Monday, 31 December 2007

Thanks to all

THANKS TO ALL

Saya dgn rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kerana ucap takziah melalui sms/call/thru forums bertanya khabar & dtg melawat semasa kembalinya abah sy ke rahmatullah pada 21/12/2007 [jumaat] yg lps.

Kalau ada sms yg sy xbls @ tak inform smpai ada yg mrh2 kata xbgtau.. minta maaf bnyak2.. bkn sengaja tp xsempat. Haraplah faham k?

BDNers
Fatin [thanks call & buka topic kat BDN], emy, iori, pretender, finyz, kambinggila, izhani, jaabil, ayoi, klasiq a.ka. myo, mycik bintang, kak sri, angellish, kak miss, nana, kudeng, supin, miyavi, mufanz, abe morph, se7en, nurul123, slash, unsunghero, chunli, ai, ck88, dd, gudgal [jiran yg susah bangat aku nak jupe], iemma, pinkie, mnajem, tudungbiru, comel80 [thanks call], sweethoney, acik fosil, hrya, nonie, chinozie, ain07ik, honeyluvb, cannodale, humairah, spider, kak kate, biskutm, byha, max737, acu, ncikmat & chikumarissa.



ZA8FCrian
Mama [thanks inform pd kwn2 lain], nurul [thanks inform kat forum], epul, anas [sms & call], khairani, judd, lan, CT, k.aida, ieja, zureen, zaza, nina, k.jida, nuha, farihah, sis mplk, aunty zam, lady_april, k.gie, dion, zanna, nisha, putri, rina16


SHAWALFC
Makcik [thanks sbb inform dak2 kebawal yg lain], wawa, eylaz, hanee, dino, kak ummimushi, misz, aqua [jgn la majuk yanggg.. aku ingt ko dah tau] & kiera.

CARI.COM
Kak hana, sham [yg bukak topic kat forum], Cadillac, pakB, markjie [makasih call], widuri, itik megik, halimijuliana,6G6, pak jen, midori, longhairlady, amiin al kalam, indah1285, bruxelle, chempaka57, ah moa, sourplum, adiramlie, thedude, afja, anonymous, yt, sexyzangel, captain scubby, audioslavefan, raudah, huruhara, auntie girl, lizaldo, firdaruddin, badreena, sosimple, bcozofu, flowerjun, raiqah, soulflies, hardeyboyz, sanosama, mizahan, true x, wi haryati, jpl fan, noni & dayangku azie.

OTHERS
Kakmi, fitriyah, mekno, erisa, fadly arif, kak jijie, kak wati, hadawaty, eeda, nieyta [bkn nita gf za8 ok.. huhu], kak moon, kak salmie, kak noon, jenal, kak tipah, kak za, kak ita, kak tie, kak wan, jazimin, cik shida, asmah, aida

Whoa agak2 sy leh menang award x sbb lists semua nama ni?

Ehehehe k lah.. kalao ada nama2 yg tertinggal.. mintak maaf bnyak2.. bnyak tu.. sy pon xleh nak recall dah!

Thanks a lot once again sy ucapkan.. Cuma dlm ramai2 yg sms tu.. ada 1 sms yg sgt2 comfort & sy masih lg save sms nya. Ayatnya buat saye terharu. Xperlu tahu lah sape [dia pon xpenah tau psl blog ni :P]

K.. itu aje lah.. sayang korang semua! :D

Friday, 28 December 2007

Update Blog

Dah lama xupdate blog.
Aku dah taip dlm laptop tp lupa lak pulak nak transfer ke pendrive.. aiyoh pening btol lah!
Dah la jauh nak gi CC ni.. argh tidak.
Actually sy dah lama tak update blog sbb saya baru kematian abah yang sy kasihi pd hari jumaat 21/12/2007 yg lps.
Jd sekarang saya masih di kampung & tidak mempunyai internet & sy pon tak pasti bila akan pulang ke kuala lumpur.
Jd tunggu aje lah ye? :-)

Kronologi- aku, abah & pengkebumian

22/12/2007 [sabtu]

7.00pg: buat segala persiapan & pengkebumian di jadualkan pukul 11pg tp terlambat 30mins. Ramai sedara mara & kwn2 yg dtg. Err rasanya surah yassin bnyak disediakan tp ada jgk yg dtg berborak2.. uhuhu! Tp kalo aku tegur.. it’s not nice la kan sbb aku pon xbaca [xpe le.. aku sah2 le xleh baca time tu].
Aku rendam kapur barus [1st time tgk] then sabun tu kena abiskan 1 2 ketul utk kuarkan buih. Uhu!

Time dorg mandikan abah aku.. sempat la aku jenguk tu pon secara tak sengaja.. nampak kepala abah aku je. Then rushing ah plak kena beli lampin dewasa & kapas. Seb baik ellie ada.. dah la mengerah keta dia.. aku plak kena drive.. hee seb baik keta auto tp aku xbwk laju even rushing sbb keta org tuh.. bkn keta aku.. huhu! Beli kat wakaf che yeh je. Beriya la rushing.. sekali smpai umah.. dah xnak pakai mende2 tu.. uu cedih aku taw?

11.30pg: Dah settle semua & abah dah dikapan. Ish time ni la paling sedih. Mami, abe & aku ciom abah utk kali terakhir. Aku speechless. Ptt mintak ampun dosa, mintak halal mkn minum tp aku pi ckp “DIK SYG ABAH” lps ciom kat pipi kanan, dahi & pipi kiri. Itu pon seselow mungkin la aku ckp.. menitik jua air mataku atas pipi abah walau dah dipesan supaya jgn menitik air mata kat abah. Aku duduk je dpn abah buat beberapa ketika… aku mmg xpeluk sape2 sbb kalo pelok makin menjadi2 lah aku nangeh. Aku xmeraung2 la.. meraung kuar darah skali pon, abah xleh idup balik. Part lg paling sedih time abah dikapan semua. Sgt2 sedih & sebak… [time menaip ni pon aku tgh menangeh sbb aku sedih & rindu & teringat abah].

Yg lelaki gi kubur.. yg pmpuan tak gi kubur termasuk aku. Smpai arini pon aku tak gi lg kubur abah aku. Nnti lah blk kg sekali lg insyaAllah aku gi.

Erm abah dah pergi utk selama2nya tp aku ttp ingt segala apa yg abah buat dlm umah tu.. cara ckp, cara mkn.. ah segala2nya la aku ingt. Smpai skang pon aku rasa mcm xcaya yg abah dah meninggal.. aku rasa abah masih idup lg..

