingmate wedding day


Zaaza & Din Reception
29 Mei 2011 (Ahad)
Bora Bora Ombak Cafe, Ampang
8pm onwards

Akhirnya, kawin jua kawan aku ni... nasib lah dkt dgn rumah aku,

kalau jauh mmg aku tak pergi dah (alasan ratu sesat walau dah baca gugel map).
Kena pergi sbb kamceng tu weiiii cuma since dia futher studi, rasa jauh sikit la.

Majlis ni tidak dijemput ramai org so kena la bg kehadiran segera.

Oleh sbb mak aku ada di sini, maka aku bg kehadiran aku & mak lah.
Kebetulan CT & Aizha pun pergi, so blh lah geng.

By 8.10pm aku dah sampai & tak ramai lg org time tu.
Pergh, rasa mcm segan je nak masuk ye lah mana le aku penah pergi majlis grand2 gini,
siap di sambut dgn "hulubalang2" & "mbak2" nya hihi.
+ adiknya pun jd slh sorg yg sambut tetamu.
Bahagian kenalan perempuan dalam dewan &
utk kenalan lelaki di luar tp kat luar lg best.

8.50pm pengantin sampai & kami keluar snap gambar zaza.
Dgn selamba nya aku jerit nama dia sbb eksaited sgt, hope muka aku tak masuk skrin lah time tu heee :D

Lps MC welcoming pengantin & bg ucapan + doa,
baru lah blh mkn dlm 9.20pm gitu.
Bila keluar baru terasa kemeriahan, besar juga rupa2nya Bora2 Ombak ni.

Lps mkn semua2 tu lepak2 kejap & time sessi lps bergambar dgn famili,
kami decide nak bergambar dgn pengantin.

Buat pelamin tu mcm pelamin snd lah sekejap.. dah lama tak jumpa weh.. ada lah dlm 4thn kot.
Tp takde lah borak panjang, bergambar je.. bg lah chance kat org lain pula.
Anyway selamat pengantin baru zaza.. jgn blur2 sgt huhu.


Lps tu balik lah.. dapatlah gudibeg spt gambar di atas ni.
Unik bg notebook & pen.. at least blh guna.

Anyway.. selamat pengantin baru sekali lg, semoga berbahagia.

Friday, 27 May 2011

Betul ke?

Minuman2 spt dlm gambar ni boleh memberi tenaga & banyak khasiat?
Dulu tak banyak sgt minuman2 spt ni tp sekarang mcm bersaing antara satu sama lain & melambak2 di pasaran.

Persoalannya sekarang... betul2 berkesan ke kalau minum?
Tnya ni sbb mmg tak tahu + aku suka teh je.
Mostly minuman2 dlm gambar tu adalah spt coffe / soy which is aku tak minum.

"Misai kucing" pun dorg buat air.. sian kucing dah tak macho.. ye lah, dah "misai"nya kena amik.

Anybody can explain?

Thursday, 26 May 2011

Beijing- "tayik" & emas

Lps lunch ada org jual music instrument kat luar restoran.
Tak sure samada serunai, seruling @ kat china dipanggil apa.
Ahli group lelaki berminat dgn instrument tu so dorg beli.
Mula2 jual mahal tp bargain hard la.
Yg besar dpt 50yuan & yg kecil 20yuan kalau tak silap lah!










Kat luar restoran tu juga ada baby yg tersangatlah tembam.
Kat sana sgt susah ok nak jumpa baby,
sbb polisi dorg.. 1family 1anak je.. kesian kan?




Lps lunch kami di bawa ke kilang silk di mana para2 wanita sesungguhnya tidak sabar utk shopping kain pasang.
Sehinggakan mereka minta penerangan tu dipendekkan kekeke.
Bkn setakat dorg, aku pun tak sabar!
Perempuan tu tunjuk la cemana cara silk tu dihasilkan.
Dia blh la ckp melayu sikit.. ye la dah ramai benor org Malaysia gi sana kan? :D












Ianya dihasilkan dari ulat sutera & dia tunjuklah cara buatnya cemana.
Ada 1bekas tu pastu dia ckp "inilah dia TAYIK.. buat sutera ini adalah dari TAYIK!" hahaha sedap je dia tarik TAYIKKK tu which is T@!K huhu.


Lps tu bawa pulak ke tempat cuci2 tayik & cemana dorg gulung2 ke apa aku tak tahu lah which aku rasa mcm geli jah nak pegang!




















