Wednesday 28 September 2011

Superstar Cruise Libra Time Part 2

Bilik yg aku tumpang, kecik je tp ok lah kan.  Kami 4org.. yg 1bilik lg 5org haha aku takleh imagine cemana dorg tido!
Bila kami dilepaskan naik ke cruise, yg Standing Pax ni mcm blur sbb tak tau ke mana arah tujuan.

Org yg jaga tu bg salam & Tanya which cabin tp sbb dia tgk kami STANDING PAX so dia kata pergi je duk mana2.  Kebetulan pulak yg amik cabin tunjuk kad so aku follow la.. org yg jaga tu kata boleh kalau nak tumpang.  Means mmg tak strict la.. nak tumpang buleh, tak jd masalah.

Cabin kami Deck 3 iaitu di tingkat 3 la.



Oleh sbb kami semua 9org (4amik kabin, 5 standing pax) maka semua menumpang.  Bilik aku 4org.

Bilik sgt kecik (hrp 2org tu tak bengang la aku tumpang dorg hehe).



Usha sikit2 apa yg patut.

Oh ye, sesiapa nak naik cruise, sila lah bawak world adapter ye sbb plug dorg mmg international punya,

Mmg tak boleh sumbat dgn kepala plug kita nih.

So aku suh azra minta.. tu pun blh guna 5jam je.. kalau tak.. kena denda RM25.

Kami tak lepak lama sgt sbb nak kejar gi mkn pulak.

Ye lah, ramai org karang tak ada meja pulak.


 Posing wajib dlm cruise


Ada 2 pilihan samada Chinese cuisine @ International Cuisine so kami decide amik International Cuisine punya.  Rupa2nya ada lah nasik.  Aku piker kalau international mcm mkn steak ke, fries ke, pizza ke, burger ke @ yg seangkatan dgn nya.

Mmg ada lauk pauk semua, kek, buah, udang, ayam, sayur.. mmg makanan melayu la :D

Aku suka gila sbb aku kan mmg suka nasi putih haha.


 Nak berenang tak pandai so amik di tepian je lah!

Kami semua layan mkn.

Nasib baik la perut aku ni bkn boleh isi banyak sgt.

Maka menunggu lah yg lain mkn sampai habis.


 Gym pun ada


Then tak ada buat apa lah, just pusing2 amik angin mlm dlm cruise.

Ada gym, swimming pool segala.  Pastu blk bilik utk mandi!




 Ada lauk yg disorok bawah nasik kekeke kaberline punyee dari korang haha!

Lps mandi & iron baju (depa ckp aku ni gigih sggh la siap bwk iron & bwk baju yg kena iron.. haha sori lah aku mmg tabiat lah.. benda yg akan ku bwk masa travel ialah travel iron & baju2 yg kena iron.  Bkn setakat iron.. segala mak neka aksesori mcm gelang / cincin besar aku tu pun aku bawak tahuuu!)



9.50pm kami turun utk tgk Silap Mata.

Mula2 decide nak gi kedai souvenir tp takut terlanjur masa maka kami decide nak masuk je hall tu.

Ada pulak org offer kami main Bingo.. sori lah aku tak tau langsung apakah itu Bingo.



 Masa masuk tu dah ramai org pulak.. kami dah ke belakang.

Tak syok la sbb kalau blh nak tgk silap mata dpn2 mata baru puas tp nak buat cemana, kalau tahu tak ada lah kami masuk lambat.


Magic show, Ernest from italy.. kelakar okeh!

Slot Silap Mata tu sgt kelakar ok!

Mmg tak puas 45minit tu.. rasa mcm nak suruh sambung lg je.

Audience yg di panggil ke stage pun semua sporting & kelakar.. mostly mmg Chinese la.

Ahli silap mata tu nama Ernest.. dari Italy kauuuu!




Kalau mereka tak bg kami tumpang bilik, maka di sinilah kami akan "merempat" sob sob

Lps slot silap mata habis, kami nak ronda2 cruise je nak tgk apa ada?

Ye la kalau naik cruise tp lepak je dlm bilik.. mcm tak ada maknanya!

Hampir semua Deck kami usha.. Cuma ada beberapa Deck je tak pergi iaitu Cabin Deck.

Masa nak snap gambar dpn kasino tu, aku kena sound.  Dia kata “u’re not allowed to take picture” sbb masa tu aku usha2 kat entrance (bkn nak masuk pun) so aku ckp aa “I’m not going inside.. just from entrance!”  so dia kata ok tu pun dia jaga kat belakang (ada dlm gambo.. nyebok je lah!).


 
Background kasino.. mamat belakang tu la yg sound aku!
Lps tu mcm nak pergi Disco nak tgk la suasana dlm tu kan.