Masa lepak ramai2 tu aku xde la rasa sgt tp bila time nak mandi ke, nak tedo ke.. kompim aku ingt abah aku. Time ni la rasa sgt kehilangan. Rasa mcm cpt nya abah gi.. pergi dgn cara mengejut. Sedih sgt. Pesan abah kat aku selalu ialah “jgn lupa solat”.. ye aku tau solat tu wajib tp liat sggh aku nak menunaikannya.. aku ngaku.. huhu!

& segala pesan2 abah yg lain.. aku akan ingt smpai bile2. Abah adalah ayah yg paling best dlm idupku.. abah bnyak berjasa Cuma aku kdg2 terleka.. ish I will miss u olwez abah!

Thursday, 27 December 2007

Kronologi- aku, abah & ICU

20/12/2007 [khamis]- hari ke-3

6.30pg: Mak aku kejutkan dr tedo. Dah ada sedara dtg masuk melawat so aku cpt2 pakai bedak [mls nak gi basuh muka sbb toilet jauh.. huhu] then terus masuk lawat abah. Katil dah tu kar ke katil no. 3. Sedih la tgk sbb abah masih tak sedar. Aku tak reti tgk mesin2 tu semua sbb nombor2 kat mesin pernafasan abah aku dgn pesakit2 lain xsama. Mami laung ALLAH kat telinga abah. Aku laung jg tp xbnyak kali.. rasa sebak. Nurse ckp abah kritikal & xde apa2 perubahan.. tu je.

Keluar dr wad ICU & tggu kat luar. Suh kazen2 aku dtg cpt sbb aku nak blk mandi lak. Oleh sbb lama sgt tggu.. aku tedo 1round lg kat bilik menunggu. Nak masuk lawat abah, sah2 xleh sbb waktu melawat hanya dari kul 1pm-2pm & 5pm-7pm.

11.00am: kazen aku dtg so aku terus blk umah.. aku lak aa nak bersiap2. Ptt arini ari ry tp dah tak mcm ry.. 1st time ever tak buat apa2 persiapan.. aku just pakai baju kurung utk hormati Aidiladha. Bersiap2 apa yg ptt kat umah, bwk brg2 keperluan.

1.55pm: smpai smula kat ICU. Sedara mara suh aku masuk cpt lawat ayah aku & suh baca yassin. Er aku xleh baca la, tgh red flag nih. Aku tgk keadaan abah aku mcm pg td jgk.. xde apa2 yg berubah. Nurse pon ckp keadaan mmg tak berubah since dr operate. Hanya berserah je lah. Lawat 5min je sbb tutup waktu melawat 2pm. Then mami suh pesan kat abe suh blk aje lah.. get ready. Mmg aku dah berdebar gile.. aku takut.

Sambil2 duk tggu tu.. aku sempat la online [hee bwk la laptop]. Bley ym pastu online BDN [kejap je.. mls lama2 sbb aku tgh susah ati]. Aku mmg pesen camgitu lak.. bila tgk keadaan abah aku kat ICU… siap nangeh segala tp bila kat luar.. aku leh la cover.. bley gelak bagai. Lepak2 kat luar.. bentang tikar kat koridor tu.. borak2, layan sedara mara dtg, mkn, minum, baca suratkhabar cam biasa.

5-7pm: waktu melawat.. ramai menderu2 dtg melawat. Time ni la paling sebak.. abah still tak sedar & keadaan masih sama. Abah bernafas pon mcm tercungap2 je. Jari dah biru L Aku urut2 kaki & betis abah. Mami masih laungkan Allah kat telinga abah.

9pm: Blk umah mandi2 pastu amik lg segala brg2 keperluan utk dibawa ke ICU.

11.30pm: Blk ke ICU sorg2.. takut gak aa sbb duk dgr2 cite ngeri kat wad tp aku dulik apa.. aku redah je sorg2 pon.. org ramai apa! Abe ckp dia smpai kl pg esoknya.. ok! Mcm besa b4 tedo lyn novel dulu even ramai duk lalu lalang.. aku mmg tak dulik org! Erm kan best kalo leh tedo kat dlm wad ICU tu teman abah. Tp masalahnya, chair pon xde utk pelawat.. semua kena berdirik!




21/12/2007 [jumaat]

6.15pg: Bgn2 je terus lawat abah aku. Abah still xsedar lg & doc. Pon ckp mmg xblh buat apa dah.. doc. Suh berdoa je. Aku pon dah berputus asa sbb doc. Ckp kuman dah masuk ke dlm darah, jantung & pinggang.

Mmg aku rasa berdebar sgt arini sbb doc. Mmg xblh buat apa2 dah kan. Just melepak2 kat luar wad.. layan sedara mara yg dtg melawat. Inform sedara mara yg blom tau lg psl abah masuk ICU & makin ramai yg dtg meneman, melawat, berdoa & baca Yassin.

1st time ever org yg jg aku dr kecik tu dtg [pengasuh aku].. dia org 1st aku peluk kat wad & aku nangeh.. ngee.. tu yg aku mls peluk org tuh.. mesti aku nangeh. Doc. Pon asyik suh mak aku masuk tgk je abah aku [xyah tggu waktu melawat]. Masa aku masuk.. doc. Tu ckp abah aku sgt tenat & jantung pon sgt2 lah lemah. Doc. Tnya abg aku smpai kul bape.. agak2 dlm kul 8lbh la smpai.

Tiap2 x lawat abah aku.. jantung aku mesti nak luruh punya. Tgk nafas abah pon makin xmenentu… aku yg tgk pon rasa mcm sesak nafas je. Asyik tgk mesin pernafasan tp aku xfaham mende2 pon Cuma doc. Ckp mmg nombor tu makin menurun means jantung makin lemah. Doc. Nak push jantung tp mami tak bg.. aku pon xsetujuk.. buat apa.. menyakitkan lg ada le! Fikiran aku pon dah xmenentu. Kekonon aku bwk laptop utk online pon aku xgune.. serabut pale otak lah aku!

6pm ++: Ellie dtg dgn mak dia. Time tu kami dah berkumpul ramai2 dlm wad ICU berdoa utk abah. Aku dah seram sejuk. Seb baik gak ellie ada nak jemput abe kat airport. Lelama tu nurse suh family terdekat je duk kat abah so tinggal aku, mami, mak sedara aku & ada 2org lg aku xkenal [aci tak aku tak kenal dorg.. huhu]. Yg laki sorg tu sebut ALLAH & mengucap kat telinga abah pehtu siap tgk mulut aku lak baca ke idak. Ish sebok aa pulek… aku blur aa.. aku sempat baca 3Qul beberapa kali je pastu aku senyap. Yg sorg lg tu plak asyik duk tnya mana abg aku. Aku sepuk kang.. rasanya dah lebih 5X aku ckp abg aku on the way dari airport! Aku pantang btol la org tnya mende sama bnyak2 x ni.. bosan tahu!?