Then dia bawa terus ke tempat bedsheet which mmg lah cantik tp harganya pun cantik!
Tp worth it la psl aku garu kuat gila dgn jari pun, tak tertarik benangnya @ tak rosak pun permukaan bedseheet tu.


Korang tgk lah snd harga bedsheet tu berapa & devide lah 2 utk dapatkan harga RM :D
Katanya org Malaysia boleh guna seberat 1 @ 1.5kg ikut kesusaian cuaca!  Ah tak kuasa lah aku beli walau pun cantik!
Then di bawa ke section yg lbh mahal which is tak blh snap gambar tp aku sempat lah snap 1gambar pastu kena sound hihi kecoh lah!


Time kami di bawa ke section kain pasang, semua laju je!
Promoter2 bedsheet tu ckp "tak payah beli kayen (kain) sbb mahal.. beli lah cadar kami!"  ceh padahal cadar lg mahal gila!
Naik atas tu.. kecewa weh.. semua design hodoh2 & mcm zaman dolu2 jah.  Aku tak beli tp mak aku beli 1pasang & utk makcik 1 pasang.
140yuan (RM70) 1pasang.  Dpt la free scarf yg tak cantik langsung kalau beli lebih dr 250yuan.
Baik aku beli china silk tiruan kat malaysia ni lg cantik huhu.
Mostly nya mmg tak beli lah.. mcm2 je ada kat sini tp mahal la mcm baju bajan, souvenir, teddy panda!

Then kami di bawa pulak ke kedai pisau.
Aku tak tahu lah apa motifnya di bawa ke kedai pisau nih.
Aku tak berminat langsung nak dgr.
Ada la yg beli apa menda ntah... blh kupas kulit buah lah apa lah.










Lps tu kami di bawa pulak Bird Nest Stadium which is kami diberi masa 15minit  jah.  Adoi mmg kejam la May nih.
So amik gambar dr jauh jah sbb tiba2 aku ternampak street seller jual toys kat situ haha.  Aku beli askar 15yuan utk anak buah aku.




Masa kami naik bas tu May ckp dia baru duk kupas buah epal, dah kitorg dah naik.  Cessss.. kalu lambat2 karang tarik muka pulak!
Then dia kata turun bas blk sbb nak pergi ke Kilang Emas milik org Malaysia punya.
Masuk 1bilik tu, pempuan tu tanya kami dari mana semua then ckp ah dr Malaysia & dia kata bos oustation so tak dpt lah jumpa kami tp dan2 pulak nya ada sorg lg masuk dia kata ANDA SEMUA BERTUAH SBB BOS KAMI DAH ADA DI SINI.  Whuttt?  Nampak sgt lah mengelentong cisss!


Mmg dia org Malaysia pun.. org utara, mmg blh ckp melayu at all.
Dia promo beli brg kemas dgn dia.. aku suka SAPPYRE (entah eja cemana) tp no point aku beli!
Katanya dia jual mahal sbb dia nak byr gaji pekerja2 dia & yg sebenarnya kos emas tu takde la mahal gila.
Contohnya kos 1cincin tu 120yuan tp dia akan jual 980yuan.. gila kentang berganda untung dia.
Dia kata pekerja dia 1senyuman akan diberi 1komisen.. erk complicated gila!  Sdh nya aku keluar senyap2 dgn mak aku hihi.



Aku keluar jamu2 mata kat kedai souvenir tepi tu.
Tokey emas cina tu kata, if kami dah beli Fridge Magnet kat situ, minta pulangkan & dia akan byr semua sbb katanya kalu FM tu naik atas flight.. flight tu blh terhempas... erkkk?  Ok ok tp kami tak pulangkan.. kami lg beli ada lah!
Mula2 salesgirl tu jual 5yuan seketui lps bargain, dpt lah 3yuan seketui.
Aku borong sampai 16ketui = 48yuan (ptt minta 1lg biar jd 50yuan).. tak terpikir pulak sb si May suruh cpt..huh!


Ikut hati nak beli panda tu tp tak tau kenapa aku tak beli.
Doll yg blh menari tu pun aku tergoda.. aku tak beli sbb mak aku mrh haha.  Mak aku beli keychain & plak utk bg org, sudahnya mak aku amik je plak Beijing tu kekeke.
Lps tu kami request singgah ke masjid.. nasib lah ada masjid.
Sptt nya kami di bawa ke nandouya masjid tp si May jwb "that mosque is not famous so u don't need to go there"  Hah?  bkn sbb famour or tak.. tp kami pergi sbb nak solat.
Ada 2 3tempat kami tanya bila nak pergi sbb mmg ada dlm itinerary yg Wan bg tp dia kata tak pyh pergi.
Kerja dia sampai ptg je.. kalau nak mlm, kami kena byr extra utk tips dia & minyak bas.. ces!
Kami betul2 tak puas hati maka kami decide nak jln2 snd mlm nya iaitu SHOPPING hehe.