Tp aku tgk memasing swipe kad je so mls la nak masuk, kot la kena byr hehe.



"petunjuk"
Pastu ronda2 je lah, tgk org announce ada karaoke contest, aku suruh kashaz masuk tp dia tak nak.

Aku lg la mmg tak minat langsung hehe.

Pastu takde apa la kot.. tgk jam 11.55pm.. so masing2 mcm dah tak tahu nak buat aktiviti apa.




 Awek2 dlm lif

 Masa nak masuk bilik, baru teringat tak snap lagi gambar bilik2 kat cruise so tangkap la sbg bukti hehe.
Pastu blk tido.  Aku tido kat bwh la kan, nama lg menumpang hihi.

Nasib baik aku bawak selimut (buah nasib baik aku tu sentiasa ada la.. dats why beg aku je yg berat sokmo2nya haha).  Mintak blanket dgn room service, dia kata dah ada extra blanket.. takpe lah kashaz guna tu.. aku guna aku punya.. aku lapik shawl je (nasib baik bwk hahaha buah NASIB BAIK lg) :P



Saje nak tunjuk bilik2 yg banyak nya kat belakang tu.
Maka tido la kroh2 dgn jayanya.. ekon sejuk gilas!

Selamat mlm semua!

Tuesday 27 September 2011

Superstar Cruise Libra Time~

 Bukit Bendera

By 5pm semua sudah berkumpul di Swethenhem Pier, iaitu tempat utk boarding cruise.

Tersangatlah ramai manusia time tu.. ye lah time cuti kan?

Kami yg amik Standing Pax ni dah risau la, takut tempat2 tu semua full.

Aku nak amik cabin mcm tak mampu pulak (maklumla mmg bajet travelers kaw2 punya haha).



 Lunch kat Kapitan, mkn nasi beriani!

 Kami decide naik 5.50pm sbb buleh start naik ke atas sebelum check in tu 5.30pm.
Ketua kelas (mijot) collect semua i/c kami so sesambil tu, kami bergambar & tgk sekeliling.

Mmg ramai foreigner & Malaysia tak ramai sgt.


 Geng2 gadizzz cruise (2org lg tak masuk pulak)


Bila dpt kad cruise maka sepanjang cruise tu kami kena kad tu utk segala trasaction.

Contohnya mcm beli souvenir RM40 so just swipe jah kad tu takyah guna cash.

Nnti nak check out baru la dorg akan tgk apa transaksi kita.. kalu tak ada byr apa2, tak pyh la byr hehe.

Aku nak selamat, guna cash je sbb guna kad ni bahaya.. sbb sesedap rasa je blh swipe!


Sebelum org lain boarding.. baik aku amik gambo dulu hehe

Kami biarkan mereka boarding dulu la, buat apa naik awl2 sbb aku mmg dah bajet nak tumpang bilek si azra.

Katanya kalu org India tu.. mmg dtg dari Negara India betul & kalau chineese mmg dtg dr China itself.


Betapa ramainya yg nak naik cruise!

6lbh baru kami boarding.

Ada beberapa section counter so kami diberi kat counter yg tak ramai org.

Rupa2nya tu counter utk Malaysia punya.. wah seriously mmg tak ramai kalu tgk i/c yg dorg collect.

Tak sampai 50keping aku tgk.

 Inilah kad nya utk swipe situ sini sepanjang dlm cruise tu


Ingatkan bila dah lps counter tu, blh la senang lenang  masuk cruise.. rupa2nya kena queue panjang lg.

Alaaaa tp tak pe lah at least blh bergambar  tepi cruise tu.. nasib baik sempat sempat bergambar sbb lps tu guard ke sape ntah, dorg tak kasih dkt2 dgn cruise hehe!

 Nasib baik sempat bergambar tepi ni sbb tak lama kendian ada yg kena mrh sbb rapat dgn cruise hehe


Ok lah bersambung!

Monday 26 September 2011

Penang~ Cuak

Aku sampai di Stesen Bas Butterworth 4.30pg dalam keadaan yg mamai.
Sbb aku bajet sampai 5lbh sbb nya mlm tu bas patut bertolak 9.30mlm tp lewat 1jam!
Laju gila driver bawak.. rempit kaw2 punya, mmg kat selekoh tu asyik terbrek2 je,
Aku mengucap je + tak buleh tido sbb takut.. selama aku naik bas ekspress, takde la yg selaju gila ni.
Sudahla 1st time aku nak naik bas shamisha tu.. tak pernah pula aku dgt nama bas tu.
(Nak dgr cemana, 5 6tahun dah tak naik bas ekspress hehe).