8.05pm: abe smpai dari airport. Terus baca ALLAH & mengucap kat telinga abah. Aku dah la berkaki ayam time tu [tak sempat cari selipar ICU sbb rushing].. sekali aku menggigil.. nak pitam pon ye gak.. sejuk tu siot tp aku tahan aje lah. Berapa jam aku berkaki ayam atas lantai yg sejuk beku tu. Thanks god time ellie nak kuar.. aku mintak selipar yg dia pakai.. uhu!

9pm: saat2 getir. Aku sapu2 air zam zam kat dahi, kening & kepala abah. Aku rasa kalo 2jam lg aku xdpt bertahan sbb kaki aku pon dah sakit mencucuk2 sejuk. Nangeh? Mmg xmalu dah.. huh huh! Mami [kat telinga kiri] & abe [kat telinga kanan] duk sebut kalimah ALLAH kat abah.. tp aci tak aku sebut “ABAH, BGN LA”.. bnyak kali lak tu tp aku xsebut kuat2 aa.. selow2 udah aa.. sekadar bibir bergerak. Even aku tau abah tak akan sedar.. aku sebut gak. Time tu aku kat kepala abah aku. Lelama tu baru aku ikut sebut kalimah ALLAH.
9.35pm: aku tgk abah bernafas makin selow. Aku blur gile then doc. Pon dtg cek. Dia ckp xlama lg dah. Then aku urut bahu abah aku smbil2 tgk abah bernafas.

9.40pm: aku sempat melihat abah menghembuskan nafas terakhir & utk kali terakhir. Innalillahiwainnalillahirajiun. Doc. Ckp biar la abah gi dgn tenang. Erm sedih sggh ku rasakan.

Mlm tu jgk wat blk abah. Aku blk dulu bersiap2 kat umah apa yg ptt.
Sedara mara still ramai yg dtg & terima kasih utk semua yg mana dtg tlg & baca yassin utk abah. Aku pon blk camtu la.. tak dulik mandi pon.
& baru aku tau ek kalo org meninggal.. segala cermin & gambar family kena tutup pastu xleh mkn dlm umah. Aku cam org bodo.. aku ikut aje lah.
Sedara pon dtg pasang tirai lah segala & buat apa yg ptt.
Yg laki diskas psl pengkebumian, kubur dll.

Then aku gi mkn nasik kat umah makcik kat sebelah umah. Aku mkn ttp mkn la [mesti org mare aku nih.. apa lah abah meninggal pon berselera mkn.. bihtu aku nak wat guane.. nafsu mkn aku kuat weiii.. uhuh!].

Mlm tu utk kali terakhirnya aku tedo sebelah mayat abah aku. Memula tu nak tedo dpn tv pastuh makcik aku kata xpe tedo sebelah mayat abah so mcm biasa aku bwk keperluan tedo aku.. 2biji bantal & selimut.. tedo sebelah mayat abah aku selain makcik & kazen aku la kut [xsure sbb letak je pale atas bantal aku terus tedo]. Tu pon makcik aku tegur.. nak kena tedo selesa jgk ke berselimut? Lah ye le.. mesti la! Aku ttp tedo dgn nyenyak nya & aku org paling last bgn pg tu.. erm ye lah, nak tedo puas2 sebelah abah.

[sape2 yg sms tu sy ucapkan ribuan terima kasih k?]

Tuesday, 25 December 2007

Kronologi- aku, abah & ICU

KRONOLOGI- aku, abah & ICU

18/12/2007 [selasa]- hari pertama
~ mami call bgtau abah masuk
wad & suh blk segera mlm tu jgk. Aku tekejut gak tp aku xleh decide sbb aku bajet nak blk rabu mlm. Sekali mcm tak sedap ati so aku terus cari tiket air asia & MAS tp semua dah abis le, ye le dkt2 ry ni.. mana ada lg tix.

~Mak aku suh blk dgn bas tp aku xyakin ada. Nak blk dgn train.. mcm xleh stuck banjir even tix train bnyk lg. Aku tak refer naik train sb 12 jam.. eii tak kose le aku! Nak drive snd.. aku xtau sgt ikut jln grik & tganu. Penat tau aku cari org tu org ni.. nak follow lah, nak ikut lah itu lah ini lah.. tnya org tu la, org nil ah..susah ati aku loll! Aku tak confident blk sorg2 sbb jln k.krai tu tutup sbb banir ++ tanah mendap.

~ sekali decide follow x-osmet aku si ezza. Ceh yo yo oo je aku tnya mcm2 kat dia jln ke tganu.. @ last baru dia ckp nak bertolak blk kg dia kat tganu 4.30pg. Ok fine lah.. lega la sikit, ada kwn leh follow.

~ makcik aku lak call kata kazen aku nak follow.. ah ok le tuh.. xde le aku sorg2.. aku ni asal drive lama sikit, mesti ngantuk nye.. hehe! Ptg tu siap gi Giant beli makanan utk mkn kat wad.. bley share mkn dgn abah aku sekali.

~ dlm 9.20pm mak aku call ckp abah masuk ICU.. abah siap mintak nasik lg tp xleh la sbb nak kena operate.. kena la pose. Aku susah ati gak aa tp sbb dah jnji dgn geng2 BDN nak main boling so aku ttp main boling gak tp mlm ni aku main 2 games je aa. Ikut hati mls nak main.. nak blk umah je tp xdpt Bantu apa2 le kalo blk umah nak wat ape gak kan? Huhu! Lps boling, blk online jap aa pastu kul 1.30pg boom tedo… sbb 4pg dah nak bangun.










19/12/2007 [RABU]- hari ke-2

~ perjalanan dr KL ke KB aku rasa sgt la jauh ikut tganu.. tu pon bape kali stop.

2.30pm: smpai hospital HKB. Tu pon pusing2 gak sbb mana la aku penah gi HKB Lps tnya kaunter information, baru la smpai ICU KB. Ramai sedara mara tgh tggu kat luar. Dorg suh masuk je.. terkial2 jgk sbb kena pakai apron la segala bagai. Masuk2 tu sedih aa tgh abah xsedar ++ bnyak wayar kena cucuk. Mami suh ckp dgn abah. Aku ckp kat telinga.. ckp “ABAH, DIK NI.. DIK DAH BALIK” pastu mami suh mintak maaf dgn abah.. aku mintak maaf la kalo ada slh silap. Sedih siot.. aku xckp bnyak sgt la… aku just ckp “DIK NI ABAH.. DIK BLK NI”… xleh ckp lain.. tu pon dah siap nangeh segala.