To be continue!

Tuesday, 24 May 2011

Beijing Day 4- Tiannmen Square & Forbidden City

21.03.2011 (Isnin).
Brekpes kali ni ada menu bunga teratai.. sedap lah jgk, rangup2 gitu.
Lps brekpes, tiba2 ada aku mcm nak beli penutup kepala Panda tu.. 10yuan je pun hihi!



Lg pula si May kata suhu pada haritu mencecah 8degrees & malam sebelum tu -2degrees.. sejuk weiiii!


 Rasa mcm nak nangis je duk luar bangunan.. tak tahan sgt2.
Timetable hari ke-4 ialah ke Tiannamen Square & Forbidden City.
Aku mls nak cerita ceriti sejarah nih boleh?
 Forbidden City ni tempat raja dulu2 la.. ada beribu2 binik.
Dia nak tidur dgn yg mana 1.. dia gunakan kad.. nama sape dia akan cabut utk tidur dgn dia mlm tu.
(hurm tak kena aids ke bini banyak2 ni hehe).
 Oh dari tempat parking ke Tiannamen Square & Forbidden City ni kena menapak agak jauh (aku tak rasa jauh la sbb dah biasa jogging).
Kat entrance tu agak strict.. kena scan bag segala.. so remeh!
Masa turun bas tu, mcm biasa lah ada street seller & aku beli sarung tangan 5yuan jah (RM2.50) sbb rasa mcm dah gigil2 lain mcm.
Aku rasa mcm nak demam dari hari 2nd lagi.. setiap masa duk telan actifast (migrain pun ya jgk).
Oleh sbb sibuk duk membeli dgn street seller, maka aku jauh ketinggalan lah pulak.. tepaksa la kejar, udah la mak aku mmg jln selow & steady punya hihi.
Time lps scan tu aku rasa mcm dah taknak teruskan berjalan sbb mmg sgt sejuk.  Cpt2 aku pakai sarung tgn sbb tgn sudah mula membeku & kebas.
Grup2 aku dah tak berapa nak dgr cita sejarah dr May sbb ada yg sibuk bergambar, ada yg duk gigil2 tak tahan.
Aku of course la mmg lembab sikit psl sejarah2 ni.. dgr ala2 dgr tak dgr jah la huhu.
Ramai gila time tu.
Chineese snd pun ramai, siap bawak banner & mikrofon lg.
Dah la pakai mikrofon.. lg mahu terjerit2 mcm org gila.
Aku tak faham lah.. kalau dah suara kuat, tak perlu lah guna mikrofon.. deng!
Si may pun duk mengomen tak suka sbb rasa annoying.
Kitorg keep on walking.
Mmg luas la tempat tu.
Rasa mcm nak menangis pun ye jgk.
Aku duk tercari2 tak ada ke tempat utk panaskan badan sekejap pun jadih lah.
Nampak je matahari terik atas kepala tp sebenarnya tak rasa panas langsung.
Terkena pulak time tu angin kuat.. habis pasir masuk mata.. berair2 mata aku mcm org menangis :P
Aku kesian kat mak aku je, dia tanya lambat lg ke?
Aku pun tak tahu kaedahnya.
Kalau aku tak tahan, apatah lg mak aku lg la tak tahan huhu.
Masa masuk Forbidden City tu, May suruh jenguk ke dlm istana yg dorg tak bg masuk tu.  Aku jenguk kejap je so nampak la mcm karpet2 merah & kerusi2 maharaja tu, kejap je sbb ramai sgt org. 

Aku & mak lepak tepi2 tu jah bergambar & tgk org ramai.
Aku tgk dorg selamba je pakai skirt pendek segala.. kulit kayu ke apa?  erk!

Nasib baik kali ni May suruh kami PANTAS sbb dia kata dia pun tak tahan sejuk.. muka pun toya jah!
Or else suh PANTAS sbb kat sini takde apa2 komisen kot hihi.



Nak dkt kuar tu jumpa lah pulak bunga... maka masing2 berebut bergambar dgn bunga2 tu termasuklah aku & mak.  Mcm tak pernah nampak bunga je kan kekeke.. ye lah, kami bajet nak gi spring tp terawal 2mggu lah pulak maka bunga pun tak banyak le!