Blur bila sampai tp dah ramai org.
Tanya org mana arah ke Stesen Keretapi Butterworth.  Dia suruh pergi ke bumbung hijau.
Bila pergi.. makkk aihhhh, gelap gulita itu lorong.
Ada beberapa gelandangan tgh lepak2… cuak jugak aku tp aku beranikan diri.

Bila sampai, eh.. mmg kosong Stesen Keratapi tu maka aku dgn blank2 nya menuju ke tangga tp board tangga tu menunjukkan tangga tu ke jeti.
Tiba2 dtg 1bas ekspress….
Driver bas           :               dik dik.. tlg bgtau kat minah2 ni mana nak ke jeti
Aku                     :               Saya pun 1st time sampai sini, saya tak tau
            Beberapa saat kemudian,  driver bus tu turun (gila cuak    aku)..
        Driver bas           :               tlg bgtau dorg mana ke jeti, pakcik tak pandai b. inggeris
(tiba2 turun segerombolan 7 8org minah2 negro Tanya aku mana arah ke jeti & feri 1st start pukul berapa)
          Aku                   :               I’m not sure because this is my 1st time here.
Negro             :               Oh ok!  (lelain tu asyik duk hai hai kat aku.. ingat aku agent dorg ke huhu)


Bila negro2 tu blah, pakcik driver Tanya “ko nak ke mana pulak dik?”  Aku ckp le nak pi train station tp gelap maka dia offer naik bas dia.  Bila naik bas dia… alamakkkkk… takde org beb.. ni yg buat aku extra cuak ni!  Tiba2 terlintas engineer yg kena rogol dlm bas kilang tu.  Isk nak larik tak buleh dah aaa.. pakcik tu dah tutup pintu bas.  Hohoho cari nahas sggh aku ni!

Tggu la dlm bas tu sesambil dia drive ke stesen keretapi padahal stesen tu bebeapa langkah je (mmg Nampak),  then dia ckp “kalu adik percaya, duk la dlm bas pakcik ni.. kalu tak percaya tak pe.. sbb ramai je yg gitu” pastu dia bukak la pintu tu & dia gi ke bas sebelah sbb bas tu rosak.  Aku duk dlm 5 6minit pastu aku rasa cuak sgt lah so aku turun.
Pakcik tu ckp “adik pi gerai2 sana la dulu tggu.. gerai2 tu 7pg buka la kot”  aku ckp time kasih.
Mesti dia kecik ati sbb aku turun bas kekeke ye aa muka baik tp mana blh bersandarkan pd rupa semata2kan?
Bkn la pakcik sgt pun.. abg je lagi tp aku panggil pakcik haha.

Tgk jam baru 5.10pg.. alahai gelap gulita + ramai gelandangan so aku decide blk ke stesen bas.. lepak la situ berFB.
7.15pg baru gerak ke stesen keretapi which is dah ramai gila dah org hehe.

Bersambung!

Thursday 22 September 2011

Hot!

Sape kata manusia je panas?
Kucim pun rasa panas jugek!
Inilah hasil dari cuaca panas di umah aku.


Tido dlm sink adalah menyejukkan!
Dia ni mmg.. port dia kat rak kasut pun ye jgk.. sbb situ mmg berangin hihi.
Pernah dia masukkan kaki dia snd dlm bekas air dia.. motifnya utk menyejukkan kaki :P


Berebut pulok 2ekor ni.. tp si kelabu tu dah ilang.. tak tahu gi mana :-(
Hrp2 dia kembalilah padaku!
Org nak amik pun buang karen sbb si kelabu tu bukan comey pun.. ganas je lebih walau betina hihi.

Tuesday 20 September 2011

Raya 2011- Open House saya

Tahun ni saya buat open house pada hari raya ke-2 (31.08.2011)- rabu.
Buat gulai kambing sbb memenuhi hasrat arwah ayah saya yang tertangguh sejak sekian lama.
Semua menu adalah dimasak sendiri kecuali gulai kambing tu la hehehhh.

Tapi malangnya, banyak2 lauk, aku hanya amik ayam masak merah je & selebihnya aku goreng telur dadar snd... dgn selambanya jgk aku mkn dgn tetamu yg dtg tanpa offer telur dadar tu.. tak senonoh kan haha.
Aku tak mkn lauk2 open house tu sbb banyak lemak weh!  Aku bkn nya gemar sgt.
Not of because jaga body tp mmg bkn feberet aku!

 Pecal also aku tak jamah

Ramai la tetamu datang.. termasuk kwn2 & sedara2 sekali.


 Tahlil sebelum open house

Bila dah lps asar tu selow lah sikit tp mmg aku tak sempat lah nak tido (haha aku kan kaki tido kaedahnya)

 Geng makcik2 berdiskusi apa aku taktau

 Suasana.. time ni ramai dah blk

 Huziana & adik2nya datang beraya

Ramai jgk kwn2 yg blk kelate & stay kelate aku jemput tp yg datang hanya beberapa org dek tidak kesempatan masa & jln jem.. takpe aku faham heheh.