4.00pm: Nurse bwk abah masuk operation hall utk operate. Menggigil gak aa tgn aku. Pastu lama tggu abah aku operate. Terpaksa la melilau kat luar tu tggu.
Thanks to nieyta coz dtg melawat. Then time tggu lama tu just melepak2 je la.. then gi beli makan kat stadium yg dkt hospital tu. Aku bab2 mkn aku ttp mkn beriya walau apa pon yg jd.

10.30pm: Doc. Kuar jumpa mami then doc.ckp abah aku dah slamat dibedah, usus kena buang sikit sbb dah buruk then doc. Ckp xyah risau so aku & mami hepi la jap. Sedara mara ramai la yg suh bnyak sabar. Even dah siap dibedah, still xleh jupe abah aku. Ok lah as long as dah selamat dibedah so aku decide nak teman mak aku tedo kat ICU.

11pm: baru blk [sehari suntuk tak mandi.. dgn pakaian aku gi main boling lg on Tuesday tu.. huhu]. Mandi so baru rasa segar sikit.

1am: gi ICU blk teman mak aku tedo kat sana. Mmg ada bilik rehat utk sape2 yg nak tedo kat situ tp fhm2 aje lah.. semuanya dah mcm sardine so decide tedo kat koridor walau dah dilarang. Memula takut gak, kut2 nurse mare tp aku tgk ramai je wat mcm tu so tedo aje la. Kazen2 aku siap tlg bwk bantal 4biji & 1 selimut tp aku blk amik 1 lg selimut. Suke2 ati aku je kan.. mcm picnic la [hee aku kalo tedo wajib ada 2bantal & 1selimut.. if x.. aku xleh tedo!]. B4 tedo aku siap baca novel segala.. huhu! Then aku terus tedo selena2nya. [no matter whut.. aku mkn & tedo ttp on!]

[sape2 yg sms bg semangat tu, sy ucapkan ribuan terima kasih ye?] J

Monday, 17 December 2007

Myvi yg BOdOh!


Kejadian ni berlaku di parking sogo [14/12/2007 -jumaat] yg lps.
Dah lewat time tu & aku rasa semua org terdesak nak masuk ofis cpt.. termasuk aku & mamat myvi merah ni.

Aku parking kat B3.. tp bila smpai kat B2 dlm kul 2.40pm.. makkk ai gile babs punye stuck! Imagine aa stuck kat B2 tu pon smpai 3.10pm.. mmg gerak 2 saat pastu stop 4 5min.. geram btol aku. Lane yg 1 jd 2.

Pastu kat B1 tu mmg kena wat 1 lane.. so aku nak masuk la lane yg 1 ni.
Aku tgk keta dpn aku ni mmg berselang seli la bg. So aku nak masuk la.. siap bg signal & angkat tgn segala! Tp yg aku bengang nya.. myvi ni makin xbg.. makin rapat gile.. sekali bunyi gedegukk.. xtau lah dia gesel aku ke.. aku yg gesel dia ke.. pastu dia mmg tak bg aku masuk.. dasar otak letak kat pale lutut! Nko tukar je lah lutut ko letak kat otak.. pastu otak ko letak kat lutut! Aku tenung je dia.. aku dulik apa.. dasar bodO! & once aku menggigil.. mmg aku tgh mrh yg amat la tu. Mementang lah aku pempuan.. ko buat cam tu.. mmg
Shi@l lah nko! Pastu aku sj rapat2 gile dgn keta dia.. dia pandang je dr side mirror pastu aku snap pict dia dgn keadaan mengigigil [bkn takut tp aku tgh mrh] X(

Sekali bila dia tgk aku snap pict keta dia.. tetiba dia menyelit tak tentu hala smpai nak tergesel keta dpn dia lak.. ceh apa psl? tercabar aku snap pict ko?
aku hrp ko jumpa la blog aku ni? bodoh! Dah sah2 nko dari MYVI CLUB.. aku blh cari nko la stupid!

Nko mmg bodoh! haa kan aku dah geram.. seb baik aku tak mencarut! huh! Xreti2 nak berselang seli ke? Babeh aaa!


Thursday, 13 December 2007

Friendly Match Futsal BDNers vs Za8fc

Date: 12/12/2007 [wednesday]
Time: 10.20pm-12.20am
Venue: Sport7, Wangsa Maju
Gambar reramai.. apa kat lampu tuuu?

Edisi berpoye2

Apo pasai ni asrul.. saket kaki ka?

Uh mushuk masham [seb baik idung tersumbat.. so xde la bau2an.. akakakaa]


Edisi lepak mapley w.maju

pretender [ajakk], myo, asrul & ayoi



madu 3... asrul, emy, aku & fatin




ketika za8 sedang merehatkan diri & minda


za8 @ court


Asrul & ayoi.. sian korang penat :D


Keputusan …. Aku xtahu.. gile la, main rembat gol.. aku pon xkire.
Dorg ckp BDN menang.. tp mama ckp.. za8fc menang.. adeh fening!

Perlawanan start pd pukul 10.20pm.
Lewat sbb masing2 lewat lah tu
Ada jmpa epul masa kat parking tp malu nye psl.. aku xinfo apa2 kat dia.. wakaka!
Sian pulak dia. Beberapa menit pastu aku sms dia tnya semua player za8 dah smpai ke blom.. wahahaha padahal bley je aku jupe dia.. hek sori.. gua segan!

Player BDNers ialah
JAABIL, IORI A.K.A ASRUL, KAMBINGGILA A.K.A ABE FAROK, AYOI, MYO DAK COMEL.. ngeee, PRETENDER A.K.A ABE AJAKK FABULOSO, WUPI [lps main baru aku cam.. huuu], DREAMLORD [last menit jd goalie], ADIK FATIN [xtau nama] & 3 4KWN ASRUL & JAABIL kut.

Manakal penyokong yg dtg ialah
AKU, EMY, FATIN, FINI, IZAHANI, KAK SERI + TUNANG, JUDD & LAN.

Semua bersemangat pakai baju merah. This time aku sokong BDNers. Za8fc tuh bior lah nita yg sokong.. akakak uih jahat nya jari aku!