Lps tu balik lah, masa lps mesin scan tu, ada le askar jaga & kak tibet (kak leha) & geng  berdiri sebelah askar tu pastu kena halau kekekek kecoh la.. nak bergamba pun tokleh.

Bila dah naik bas.. aku rasa lega!
Masa utk mkn tengahari pulak :D





Monday, 23 May 2011

Netbook ku- rasa nak letgo

Aku baru je beli netbook HP MINI ni februari 2011 yg lps,
tp aku rasa mcm nak jual.
Bkn sbb tak besh tp sbb rasa mcm nak guna gadjet lain 
(yg aku sgt idam2kan sebelum ni).

98% like new (cover plastik tu pun tak bukak lg),
guna utk bertenet semata2... mmg takde download apa2.
Rasanya dah ada yg nak beli.. dia nak byr 2x.. ok lah.

(tp tak tahu lah lagi bila nak jual nya.. in planning je) (^,^)

Friday, 20 May 2011

Marie Claire lah sgt!

Tak sampai 3bulan lagi umur spek ni.. tiba2 ianya sudah jd sebegini (refer gambar).

Aku pakai spek ni utk keluar rumah je (ofis, jln2) sbb kat umah aku ada spek basahan (mcm baju plak hehe).


Aku buat spek ni kat Kota Bharu.. mmg betul lah org ckp.. dorg ni LACK OF SKILLS so better buat kat KL.
Spek basahan aku pakai kat umah tu lasak gila.. almost 2years dah pakai.. elok je lagik no patah2 or tercabut skru segala!

Erm!

Thursday, 19 May 2011

Great Wall~ here I come~

Akhirnya sampai juga aku ke 7wonders.
Kiranya ni my 2nd wonders yg aku jejak selepas Taj Mahal which is gap yg dkt.
Taj Mahal on February 2011 & Great Wall on March 2011 :-)

I tot 2nd day May akan bawa ke sini, rupa2nya hari ke-3 baru dia bawak.
Punya la aku tertunggu2 "bila laaaa minah ni nak bwk ke Great Wall".

Jauh juga perjalanan dari hotel kami.. almost 1hour.
Mula2 En. Manap (mr. lang- our driver) bawa ke entrance Badaling tp tutup so kena undur balik maka kami panjat melalui Juyong Pass.

Great Wall ni ada 9 entrance semuanya iaitu Badaling, Juyuoungguan (Juyong), Mutianyu, Simatai, Jinshaling, Gubeiko, Huanghuacheng, Jiankou & Water Pass.
Setiap entrance tu ada lah tahap kesukarannya tersendiri.
Tp yg biasa org pergi ialah Badaling Entrance.

Kat Juyong Pass ada lah kunci2 utk pasangan bercinta / berkahwin.
Konon2nya bila letak kunci kat situ, mereka akan kekal bahagia.
Kepercayaan dorg lah tu.
Aku tak sure entrance lain ada ke tidak kunci2 tu.

Before ke sana, aku studi la sikit2 psl Great Wall what time yg ramai org & jgn pergi what time.  So dorg advice jgn pergi tengahari or ptg, nnti ramai org.
Mula2 mmg May nak pergi pagi tp sbb ada 2org grup kami kena balik Malaysia awal so retime balik la.


Kami sampai dlm 3ptg di sana.
Aku rasa hairan lah jgk sbb tak ramai org pun.
Sbb cerita ceriti kat forum.. katanya start tghari-ptg.. nak naik tangga pun susah sbb sgt ramai org.  Aku keep in curious why tak ramai org.

Then aku terfikir.. maybe MASIH SEJUK.
Tak silap aku dlm 11degrees.
Sape2 tak daki mmg sejuk lah.. tapi sape2 daki tangga, ilang la rasa sejuk tu hehe.
Mak aku awl2 lg dah surrender tp aku suruh naik jgk la sikit (sikit tak sikit la dlm 30ketui tangga jgk- kira banyak la bg warga emas) & sampai atas tu aku suruh dia tggu lah kat deret2 kedai tu dgn ahli grup kami yang tak nak daki tu.

Aku dah sound Nourie & Hana.. apa2hal naik lah dulu sbb naik & turun tangga ni mmg bkn makanan aku.   (Dats why hiking / trekking aku failed jugak.. asyik jd org last je haha & now aku dah tak berminat nak buat mende2 yg melibatkan benda tinggi kecuali berlari ngehhhh!).
Tp dah sampai Beijing.. alang2 menjejak Great Wall.. baiklah aku daki walaupun kaki aku gigil2 gayat, opsss!