 3gadis pungutan.. opss pingitan

Yg datang hanya whooz, azradiza (duk 1kg pulak tu, sebelum ni tak tau), bangbil + wife, kwn baik saya si nita & agent sy masa gi beijing aritu si wan.

 Sanak sedara yg duk Ketereh

 Tersalah konsep bdk ni hahah.. anak kpd kwn baik sy

 Jaabil dtg beraya, sedondon merah dgn wife nya emy (takda dlm gambar).. awww kurus bangbil sekarang

Agent sy pi beijing aritu.. si wan.. motif nak bergambor duduk?  Hahah

Ok itu je lah,
takde masa yg bnyak utk cerita sbb menumpang pc kwn di jabatan lain huhu.

Inilah kwn baik saya semenjak umur 5thn kaedahnya!
Kenal kat masjid sbb parents masing2 bwk anak2nya (aku & nita lah tu) & kekal kwn smpai sekarang.

Tgk je la gambor2nya!

Monday 19 September 2011

Cari pasal

Dgn jayanya saya telah melanggar rumah makcik saya selepas saya balik kerja pada 13.09.2011 (selasa) yg lps & ini la hadiahnya.

 Pecah langsung!

Rim bodoh ni blh tercabut!

Apa2pun.. padanlah muka saya hahaha!
Nasib la tayar yg pecah.. kalau kepala aku yg pecah? :P

Ke sbb mulut aku cabul sgt kata nak jual balik vios nih? 
Selalunya mcm tu la.. kalu tak nak di hati.. maka ada la kejadian2 malang berlaku heh!

Thursday 15 September 2011

3.9kg je

Selamat hari raya semua... anda sudah berpuasa 6 ke? Saya belum huhuh. selama 29hari berpuasa... Berapa berat yg anda turun? Penurunan aku 3.9kg je, tidaklah membanggakan sgt tp ok la dari tak ada langsungkan?
 Hari pertama berpuasa, sebelum sahur


Hari pertama raya, sebelum semayang raya.

Lps raya ni.. tunggu lah hadiah kenaikan lemak2nya balik ye muahaha!

Wednesday 14 September 2011

Tak Senonoh~

Kucing ku yg sekor ni mmg suka tido mcm gini!
Tak buat pun, dia mmg aku tido gini hihi.

 Ops... nampak totttt nya :P

Dari sisi, nampak senonoh sikit ehehehe!
Keje dia lps mkn berak & tido!
Sekarang dah gatai merenyam.. tp susah betul nak cari vet kat kelate nih.. argh!

Tuesday 13 September 2011

Raya 2011 day 1

raya tahun ni meriah sbb abe saya ada balik & riuh dgn 2anak buah sy yg nakal.
(gambar raya famili takde dlm kamera aku.. semua dlm kamera abg aku.. dia dok upload lg huhu)

 Kat umah makcik sedara.  From left kazen (atin), me, kazen (nanie), my SIL (kak ika) & my anak sedara (heidi)

 Posing paling maut thn ni muahahah

 Erk muka anak buah aku lg besor pd aku, camne ni hahaha


Pg mcm biaslah.. Gi semayang raya di masjid telipot lps tu kami ke rumah saudara berdekata dgn masjid tu je. mkn nasik dagang, roti jala semua.

 saye, abe saye & mami saye

 Professional photog to be (hyden)

 Kucim sape aku tatau.. suka gigit org heheh

 Membuat 'onar' di hari raya.. nyorok bawah meja

 Mostly sekkut raya yg diseponser!

 3jenis je sekkkut ry yg aku beli.. yg oren, cakelat & pink ahaks.
Buat apa beli banyak2.. sbb dah ramai yg sponsor, aku tak beli pun tak pe heheh

Hasil keje tp bukan la keta best sgt pun like bmw, merc, bently (yg ditarik opssss).
Ni pun rasa mcm nak jual blk.. dari aku byr RM621 tetiap bln.. baik aku simpan utk travel obersi.
Tp baru jah pakai 4bln nih.. camne?

Lps tu, menziarahi kubur arwah abah. Huhu rindu weh. Ni raya kali ke-4 tanpa arwah abah.
Sedih gila weh.

"88" plate number famili.  Keta mak aku je bkn 88 huhu.
Itam tu pun "88" & my car also "88"

My niece




Pastu mcm besa sesi bergambar sesambil tggu tetamu dtg.
Aku x beriya sgt bergamvar thn ni, ntah nape hehhhh.
Itu je lah hari raya.
Ada la jamu mkn2 semua utk sanak sedara dtg :-)