Player BDN main bersilih ganti. Myo jd goalie. Ish bdk2 comel mana blh jd goalie.. huhu! Aku tgk player pon cam semput je… hehe! Apa ni korang… aritu beriya nak kalahkan za8fc! But it’s ok la kan.. semangat kesukanan tu penting. Tp aku geram gak tgk.. rasa nak sepuk2 je pale dorg kalo xleh masukkan gol. Aku siap menjerit segala [kalo mama xde.. mesti aku malu nak jerit].
Mama pon kuat juga menjerit menyokong za8.. hehehe!

Za8 tu pon bkn nya berlari sgt.. asyik duduk setempat tu je.. mcm aci main lari duduk je… ikikiki! Tp bila sepak bola.. mmg power, aku pon takot.. hee!

Player za8fc x kenal sgt la selain EPUL, APIZ [yg suke kutuk2 team BDN kat aku.. eleh.. cube kutuk snd kat player.. mesti tak berani kan? Lalala!:p] & MADHOO.. lelain tak kenal. Tp aku salute lah goalie za8fc.. very the power. Seriyus.. aku puji ikhlas ni.

Masa game, xde kejadian2 yg tak diingini berlaku, Cuma ada la kut yg jatuh terguling2 [ehe aku xtau la sape, ada yg tercabot kasut, ada yg terkena bola kat dahi & ada za8fc gak yg jatuh meniarap.. ni aku nak tlg gelak ke nak kesian?].. aku tlg gelak je lah.. kah3!
Dorg pon nampak enjoy main [tak tau la ke mata aku yg rabun air nih] :P

Masuk kul 12pg.. penyokong dah xde semangat ++ ngantuk ++ mls dah kira gol.
Aku pon duk sibuk2 borak/gossip ++ snap pict. Aku menci la.. asal aku nak snap pict.. semu org nak larik specially KAMBENG & ABE AJAKK.. oooooorg tahu la dema tak suke kome! L dgn org lain, bley je.. majuk la saye! :-(

Bila settle.. semua berdamai.. baguih baguih.. xde gaduh2. Masing2 pakat share court. Hee thanks lan sbb tlg bgtau kat epul Suh aku bgtau.. maunya aku menggigil & terkincing kat situ dulu.. kehkehkeh! Time amik duit tu pon tgn aku shaking.. wakakaka! Next time blh la lwn lg kan?

Pastu edisi snap pict lak.. cam besa la!

Pastu lepak mapley cam besa gak kat kedai apo ntah kat w.maju tu.

Pastu kul 1.30pg baru blk.. cam besa gak.. heheh!

Really have fun.. ;-
)
Thanks kat Za8 & geng sbb sudi meluangkan masa dgn kami main futsal.
panjang umur.. bln dpn kita lawan lg k? :-)





Wednesday, 12 December 2007

Epi belated befday iori a.k.a asrul

Semasa iori mengajar aku main boling.. huhuuuuu!


Yang ke 26 tahun pd 11/12. Hee!

Wish jgk even tau pakcik asrul ni xmasuk blog aku.. akekeke!
Pakcik ni rajin gak mengajar aku cara main boling, sbb tgn aku ni degil sgt ++ keras.. huu!

K lah.. epi belated befday... stay macho, stay noti, stay cool & stay lah apa2pon ++ hope all ur dream comes true! & jd lah budak baik sokmo! :P
Boling & futsal ttp on gak.. ahaks xde kaitan lgsung!

Monday, 10 December 2007

Tournament bowling MarshaFC

Date: 9/12/07 [sunday]
Time: 9.30am-3pm
Venue: Ampang Superbowl, Berjaya Times Square TEAM ZA8FC [myo, lan tgh tutup mata, judd yg frust & aku yg heartless] :P

Haa.. kan dah kena calit? hehe

Kek befday marsha




Cup cakes utk semua player

Tetiba aku menyelit kat jejaka2 ini.. erk!

Goodiebag dari gua.com.my

Bersama shawal yg tgh saket tekak!



Aksi poyo




Apa yg best tu lan? huhu!



Tadaaaa... tiada caption! :P


Bersama jejaka malaya.. incik iori :D


Mari kita rilek luh!


Oi korang.. letak lilin ke tgh bergosip? :P

my team wif za8fcrians

Penatlah saye main 3games

Aku cam biasa wakil za8fc & player lain ialah judd, lan & player import yg comel iaitu Myo.. ahaks!Sebanyak 48 teams yg bertanding.

Antara artis yg dtg ialah Marsha, Shawal [aku siap hon shawal lg kat parking.. blur jap shawal.. muehehe], diddy, amylea, heliza, noni & new boyz.

9.30pg aku dh smpai.. dlm team.. aku org yg paling lmbat smpai.. si myo awl2 lg dah smpai.. gile semangat nko myo! :P

Semua player dpt goodiebag yg ada tshirt GUA.COM.MY, mousepad. Ptt ada landyard tp aku xdpt pon! :(

Pastu committe bg nasik lemak.. err sedap aa utk menambahkan berat bdn.. hehe!

Masa tggu tourney start.. jumpa la kekawan dr FC lain.. biasa la tu kan? Pastu yg jahatnya committe marshafc siap announce suh za8fc gi meja reg. utk amik goodiebag. Korang ni mmg.. sj je nak buli aku kan? ehehehe siap ko puakaganas & geng! X(

so games bermula pd pukul? [aku xtahu]. Lane belah kanan ialah SPOC [satria proton official club], belah kanan ebi fc.. selang 3 tuh aizatfc [yg aku sebenarnya tersaiko oleh mereka].

Aku main dgn poyo sekali. Score pon 139, 125 & 135 je :( Org sebelah kiri tu terer gile la.. malu aku!

Budak2 za8fc yg dtg pon hanya kak aida, khai & jis [dtg dgn penuh kejutan]. yg lelain tu bz.. huhu!

Abis je tourney, aktiviti marsha nyanyi pastu befday party marsha & announce winner. Congrats aa utk aizatfc dpt nomot 5 [ajakk fabuloso, ayoi, ajim & sorg lagik aku xkenal] serta akmafc nomot 8 [emy, iori, pakcik zed zaidi & sorg lg aku xingt nama yg menggantikan tpt jaabil supik ghok ghak.. hee!]. Team aku gak yg dpt nomot 19.. sedih! :-(

Anyway.. aku enjoy mcm2gitu je smlm.. not really have fun.. dunno y aa.. ahehehe!