Aku dgn gigihnya daki Great Wall walau aku rasa gayat yg amat.
Tangganya ada yg curam, ada yg lebar & nasib baik sbb ada tempat utk pegang.
Time tu tak ramai sgt org so just nice la.  Org2 yg aku terserempak tu pun tak sombong.
Aunty2 & Uncle2 mat salleh tu selamba je daki.. dorg mmg cargas!


Feeling aku time tu mmg tak boleh digambarkan la.
Mmg happy gila!  Rasa mcm tak percaya pun jgk sbb dah jejak kaki ke Great Wall.
Rasa mcm mimpi pun ya jugak!
Mula2 nak give up (aku ni tempat2 tinggi mmg aku cpt give up hahah) tp aku tgk Nourie & Hana laju jah naik atas, maka aku taknak stop.. aku teruskan jugak!
Tgk view bawah dari atas.  Nampak si Fishah.. aku laung nama dia dgn sekuat hati.
Abis semua org pandang haha.. bkn senang nak lps suara kuat2 ni.
Ada ke ptt muda dari aku mls panjat Great Wall.. spt tiada motif je ke GW kalau gitu!


Let it lah.. aku terus naik satu demi satu tangga Great Wall.
Sempat bergambar dgn Korean ke, Chineese ke aku tak sure.
Mmg ckp mcm ayam itik.. tunjuk kamera jah utk bergambar sama2 hehe.
Nasib baik dorg sporting!
Mula2 kami ber-4 (aku, Nourie, Hana & En. Osman).. last2 En. Osman menghilang... ingatkan naik lagi.. rupa2nya dah selamat smpai kat bawah hihi sabor je lah aku!
Aktiviti lepak2 kat tangga melepaskan penat tu mcm biasa lah, sesambil tgk pandangan tak terjangkau mata.
Sesambil fikir cemana la agaknya penat lelah dorg bina GW tu ek?


Kami pun tak tahu kami smpai stage ke berapa sbb "2nd pit stop" (mcm Amazing Race plak) tu,
kami decide tak nak naik lg dah sebelum si May tu mengamuk.
Kami agak tak puas hati sbb si May ni bg kami masa 1 1/2 jam je utk naik & turun GW.
Hilang akal ke apa?  Kurang2 bg lah masa 3jam huh!



Masa nak turun tu aku siap terduduk2 lagi sbb penat.  Ada Chinese tu penat.. aku ckp "chaiyok2.. u can do it".. tu pon kalau dia faham english la huhu.

Masa onthe way turun tu, kami buat HERO CARD 40yuan.  Rasa mcm tertipah pulak sbb kami nak certificate sebenarnya tp certificate dah takde.  Dulu2 ada le.
Ptt la beriya dia tak bg masuk kedai, lps snap gambar kami baru bg masuk.  Deng... blh buat plak, medal & keychain anggrave nama kita.

So again aku beli medal (30yuan) & utk mak aku buatkan keychain (20yuan).
Oh, kat bawah tak ada ye, kena naik atas baru blh buat hehe.

Bila turun tu, rasa mcm tak puas sgt tp ok lah dari tak naik langsung.
Turun2 tu rasa mcm happy tak terkata.
Sengih sampai hujung cuping telinga.. siap riak tunjuk medal haha.  Dorg2 yg lain siap berebut bergambar dgn medal haha.


Si May tu asyik suruh cepat cepat cepat.
Menyampah jugak kami yg panjat GW ni.
Blh tak kami hilangkan lelah dulu?
So kami buat tak tahu je.  
Kami ingat nak try baju2 pahlawan tu tp tgk harga.. mak aihhhh 50yuan 1suit.
Kalau setakat 20yuan 1suit, aku blh terima lg last2 si Nourie je pakai.  Again si May paksa suh cpt!  Benciii!




Aku tak tahu la baju puteri apa Nourie pilih & kebetulan ada 1mat salleh ni pakai baju pahlawan & kami kenenkan utk bergambar. 
Nasib baik mat salleh ni sporting haha.

Lps tu kami balik lah.
Meninggalkan GW dgn penuh sedih.
Mak aku pun tak sangka la kot dpt jejak sana hehe.


Tak sempat nak panjat tinggi lagi.
Tak apa lah.. bila2 lah aku pergi pulak.
(bila2 tu tak tahu lah bila.. rasa mcm tak nak pergi dah.  @ tunggu je lah aku belajar mandarin dulu kekekeke)

Good bye Great Wall... unforgotten memoirs!