Tp la kan.. geng2 boling aku semua main [kecuali abe kambenggile ku yg mmg xsudi join team aku.. huhu sedey!] :( Tp xpe lah.. myo ada.. dia pon comey gak.. wakakkaka xde kaitan langsung! :P

Gatai sungguh dak myo ni.. dgn marsha pon nak gatai2.. heheh tak padan dgn tecit :P

K lah tu.. as long as korang happy leh ber"picture" dgn artis AF yg sporting ;-)

K lah.. kepada siapa yg menang tu.. congratulations.. yg kalah.. jgn la kecewa kan?

Next time kalo ada.. invite lah lagi :-)






Tuesday, 4 December 2007

Housemate Wanted

Iklan lagih utk rumahku.. hehe!


  • Di AU5C/10, Lembah Keramat [umah teres 1tingkat.. 3bilik beradu, 2 bilik bersiram]
  • Wanita Islam SEORANG @ 2 ORG SAHAJA [yg bekerja]--> xmahu yg suke memerap dlm bilik je!
  • Kemasukan SEGERA @ JANUARI 2008
  • Sewa RM300/bln [tidak termasuk bil air/elektrik/duit dapur segala]--> bilik ada katil single/tilam & kipas
  • Deposit 2 +1 + 1+ RM1050 [deposit 2bln RM600 + sewa RM300 + deposit air/letrik RM150]
  • Ada dapur, meja mkn, peti sejuk, mesin basuh, tv, astro & housemate yg kiut :D
  • Dkt dgn segala mak nenek facilities [kedai runcit, 7-E, kedai mkn, masjid dpn umah, bengkel keta, bus, cab, giant tmn permata, dobi, psr mlm, psr ramadhan, mapley, zoo negara :D , tailor, kedai beskut ry, gerai goreng pisang dan bla bla bla
  • kalo berminat.. sila emel deidaa@gmail.com @ zaa_marilyn@yahoo.com

Sila lah.. kami ni baik taw.. hehe! Tak suke bz bodi pasai org! Memasing nye hal lah. Tp lelaki.. no entry [melainkan nak repair mende2 dlm umah.. huhu!] & melainkan juge masa beday party or open house.. huuuu!

K.. marih marih marihhhhh! :D

Monday, 3 December 2007

Glamernya Aku

Last week masa tggu lif nak naik ke ofis, ada la sorg staff pmpuan tu tnya aku
  • Staff pmpuan : eh dah lama xnampak awk tedo kat surau
  • Aku : aaa? heheh [blur jap aku]
  • Staff pmpuan : selalu nampak ada, sekarang xde.. dah tak tedo tghari ke?
  • Aku : ahehehe.. erm sy tedo kalo btol2 ngantuk je.. tak pon sy bz.. xsempat tedo
  • Staff pmpuan ; oooo [sambil2 senyum]

Eh cemana dia blh pasan aku neh? Ptt la aku mcm penah nmpak muke dia, rupa2nya geng tedo tghari.. muahahah! Ye la aku pi surau, mmg aku xnampak org dah.. aku nampak sejadah sbg bantal aku.. letak pale.. terus ZZzzzZzZZzz! :P

Huh glamer cara tak bagus la aku ni! :)) tak pasal2 dah di chop muke tedo.. ngengenge!

Thursday, 29 November 2007

Alamak


Nampaknya aku kena delete beberapa entry dlm blog aku neh.

*****isi entry ni terpaksa di delete. Memula nak delete terus entry ni tp sbb MAMA dah add comment, maka.. biarlah kan? hehehe!*****

~haa mbik ko.. tahu takot.. kutuk org tak hengat.. wahahah!~

Wednesday, 28 November 2007

Berniaga di Gerai

~ilustrasi di atas adalah ganti kpd pict real aku yg dah lost.. huhu~
  • U guys penah berniaga kat gerai x?
  • Maybe korang xpenah kut.. ye lah, jatuh aa standard korang yg mmg dah high class tu.. ahaks!
  • Aku pernah niaga meehun sup & ABC kat FESTIVAL MAHASISWA [FESTIMA] UiTM JENGKA, PAHANG 4hari [ke 3 ari? lost my mind lak]. If i'm not mistaken, time tu kami semester 4 [alah, senior dah time ni].
  • Itu pon setelah diupah oleh geng2 penjahat yg diketuai oleh MIMI METOD, MEKDE, EMYFUCK & WAWA. Mereka mengupah aku, meknor & fitriyah sbg maid2 mereka! :D Big bos nya ialah LECTURER KECAYANGAN PENJAHAT2 IAITU ENCIK ANNURIZAL [hehehe xbley kutuk.. karang lecture ni google kang, jmpa blog aku lak.. huahuahua]
  • 1st time ever in my life niaga. Takot toksah ckp la + malu lagik.. tp lelama tu syok banget! Sambil2 jamu mata tgk siswa2.. miahahha, gedik sggh mataku! :P
  • Aku ada rahsia.. time aku buh TAUGEH, SAYUR, AYAM & BAWANG GORENG tu.. aku buh bnyak gile! Ye lah, biasanya org buh sikit je kan? hihi! [aku ni ada perasaan super kesihan kat org.. ahaha]
  • Kalaulah 4orang geng2 penjahat tu tahu.. mati aku kena lempang.. wahahah! [tp dorg dah taw dah.. sah2 la tgh baca blog aku ni!] :D
  • Mmg seronak xyah ckp aa time tuh. Even penat gile babs + panas teriks + ada dugaan, aku ttp teruskan jua.
  • Yg beh nya part wat ABC. Dpt lak mesin ABC yg season gile.. kena 2org pegang & sorg kisar baru kuar ais. Tukang kisarnya si WAWA [dah M.I.A makcik kecoh sorg ni]. Yg aku ingt, smpai sorg customer tu geleng pale tgk aksi2 mencemaskan kitorg.. akakkaka nak buat guane dokkk? Jnji duit masyuk.. ngee!

~to be continue.. maleh lak aku nak taip panjang2 ++ pict aku tgh pegang mesin ABC tu dah ilang!~ :-(


Tuesday, 27 November 2007

Mengejar Flight


Flight parents aku smlm kul 8.20pm.
so bertolak dari umah 6ptg.
Tp maha jem kat MRR2 tu le.
Then osmet aku mokcik ellie kata nak tunjuk jln ke LCCT.
K fine le sbb aku tahu jln yg aku besa lalu tu je la..straigth to the point.
Sekalik dia pon slh tunjuk jln.. ntah mana2 jln masuk!
Tetiba exit ke tol the mines blk.. erk kalo aku taw.. aku lalu situ awl2.
Pusing nye pusing, termasuk putrajaya bagai.. lps tu decide lalu tol.. tnya tol gate girl tuh.
dia kata ikut signborad Johor Bharu/KLIA.
puh seb baik jumpa tp dasyat gile la speeding. Ye lah time tu dah 7.37mlm.
Ke KLIA 26km lg tp aku bkn nak gi KLIA.. nak ke LCCT.. alah lebih kurang je la kut miles nya.
Oh imagine aa 26km tu bley smpai dlm masa xsmpai 15min.. gagagga~
140-150/kmj haku drive ++ hrp2 xdpt surat cinta polis. Tu pon aku rasa cam pening2 lalat laju sgt [bg aku le yg tak besa drive laju.. wakaka kunun!].
smpai2 je 7.50pm tu ellie tlg mami & abah cek in [aku gi cari parking].. aku parking btol2 dpn polis.. lantak aahhhh.. kejar nak check in nye psl! Nak saman pon saman lah!
Sekali aku masuk dlm.. dah xbley check in.. sentap la juge!
Kena gi kaunter ujung lak.. puh seb baik mamat tu bg, tp dgn syarat.. beg tu kena bwk la.
Haa ok la tu, dr xleh naik langsung.. huh huh.
Aku wat blk 1beg, sbb kesihan parent aku kena bwk bnyak beg.
Siap salam bagai [ni aku tak suke lah part ni.. sedey la aku.. huhu].
Aku tgk guard ke polis yg jg tempat scan tu suh parents aku angkat snd beg utk scan.
Wei otak letak kat tumit ke? Tlg angkat je la beg tu.. apalah sgt kudrat org tua nak angkut ke tempat scanner brg tu? Tu siap blh tercegat sambil silang tgn tgk parents aku angkat beg.
Ndak je aku jerit kat mamat tu.. poyo nak mati!
Itu la alkesahnya. Parents aku pon selamat smpai.. ada lah hamba2 yg baik tlg parents aku masa naik & turun flight tu pastu mereka siap mkn sate Malaysia bagai kat KB.. ahehehe!
Moral of the story; jgn try gune jln lain kalo masa2 kecemasan mcmgitu.. huhu!

Thursday, 22 November 2007

Betina gile!

Selasa lps hanging out dgn k.mi so kononnya takut le nak blk lewat [not really late actually.. baru kul 10.45pm] but aku decide nak bermalam kat umah k.mie.
K.mi dh ckp, parking lah ke belakang2 skit @ dgn kata lain, sorok2 lah keta sikit takut BETINA GILE tu wat apa2 kat keta aku. Aku ckp.. dah 3tahun lbh aku blah dari kg. bharu, takkan la BETINA GILE tu ingt lg keta aku kan? [BETINA GILE tu mmg suke cari psl dgn hosmet2nya & aku slh sorg hosmetnya]. Aku pindah pon sbb dia lah.. GARIK btol!
So aku park la kat belakang, tersorok sikit.
Esoknya tu bila aku nak gi kerja 6.45pg.. ceng ceng ceng!
Aku tgk ada sampah sarap atas keta aku [keta org lain xde ok?]
Dahhhh.. mmg xde org lain dah buang sampah tu.. KOMPIM BETINA GILE tu la!
K.mie ckp ingatan BETINA GILE tu mmg kuat, dia akan ingt keta aku yg mana!
K.mi pon ckp mmg BETINA GILE tu yg buat sbb org yg sama calarkan keta osmet k.mie,
pastu buang sampah sarap atas keta. Yg ironi nya keta osmet k.mi je kena.. keta org lain x lak!
Bila kitorg terserempak dgn BETINA GILE tu.. tahu lak dia melarikan diri,
tahu takut! Kalao xwat slh, apa psl nak larik?
Bodho piang tol lah!
Eii aku xtahu lah apa nak ckp psl BETINA GILA LG GARIK LG OTAK LETAK KAT MONTOT ni!
Aku rasa bebila lg aku parking keta kat situ, mmg BETINA GARIK LG GILE tu akan calarkan keta aku.
tahu lah dia aku nak buat apa!
~ini baru sikit aku cite.. bnyak lg yg BETINA GARIK LG GILE LG GAMPANG tu buat.
ndak je aku antar dia ke wad sakit jiwa.. xbley tgk org senang! Shi@L.. dah la lesbian [lesbo since cinta ditolak beberapa kali.. wakakakak].. bodho pianggg ah mung GAMPANG!~
HRP MAAF.. BNYAK BAHASA YG SGT TIDAK MANIS!

Tuesday, 20 November 2007

Launching Novel Gerhana Hati Lara



Tarikh : 18 November 2007 [Ahad]
Masa : 10-11.30pagi
Tempat: Burger King Avenue K, KLCC


Aku smpai lewat 10min sbb jam dinding kat umah baru lewat 10menit.. huhuu!
Lg pon xreti laks haku nak bajet. LRT dah jauh dr umah!

Aku gi ni pon sb k.mie yg paksa aku, yo yo oo je kan? :P
Ikut heran mls lah nak gi sbb haku kan baru pindah.. umah mcm tongkang hancur!

K back to the topic!

Ramai jgk novelis yg dtg iaitu IZZUL IZATI, RABIATUL ADAWIAH, DINA NAJAT, PUTERI ANDALAS, DINA NAJAT & lelain tu aku xkenal la.. huhu!

Aktiviti start kul 10.25pg.. di mulakan dgn aktiviti amik nomot bertuah.
Aku siap baca bismillahirrahmanirrahim bagai! Dpt nomot 011... k.mie nomot 031 & adek laki k.mie nomot 016.
Then aktiviti dpt novel free.. hehee!
Lps je dpt novel.. dorg terus mintak autogerap hani sofea.
Beriya lah semua2 org kecuali aku.
Bak aku kata ayat2 b4 ni "dgn za8 pon aku tak penah mintak otogerap.. apetah lg org lain!" Ngeee!

Then aktiviti mkn2 & gossip smpai kenyang.
Pehtu en.rizal kakinovel bg soklan tuiz.
alah aku cam besa la.. mls nak hangkat tgn.. haku kan pemalu even haku mmg taw jawapan.. hihi!

Then bermulalah ektibiti mencabut nomot lucky draw. Ramai dah dpt.. tinggal 2 aje lg.

Haku ckp mmg haku xkan lucky dah aa! Time tu adik k.mie siap dah gumpal2 nomot lucky draw dia.. tetiba nomot 016 diumum... wahahah xrugi ekau dtg yo dik? :D
Then ada 1 lg.. adiah utama.. nomot dicabut oleh kak PuteriAndalas.
Tetiba nomot 011 diumum.. wakakakak tetiba haku berlari ke dpn.
En.rizal siap mintak nomot aku [weiii ooo, xcayo kat den kaa? den tarak tipu punye owang lah! Xbaik.. akekekek!]
Shaking tgn haku.. hihiii tp haku dah hagak mende tu ialah pen..
Blk kat tempat duduk aku.. kena lah bg nomot aku.. org lain dia takmintak pon.. oo diskriminasi goreng paprik ayam ye?
Lenkali doakan sy dpt lucky draw lg.. ngee!

Lps dpt lucky draw.. semua org blah.. termasuk aku.
En. rizal siap ckp "awk ni selalu dpt no. bertuah kalo ada launching"
Eiii mesti lah.. sbb sy kan kiut.. hiks!

anyway.. thanks a lot again utk KAKINOVEL!
~tp novel nya aku mmg xtahu lah bila akan baca.. next week haku exam.. langsung xbukak buku lg.. haiyaaa~



Oh Gadis Itu!


Alkesah semalam la kat KAFOR WANGSA MAJU.
Aku nak beli brg umah sikit, ye lah baru pindah umah.. mcm bnyak gaks yg rongak2 so decide beli kat kafor.

Ramai yg amat lah manusia.
Oleh sbb ramai sgt maka aku xseronok lah nak tilik brg lama2.
Yg penting aku nak cari gayung air.

Memula gi bahagian plastik.. nak masuk situ.. ADALAH SORG PMPUAN MUDA NI, PAKAI TUDUNG.. BWK TROLI TGH TGGU KAT TGH2 LORONG TU. AKU BERJAYA LAH MENYELIT BELAKANG DIA. & DIA PANDANG JE AKU BILA AKU DPT NYELIT SO CARI LAH GAYUNG. LPS TAK JMPA CARI KAT SITU.. AKU PON NAK LALU LE BLK LORONG TU SBB KE DPN TU RAMAI ORG. TETIBA AKU MCM BLUR SBB DIA BTOL2 DUK TGH.. AKU KE KIRI XBLH SELIT, KE KANAN XLEH SELIT.. NAK CKP TUMPANG LALU.. DIA TGH LEKA TGK SAPE NTAH! PASTU AKU CKP "ISH".. TETIBA DIA PERASAN AKU TERKIAL2 NAK LALU.. DIA PANDANG AKU, THEN DIA CKP "GILA BABI BTOLLLL!"

Haaaa! wah, xsangke nya aku.. bertudung, muka lawa tp bahasa.. wah lg lah lawa ye?
Aku terkedu jgk la kan.. tp aku mls nak cari gadoh [sbb aku pon suke gadoh ngan org.. once u gadoh dgn aku.. aku takot korang je sakit ati nnti!]

The problem now is.. sape yg slh sebenornya?
aku @ pmpuan tu?
Dah tahu tempat org lalu lalang.. duk berdiri mcm model kat tgh2 lorong tu apa pasai?
Otak letak kat tapak kaki kut? hahahh... org yg tak salah pon di maki hamun.
Apa motifnya dia kata aku GILA BABI BETOL?
Dia xsedarkah dia yg slh?
Cemana la agaknya dia rasa kalo org maki hamun parents dia! [tau plak dia marah kut kan?]

Kalo kat tempat public yg ramai org mcm tu.. nak menunggu blh, xde masalah.. tp tlg la jgn duk tgh2 laluan.. tggu kat tepi elok2.. xde lah nyusahkan org lain kan?
Jgn pk senang diri snd je.. org lain pon kena pikir.. idup nih bkn sorg2 kan?

Moral of the story: PAKAI SOPAN TIDAK SEMESTINYA MENCERMINKAN TUTUR KATA!
TUTUR KATA MESTILAH SEIMBANG DGN CARA PEMAKAIAN OK?

~aku tak gila & aku juga bukan babi kerana aku adalah makhluk Allah bernama manusia!~ :-)

Monday, 19 November 2007

Pindah Umah

lori 2tan dari umah lama ke umah baru

brg b4 pindah

brg b4 pindah lg


brg b4 pindah lg & lg



bilik di umah baru.. kosong, ada tepon & raket badminton je!

Brg ku di rumah baru


tadaaa [baru sikit tu.. belom lawa lg.. huhu!]

Selesailah sudah aku berpindah pd 17/11 [sabtu] yg lalu dr keramat wangsa ke keramat au5.

9am tu pakcik lori call tnya exact house katne. Ok ah tu ontime Cuma 9.25pg baru smpai sbb pakcik tu cari umah aku.. maklumle umah xde apa2 sign.. huhu!

So mengangkut la kami bertiga.

Aku pesan awl2 kat pakcik tu 2org tukang angkut pon cukup sbb brg xbnyak.

Sekali aku tgk sekali agik.. bnyak gile babs brg2 aku.. huhu!

Aku pon angkut sekali apa?

Pakcik tu bwk lori 2tan.. penuh lori tuh brg aku.. aiyark!

Jiran sebelah umah siap ckp “uih bujang pon bnyak brg? Ingt kan org dah kawen je bnyak brg!” aku sengih je le.. aku ckp.. “hee ha ah.. kumpul harta”

[haku sj kumpul rete.. karang esok2 xdok laki nak kat aku.. idok le susoh di kendian hari.. huhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!]

Masa aku angkut brg tu, ada jgk jiran yg nak pindah umah.. brg bnyak gak.

Sorg anak laki dia tu belom apa2 dah lembik. Harharhar weii apa aaa lembik..tu tolak dgn troli tuh… haku yg hangkut bnyak kotak2 berat manually pon maintain macho ape? Akakak!

Kejadian xbest berlaku apabila aku terbuang air kotak yg aku baru beli utk diberi kat org upah angkut brg tu.. huwaa sedih2.. bnyak kotak tu! L

@ last smpai kat umah baru.. aku beli lain.. huhu!

Kira ok la tu sewa lori pon RM70 je + upah 2org RM30+RM30 = RM130 je [sape2 yg nak pindah umah.. bley la carik dorg kat tmn melawati].

B4 ni aku call lori dpn umah aku tuh… sewa RM80 + upah RM40 … aheheh bajet lari tuh!

Kat umah baru.. aku terus mengemas. Kemas ASAP sbb parents aku nak dtg this week.. kalo xdtg.. maunya aku tggu sebulan 2 lg baru aku kemas.. wargaahahhaha!